My Nuffy

Sunday, October 24, 2010

Petua Hilangkan Loya Semasa Mengandung

Orang kata 3 bulan pertama mengandung memang tak boleh nak elak morning sickness ni. KU pun same... Cuma KU kire beruntung sikit sebab buat mase ni KU takderla termuntah belahak macam sesetangah orang. KU cuma ada rase macam perut kosong and loya je tapi tak kuarkan pape pun. Mungkin sebab KU ni dah kurang makan kot.

So hari tu KU cubalah godek-godek kat Google pasal nak hilangkan loya ni. Macam-macam petua jugaklah yang KU terjumpa tapi ada 2 petua je yang KU sempat cuba dan tengah cuba pun sekarang ni. Salah satunya adalah dengan makan madu. Tak percaya?


KU dah cuba dah... Alhamdulillah lepas 2x KU amalkan, loya KU dah pun berkurangan. Badan KU pun dah bertenaga sikit. Caranya senang saja... ambil sesudu madu lebah. Kalau boleh gunakan sudu plastik. Sebelum makan madu tu bacalah bismillah dan selawat 3x. Jangan lupa niat sekali dalam hati supaya loya tu hilang. Insyaallah.

Cubalah! :-)

“..kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” [Surah An-Nahl, ayat : 69]

No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++