My Nuffy

Tuesday, February 23, 2010

Lirik Lagu Indonesia: Lirik Lagu Bukannya Aku Takut - Mulan Jameela

Lirik Lagu Indonesia: Lirik Lagu Bukannya Aku Takut - Mulan Jameela: "Lirik Lagu Bukannya Aku Takut - Mulan Jameela

Ku tak peduli
Bila ku benar-benar cinta mati
Ku tak peduli

Ku memang begini
Bila ku benar-benar cinta mati
Ku tak peduli
Apa saja yang ku inginkan kamu rela

Reff:
Bukannya aku takut akan kehilangan dirimu
Tapi aku takut kehilangan cintamu
Mungkin saja saat itu kau mempermainkan aku
Seakan kau bisa membalas cintaku

Kau takkan mengerti
Yang selama ini aku rasakan, pasti
Kau tak peduli
Bila saja yang ku inginkan kamu rela

Repeat Reff

Label: lirik lagu mulan jameela"

Happy 1st month engagement aniversary!!!!

dapat bunga daripada MaC. TQ abi sayang!

Hea? Ada ke orang sambut sebulan bertunang? Hehehe... Aku jelah kot yang memandai - mandai celebrate. Kebetulan jatuhnya pada Valentine's day. Series aku & MaC tak sambut Valentine's day ni ok! Kebetulan saja 14 Februari 2010 genap sebulan dah aku berstatus tunang kepada MaC. Macam biasalah... Ada sahaja aktiviti aku dan MaC cuti - cuti begini. Kalau tak silap, sepanjang minggu ni aku memang cuti daripada memandu. MaC dengan sukarela hati nak memandu aku ke mana sahaja aku pergi. Bermula daripada kursus di Seremban hinggalah aktiviti terakhir kami untuk cuti tahun baru cina tadi.

08/02/2010 - 11/02/2010

Selama empat hari berulang - alik ke Seremban, MaClah yang bertanggungjawab menghantar dan mengambil aku balik. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa terharunya aku dengan pengorbanan yang telah dilakukannya. Pengalaman banyak mengajar dia untuk jadi lebih prihatin bukan pengongkong. Aku tahu dia sudah banyak berubah sedikit demi sedikit untuk kesejahteraan hubungan ini dan aku sangat - sangat menghargainya. Ini juga mengajar aku supaya lebih menghargai apa yang terbentang di depan mata bukan asyik terlena dan khayal dengan dunia semalam. Ia sudah menjadi sejarah... Sejarah adalah untuk dikenang... Tak mungkin kita akan kembali kepada alam sejarah silam... Sejarah hanyalah sebagai pengajaran dan ukuran... Apa yang kita ada kini... apa yang kita bina selama ini... adalah realiti.

12/02/2010

Aku dan MaC bercadang untuk survey barang - barang untuk kedai kami tapi lain pulak yang dapat. Kalau dah alang - alang ke MP... tak sah kalau tak shopping sakan. Tambahan pulak bila MaC dah bagi greenlite. sepersalinan seorang untuk hantaran nikah nanti. Macam tak percaya... saiz seluar aku dah jadi saiz 31! Tapi nak sedapkan hati, aku beli saiz yang sama dengan MaC iaitu saiz 30. Bila aku timbang... berat aku dah naik 52 kg! Kalau dulu semua orang bising sebab aku nampak kurus sangat tapi since aku kawan dengan MaC, berat aku bertambah - tambah. Pun orang dok bising jugak. Isy... isy.... Tak paham aku.

eating at Korean Restaurant Melaka Parade
nice place

Makan kat tempat ni memang tak hengatla melantaknya pun. 2 - 3 piring daging kambing aku bedal. Almaklumlah kat situ kita boleh makan apa saja sampailah kedai tu tutup... Tambahan pulak Mac memang sangat - sangat teruja untuk menggalakkan aku menambah berat badan. Huahuahua.. So apa lagi... bedallah sebelum 2 - 3 bulan yang akan datang ni. Kalau orang lain sibuk nak kuruskan badan bila dah nak kawen tapi aku selamba je melantak macam - macam. Tak kesah pun.... 

  
 choosing one for my hantaran



Lepas penat menapak berehat sebentar di kerusi urut ni. 30 minit -1 jam. Memang syiok habis. Rasa nak terlelap pun ada tapi nasib baiklah sedar yang kat situ public. Nanti sedap - sedap tidur... barang - barang tah ke mana.


Inilah antara barangan hantaran aku nanti. Pelik ke?
p/s: seluar tu sama jenis and saiz dengan MaC punya.

Dalam pada seronok - seronok shopping tu tiba - tiba aku didatangi sakit tanpa di duga. Tuhan sahaja yang tahu macam mana rasanya masa tu. Jalan pun dah macam orang baru lepas pantang. Mula - mula tu aku kuatkan jugak sebab tak nak MaC risau tapi makin aku tahan makin sakit tu datang.

13/02/2010

Pagi - pagi lagi Anak cik Kiah yang sorang tu dah sibuk telepon tanya bila nak gerak antar Cik Kiah pegi airport padahal flight pukul 6.30 pm. Apelah... Kalut betul. Dia tak tahu Cik Kiah tu lagi handal and berani dari aku. Huhuhu... Masa hantar cik kiah ni sakit aku makin menjadi - jadi. Jalan pun macam orang baru lepas beranak gitu. Orang semua pandang aku semacam je... Isy segan mak aihh... Cik kiah pun nek risau dah tengok aku cenggitu. Macam - macam petua petui keluar. Nasib baiklah MaC sabar melayan karenah aku. 1st kelas gitu... Kalau dulu... ehem - ehem... sekarang dia dah pandai dah... Dah prihatin dah.... Dia selimutkan aku masa kat dalam kereta... dia tanya kalau - kalau aku nak apa - apa.... Pandai dia bawak diri.... Hukhukhuk. Tak sampai hati tengok dia risau punya pasal... aku pun ajaklah dia pergi klinik. Siap tanya tu doktor tu lelaki ke perempuan. Hik3x. Malu siot.... Rupa - rupanya aku kena bisul da....

Tapi alhamdulillah lepas kena henjet sedas and makan ubat bisul tu pecah and esoknya aku pun pergi ikut rombongan pertunangan anak Pak sedara MaC kat Muar. Jalan cover - cover jerk. Dah tu lepas pulak pegi melaka balik tu. Hik3x


 
sakit - sakit pun sempat jugak shopping kasut.
my mother in law pun tak lepas peluang.
father in law? pening kepala da....hehe
 
Lepas penat jalan - jalan teragak pulak nak makan korean food lagi. again????!
Huhuhu....
Kali ni dengan family pulak....
meriah and haruk....
love to see my mother in law makan yee sang dengan selambernya...
more important.....
these
l
l
l
V


sejambak bunga sempena 1st month engagement aniversary kiteorang.
terharu....
1st time ada lelaki bagi bunga kat aku...
 TQ so much abi sayang...
I LoVe U sO Muchhhhh.....

Friday, February 12, 2010

Tamat Sudah bah...

Alhamdulillah... Semalam hari terakhir aku berkursus kat Seremban. 4 hari berturut - turut aku dihantar oleh MaC berulang - alik dari Gemas. Nasib baiklah tak lewat sangat sampai sana. Terima kasih banyak - banyak abi... Jasamu akan dikenang. Hehehe....

Dalam 4 hari ni jugaklah macam - macam jadi. Kereta aku breakdown. Air bateri kering! Huahuahua.... Nampak sangat aku tak reti jaga kereta. Kejadian tu berlaku pagi Rabu masa MaC dah siap - siap nak jemput aku kat rumah. Actually dia bawak balik kereta aku sebab nanti senang dia tak payah tukar - tukar kereta. Pagi tu dia sms aku dengan cemasnya mengatakan kereta tak boleh start. Aku lagilah menggelabah. Dah dekat pukul 7 dia masih ada kat rumah lagi. Nasib baiklah kereta ayahnya ada. WIralah yang telah menyelamatkan aku daripada lambat masuk kelas. Getik! Haha. Lepas hantar aku. MaC balik semula ke Gemas sebab nak hantar kereta aku tu ke bengkel. Nasib baiklah bengkel dekat je kat depan rumah. So dia panggil je orang tu pun datang rumah. Senang sikit kerja.

Owh ya... cocoa collagen aku dah laku 5 set! Jangan tak caya! Semuanya diborong oleh member - member office Rhodie yang berminat dengan benda tu. Alhamdulillah.... Ni betul - betul rezki orang nak nikah cepat ni... Hehehe.... Ok2... minum cocoa collagen tak akan menjadikan korang gatal macam ni ok! So ada saper yang berminat bolehlah bagitau I ok!

So hari ni aku cuti sempena tamatnya kursus aku semalam... Nasib baik lulus. Kalau tak lulus aku luluskan sendiri. Banyak santek muka dia. Dahlah kena ulang alik. Gitulah alkisahnya hari ni aku duduk kat rumah jelah kot. - duduk kat rumahlah sangat. Aku and MaC ada agenda hari ni. Cik Kiah pulak sakit gigi daripada hari tu lagi. Esok dah nak hantar dia pergi Sabah dah. Eiii.... risau pulak aku. Mana tak risaunya... Aku confem demam bila dia tak ada. Pagi - pagi lewat memanjang jelah aku. Itik ayam dia nak kena bagi makan. Kucing dia + kucing aku yang dia bela tu pun nak kena jaga gak. Awal - awal lagi dia dah pesan jangan balik lambat. Balik je kena terus tengok menatang - menatang peliharaan dia tu. Aku suruh jual tak mau. Lagi nak tambah lagi ada. Dia dah berkenan dengan ayam belanda kat rumah kak earna hari tu tapi nasib baiklah kak Earna tak muncul hari tu. Kalau tak confem saya jadi mangsa jaga menatang tu.

Yang aku ni pulak tadi cakap dengan MaC nak kemas bilik tapi aku bantai duduk kat atas katil lagi sambil online blog! Haha.... Mesti dia datang membebel kejap lagi! Oklah... Aku chaw dulu yerk! By da way aku dah dapat gambar daripada Piiown. Tak puas hati sangat sebab some of the pictures are missing. Kena virus ke? Hmmm.... Nak tanya balik kalau - kalau dia ada simpan copy lain. Oklah... Daaaaa.......

p/s : Pagi - pagi lagi Cik Kiah dah membebel pasal aku tak mandi - mandi lagi and kucing jahat makan ikan bawah tudung saji! 2 minggu dia tak ada nanti rindulah aku kat dia....

Wednesday, February 10, 2010

Kursus lagi???!!! Nasiblah badan...

Ahlan Wasalahlan...

Wah belajar bahasa arabiah kita malam - malam cenggini kan...
Hehehe...
Dah mamai pun ia gak ni...
Esok subuh - subuh adam aku dah kena gerak ke Seremban balik...
Buat apa?
Hmmm....
Dukacita dimaklumkan aku diwajibkan menghadiri kursus untuk pengesahan jawatan selama 4 hari berturut - turut.
Lebih mendukacitakan lagi...
Tiada penginapan atau pengangkutan disediakan @ pandai - pandailah nak hidup.
Tak macam tahun - tahun sebelum ni.
Tahun ni agak di anaktirikan.
Mujurlah aku ada bos yang baik hati lagi prihatin
(Ni bukan kipas lagi ni.... pakai econ dah... hahaha)
Dia suruh kenderaan jabatan hantar.
Tapi aku ni gatal!
Aku goda pulak MaC supaya hantar aku.
MaC apa lagi...
Sawi dicita... Bayam mendatang...
Sukalah dia dapat hantar aku.
Tapi bukan hantar buta - buta ye!
dia ada kerja kat sana sekali + dia risaukan aku...
kenapa?
Ha... ni yang aku nak cerita ni...

Alkisahnya pada hari pertama aku kursus...
yakni semalamlah kan...
Aku gatal - gatal mintak MaC hantar aku pergi kursus tu.
Dah tu baru aku teringat yang kasut hitam bertutup penuh aku tinggal bawah meja kat opis.
(dieorang kata kalau boleh pakai kasut cenggitu...)
Nasib baiklah ada lagi sepasang kat rumah tapi buruk sikitlah sebab aku tak basuh lagi.
Tu pun tersorok kat celah mesin basuh and tapak dia dah nak tercabut.
Nak tak nak kena jugaklah pakai.
Mana nak raba* kedai kasut pagi - pagi buta tu kan...
Dah sekerat jalan pulak baru aku tersedar yang hp aku tertinggal sudah...
Aduhai.... Bagi aku biarlah tak ada jam ke hapa...
Janji ada hp...
Belum sempat muncung MaC cepat - cepat pujuk aku.
Finelah kan...
Takkan nak patah balik pulak kan?
Sambil tu perut aku asyiklah memulas - mulas...
Tak sedap jer rasanya...
Dengan perut yang tak tentu tu aku pun pergilah daftar dulu...
Kasut aku pulak tercabut tapaknya...
Hmmm....
Apalah nasib aku...
Terpaksalah MaC temankan aku cari kasut baru...
Dapat kasut ketat pulak....
rasanya aku pakai saiz 5 tapi nape macam tak muat jerk?
Huhuhu....
Nak bagi kat Rhodie, dia pakai saiz 4.
Lagilah kecik kaki minah tu...
Maka melecetlah kaki aku dengan teruknya...
Sebelum tu singgah kat shell nak ehem2 kan...
orang tu tengah cuci pulak...
MaC suruh aku masuh dulu tandas lelaki...
Aku jual mahal...
Kononlah malu masuk tandas lelaki...
Sudahnya dah tak tahan sangat aku ajak MaC pergi tempat lain...
Bengang je dia...Degil benar aku ni....
Hehehe....Nasib baik sempat....
Seterusnya...
Seksa datang lagi....
Bila takda hp ni faham  faham jelah.
Nak buat apa pun serba tak kena.
Janji dengan MaC nak lunch sama - sama tapi punyalah lama aku tunggu tak jugak muncul - muncul...
Perut dah berkeriut dah ni...
Ingatkan dia tidur ke hapa...
Rupanya dia tunggu aku tapi aku tak perasan...
Tak pasal - pasal kena tebus balik dengan KFC...
Hahaha...
Takpelah... salah aku jugak...
yang aku bantai tinggalkan hp tu saper suruh kan...
So gitulah gamaknya kisah 1st day aku kursus...
Alhamdulillah aku dapat kursus awal sebab masuk pertengahan tahun nanti aku dah malas nak pergi kursus - kursus ni lagi dah.
Tunggulah tahun depan pulak kan...
tinggal kursus kawen je lagi ni...
Apa pun sorang lagi member opis aku mendahului aku nampaknya...
Tahniahlah Rizal! Semoga bahagia hingga ke akhir hayat kendaknya.
Cepat atau lambat kita yang tentukan...
bukan orang lain okeh!
Tak apa... aku pulak bakal menyusul tak lama lagi...
Haha...

*raba - cari

p/s : sori shiera aku tak datang jumpa kau... aku takut dia tak suka... Dia kan marah kat aku... Huhuhu....

Sunday, February 7, 2010

14.01.2010 Versi Gegurl

Salam....

Selesai story belah lelaki, aku nak story pasal belah aku pulak ye. Belah lelaki tak banyak ceirta? Tu kena tanya yang empunya diri. Usha - ushalah kalau die nak sambung entry tu kat blog dia pulak kan... Hehe.

Alhamdulillah.... semuanya berjalan dengan agak lancar walaupun kekurangan tenaga kerja. Kakak - kakak aku @ anak kesayangan Cik Kiah dua - dua tak dapat balik sebab sorang kat Terengganu and sorang lagi kat Sabah. Maka bermulalah episod di mana aku terpaksalah buat semua persiapan secara solo. Daripada baju.... barang  barang hantaran.... bahan - bahan untuk kenduri.... aku support sepenuhnya tanpa bantuan sesiapa. Bukan nak berdagak ke hapa tapi inilah realitinya. Keputusan aku... Tanggungjawab aku. Aku lagi senang macam tu daripada meminta - minta dan akhinya orang mengungkit balik. Tak sukanya....

Tapi aku lega jugalah sebab ada jugak officemate aku yang sudi datang memeriahkan and membantu aku serba sedikit. Walaupun ada jugak yang tak dapat datang tapi aku tak kecik hati... Lagipun ini baru majlis tunang. Yang penting aku puas hati semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan kecuali tempoh bertunang dipercepatkan daripada 2 tahun ke 1 tahun hidup. Menggelabahlah jugak aku dibuatnya sekejap. Mana taknya... dah janji 2 tahun tapi tiba - tiba jadi 1 tahun pulak? Aduhai.... Tapi bila difikir - fikirkan balik ada baiknya jugak.... Tambahan pulak lepas ni aku & MaC akan banyak habiskan masa bersama - sama kat kedai. Dia jaga kedai... malam pulak aku ajar tusyen. InsyaAllah kalau ada rezeki mungkin akan dipercepatkan lagi...

Isy banyak dah aku cerita ni. Kite tengok di sebalik tabir pembikinan majlis ni pulaklah ye tapi versi gegurl.

 diaorang ni sedia ambik tempahan buat sireh junjung
Ingat! sireh junjung je tau!


 
Dieorang nilah yang beria - ria siapkan sireh junjung aku. Kak jun dengan Aimannya lagi... Nurul pulak jadi bidan terjun.

 
Kak Earna and baby Aiman anak Kak Jun.
Tak sabar nak timang anak kedua ea...InsyaAllah... Za doakan semoga cepat - cepat dapat baby gurl plak lepas ni ye.


 
Ini hantaran belah perempuan. Semuanya aku buat sendiri kecuali sireh junjung.

 
after makeup
sila abaikan perut bunset aku tu ye.


 
Nilah best friend aku dari sekolah tadika sampailah la ni....
Walaupun dia kecik hati dengan aku tapi dia still sudi datang ke majlis aku ni.
Dialah kawan aku dunia akhirat....
Aku doakan die cepat - cepat dapat jodoh yang baik.
Terima kasih Rhodie....

 
antara member - member 1 office yang masih setia menunggu
Poji tunggu masa je nak melangsungkan perkahwinannya bulan 5 nanti
Kak Dila pun tunggu masa jugak jugak tu...
Tinggal Nurul je yang single but not available
Dah ada pakwe tapi hati dia belum terbuka nak ada komitment
tak apalah... Aku doakan dia sentiasa bahagia dengan Apai.
Chayuk Nurul!
Budak tembam tu anak sepupu aku.


Get Ready sebelum upacara sarung cincin.
Sempat lagi tu balas - balas mesej dengan MaC


 
this litle gurl paling excited bila tengok aku dah makeover.
Dia sanggup ulang alik ke bilik aku semata - mata nak tengok aku.
Bila mak dia ajak keluar, dia tarik tangan aku sekali ajak keluar.
So sweet this gurl.
dia nilah antara budak yang pernah jatuh kat atas dulang hantaran aku.
nak marah tak sampai hati pulak.
lagipun dia sangat manja and sweet sangat.
tengok jelah gaya dia memeluk aku.


 
This lovely picture was taken by my best friend Rhodie
Die memang suka ambil gambar - gambar macam ni.
Rasanya ada gaya nak jadi photographer


 
Ni pun One of my best friend
dah ada anak sorang dah pun
walaupun kiteorang duduk satu kawasan yang sama tapi aku jarang dapat jumpa dia
tapi dia tak pernah kecik hati
dia faham situasi aku
Terima kasih Amie...

Sekian untuk hari ini. Punggung aku dah naik kebas duduk atas simen ni. Lain kali kite sambung cerita lagi ye.
Daaaa.....




14.01.2010 Part Lelaki

Salam....

Dah dekat sebulan bertunang baru hari ni aku rasa rajin nak upload gambar tunang aku. Gambar yang  kat Piiown tu aku belum sempat nak ambik lagi. Mungkin nanti aku mintak dia poskan sajalah. Tak sempatlah nak pegi ambik sendiri. Hari ni pulak MaC demam + batuk + selsema. Program ke KL pun terpaksa dibatalkan sebab tak sampai hati pulak aku tengok keadaan dia. So daripada tak ada buat apa - apa sambil malas - malaskan diri kat rumah.... aku rasa lebih baik aku upload gambar - gambar yang ada. Aku tau ramai dah yang bising suruh aku upload gambar tunang tapi macam biasalah kan aku ni... Malas ya Rabbi...

Hari ni jugak sepatutnya aku ada kelas tapi aku terlambat tahu. Pagi tadi aku mesej classmate Zai, barulah aku tahu hari ni ada kelas. Ate... Apa ke namenye.... Ni mesti semalam baru die inform kat LMS. Kalau dekat tak apalah jugak nak rush pun. Ni aku kat Gemas... Kelas kat Seremban. Manenye nak rush pun???!! Maleh aku weh.... Tunggulah 2 minggu lagi yerk! Huhuhu.... Jangan nanti aku nak pergi Cameroon Highlands pun ada kelas sudah. Hancur harapan mak noks..... Wakakaka.

Ok2 terus pada agenda asal.... Kite mulakan dengan....

 
persiapan awal belah MaC
-kelihatan di dalam gambar dari kiri ialah Mak Long, Cik Mai, Mak & ira-

 
-Persiapan kenduri doa selamat-

 
hantaran belah lelaki
(ikut tema mak die da....)


 
Kenduri Kesyukuran & doa selamat sebelum berangkat


 
Rombongan Cik Ros datang bertandang

-Sekian terima kasih-

Saturday, February 6, 2010

Our new 1st baby



more story behind the scene

Kemilau cahaya vs Kerudung Ungu

 

  

  

Selepas sekian lama hajat nak buat match by couple, akhirnya khamis lepas terlaksana jugak. 
Keputusannya...

aku kalah kepada kak earna
Hubby kak earna pulak kalah kepada MaC

Tak sabar nak rematch!
Hehehe
Bersiap sedialah wahai Kemilau cahaya....

p/s : sesape yang berhajat nak join sekali datanglah nanti ye.

Gemas Station Kopitiam... I Like...

 
Termenung sementara tunggu makanan sampai

Actually gambar - gambar ni semua dah lama ambik tapi malas nak update kat dalam blog. Dulu ada masa baik lagi dengan fb, aku selalulah jugak upload terus gambar - gambar ni semua tapi semenjak dah rujuk balik dengan blogger @ blogspot ni kat sinilah cerita - cerita aku bermula. 

Dulu kawan - kawan aku yang menetap kat bandar dan perasan lahir - lahir terus duduk kat bandar selalu kutuk aku bila aku ambil keputusan nak menetap kat sini. 

"Apa yang ada kat Gemas tu? Pekan Koboi..."

atau

"Bukaklah sikit mata tu. Cubalah duduk jauh sikit daripada mak bapak. Ni asyik nak duduk celah ketiak mak je. Memang manjalah kau ni."

Macam tulah kiranya dulu kutukan - kutukan mesra alam yang biasa telinga aku ni dengar. Memang.... Gemas ni dulu tak ada apa - apa. Jolokan pekan koboi tu dah sebati dengan rasanya dengan tempat ni tapi tahun - demi tahun semuanya mula berubah. Tempat ni dah ada gelanggang futsal. Ya... gelanggang futsal. 

"eley apa barang gelanggang futsal? Tempat aku ada gelanggang iceskating plak."

Poyo de.... Ada aku kesah? Sekarang aku cerita pasal tempat kau ke tempat aku? Huhuhu.... Ok! Selain tu tempat aku dah ada pusat bowling (GBowl). Tempat aku & MaC lepak - lepak lepas geram. Lagi besar & selesalah jugak berbanding bowling Segamat. Sudah tentunya.... taklah setanding dengan pusat bowling tempat korang kan?

Dipendekkan cerita... tempat aku mengalami perubahan demi perubahan dengan pesatnya. Sekarang dah ada kopitiam pulak kat sini selain NAsi Ayam Gemas yang memang terkenal kat area ni. Dah pun bukak beberapa cawangan kat Johor & Negeri Sembilan tapi sekarang aku nak cerita pasal Gemas Station Kopitam ye kawan - kawan. Ye aku tau kat tempat korang dah melambak kopitiam yang faufular contohnya macam Kluang kopitiam... Old Town kopitiam.... tapi kat tempat aku nilah satu - satunya kopitiam yang ada. Nak tempat yang selesa untuk bincang bisnes atau lepak - lepak nak online, nilah tempatnya yang paling sesuai. Mungkin Gemas Station Kopitiam ni diadaptasikan daripada kopitiam - kopitiam yang sedang pesat tumbuh bagai cendawan lepas hujan sekarang ni.

Lokasi die berhampiran dengan Kedai nasi ayam Gemas. Cuma selang beberapa buah kedai saja. 


 
MaC yang nampak merah jambu. nampak bekas tisu tu? Same kan dengan warne baju die... hehe
 
---> sila abaikan dagu berlapis tu ye!


Antara makanan famous kat Gemas Station Kopitiam

favourite aku bila makan kat sini adalah roti stim and air bandung. Rugi kalau tak cuba. Selain itu tempat ini menyediakan wifi bagi sesiapa yang rajin online. Kenapa aku tetiba baik hati nak promote tempat makan ni? Ada bayar ke? Mestilah..... tidak! Aku cuma suka konsep kedai ni.... Dan secara kebetulannya pulak kedai kami bakal dibuka berhampiran Gemas Station Kopitiam ni. Tungguuuuuu....

Friday, February 5, 2010

Semangat Baru... Harapan Baru... Status baru????

 

taken by : Ipy
Location : kampung bapak die

Dah lama rasanya aku menghapdate blog kesayangan aku ni. 2 - 3 entry yang lepas pun MaC yang tolong hapdatekan....  Huhuhu... Punyelah bapak pemalas aku sekarang ni. Puncanya? Kebelakangan ni aku sibuk dengan fb... bukan fanatik boyapren... atau fenin bestfriend ka... tapi FACEBOOK! Ya facebook yang tengah famous sekarang ni tapi tak lama pun... tak sampai setahun jagung aku dah tamatkan riwayat die. 

Kenapa?

- Sebab yang pertama : Aku jumpe fb ex aku kat fb kengkawan aku. Tak sukenya.... Berdagaks kau dah kawen ye???!!! Ada aku kesah?

- Sebab yang kedua : Ada fb si mamat perdana tu... Owh mak tak add die pun tapi MaC perasaan kot muke die selalu ada kat fb tu sebab die add kengkawan aku. Bukan salah mak k!

- Sebab yang ketiga : Ada orang tak puas hati dengan aku walaupun aku dah mintak maaf secara terbuka. Putus kawan sebab fb. Tak sukenya...... Kalau ya pun aku pernah terhutang budi dengan kau... janganlah hina aku sampai macam tu....

- Sebab yang keempat : aku bukan penanam sayur atau penjaga zoo yang tegar....Wakaka....

So disebabkan malas nak panjang - panjangkan cerita.. aku tak aktifkan facebook aku sekarang ni. Nak delete terus x boleh pulak tu. Pandai betul dieorang ni cari duit. So buat masa sekarang aku cuma ada blog ni saja untuk jadi tempat aku meluahkan perasaan. Tempat aku cari makan... rezeki yang halal. InsyaAllah...

Aku tak nak lagi pandang ke belakang. Menangisi setiap perpisahan. Biarlah.... Tapi kak Siti cakap... kalau tak pandang belakang, mana kita nak tau siapa musuh kita.... siapa kawan yang tikam belakang kita.... Ada betulnya jugak... Hmmm....  Mungkin aku patut toleh ke belakang sekali sekala sebagai langkah berjaga - jaga.

Sebagai langkah pertama untuk mulakan hidup baru... InsyaAllah... aku dan MaC akan memulakan perniagaan kami bulan hadapan. Perniagaan apa? Biarlah rahsia buat masa ini. Aku & MaC buat keputusan ini setelah berbincang sekian lama. Aku tak mahu terus bekerja makan gaji kerana impian aku adalah untuk membuka sebuah  pusat penjagaan kanak - kanak @ tadika. MaC pulak buat keputusan yang paling besar dalam hidup dia apabila menolak tawaran sebuah syarikat  architecture di JB. Aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar.

Setelah hampir 3 minggu berlalu... aku kini berstatus tunangan orang sudah.  Mungkin dalam masa tak sampai setahun ini aku akan bergelar isteri pula. Hmmm... Tak sabarnya....  Tapi masih banyak lagi persiapan yang belum kiteorang buat. Kursus kawen pun belum pergi lagi... Dengarnya nak naik dah bulan depan. Aku macam biasalah... Busy memanjang kat opis... Kalau cuti kena buat benda lain pulak.... Macam mana nak pegi ambik borang kursus?  MaC nak ambikkan? Aku jugak kena temankan nanti.... Hopefully Jumaat depan boleh daftarkan dah.

Tiba - tiba aku rasa malas balik.... Mengantuk pun iya jugak ni. Esok boleh bangun lambat sikit sebab tak ada aktiviti jogging macam biasa sebab MaC kena demam selsema. Lagipun esok aku nak mengemas rumah and basuh kereta. Almaklumlah... Gaji hari isnin.... Huhuhu... So  Kenalah pandai - pandai nak berjimat. Anyway... sape - sape yang berminat nak sewa ruang iklan kat blog aku ni bolehlah hubungi aku kat kdgungu@gmail.com. Harga berpatutan....

Wednesday, February 3, 2010

tHE MOMENT...

Dah 2 minggu pertunangan berlangsung tapi baru hari ni aku dapat tengok gambarnya... Tu pun aku curik - curik ambik dari blog Piiown.... Hehehe... Biler tah nak g kutip gambar - gambar tu....

the pictures were very nice... aku suke sangat.... hope dapat book untuk majlis nikah nanti...

so before that...

enjoy!!!


hugging my very best friend.... Rhodie
thanks 4 being there...

Jangan pandang belakang..... 

Love u all
All my best friends
Amie,Rhodie & Nurul

Monday, February 1, 2010

Andai Ini Kesudahannya...

Jenih airmata yang mengalir....
tanda kekesalan atas noda persahabatan....
yang sekian lama terbina...
kini lebur bersama kenangan...
kau hamburkan kemarahanmu....
menyingkirkan segala kata maafku...
tiada lagikan bermakna...
Andai ini balasan di atas kesalahanku....
aku redha....
mungkin ada hikmahnya....
saat kita tidak lagi bersama....
mengukir senyuman walaupun pahit terpaksa kutelan...
atas keterlanjuran sikapku yang dahulu....
Andai ini kesudahannya....
terpaksa jua aku terima...
walaupun berat hatiku meninggalkanmu....
terima kasih atas budimu selama ini....
akan ku kenang hingga hujung pernafasanku ini...
Moga tuhan sahajalah yang akan membalasnya....
dengan haruman syurga aku titipkan buatmu....
teman....

++Jom Kita Tukar Link!++