My Nuffy

Wednesday, January 19, 2011

Perempuan mengandung Dan Sembelit II.






Cerita pasal perempuan mengandung dan sembelit lagi. Kali ni aku nak kongsikan serba sedikit petua untuk mengatasi masalah sembelit ni.


1. Madu

Seperti mana yang kita semua ketahui, madu ni kan banyak khasiatnya. Salah satunya adalah untuk mengatasi masalah sembelit. Pada awal kehamilan memang aku ada amalkan makan satu sudu madu setiap pagi dan sebelum tidur. Dari pemerhatian aku, lebih mudah nak buang air besar setiapkali lepas makan madu ni. Ada jugak yang risau sebab katanya madu ni panas. Takut baby dalam perut kepanasan pulak kalau makan madu macam tu saja. Kalau macam tu, campurkan saja madu tu bersama dengan air segelas. Mudah kan? Kalau susah nak cari madu yang asli, carilah jus madu @ jus kurma madu yang banyak dijual di pasaran. InsyaAllah... sembelit akan berkurangan.

2. Buah-buahan

Macam entry yang lepas, ada jugak disebutkan pasal buah-buahan kan. So hari ni aku nak tambah sikit info pasal buah-buahan yang sesuai untuk mengatasi masalah sembelit ni. Daripada pembacaan serta maklumat yang aku dapat dari mak aku, antara buah-buahan yang sesuai untuk mengatasi sembelit ni adalah seperti pisang, betik, anggur dll. Ada jugak yang kasi petua makan buah naga atau buah prune. Ikut selera masing-masinglah kan. Tapi makesure, makan buah dulu sebelum ambik apa-apa makanan berat. Dulu-dulu x tau, bantailah makan buah lepas makan. Rupanya salah aturan... patutla aku kerap kena sembelit. Aduhai...

Lepas tu dari sumber yang aku dapat jugak, dikatakan kita perlu mengambil makanan yang tinggi kandungan seratnya. Antara buah-buahan yang tinggi kandungan seratnya adalah buah jambu batu. Memang bagus sebab kandungan vitaminnya jugak banyak.


3. Jus buah-buahan segar

 Kalau rajin bolehla buat jus buah-buahan. Tak kisahla jus apa asalkan bukan jus nenas bagi yang mengandung. Hehe... Kalau aku lebih prefer jus oren atau epal. Jus kurma madu atau jus prune jugak boleh diamalkan. memang sesuai untuk ibu-ibu mengandung. Disamping tu, kenalah minum air kosong banyak-banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Kalau tak berkesan jugak, disarankan pergilah jumpa doktor ye. Sekian.




No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++