My Nuffy

Wednesday, June 30, 2010

Cuti - Cuti Malaysia versi Tak Cukup Tidur Part 1

Ni kat Masjid Chukai, Terengganu

Jumaat - 25 Jun 2010

Sepatutnya encik abi dah sampai petang tu(Jumaat) tapi keretapi delay sampai pukul 8 lebih. Tunggu punya tunggu, akhirnya pukul 12 suku baru encik abi sampai sebab keretapi delay lagi.

Kesian encik abi tak makan lagi masa tu. Encik abi sampai je terus gerak ke Kemaman sebab nak jemput anak dara 2 orang yang sibuk sangat nak mengikut tu.

Sekali lagi kesian kat encik abi sebab tak cukup rehat and tak cukup tidur. Aku nak drive dia tak bagi. Sudahnya aku tidur hampir sepanjang perjalanan. Heeeeeeeee........
Muka segar lepas dapat tidur and mandi


Sampai kat rumah kakak aku, sempatla nak mandi and sarapan pagi ala pantai timur sekejap. Dalam pukul 8 lebey gitu barulah kiteorang gerak ke Kelantan pulak. Encik abi tak tidur langsung and nampak letih lesu je tapi demi nak selesaikan cepat dia jadi bersemangat. Love u so much mucukkkkkkkkkk......


Sepanjang perjalanan kamera memang tak lekang dari tangan aku ni. Yelah excited punya pasal sebab dah lama sangat rasanya aku tak jejakkan kaki ke Kelantan ni. Since year 2001 kot.... huhu.....

So tangan ini sangatlah gatal nak ambik macam - macam gambar buat kenang - kenangan. Yelah bukannya selalu pun dapat jenjalan jauh macam ni kan.... :-)


Dalam perjalanan tu kan, adalah kiteorang singgah kat satu kedai ni taw. Lepas beberapa jam menahan kelaparan ok. Masa tu banyak kedai yang tak bukak. Ada yang bukak pun mesti ada je yang kiteorang tak berkenan. Sudahnya kiteorang singgahla kat kedai ni....

Awal - awal lagi memang tak confident pun nak makan kat sini tapi memandangkan perjalanan tu jauh lagi and aku bawak family yang sedang kelaparan so singgah jelah kan. Order makan untuk 5 orang tapi yang dapat 4 je. Aku pulak tu yang tak dapat!

Malas nak bising - bising punya pasal, aku biarkan jelah. Lagipun kalau aku mintak mesti lambat sampai padahal dieorang semua dah selesai makan masa tu. Tak sukanya...... Dalam pada tu terliur jugaklah aku tengok dieorang makan tapi diam jelah. Nasib baik aku dapat share makan dengan encik abi. Jadilah kan daripada kebuluran sepanjang perjalanan... huhu.
Then masa nak bayar tu satu hal lagi. Kiteorang yang punya lama tunggu die kira tak sudah - sudah lagi. Customer depan kiteorang yang sampai selepas kiteorang die boleh kira dulu. Mulalah panas je hati aku ni. Ringan je mulut aku aku maki orang tu sambil aku blah tinggalkan dieorang kat situ. Eiii.... Muka dahla macam hangswa! Kot lawa takpela jugak!Huh!
Sudahnya sepanjang perjalanan dieorang kena dengar aku membebel. Heeeeeeeee.......
Oklah, kite sambung esok ok! Ai nak pergi melawat sedara meninggal sekejap ye....
chawcinchaw.....



Thursday, June 24, 2010

Sepetang berjogging


Dah lama tak berjogging since encik abi dah pindah ke Kluang ni. Biasalah bila dah tak ada orang nak teman camnilah. Malas tu berganda - ganda. Sebenarnya lama dah plan nak pegi jogging ni tapi petang - petang asik ujan je kat sini. Masa pagi tu pun dah ujan tapi bila petang cuma mendung je. So aktiviti yang telah dirancang bolehla diteruskan..... hehe.

Kali ni aku ajak kak earna sekali sebagai peneman sebab kalau nak pergi sorang - sorang mesti encik abi tak bagi punya. Dah bawak baju semua boleh pulak terlupa nak bawak kasut jogging! Huhu.... Ade je tersadai kat atas rak kat rumah tu. kononnya hari tu nak kemaskan kat dalam kereta tu. Dah macam tongkang pecah dah aku tengok. Macam kereta orang ada anak 10 pun ada.... So terpaksalah keluarkan kasut tu hari tu.

Nasib baiklah ada sepasang kasut sukan encik abi tertinggal kat dalam kereta tu (siap dengan stoking mucuk lagi tu!). So rembat jelah.... Janji ado! Walaupun aku pakai dah macam atok McD dah aku tengok. Almaklumlah kaki ai kan comey - comey je gitu. Dah bukan main semangat kak earna nak turun sekali kan.... nanti tak pasal - pasal dia cancel plak nanti. hehe....




Turun dalam pukul 5 lebih tu tak ramai orang lagi. Adalah sorang pempuan ni turun. Bila lalu je kat sebelah dia mak ai bau...... Mengalahkan bau longkang! Sedap lagi bau badan aku! Huhu...... Kiteorang siap cium ketiak sendiri lagi tu sebab nak pastikan bau itu bukan datangnya daripada kiteorang! Hei spesis dia memang bau macam tu kot? Ke Hidung dia dah tersumbat dah kot? Lantaklah kau labu....

Tapi terima kasihla sebab balik rumah je kurang selera aku nak makan bila mengenangkan bau kau itu wahai perempuan (jangan dia baca blog aku ni sudah...Haha).

Lari punya lari dapatlah dalam 2 ke 3 round. Selebihnya cuma berjalan je sebab tak larat dah. Rasa nak tercabut skru lutut ni ha. Dalam pada berlari - lari tu sempat jugak kiteorang mengomel bila tengok taman rekreasi tu dah tak serupa taman dah kiteorang tengok. Sampah bersepah - sepah. Pagar padang futsal tu dah banyak yang rosak. Langsung tak berjaga tempat tu. Ei buat malu je.... Nama je bandar tapi..... Ei nak cakap pun malas. Rasa nak panggil je Karam Singh Walia tu datang sini. Biar dia tengok sikit kat Gemas ni macam mana.

Hmmm.... Dahla depan ofis aku pulak tu. Huhu....

Tapi kan semalam kan masa tengah - tengah jog tu adalah sorang ni tegur kiteorang tau.

"Ai jauh Jogging..."

Then kiteorang terus pandang sesama sendiri. Terpinga - pinga kiteorang dibuatnya sebab kiteorang langsung tak kenal die. Aku tanya kak earna kalau - kalau dia kenal tapi kak earna kata tak kenal pulak. Eisy conpius aku! Bila aku tengok muka dia macam muka xxx aku! haha.... Takderla, tak kenal langsung. Rasa nak je aku tanya dia siapa. Kenal kiteorang ke? Pernah jumpa kiteorang kat mana - mana ke?

Sampai dah masuk kat dalam kereta pun aku masih lagi conpius and tak puas hati. Ahhh lantaklah kau.... Tah sapa - sapa tah. Jangan kau kacau kiteorang sudah. Huhu....

p/s : kak earna sakit - sakit badan lepas jog tapi kain aku dah longgar sikit dah pagi ni! haha....



Wednesday, June 23, 2010

Bila mana....

Hingga saat ini
Masihkah kau meragui sayang
kesetiaan dan keluhuran cintaku padamu
Sedangkan segalanya telah engkau tahu
Dia tidak lagi di hati
Ketika kau hadir dalam hidupku
Sukarkah untuk kau memahami diriku
Sukarkah untuk kau yakini cintaku
walaupun telah sekian lama berlalu
Tidakkah kau merasai cintaku
hanya buatmu
Maafkanlah andai aku melukakan hatimu
Maafkanlah andai aku tak sempurna buatmu
Batinku berserah apa adanya
seandainya kau masih merasa begitu

Tiada niatku membuatmu kecewa
Tiada niatku membuatmu sengsara
Biarlah kenangan itu berterbangan jadi debu
Biarlah cintaku itu hanya untukmu....

Seandainya mampu untuk aku bicarakan tentang cinta
sesungguhnya semuanya hanya tentang dirmu
sandainya aku mampu melupakan segala kenangan lalu
sesungguhnya semua itu hanya untukmu
Hanya untukmu........



Barang lama usah disimpan... Dikenang juga jangan....

ehsan dari encik google


Dah tak ada gambar nak dimasukkan sebab dah lama sangat rasanya tak bergambar sakan ni. Malas pun ia jugak. Tak taula kenapa sekarang ni rasa malas sangat nak bergambar - gambar ni. Rasa macam muka tu burok semacam je. Huhu....

Dah lama dah sebenarnya nak buat en3 pasal benda ni tapi asik tertangguh je. Baru nak ada feel menaip dah dieorang datang serbu. Haiii tak menyempat - nyempat nak tau ye.... So hari ni barulah aman sikit dan mood nak menaip jiwang - jiwang tu ada. (walaupun perut tengah berkeriuk sekarang ni....huhu)

Lagi sebulan nak nikah macam - macam yang aku rasa. Takut... gementar... suka.... risau.... semua ada. Tak sah kalau 1 hari tu akan tak risau pasal nikah kawen ni. Sampaikan kadang - kadang jadi modal gaduh aku dengan dia. Yang melebihnya akulah. Pantang cuit sikit mulalah hangin satu badan. Nasib badan.......

Waktu - waktu macam ni jugak kadang - kadang buat aku teringat pada........... (bukan nama sebenar). Tak boleh nak sebut nama even nak sebut pasal dia pun sebenarnya tak boleh. Encik abi cukup pantang aku cakap pasal dia lagi tapi kali ni aku nak cakap jugak! Sebab aku rasa masih ada yang belum jelas.

Aku rapat dengan encik abi ketika aku masih lagi berkawan dengan........(bukan nama sebenar). Berkawan baik.... tak lebih tak kurang. Walaupun kebanyakan kawan - kawan aku tak suka aku rapat dengan dia tapi aku tetap degil. Sampailah 1 tahap encik abi tak boleh lagi terima cara aku tu so persahabatan tu terputus macam tu sahaja. Biarlah..... Mungkin ada hikmahnya....

Aku terima semuanya demi kebaikan hubungan yang baru bakal aku bina tapi aku masih lagi dianggap terbelenggu dengan sejarah lama. Sejarah aku dan dia..... Sedangkan aku dah cuba sedaya upaya untuk membuka lembaran baru. Melupakan kenangan - kenangan lalu.... Yang pahit.... yang manis.... Semuanya aku dah cuba buang dari kotak ingatan ni tapi aku cuma manusia biasa. Kalaulah dengan hilang ingatan boleh buat aku lupakan segala - galanya aku sanggup! asalkan encik abi tak curiga lagi pada aku. Asalkan encik abi tak pikir yang aku masih lagi tergila - gilakan bekas2ku dulu.

Apa pun sanggup aku lakukan asalkan hubungan yang bakal kami bina ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Meskipun encik abi tak menyatakannya tapi aku tahu dalam hatinya masih berkira - kira. Aku tak salahkan dia..... Aku salahkan diri aku sendiri. Aku cuma manusia yang selalu hidup dalam angan - angan dan kenangan.

Tapi aku sangat berharap 31 Julai ini bakal menjadi garisan penghabisan bagi kenangan - kenangan dulu. Biarlah semuanya berlalu demi kebaikan aku dan encik abi. Bak kata pepatah, barang yang lama jangan disimpan, dikenang juga jangan.....

Cinta aku pada encik abi adalah cinta seikhlas hatiku tanpa paksaan.... Dialah yang banyak mengajarku erti kehidupan. Telah banyak dugaan dan rintangan yang kita lalui selama ini abi.... Tak terhitung rasanya airmata yang mengalir.... Tak tertanggung rasanya derita yang kita rasa selama ini.... Harapan sayang semoga hubungan kita ini bahagia tanpa ada perasaan curiga. Cukuplah cerita - cerita lama..... Usahla biarkan hati abi dicengkam perasaan itu lagi.... sayang cintakan abi seadanya...... Selamanya......

Seandainya cinta abi tiada lagi buat sayang...... Biarlah sayang mengundurkan diri dan takkan kembali lagi..... Seandainya jodoh kita sampai akhir hayat nanti..... Doakanlah supaya kita sama - sama saling menyayangi sampai bila - bila.....

Sayang memang susah nak jatuh cinta.... tapi kalau dah jatuh cinta sayang akan cinta sampai mati.... sayang selalu suka pada orang yang salah..... tapi orang selalu cakap, kita selalu akan jumpa dengan orang yang salah sebelum kita jumpa orang yang betul - betul cintakan kita..... sayang dah jumpa abi.....   Tak ada yang lain selain abi... Sayang harap abi percayakan sayang........ cuma abi saja yang sayang ada sekarang ni.....
abi...... abi pun cuma ada sayang seorang.... dan harap apa yang sayang katakan ini sayang lakukan.... dalam hati abi cuma ada sayang seorang... hingga akhir hayat abi......... abi love u sayang

Hari kedua Ops Kurus



Day 2

Macam biasa bangun pagi tadi terus teguk air asam jawa yang aku embunkan malam tadi. Masam giler! Tapi nak kurus punya pasal telan jelah.

Malam tadi pulak kaki berbungkus dengan minyak kunyit & bedak sejuk buatan sendiri. Lebihan air asam jawa semalam dicampur dengan tepung beras. Nak kasi hilangkan parut kat kaki ni. Nak beli bio Oil mahal na... hehe.
 Tepung beras tu lebih buat kuih cucur tak jadi hari tu. Mak cakap aku salah buat. Huhu.... Dah acik tu ajar macam tu.... aku ikut jela kan....Tapi takpe, malam ni aku nak try lagi! Esok aku bawak pegi opis!

Petang semalam pulak aku cuma jamah nasi + ikan goreng + kerang rebus (tak suka kopek kerang rebus!). Cukuplah tu kan lagipun perut rasa full lagi.


 Alhamdulillah malam tak ada rasa lapar sangat. Tapi yang tak bestnya, dah sudah makan, mak aku boleh offer makan durian pulak. Dah tonggang terbalik diet aku. Patutnya makan buah dulu kan! Huhu.... Nak buat macam mana? Mengidam punya pasal makan jelah.... Dari hari tu lagi aku dok terkinyam nak makan durian tapi tak dapat. Hari nilah baru dapat....


Encik abi paling tak suka durian ni tapi kalau buat tempoyak dia makan pulak tu. Bertamboh - tamboh dia makan. Patin masak tempoyak dia tak makan pulak. Eiii pelik betul. Tapi dengan encik abi ni tak susah pun nak bagi makan. Telur masak kicap pun ok jerk. Selera aku je yang len macam. hehe....

So ops kurus hari kedua akan diteruskan meskipun mak aku selalu bising - bising aku buat itu ini. Tak pe 2x... Akan aku buktikan yang aku boleh kurus walaupun tak makan ubat kurus! haha...



Tuesday, June 22, 2010

Minum Petang Dengan HotCup Tom Yam

Slurrrrrpppppppp........


Hingga menjilat sudu. Punyalah hebat penangan megi cup ni. Sampai luruh rerambut ai tau! Huhu....

Hmm.... petang - petang cenggini dengan mood mendung macam nak hujan tu ditambah pulak dengan sejuk aircond mulalah perut ni berdondang sayang. Yang ado cuma megi cup. Pun dah tersimpan lama kat dalam drawer tu. Pun lupa nak tengok tarikh luput. Ahhhh... Ada aku kesah?????

Luput ke tak luput ke tetap tak elok untuk kesihatan. Cuma kali ni di'excuse'kan. Almaklumlah belanjawan terlampau.

Hmm... petang ni balik nak mulakan operasi macam semalam. Banyak sangat petua petui yang aku dapat dari internet tu. Tak tahu mana satu yang nak dicuba. Tapi yang pastinya setiap satu tu tak menggunakan bahan kimia or ubat - ubatan. Mungkin kesannya lambat sikit tapi tak salah nak mencuba kan?

Ok mata dah mula berat. La...... mengantoklah pulak makan megi ni...........



What's for lunch?

Jawapannya....


A cup of instant nestum.... Itupun setelah berkurun kat dalam drawer tu. Uppsss... Lupa plak nak tengok tarikh luputnya bila! Bantaila.... Yang penting perutku telah diisi. Sisa - sisa lapar tu masih ada tapi belum ada mood nak buat maggi hotcup.

Tengok meja yang bersepah dan tunggang langgang ni rasa macam mual pulak. Nak pegi kencing pun malas sebab tadi dieorang kata toilet takder air. WTH??????

Anyway sabtu ni nak gerak ke Kelantan dah tapi tak rasa pun macam nak pergi berjalan jauh. Biasa - biasa saja perasaan tu. Padahal aku pergi sana sebab nak selesaikan hal nikah kawen aku hujung bulan Julai nanti. Langsung tak rasa apa - apa. Series!

Apa pun kena tunggu encik abi jugak dulu. Bila dia balik nanti, si puteh tu nak dihantar ke klinik. Dah lama sampai masa dirawat tapi kewangan tidak berapa mengizinkan. Terpaksalah menunggu gaji Khamis ni.... Huhu...

Berbalik pada hidangan tengahari ni, sengaja aku just minum instant nestum je. Biasalah dalam proses mengempiskan perutlah katakan.

Ok! Nak pergi join dieorang kat pantry sekejap okey! Dieorang ni kalau makan macam buat kendui kat belakang tu! hehehe...... Jom serbu!!!!!!!!!




Penjara Pudu : Hanya tinggal Sejarah

TINGGALAN SEJARAH ... Pejalan kaki melintasi Tembok Penjara Pudu yang dipenuhi dengan mural yang bakal dirobohkan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelebaran dan laluan bawah tanah Jalan Pudu bagi memudahkan pengguna jalan raya pada masa hadapan. Pembinaan laluan bawah tanah ini merupakan alternatif yang menghubungkan Jalan Pudu menuju ke Cheras dan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di Jalan Hang Tuah. Mural Penjara Pudu dilukis oleh beberapa banduan yang diketuai oleh Khong Chong Yen dengan menggunakan 2,000 liter cat sepanjang 384 meter dan setinggi 4.5 meter. Ia dilukis pada tahun 1983 dan memakan masa lebih setahun untuk disiapkan dan pernah diiktiraf oleh Guinness Book of Records. Tembok itu akan mula dirobohkan pada waktu malam mulai 20 hingga 23 Jun ini. - Foto BERNAMA.


Penjara pudu.......

Dulu masa ulang alik dari Puduraya ke rumah kakak aku di HUKM, aku selalu lalu tempat ni. Kalau naik bas nak balik kampung pun same... Mesti akan lalu tempat ni.... Memang mata ni takkan lepas nak memandang warisan tinggalan sejarah yang satu ni. Unik dan penuh misteri.

Nak masuk kat dalam? Owhhh aku mengaku yang aku memang tak berani. Cerita - cerita misteri yang aku dengar pasal penjara pudu ni pun dah cukup membuatkan bulu roma aku tegak berdiri. Inikan pulak nak menjelajah di dalamnya. Owh no....

Tapi bila aku dapat tahu yang penjara pudu ni akan dirobohkan yakni telahpun mula dirobohkan malam tadi rasa menyesal pulak sebab sebelum ni tak pernah pun nak ambik tahu pasal penjara pudu ni. Tentang sejarah lampaunya.... Siapa yang bina..... Macam mana kalau satu hari nanti kalau anak - anak bertanya? Bolehkah aku menjawabnya?

Pagi tadi tengok dekat MHI, ally pegang serpihan batu tembok penjara pudu tu rasa macam nak jugak bawak balik buat kenangan. Manelah tau 10 atau 20 tahun akan datang ianya akan jadi sesuatu yang berharga? Huhu..... Tapi tak mungkinlah aku akan ke sana semata - mata nak ambil serpihan batu tu. Cuma aku terkilan jelah, salah satu tembok tu tak di ambil dan diletakkan di muzium ke sebagai tanda kenang kenangan....

hanyatilah gambar - gambar penjara pudu dari dulu hingga sekarang...

http://www.prison.gov.my/pride/index.php?view=article&catid=37%3Awarta-sejarah&id=318%3Apenjara-pudu-dalam-kenangan&option=com_content&Itemid=75

sekian wassalam....




Time to Kempiskan Perut

1st day

Yakni semalam mulanya.... Balik rumah rest sekejap den terus mandi. Mandi wajib? Belum lagi.... Hehe... Lepas mandi barulah jamah makanan. Nek Kebuluq dah aku sebab tengahari tak makan.... Petang pun tak beli pape..... Sepatutnya tak boleh makan makanan pedas buat sementara ni coz nak jaga perut daripada kena gastrik tapi apakan daya, mak ai tak sah kalau tak masak pedas - pedas. Tak selera katanya....

Hmmm.... then rest sekejap before tungkukan perut sambil baring - baring depan tv. Bila mak ai dah masuk tidur barulah operasi boleh dijalankan! Hhehehe......

Actually petua ni aku cari kat google and malam tadi mase baca buku 'hanya wanita' pun ada bagi petua yang sama jugak so aku pun trylah sebab mata ni sangat sakit memandangnya yang semakin hari semakin membukit macam perempuan mengandung ma.... Huhu....

And percaya atau tidak! Berat aku sekarang mencecah 57 kg! Giler.......

Ni nasib baiklah belum fitting baju ke hape lagi ni.... Kalau tidak confirm kena gelak + kena marah dengan mak andam. Haiihhhhh..... Sangat susah menjadi perempuan gemkos ni..... Baju yang dulu dah tak boleh pakai.... Seluar jeans semua dah sedekah dekat anak - anak sedara aku dah. Kecewa sungguh bila try nak pakai jeans tu tapi tak boleh masuk langsung! Ada pun yang boleh masuk setengah kaki je.... Huhu....

Tu sebablah aku sangat obses nak mengempiskan perut sekarang ini. -tak boleh kata nak turunkan berat badan sebab nanti encik abi marah.....huhu . Tapi encik abi dah pun menetapkan syarat - syarat kalau nak kurus boleh tapi dengan cara tradisional sahaja! Tak boleh nak mengarut - ngarut makan ubat yang bukan - bukan. So this is it!

Berbalik pada operasi malam tadi, aku sediakan bahan - bahan mengikut petua yang aku dapat dalam buku tu iaitu kapur yang dicampur dengan air limau nipis dan asam jawa yang dicampur dengan garam dan segelas air lalu diembunkan semalaman sebelum diminum. Diminum pulak sebelum gosok gigi dan minum air.


Keberkesanan petua ini tidaklah diketahui tapi rasanya selagi tak memudaratkan tak salah kan kalau nak cuba? Wink wink.....

Hopefully dalam masa sebulan ni berat badan aku akan turun sikit tapi bukanlah kurus cengkung macam dulu - dulu coz encik abi sangat cerewet dengan berat badan aku ni. Tak boleh kurus melampau macam dulu yang boleh pakai jeans saiz 26 tu..... Huhu.....

Tak apalah.... yang penting happy! :-)

p/s : Pagi ni tak rasa lapar sangat pun....:-) Terima kasih air asem jawa walaweehhhh.... hehe




Friday, June 18, 2010

Happy Betday My Dear Brother In Law




Hari ni nak balik kampung kat Kuala paya sebab nak celebrate birthday Pujin dengan pakcek. Semalam baru aku cakap dengan mak aku. Malasla nak bagitau awal - awal.

Tengahari tadi balik rumah Gemas sekejap... Ingatkan nak tolong apa yang patut sebab my mother in law cakap nak mintak tolong aku cucuk sate sekali tapi rupanya bahan - bahan tu semua ada kat rumah Ucu. So xdela nak buat pun sebab tunggu ucu tak sampai - sampai. Mati kutu jugaklah aku dibuatnya.... Last - last aku tolong mak goreng kuih and buat inti je tadi. Hehe....
Sebagai upahnya, dapatla aku kuih kuaci satu bekas.... Hehehe....
Ok dah habis kene lelong!Haha...

Ingatkan tak laku kueh tu.... T majuk plak my mother in law tu... Hehe...

Owh apesal aku citer meleret - leret ni???????????

Huhu....

Oklah... Ape pun malam ni encik abi tersayang nak balik! Kol baperla sampainye tu.... Eiii rindunya...... Mak nak kawennnnnnnnnnnnnn........... Ahak3x! Giler Budu!

42 hari je lagi kan abi...... :-)

Eh ini bukan citer pasal betday pujin dah ni! Ni citer pasal mengawan! Eh silap! Kawen... Huhuhu... Huduh sungguh!

Kla 2x.... Latest update kene tunggu esok okeh!

Sekali dengan kelas kek tu kalau jadi.... :-) Banyak betul agenda.... Dengan kelasnya.... kendurinya.... Huhu.... Penat mak.... Huhu

Thursday, June 17, 2010

Cerpen : Hati Seorang Isteri

ehsan dari encik google


Buat renungan para isteri yang solehah dan para suami yang soleh.....

“Hai sekalian manusia, takutlah kamu kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu dari diri yang satu, dan menjadikan isteri daripadanya, dan daripada keduanya, berkembang biak lelaki, dan perempuan dengan banyaknya…” An-Nissa’ : 1.

 
Hanan tahu. Perempuan dicipta untuk lelaki, dan begitulah sebaliknya. Hawa dijadikan Allah sebagai pengisi kekosongan Adam. Allah tahu. Allah maha tahu. Adam tidak betah keseorangan. Lalu terciptalah Hawa. Hawalah penyeri. Hawalah penghibur. Hawa jua racun berbisa. Bila mana iblis gagal menggoda Adam, lalu diganggunya Siti Hawa.
Pujuk rayu Hawa akhirnya menundukkan ketaatan Adam terhadap Yang Esa. Lantas dicampakkan ke dunia. Dunia yang penuh kekejaman. Penuh noda. Penuh sengsara. Itulah wanita. Kuasa wanita bukan terletak kepada kekuatannya. Adam jatuh kerana Siti Hawa. Habil, dan Qabil berbunuhan kerana hawa. Bill Clinton menggemparkan dunia ekoran dakwaan si hawa. Pemimpin agung negara juga tersungkur kerana seorang wanita.
Hanan mengenali Muhammad sejak berada di kampus. Siapa tidak kenal lelaki itu? Bukan sahaja tampan, malahan mempunyai nilai peribadi yang tinggi. Ya… Muhammad memiliki peribadi yang boleh dibanggakan. Matanya yang tajam bisa menggegarkan jantung si gadis. Rambutnya lurus, kopiah di kepala. Mukanya bersih disinari cahaya. Bibirnya merah, sebagai tanda tidak merokok. Muhammad pastinya belum pernah menyentuh Dunhill, Malboro… Tetapi, bukan itu alasannya. Bukan itu puncanya. Ilmu… Ilmunya penuh di dada. Ilmu itu di hujung jarinya.
Rasulullah pernah bersabda, ” Jika kamu mahukan dunia, dengan ilmu. Jika kamu mahukan akhirat, dengan ilmu. Jika kamu mahu dunia, dan akhirat, dengan ilmu.”
“Umi… Abu ingat abi.”
“Abi sibuk. Nanti malam, abi pulang. Abu dah solat? Pergi solat dulu. Kan abi pesan, solat mesti di awal waktu.”
Abu Bakar… Putera sulung Hanan bersama Muhammad. Sebagai tanda cinta berpanjangan. Abu Bakar As-Siddiq… Sahabat akrab Rasulullah. Itulah impian Hanan. Setelah sah menjadi suri Muhammad, Hanan bercita-cita melahirkan zuriat sehebat Saidina Abu Bakar, seberani Saidina Umar, sesabar Saidina Uthman, dan sekental Saidina Ali, menantu kesayangan Rasulullah.
Hanan ingin benar memiliki sebuah keluarga Muslim yang berpegang teguh dengan syariat. Kini, setelah hampir sepuluh tahun melayari bahtera rumahtangga, pasangan itu telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Putera sulung diberi nama Abu Bakar, manakala si puteri dipanggil Fatimah Az-Zahrah.
Fatimah… Begitu comel wajah itu. Masih Hanan ingat. Sewaktu Fatimah dilahirkan, Muhammad tiada di sisi. Si suami begitu sibuk dengan kerjayanya. Paginya menjadi penganalisis komputer. Malamnya menggegarkan pentas ceramah. Pendakwah bebas… Perginya ke mana-mana. Hanan bangga memiliki suami yang giat berjuang di jalanNya. Hanan terharu. Tetapi, naluri wanitanya tetap merasai kesedihan bila mana Muhammad tiada di sisi tika dia mahu melahirkan. Andai kata Hanan menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia mahu memejamkan mati di sisi suami. Di pangkuan suami tercinta.
” Ayang nak letak nama apa?”
” Suka hati abang la. Asal abang suka, ayang tak bantah.”
” Sumayyah?”
” Abang suka?”
” Entahlah. Apa kata… Fatimah Az-Zahrah.”
Muhammad mengucup dahi isteri tercinta. Muhammad bahagia bersama Hanan. Muhammad bersyukur kerana Hanan kini menjadi miliknya. Dia tidak salah pilih. Hanan begitu memahami. Hanan tidak pernah merungut dengan segala kekurangan. Hanan sentiasa patuh, dan redha. Muhammad tahu, Hanan kurang setuju dengan permintaanya agar dia berhenti bekerja setelah kelahiran Abu. Tetapi, sebagai isteri yang taat, Hanan akur. Meskipun bertentangan dengan cita-cita, dan azamnya, Hanan tetap menerima. Hanan mahu menjadi setaat Siti Muthiah. Itu Muhammad tahu.
Saidatina Fatimah agak kecewa apabila mengetahui bahawa ada wanita lain yang memasuki syurga mendahuluinya. Siapakah dia? Apakah keistimewaannya sehingga disebut namanya oleh Rasulullah? Dialah Siti Muthiah. Wanita agung mentaati suami. Dirinya untuk suami. Kebahagiaan, dan kegembiraan dicurahkan buat suami.
” Wahai Muthiah, apakah perlunya peralatan itu?” Tanya Fatimah tatkala melihat Siti Muthiah memegang segelas air, sehelai kain, dan sebatang rotan di sampingnya.
” Wahai puteri Rasulullah, kain ini kugunakan untuk mengelap peluh suamiku yang penat bekerja. Air ini kuhidangkan buatnya. Kutahu, dia tentu kehausan setelah lelah membanting tulang mencari rezeki buatku, dan anak-anak.”
” Bagaimana pula dengan rotan?”
” Jika layananku tidak memuaskan hatinya. Aku rela dipukulnya.”
” Adakah dia sering memukulmu?”
” Tidak. Bahkan dia hanya memelukku di sisinya.”
” Kamu memang layak masuk syurga,” bisik hati Fatimah.
Hanan ingin menjadi sehebat Siti Muthiah. Taat, dan patuh kepada suami. Menjadi penawar buat suami. Melahirkan permata hati untuk suami. Paling penting, melahirkan pejuang Islam masa depan. Takbir!! Hanan terkejut dari lamunan. Dia terkenang kisah lampau. Antara dia, dan Muhammad. Antara cita-cita, cinta, dan harapan. Konflik berlegar-legar. Cita-cita membantu ibu di desa. Meringankan beban ibu yang melahirkan. Membalas jasa bapa yang membesarkan. Hanan tahu perit ibu mengandungkan. Sakit ibu melahirkan. Penat ibu membesarkan.
Kakak,Dulu, kakak cakap, bila kakak dah kerja, kakak nak bawa abang, Amir, Bobo pergi melancong. Nak bawa kami naik kapal terbang. Nak hantar ibu, dan ayah ke Mekah. Kenapa tak boleh sekarang? Kakak tak ada duit ye? Kakak tak cukup duit? Salam sayang dari kami di kampung. Abang.
Abang,Bukan kakak lupa. Kakak ingat janji kakak. Tapi, apakan daya. Kakak tak punya sumber. Belanja bulanan, boleh ditanggung. Janji kakak, agak sukar dikotakan. Sayang selalu. Kakak.
Konflik terus bermain di kepala. Antara ketaatan, dan cita-cita. Antara harapan, dan cinta. Hati Hanan menjerit. Dia ingin mengotakan janjinya. Ingin meringankan beban ibunya. Hanan merancang sebegitu lama. Hanan fikir, jika Muhammad membenarkan dia bekerja tetap, pastinya dia dapat menepati kata-katanya. Membantu keluarganya. Mengapalah Muhammad tidak pernah mahu mengerti?
” Ayang… Minggu depan abang kena bagi ceramah kat Kedah. Mungkin dalam dua hari.”
” Pergilah bang. Orang dah jemput.”
” Macam mana anak-anak?”
” Abu… Macam biasalah. Sikit-sikit, abinya. Fatimah pula, tiada masalah.”
” Ayang… Penganjur tidak dapat sponsor ceramah abang. Minggu ni, kita jimat sikit ye. Duit ibu dah hantar?”
” Emmm….”
Abang,Bukan harta yang dipinta. Bukan emas yang dirayu. Hanan ingin selalu di sampingmu.Hanan serba salah. Bukan dia tidak tahu dengan kerja suaminya. Sebelah pagi, Muhammad bergegas ke pejabat. malamnya, jika ada jemputan, Muhammad perlu berceramah. Kereta Wira itu sahajalah yang membawanya ke mana-mana. Kadang-kadang, Muhammad tidur beralaskan kusyen. Kadang-kadang Muhammad tidak tidur langsung. Hanan kasihan melihat suaminya. Meskipun Muhammad tidak pernah meluahkannya, Hanan tetap mahu melihat keselesaan suaminya. Ah!! Iblis begitu kuat menghasut. Sedangkan Nabi junjungan hidup sederhana. Sedangkan sahabat terdahulu lebih hebat dugaannya. Persetankan segala hasutan syaitan laknatullah. Dia perlu sentiasa redha, dan bersyukur dengan segala kurniaan Tuhan. Allah pernah berfirman, “Ketika Tuhan memberitahu : Dan jika kamu berterima kasih, nescaya Kutambah nikmat yang ada padamu. Tetapi, jika kamu kafir, sesungguhnya seksaanKu amat keras. ” Ibrahim : 7. Ya… Hanan perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.
Seperti biasa, Hanan menjalankan kewajiban seorang ibu, dan isteri sebaiknya. Mengasuh mengikut pesan suami. Tidak dimanjakan, dan tidak pula terlalu keras. Hanan begitu bahagia. Alangkah indahnya, jika kelak, dia dijemput Tuhan, tika perit melahirkan zuriat. Bukan sengaja mahu meninggalkan anak-anak tanpa ibu. Suami tanpa isteri. Tetapi, Hanan mahu mati sebagai syuhadah. Bak kata seorang teman, ” Hiduplah sebagai ulama’, matilah sebagai syuhadah.” Hanan mahu mati dengan redha suami. Bukan tangisan yang mengiringi pemergiannya. Kadang-kadang Hanan cemburu. Cemburu memikirkan. Pastinya Muhammad akan menikah lagi. Anak-anaknya bakal punya umi baru. Akan ada orang lain di hati Muhammad. Memikirkan Ainur Mardhiah pun menggelisahkannya. Apatah lagi wanita di dunia.
” Kakak… Nenek sakit tenat. Baliklah. Ibu suruh kakak balik.”
” Abang Muhammad tiada. Pergi ceramah di Kedah. Macam mana kakak nak keluar rumah?”
” Kakak telefonlah dia. Nenek dah nazak. Kakak kena balik.”
” Nanti kakak telefon abang Muhammad.”
Telefon Muhammad? Mana mungkin Hanan mengganggu Muhammad waktu itu. Hatinya meronta untuk pulang. Tapi bagaimana? Hanan tahu, suaminya tidak akan marah.
Bukan benda kecil. Hidup mati manusia. Tapi, Hanan tidak mahu menghalang gerak kerja Muhammad. Jika dikhabarkan berita ini, pasti Muhammad gelisah. Hanan yakin, Muhammad pasti tidak dapat pulang malam ini. Hendak pulang sendiri? Hanan mana ada fulus? Kalau untuk dirinya saja, mungkin mencukupi. Tetapi, bagaimana dengan Abu, dan Fatimah? Tinggalkan di rumah? Tidak sama sekali. Apa-apa boleh berlaku. Budak-budak masih kecil. Tidak tahu apa-apa. Tidak mengerti apa-apa. Hendak beritahu ibu duit tidak mencukupi? Hanan tidak sanggup. Nanti, ibu pasti menjadi seperti inspektor polis yang giat menyoal-siasat banduan. Dari mana datangnya duit yang dikirimkan selama ini? Mana mungkin Hanan mampu mengirimkan wang jika duitnya tiada? Ibu tidak tahu. Dan ibu tidak perlu tahu. ibu juga tidak boleh ambil tahu. Hanan banyak berjimat. Ditahan keperluannya. Dipenuhi kehendak ibu bapanya. Sudahlah dia gagal menghantar mereka ke Mekah. Biarlah dia berkorban sedikit. Hanya sedikit…
” Kakak… Nenek dah meninggal.”
” Innalillahiwainnailahirajiun.”
Hanan senyum sendiri. Menangis dalam senyuman.
Nenek tua itu telah sampai ajalnya. Telah tiba waktunya. Rambutnya putih. Tiada yang hitam. Mukanya cengkung. Tangannya berkedut. Hanan sayang orang tua itu. Dialah yang mengasuhnya selama ini. Mendidiknya menjadi orang yang berguna. Ibu juga mendidik. Ayah juga mengajar. Tetapi, keringat ibu, dan ayah lebih diperlukan untuk mencari sesuap nasi. Akhirnya, nenek pergi jua. Meskipun Hanan tidak menanam cita-cita agar janda kematian suami itu mati di sisinya. Alangkah indahnya jika dia ada bersama tika neneknya sedang nazak menunggu roh keluar dari jasad.
” DaripadaNya kita datang. KepadaNya kita kan kembali.”
” Kak Hanan.”
” Ya saya. Siapa di sana?”
” Saya Nona, anak didik ustaz Muhammad.”
” Ooo… Ustaz tiada. Dia belum pulang. Nona nak pesan apa-apa?”
” Em… Akak… Saya harap akak tidak marah. Tapi, saya dah tak mampu,” talian sunyi sebentar.
” Akak… Saya mencintai ustaz Muhammad. Saya tidak mampu menipu diri saya sendiri. Saya begitu sayang kepadanya, dan saya sanggup menjadi yang kedua.”
” Ustaz tahu hal ni?” Hanan cuba menahan getar di hatinya.
” Mungkin tahu. Tapi, buat-buat tak tahu. Saya terseksa.” Diam lagi…
” Saya yakin ustaz akan mendengar nasihat akak. Kak… Pinanglah dia untuk saya.”
Hampir terjatuh gelas putih itu. Hanan tidak sanggup. Dia tidak sanggup bermadu. Tidak rela dimadu. Apatah lagi berkongsi suami. Hanan tidak sekuat Saidatina Aisyah. Aisyah juga cemburukan isteri-isteri Rasulullah. Bermadu tak semanis yang disangka. Mungkin lebih pahit daripada hempadu. Hanan tahu, lelaki yang mampu layak bernikah lebih daripada satu. Malahan dua… Tiga… Empat… Hanan yakin Muhammad mampu mengemudi dua buah bahtera. Tapi…
Hanan tidak cukup kuat untuk itu. Sudah banyak dia berkorban. Perlukah dia berkorban lagi? Dia berkorban kerana ketaatan. Kerana patuh terhadap suami. Perlukah dia terus memendam rasa lagi? Menangis!! Hanan tidak akan menangis kerana dugaan, dan ujian. Saidina Ali pernah menangis kerana dirasanya Allah tidak memandangnya. Mengapa? Kerana dirasakan tiada ujian diturunkan buatnya. Ujian!! Sebagai tanda kasih Tuhan. Sama ada ingin mengangkat martabat hambaNya itu, ataupun sebagai kafarah dosa yang dilakukan. Dua-dua sama. Sebagai tanda cinta Ilahi. Allah pernah berfirman,
” Tidak Aku bebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya,” Al-Baqarah : 286. Hanan juga tahu firman Tuhan, ” Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar.” Tapi…
Macam mana dengan Nona? Nona mencintai suaminya. Mengapakah Muhammad yang dipilih? Bukan teruna lain di muka bumi Allah ini? Adakah Muhammad turut mempunyai perasaan yang sama? Atau, adakah mereka sebenarnya saling mencintai? Oleh sebab tidak sanggup berterus-terang, Muhammad menyuruh Nona meminta kebenaran. Nanti… Abu, dan Fatimah akan punya dua umi. Tidak sanggup Hanan memikirkannya. Tidak sanggup dia melihat kemesraan Nona, dan Muhammad. Berkahwinlah tapi jangan berdampingan di hadapannya. Bermesralah tapi usah mempamerkan kemesraan itu. Hanan yakin. Kala itu, dia pasti akan menangis. Kalau dulu, Hanan menangis dalam senyuman. Tapi kini, tangisannya berbunyi. Tangisannya meggugurkan air mata jatuh ke bumi.
Hanan teringat pesan Tok Guru. Poligami tidak salah. Malah meringankan beban wanita yang terseksa. Asal kita hayati, fahami konsepnya. Beliau juga berpesan kepada para suami agar tidak menambah yang sedia ada. Tetapi, jika gelora hati tidak mampu ditahan, nikahlah. Kahwinlah satu lagi. Tafaddhal masykura. Banyak kelebihan sebenarnya isteri yang membenarkan suaminya berkahwin lagi. Pertama, darjatnya pasti diangkat Allah. Kedua, membolehkan si isteri mendekatkan diri kepada Tuhan. Benar. Bila suami bersama isteri kedua, bolehlah isteri pertama melakukan ibadat sunat. Bolehlah dia qiam sepertiga malam. Hanan tahu semua itu. Pasti dia dapat menghampiri Tuhannya. Mengadu, merintih kepadaNya. Tapi…Kan ketaatan itu juga satu ibadah?
“Kenapa lain macam saja ayang sekarang? Ada masalah ke?” Muhammad mula bersuara bila mana dia menyedari perubahan yang berlaku kepada isterinya. Senyum Hanan lain dari biasa.
“Tak adalah bang. Ayang letih saja,” kata Hanan menahan sebak di dada.
“Bukan sehari abang kenal ayang. Dah bertahun kita bersama. Kenapa ni? Ayang ada masalah? Atau baby ni merungsingkan ayang?” Sangkal Muhammad lantas mengusap perut isterinya yang mengandung tujuh bulan itu. Hanan… Abang mencintaimu. Muhammad memeluk Hanan, dan mendudukkan dia di sisinya.
“Ceritakanlah… Ayang bukan sahaja isteri abang. Tapi sahabat, dan teman bagi abang. Tiada rahsia antara kita.”
” Abang…” Hanan makin sebak.
Tiba-tiba…
” Umii… Tengok abang ni. Dia kacau Imah.”
” Alaa. Bukan Abu nak kacau. Abu nak main saja.”
” Abu main kasar, bukan nak main elok-elok. Cakap kat abi.”
Tak sanggup Hanan membuka suara. Mujur putera puterinya buat hal. Kalau tidak, tak tahu apa yang akan berlaku. Pasti dia akan teresak-esak di pangkuan Muhammad. Nona! Mengapakah kamu hadir dalam hidupku? Kenapa Muhammad yang kau pilih? Kenapa dia yang kau cinta? Bagaimana jika Muhammad bersetuju? Tak sanggup Hanan menerima realiti itu. Satu mimpi ngeri buatnya. Jika Muhammad menolak, Hanan pasti menangis suka. Tapi, jika Muhammad menerima? Hanan menangis juga. Dia menangis kedukaan. Muhammad pasti memujuk tapi hatimya telah mati. Cerai? Ya. Perkara halal yang dibenci Allah. Hanan tidak pernah terfikir untuk minta cerai. Hanya Muhammad yang diharapkannya.
Sudah sebulan peristiwa itu berlaku. Hanan melaksanakan tanggungjawab seorang isteri seperti lazimnya. Diasuh anak-anak sebaiknya. Dilayan suami seikhlasnya. Tidak pernah Hanan bermasam muka. Apatah lagi berwajah sugul. Hanan lupa. Dia tidak boleh menipu Muhammad. Suami itu menyedari perubahan Hanan. Ada benda yang cuba disembunyikannya. Senyum Hanan manis tapi tidak semanis dahulu. Segalanya berubah. Muhammad amat mencintai Hanan, dan dia tidak mahu perubahan ini. Apa dah jadi? Muhammad gelisah tak tentu. Kerjanya tanpa kosentrasi. Senyuman Hanan yang lain itu sudah cukup meresahkan Muhammad. Sedarkah Hanan? Lebih parah lagi bila Muhammad tidak dapat melakukan kerja dakwah seeloknya. Itulah kuasa wanita. Yang akhirnya menyungkurkan seorang lelaki. Bangkitlah Muhammad. Sesungguhnya…
“Katakalah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum kerabatmu, harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu takuti kerugiannya, serta tempat kediaman yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah, rasulNya, dan jihad ke jalan Allah, maka tunggulah olehmu, sehingga Allah mendatangkan seksaanNya…” At-Taubah : 24.
” Abang…” Hanan bersuara satu malam.
” Yang…”
” Baru-baru ni, pelajar abang telefon.”
” Ya.”
” Nona namanya,” Hanan cuba melihat reaksi Muhammad tapi tiada perubahan pada wajah itu.
” Ya.”
” Katanya…” Diam seketika.
” Katanya dia mencintai abang. Dia mahu mengahwini abang.”
” Jadi?” Begitu tenang lelaki ini.
” Kahwinilah dia,” lantas Hanan menangis teresak-esak. Dia tidak mahu menangis tapi dia tidak mampu menahan sebak di dada. Disembamkan mukanya di riba suami. Habis basah pelikat itu. Hanan menangis, dan terus menangis. Tidak sanggup untuk menatap wajah suaminya.
” Sebab inikah kamu berubah isteriku?” Bisik hati Muhammad. Diangkat muka Hanan. Ditenung mata yang berair itu. Hanan menundukkan muka lantas menyembamkan wajahnya di ribaan suami. Muhammad mengangkat kembali wajah itu. Ditenung lagi mata itu. Tenungan yang sememangnya tajam semakin tajam jadinya.
” Kalau ayang suruh abang kahwin, Kenapa menangis?” Diam…
” Ayang tak sanggup?” Diam lagi…
” Kalau tak sanggup, Kenapa suruh abang kahwin?” Lidah Hanan kelu.
” Ayang. Tiada orang lain di hati abang. Ayang tiada celanya. Buat apa abang nak cari lain? Isteri abang hanya seorang. Nazihatul Hanan namanya. Terima kasih kerana bersama abang selama ini. Melahirkan keturunan abang.”
Lagi seminggu Hanan akan melahirkan bayi yang ketiga. Kalau muzakkar, namanya Umar. Kalau muannas, pastinya Siti Muthiah. Muhammad tidak sabar menanti saat itu. Saat lahirnya marjan, sebagai tanda kasih berpanjangan. Hanan terlalu banyak berkorban. Begitu teguh di belakangnya. Tika dia turun berjuang. Kasihan Muhammad melihat Hanan. Lain pula dia kali ini. Benar-benar tidak bermaya. Mukanya pucat. Langkahnya longlai. Mujur senyuman itu menghilangkan kecatatan yang ada.
” Abang… Takut rasanya kali ini.”
” Kenapa? Kan abang ada.”
” Entah bang. Melahirkan ni umpama nyawa di hujung tanduk.”
” InsyaAllah, segalanya akan selamat.”
” Abang…”
” Ya.”
” Kalau ada apa-apa yang berlaku pada ayang…”
” Tak akan ada apa-apa yang berlaku.”
” Kalau-kalau…”
” Semua akan selamat,” pintas Muhammad.
” Kalau-kalaulah… Abang nikahilah Nona sebagai pengganti ayang.”
Inilah wanita. Sekali tergores, sekali terusik, payah nak sembuh. Prasangka tidak pernah luput. Muhammad mengerti. Prasangka itu tandanya sayang. Tapi, usahlah begitu. Benarlah kata seorang motivator. Wanita itu mudah tersentuh. Sensitif benar hatinya. Emosinya tidak dapat dibendung. Sentiasa mengikutinya. Menjadi pengawal peribadi yang setia. Hanan juga tidak terkecuali. Percayalah Hanan. Cinta abang untuk Hanan seorang.
“Encik Muhammad… Nampaknya pihak kami hanya punya satu jalan. Sama ada ingin menyelamatkan si bayi, atau si ibu.”
“Selamatkan keduanya,” Muhammad seolah memberi arahan.
Muhammad memegang erat isterinya. Muka Hanan pucat lesi. Diusapnya rambut hitam Hanan. Diciumnya pipi itu. Muhammad ingin menangis tetapi tidak sanggup membiarkan air matanya gugur ke bumi. Bukan kerana ego. Hanan sendiri tidak menangis. Masakan dia boleh menangis? Darah begitu banyak tetapi tangisan bayi masih belum kedengaran. Hanan sedaya upaya melawan sakitnya. Yang penting, anak Muhammad itu lahir ke dunia. Nyawanya nombor dua. Nafasnya kian sesak. Tiba-tiba… Kedengaran bayi mendendangkan lagunya. Makin lama, makin rancak bunyinya. Serentak dengan itu, Hanan menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Sumber: http://www.rediesh.com/

p/s : hampir menitis airmata aku bila membaca cerpen ni... Ya Allah mampukah aku menjadi seperti mereka ini... Wanita - wanita yang kental hati.... Taat setia dan bahagia.....

F.R.I.E.N.D.S


Hari ni sunyi je rasanya kat ofis walaupun kat pc tengah berdendang - dendang lagu aizat comey ni. Isy... tetiba rasa nak menangis ni nape?

Hmmm.... Setelah dihitung dikira bahagi tolak campur darab, tinggal tak sampai sebulan je lagi aku bergelar isteri pada encik abi tersayang dan bermulalah episod baru dalam hidup aku ini. Tak sampai sebulan jugak aku akan kehilangan dua orang teman kat ofis ni iaitu Kak Jun and Nurul. Tak taulah nak gelarkan teman baik atau apa sebab aku lebih menganggap dieorang ni macam adik and kakak aku sendiri. Tak ternilai rasanya kenangan dan jasa dieorang pada aku selama ini.

Tapi apakan daya... Mungkin sudah sampai masanya untuk membawa haluan masing - masing. Aku pun begitu... Bila sampai masanya, aku harus mengikut encik abi walau di mana jua dia berada (Tunggu hutang setle dulu!isk isk isk)

Walaupun berita ni dah lama dijangkakan tapi masing - masing buat tak tahu je sebab masing - masing berharap dieorang berdua ni dapat terus berada kat ofis ni. Kami sangat memerlukan kamuuuuuuu......

Nanti sape nak buatkan air teh yang sedap tu..... Kak Jun je yang pandai buatkan air teh yang sedap tu walaupun aku selalu komplain teh dia tak cukup manis. Isk isk isk... Nanti tak dapat nak manja - manja dengan kak Jun lagi.... Mintak buatkan ini... mintak buatkan itu..... mintak suapkan makanan.... Nanti tak ada sape nak temankan aku pegi keje lagi.... Terpaksalah pecut 120km/j sambil dengar lagu beroonggeng dalam kereta. Isk isk isk.... Kak Jun.... Janganla pegi........

Nanti sape pulak nak tolong basuhkan pinggan mangkuk yang berlonggok - longgok atas meja tu.... Nurul je anak dara yang paling rajin kat ofis ni membasuh pinggan.... Aku pun rajin jugak.... Rajin tengok! Huhu.... Nurul rajin kemas pantry.... Pendek kata dia memang rajinla bab kemas mengemas ni. Sesuaila pada sesiapa yang tengah mencari calon ni tak kiralah calon menantu ke... Calon isteri ke... Calon madu ke... Uiks!!!! haha... jangan mare ea nurul.... Nanti dah tak dapat nak gurau - gurau lagi dah.... Nanti entah bila lagi boleh jumpa entah... Yang penting majlis aku nanti aku tau kau ada Nurul! Bukan sebagai tukang kemas ke hapa tapi sebagai assistant and peneman aku. Kalau kau tak ada sapa nak buatkan sireh junjung aku nurul.... Huhu....

Eisy panjang lebar betul aku menulis, tapi yang sebenar - benarnya bukanlah sebab itu saje kenapa kiteorang rasa dieorang tak patut pergi. Kedua - duanya dah ada banyak pengalaman kat unit ni. Sayangnya kalau ilmu dan pengalaman dieorang tu tak dapat digunakan lagi kat sini. Tapi apakan daya.... kita cuma mampu merancang, tuhan jua yang menentukan segalanya.... Mungkin juga tuhan dah sediakan rancangan yang lebih besar buat dieorang berdua. Aku nak tengok kak Jun maju dengan bisnesnya... Maybe bisnes katering or butik andaman barangkali.... Seperti yang pernah kiteorang berdua angan - angankan dulu... Kak Jun! Please sahut cabaran itu! And ambiklah lesen..... Huhuhu.....

Untuk Nurul pulak, aku tahu dia banyak perancangan dalam kepala otak dia cuma bila dia nak buat tu entahla... Aku doakan hubungan dia dengan alan akan bermula di jenjang pelamin dan berakhir hingga ke akhir hayat... Apa lagi nak ditunggu Nurul? Harapan aku jugak, semoga lepas ni nanti dia akan berjaya sama ada dalam hidupnya, pelajarannya, kerjayanya serta perhubungannya dengan alan. Dia dah aku anggap macam adik aku sendiri walaupun dia tak pernah panggil aku kakak sebab dia cakap aku ni macam budak - budak je. Hehe.... Nak buat macam mana kan... Muka ai aweks muda.... Hikhikhik... OK muntah jangan tak muntah.

Hmmm.... baru sehari dieorang dah tak ada pun dah terasa sunyinya.... Kalau tak ofis ni mesti bergema dengan suara Nurul dengan kak ct yang saling bertikam lidah. Kak Jun pulak jadi macam si kancil yang tersepit kat tengah - tengah... hehe.... Aku? Jadi batu apilah.... haha..... Saje nak bagi havoks lagi keadaan... Tapi tak sampailah nak buat dieorang bermasam muka... No3x

Hmmmm.....tak dapat aku bayangkan kalau dieorang tak ada lagi kat ofis ni nanti... Terutamanya nurul.... Sebab dia duduk sebelah aku..... (Owh patutla kau duk kat depan je sekarang ni ea....Isk isk isk)

p/s : teringat pada kengkawan yang dah pun berhijrah ke tempat keje lain sebelum ni.... Niza.... Shira.... Kak Umie... Hmmm rindunya kat korang.....

Wednesday, June 16, 2010

Ketika Datang Bulan....

ehsan dari encik google

Bendera merah! Haha.... Patutla aku rasa macam meong je dua tiga hari ni.... Habis semua orang aku nak marah. Hmmm.... Ok! Encik abi sorang je yang selalu jadi mangsa sebenarnya.... Huhu. Dua hari kena teruk dengan aku. Sabar jela.... Nasib baik aku dah warning pada encik abi awal - awal, dalam 2 minggu ni bersiap sedialah dengan emosi and ragam aku. Huhu....

Start semalam jugak kepala aku sakit tak berhenti - henti. Bila pandang skrin Lappy tu rasa macam tak selesa. Ingatkan sebab aku terlalu lama mengadap lappy tu. Takpun sebab aku tengok lappy sambil meniarap tu yang buat aku rasa tak selesa and pening - pening... Sampai ke malam masih jugak macam tu. Tidur dalam keadaan yang sangat tak selesa. Hidung tersumbat and kepala sakit sangat. Owhhh.... Bencinya saat tu....

Pagi tadi pun sama. Sangat - sangat tak larat nak bangun tapi mengenangkan tak lama je lagi, so aku gagahkan jugak. Takkan nak ambik cuti lagi kan.... Rugila aku nanti.... Nak ambik mc, aku kena tempuh opis dulu baru sampai klinik... baik aku pegi keje je. So datanglah aku kerja dengan sakit kepala yang amat sangat. Nampak macam tak percaya je aku ni tengah sakit kepala tadi. Budak - budak ni pun mesti ingat aku main - main sebab malas nak masuk mesyuarat padahal dieorang tak tau kepala aku ni rasa macam nak meledak! Hidung pulak penuh je memanjang.... Tak selesa sungguh... Menyengau 24 jam!

Lepas makan ubat, terus pegi toilet sebab perut ni dari pagi tadi meragam. Then...... Bila tengok rupa - rupanya.....

B.E.N.D.E.R.A M.E.R.A.H ma..........

Hayyooooo...... Nak peot pun kena emosi - emosi bagai. Kalau jenis orang yang tak faham, memang sah - sah kena sepelempang dah tu. Mana yang dah faham tu pulak nasib - nasiblah boleh tahan ke idak. Yang pastinya PMS ni bukan hal main - main!

Untuk keterangan lanjut, sila lawati laman web kotex ini.





Monday, June 14, 2010

Kek Coklat Moist Abi sayang


Yang ni aku buat khas untuk encik abi yang mengidam nak makan kek coklat moist yang aku buat sendiri.
(maafla, semalam lepas buat tak sempat nak ambik gambar, so pagi ni bawak kat opis dah tinggal ni je baru terhegeh - hegeh nak ambik gambar... Hehehe)
Selalu sangat dah berjanji dengan dia tapi tak sempat nak tunaikan...
So before dia balik semalam sempatla buat and bekalkan dia hampir 1 tuppaware besar untuk dia buat bekal masa pegi keje nanti coz aku tau dia takkan sempat punya nak keluar.
Alhamdulillah keknya moist sangat.
(puji diri sendiri...Hehe)
Now aku rasa sangat semangat, teruja and tak sabar nak pasarkan kek coklat ni!
:-)
Sape - sape yang berminat bolehla contact i di blog ini, email or fb ye.
TQ



Sleeping M.I.L.A

M.I.L.A so cute bila dia tengah tidur......
See.....





cepat - cepat sembuh ye M.I.L.A :-)



M.I.L.A jatuh sakit!

Semalam M.I.L.A tak sihat.... Aku pun tak tau apa sebenarnya penyakit dia tapi semalam M.I.L.A langsung tak aktif. Lepas makan, dia terus tidur. Risau sangat semalam. Bila aku belek - belek, aku nampak pepet dia macam membengkak (M.I.L.A ni suka tidur terlentang). Besar jugakla bengkak dia...


Adakah itu tanda - tanda dia nak beranak? Huhu.... - ok spekulasi ini dibuat sebab kak earna kata mungkin M.I.L.A ni tengah bunting. Tu sebab dia garang semacam je. Sekarang spekulasi nak beranak pulak. Isk Isk Isk.... Sapela yang membuntingkan kau ni M.I.L.A?????

Tapi rupanya bukan pepet dia je yang bengkak, pipi dia pun bengkak jugak....


Kesian sangat tengok dia semalam.... Tak tau nak tolong dia macam mana.... Kalau selalu tu dia hyperaktif sesangat, tapi semalam dia langsung moyok je. Makan pun macam nak tak nak je. Disentuh pun dia redha je... Langsung tak ada tindak balas. Alahai sedeynye.....

Menyesal pulak sebab selalu buli dia.... Huhu......

Then pagi tadi, aku tengok bengkak kat pipi dia dah surut. Dia pun dah nampak mula nak aktif balik. Eiiiii sukanya!!!!!!!! :-)

Hopefully M.I.L.A akan terus sihat coz insyaAllah tak lama lagi dia akan dapat pakwe baru... Ngeeeeeee.....
Sabar ea M.I.L.A..... :-)

Cepat - cepat sembuh tau!
Love u M.I.L.A

from :
Daddy & Mummy M.I.L.A




Friday, June 11, 2010

Tikus terbang!

Dah lama tak story pasal M.I.L.A a.k.a hamster yang comel tapi garang tu kan! Rindula pulak... Hahaha... Bukan apa, M.I.L.A ni garang sangat sampai kadang - kadang aku merajuk tak nak jenguk dia. Eiii nasibla kau M.I.L.A..... Dapat tuan yang kuat merajuk ni... Isk sik isk....

Tiap - tiap hari aku bagi M.I.L.A ni makan makanan yang sedap - sedap tapi dia tetap macam tu jugak. Makin ganas adala.... Habis jaring tu digigit - gigitnya. Serupa macam tak suki makan je... Dah tu asal bukak cage sikit dah terkejut opocot mak kau.... Dekat tangan sikit confirm kena gigitan cinta punya.... Wakaka....

Tengok jelah gigi dia yang tajam tu. Walaupun nampak comel - comel je gigi dia tu, tapi kalau kena gigit meraung jugaklah... Melainkan korang pakai tangan palsu! Huhu....


Hai..... entah macam mana lagila aku nak buat dengan si M.I.L.A ni agaknya.... Nak pegang tak boleh.... Nak usap dia tak suka.... Apa je yang boleh????? Apa je motif aku ambik kau jadi anak angkat aku????? Isk isk isk.... kecewa mak noks......

Tapi yang tak boleh nak blah bila aku tengok gambar M.I.L.A yang satu ni....


Ya Allah.... Tak sangka aku M.I.L.A se'brutal' ini! Tak malu pulak tu nampak pepet @ bebird! Isk isk isk... anak derhaka betul.... Kau tunggulah bapak angkat kau balik nanti M.I.L.A! Sepit ekor tu! Wuhahaha.... Acah je tu.....  Tak ada maknanya encik abi tu nak marah - marah pun kalau si M.I.L.A ni nakal.. Lagi di manja - manja ada....

Dengan aku dia asik kena buli.... Dia tengah syok - syok tidur terlentang pun aku snap gambar dia. Tengah dia syok - syok lari - lari tu pun aku boleh sakat dia. Hehe... Tulah, sape suruh tak mesra alam dengan aku kan! Kang aku bagi kau bermesra - mesraan dengan tikus - tikus yang kat atas siling tu karang taula! Confirm lepas tu, mak aku tak jadi nak pasang perangkap tikus lagi dah coz semuanya rupa macam kau.. hahaha....

Masa aku bela B.I.B dulu pun tak susah macam bela si M.I.L.A ni.... siap bawak tidur lagi! Diam je dia..... Melawan pun tidak.... Semua orang suka kat B.I.B sebab dia macam budak baik je.... Sekarang pun baik gak! Lama dah tak jenguk B.I.B kat belakang tu.... Jangan dia keluar daripada besen tu sudah.... Menangis aku nak mencariknya nanti.... Huhu....

Owh lupa pulak nak mention.... B.I.B tu kura - kura aku.... Aku bela dia dari tahun 2003 sampai sekarang. Means dah 7 tahun jugaklah dia hidup dengan aku. Dulu rajin jugak nak jaga tapi bila dah besar ni, macam terabai jugaklah die... Hmmm.... Lepas ni entah nak bela apalah pulak ek?



CupCake Cinta Kasih


Haha... Suka - suki aku je bagi nama cupcake ni cenggini! Padahal cupcake ni ditempah oleh seorang anak untuk birthday bapak dia. Ahhh... Tak kesahla kan! Janji sodapppppppp......

So kali ni tempahan aku terima dari kak dila untuk bapanya. Sempena menyambut hari lahir & hari bapa katanya. Thanx kak Dila coz sudi tempah cupcake saya yang tak seberapa ni ye! :-)

Dia sebenarnya tak tetapkan pun nak tema warna apa so aku bubuh jela kaler kuning ni. Hiasannya aku tarukla warna merah... Nasib baik hari tu dah beli nozzle berbunga - bunga tu. Cantikla sikit nampaknya kan... hehe. Untuk perisanya pulak, dia mintak aku buat perisa coklat. Lama jugak belek - belek resepi yang ada tapi tak berapa confidentlah nak buat sebab aku memang tak ada talent nak buat chocolate cake! Hehehe... Sampaikan encik abi dah baper kali mintak aku buatkan kek chocolate tapi aku buat derk je. Huhu... Bukan ape... Takut t tak sedap... Tapi lepas ni memang aku confident nak buat! Malam ni nak try buat lagi hadiah untuk pengantin baru sebelah rumah aku tu. Hope dieorang suka!Ngeeee.......

Alhamdulillah, hopefully semuanya akan bertambah baik and skill aku bertambah maju. By the way, 19 Jun ni aku dah booking kelas cheesecake and chocolate cake untuk aku and encik abi. Macam tak percaya je kan????!!!! Encik abi sudi masuk kelas tu... hehehe.... Actually aku yang paksa dia pun! Hehehehe....

Anyway thanx again pada kak dila keran sudi tempah cupcake dari saya ye! Kalau sedap tempahlah lagi... Hehehe...



Makan Sarapan Pagi + Lunch

Actually makan - makan kali ni adalah sempena meraikan hari terakhir pelajar praktikal kat unit aku ni. Dah lama rancang nak buat tapi asik tak jadi saje. Masing - masing ada hal.... Hari pun ramai gak yang tak ada ni tapi disebabkan hari ni hari last dia, so buat jugaklah.

Nilah dia gadis genit bakal setiausaha sapelah lepas ni...... Hehehe......

Masa mula - mula dia datang dulu aku ingatkan dia ni jenis yang sombong and kekwat gitu tapi rupa - rupanya dia ok je. Kerja pun bagus. 2 3 bos pun dia boleh cover. hehe....

Sempat jugaklah buatkan cheesecake untuk meraikan die... Just the simple one. Baru keluar oven terus bawak pegi office. Dengan bekas - bekas dia sekali aku bawak.
l
l
l
l
v

Alhamdulillah sikap tak putus asa aku sebelum ni berbaloi rasanya dan aku rasa bila aku buat something dengan hati yang senang, tenang and ikhlas, hasilnya memang malatop! Hopefully lepas ni aku boleh improve lagi. Tambahan pulak dengan sokong encik abi tersayang yang sentiasa beri galakan untuk aku terus menghasilkan sesuatu yang sedap dipandang and sedap dimakan! I Love u so much abi sayang!!!!!


Nurul yang demam makan sambal udang 1 pinggan

Kak earna try nak diet dengan makan cheesecake!
Hahaha
everyone in the aquarium!

So tu saja untuk hari ini. Walaupun semuanya serba ringkas, tapi alhamdulillah semuanya telah berjalan lancar. Harapan aku semoga dia akan maju jaya lepas ni dan mendapat pekerjaan yang bagus. Salah silap haraplah dimaafkan ye.... Jangan lupakan kami di sini... Kalau ada masa jemputla datang lagi  ke mari ye..

Bye bye......






++Jom Kita Tukar Link!++