My Nuffy

Saturday, June 18, 2011

Diari Aisy : Cemas!

Cemas!
Awal-awal pagi lagi aisy dah buat mama dan babah die cemas.
Silap mama jugak...
Lupa nak sendawakan die...
Sudahnya aisy tersedak susu sampai keluar ikut hidung...
Ingatkan tak ada apa-apa...
tengok lepas tu keluar buih kat mulut aisy... Lepas tu mama tengok aisy macam susah sangat nak bernafas!
Panik giler mama mase tu...
Mama cuba berdirikan aisy tapi die masih jugak macam tu...
sekejap-sekejap die menangis...
barulah nampak airmatanya keluar mungkin disebabkan terlampau sakit ke hape mama tak tau...
babah aisy bangun dengan muka cemas lalu berjaya menjaringkan gol pada minit ke 68 hasil hantaran cantik daudsu...he3
-ni babah yang tulis okeh! Boleh plak babah ni buat lawak eh! Ei geram je tau!-

Bila tengok keadaan aisy masih tak berubah jugak, babah terus ajak pegi klinik sampai tak sempat mama nak capai hp ke hape... Tudung pun tak sempat nak pakai...  Punyalah cemas sangat mase tu. 
Sampai kat klinik, pintu pagarnya tutup... Babah berentikan kereta depan pintu pagar dan masuk jalan kaki kat dalam kawasan klinik. Ade sebuah rumah misi kat situ. Babah bagi salam banyak kali tapi tak ada yang keluar menjenguk pun... huhu. 
Sudahnya mama dan babah aisy ambik keputusan untuk bawak aisy ke Hospital Jempol. Babah aisy bawak kereta laju giler! Lepas daftar dan check ape sume, alhamdulillah aisy tak apa-apa. Cuma tersedak biasa... 

Fuh lega rasanya... hmm pengalaman pertama jadi macam ni kan... mana tak panik... Tapi alhamdulillah bukan sawan tarik... doktor cakap kalau 1 bulan tak mungkin die kena sawan tarik ni... Adoi hai... Aisy ni betul-betul dah buat mama dan babah aisy panik tau! 

Balik je dari hospital, terus babah singgah beli roti canai... Lapar katanya.... Heh! Sampai rumah, mak mama terus tanya kenapa kiteorang keluar tergesa-gesa tadi... Mama cakap kiteorang keluar pegi beli roti canai! Hehe... Sudahnya sampai tengahari mama, babah dan aisy sambung tidur... krohhhhh.... Hik2.

Hmm... harap-harap ini jadi pengajaran buat mama dan babah... Aisy jangan buat mama takut lagi tau!
-the end-





Diari Aisy : Aisy Sudah 1 Bulan.


16 Jun 2011
Genaplah sebulan usia anak bujang mama ni...
Makin kuat menyusu... kuat menangis...





Friday, June 17, 2011

Tamat Sudah Nora Elena!

ehsan google

Dah habes dah citer romantika Nora Elena ni... Semalam endingnya so ramailah yang buat review pasal citer ni semalam cuma mama je yang dok ketinggalan... Hehe. Macam biasalah, kalau malam giliran babah aisy pulak mentenet. Giliran mama pulak time-time macam nilah... Bila aisy dah tido... Itupun kalau mama tak mengantoklah...

Siapa rasa citer ni best giler angkat tangan macam saya ~ sambil buat gaya ucup wilcha. Hehe... Siyesla best giler kan! Tapi ada gak yang kutuk citer ni tak relevan langsung! Mana taknya... Mana nak dapat lelaki yang seromantik / sesabar Seth Tan tu? Haha... Ape-ape jelah kan! Dah nama pun ceciter... Yang korang beria-ria terpengaruh tu kenapa??? Mama pun dah lama tak terpengaruh tengok citer macam tu. Kalau tak dulu, asal tengok drama je nak emosi terlampau... Asal baca novel je mulalah nak berangan... Tu yang nyaris-nyaris nak jadi novelis tu. Bila dah berangan mulah nak menulis novel kononnya tapi manjanglah sampai bab 1 je... Bab yang lain manjanglah tak kesampaian... Kuikuikui.
Oklah... Yang dah habes tu biarlah habes ek! Lepas ni tok sahla nak bergado sakan laki bini lagi pasal Nora Elena ni ye. Yang si bini nak laki ala-ala romantika Aaron Aziz gitu... Berangan jelah ek! X hadonye lakimu nak romantik-romantik gitu tapi kalau hado Alhamdulillah. Doakanlah supaya die akan sentiasa romantika cam gitu tanpa ada maksud nak tambah cawangan lagi satu ye. Haha dah namanya pun drama kan... mestilah nak buat citer yang boleh 'masyuk' kan! Setakat buat citer-citer yang biase nanti sape yang nak tengok? So kesimpulannya hargailah laki / suami / hubby / husband korang tu. Janganlah korang mengharapkan dieorang ni nak romantik-romantik giler cam si Seth Tan tu. Tak ada maknanye de kalau dah memang lakimu 'kayu' bukan orang macam tu. Yang peliknya masa ngorat dulu pandai pulak nak romantik-romantik tu kan!

Lepas tu sanggup suh laki p gym supaya badan laki die cantek je berketul-ketul cam Aaron Aziz gak padahal tetiap hari die dok sumbat perut laki die dengan segala jenis gulai lemak santan bagai... Almaklumla isteri mithali... Masak sedap je tetiap hari. Hehe. Alamatnya tang perut tu jelah yang berketul... 

Yang laki pun tak habes-habes dok berangan nak bini cantek putih melepak cam Nora Elena tu. Bila mintak duit nak p buat facial, mandi sauna bising pulak tu. Camno? Adekah itu tanda-tanda die memang ade hati nak ngorat Nora anak dara sebelah rumah??? jeng jeng jeng!
Oppss... Terlebih sudah mama ni melalut ye. Nanti tak pasal-pasal mama dapat surat layang jugak. Auw tak rela! Hehe.

Tapi kan kalaulah mama ni Nora Elenalah kan... memang mama terima je si Seth Tan tu lepas kena tinggal dengan si Eid tu. Buatpe nak hidup dengan orang yang dah hina kite macam-macam kan! Lepas tu dapat Rm 5o ooo duit hantaran tu memang habes dah mama buat pegi shopping... eh tak tak... mama masuk dalam ASB, biar beranak pinak. Hehe. Lepas tu yang si Yvone tu pulak mama akan lempang die laju-laju sebab asik nak kacau rumahtangga orang je kejenye. Lepas tu buat fitnah. Ei geram taw! Alamak terover lagilah mama ni kan...Hehe.

Okey cukup-cukup lepas ni nak sambung baca novelnya pulaklah! Dah lama sangat dah tak buat aktiviti membaca novel ni. Sejak mula bekerja, memang tinggal terus aktiviti ni. Bestnye kalau ada orang nak hadiahkan mama novel tu kan! ehem ehem tak faham-faham lagi ker???? kehkehkeh.





Wednesday, June 15, 2011

Diari Aisy : Aisy Dah Pandai Senyum Kat Mama!


Mama tak pastilah sama ada aisy dah boleh melihat mama dengan jelas ke tidak tapi tadi kan, buat pertama kalinya aisy tersenyum pada mama bila mama buat mimik muka. Uwannya tengok masa tu pun terkejut gak... :-) 

Tak sabar nak tengok perkembangan aisy seterusnya... :-)




Tuesday, June 14, 2011

Gegaran Di Port Dickson???!

Baru sekejap tadi babah aisy sms kemungkinan hari ni babah aisy akan balik awal... Pelik! Kata babah tadi dalam pukul 8 - 9 pagi gitu ada berlaku gegaran kat sana. Kalau terpaksa, mungkin semua kena balik awal... Haruslah kan! Gile ko! Duk kat tepi laut tu... Kebarangkalian nak kena tsunami tu tetap ade okeh! Tambahan pulak hari tu siren amaran tsunami kat sana dah berbunyi tapi alhamdulillah tak ada apa-apa berlaku. Kali ni gegaran pulak yang terasa... Maunya mama tak risau???


Tambahan pulak opis babah memang dekat sangat dengan pantai... Walaupun atas bukit tapi mama tetap risau... Ya Allah selamatkan suamiku...

p/s : mama pernah bermimpi berlakunya tsunami kat port dickson... Ya Allah... Mintak dijauhkanlah segala mala petaka tu... amin.






Monday, June 13, 2011

Yes Pak Lang Kawtim Juara Terakhir AF 9!

Kredit untuk Arkib Laman Web Akedemi Fantasia.

Yes! Akhirnya peserta kegemaran mama, Pak Lang Kawtim a.k.a Hazama akhirnya bergelar juara AF9 mengalahkan Lena a.k.a gediks yang babah aisy minat sangat tu. Huahuahua. Maaflah kalau ada peminat-peminat Lena yang berbulu je baca belog mama ni ye tapi memang mama tak minat pun dengan beliau ni. Babah aisy je yang beria-ria sangat sokong beliau ni. Confident je beliau akan jadi juara...Haha. Bagi canlah kat mama kan... Dahla Sabtu lepas team bola sepak kegemaran mama kalah kat tangan Terengganu. DaudSu nye pasallah ni! Wah over nak menyalahkan orang kan...hehe.

Bagi mama, Hazama memang layak ape bergelar juara... Die ada keinginan nak belajar walaupun dah bergelar artis a.k.a vokalis kumpulan Meet Uncle Hussein. Bukan calang-calang kumpulan. Tapi kesiannya dia selalu dapat lagu yang tak mencabar langsung! Selalu mama tengok asik macam kena control je bila menyanyi padahal kalau kat luar tu bukan main ligat lagi si Hazama ni menyanyi. Apepun Hazama memang bestla!

 mama memang suke bila Hazama diumumkan sebagai Juara semalam... Sayangnya mama tak sempat nak tengok Hazama perform lagu baru die tu sebab babah aisy dah bawak aisy masuk tidur makanya wajiblah mama ikut sekali kan???! walaupun babah aisy dah bagi permission untuk tengok AF9 sampai habis... Tengok Hazama diumum sebagai juara tu pun sebab keluar kejap nak minum air... Kalau tidak tunggu jelah tengok siaran ulangan...

Cayala Hazama!
Tak sangka kan! Lepas 5 tahun dia diberi peluang kedua untuk masuk AF semula. Jadi Juara terus! Haha... Bukan senang taw nak dapat peluang macam tu. Mama ni ha kalau dapatlah peluang nak sambung belajar balik memang mama nak sambung... Sape yang tak nak owh... Nak jugak bergelar siswazah kan... Tapi semua tu tinggal angan-angan jelah... Buat masa ni biarlah mama tumpukan perhatian kat si kecik ni je dulu... Lainlah kalau si kecik ni dah besar nanti...Hehe.

To Hazama :

Tahniah sekali lagi mama ucapkan dan semoga Hazama terus je success okey!






Friday, June 10, 2011

Diari Aisy : Susu Oh Susu Part 2.

STATUS

Tengah update belog sambil tengok MAHARAJA LAWAK. Serius lawak giler! Sampaikan tengah menyusukan aisy pun bergegar-gegar badan dok menggelakkan dieorang. Aisy pun asyiklah matanya pandang kat tv je... Isy dah boleh nampak ke anak mama ni?Hehe... Aisy pun layan jelah MAHARAJA LAWAKni...

Okey enuf pasal MAHARAJA LAWAK... Mama nak story pasal SUSU lagi. Tadi masa mama tengah baring-baring sebelah aisy, mama rasa baju mama macam basah je. Memang basah pun de... Luncun! Tak sangka pulak mama. Tanda-tanda susu mama dah makin banyak? Hmm... Mama biarkan dulu sebab biasanya kalau mama pam pun hasilnya tak banyak mana pun. Nak bagi aisy bf, aisy tengah nyenyak tidur pulak tu. Lagipun aisy baru sangat menyusu.

Bila tengah lepak-lepak kat dalam bilik dengan babah aisy, mama tengok baju mama basah lagi. Babah suruh mama pam tapi malas melanda bila terkenangkan kuantiti susu yang sedikit je mama dapat setiapkali kalau mama pam. Mama biarkan je sampailah lepas makan barulah mama teragak nak pam. Sambil-sambil duduk tengok tv tulah mama pam.

TERKEJUT MAMA!
Mama pam dapat lebih kurang 2 oz! Lebih kurang 6o ml jugaklah tadi kalau tak tertumpah punya pasal. Adeh. Menci betul taw kalau bab tertumpah ni... Dahlah tengkuk dengan tangan lenguh dibuatnya (mama guna pam manual je)... Hasil pulak tak seberapa.... TENSION MA... Tapi alhamdulillah jugaklah hari ni hasilnya lebih banyak daripada yang lepas-lepas... Oh ye tadi mama afiq ada bagi petua kat mama supaya cuba makan LOBAK PUTIH dan KUCAI... Serius, mama tak pernah owh makan lLOBAK PUTIH tapi demi untuk aisy mama sanggup untuk mencuba... Esok jugak mama beli LOBAK PUTIH. Time kasih ye mama afiq atas cadangan mama afiq tu..:-)

p/s : Maharaja Lawak dah habes...Aisy pun dah mula menunjukkan tanda-tanda nak mendera mama dengan babahnya berjaga malam ni...Babah pun dah menjeling-jeling dah tu... baiklah mama masuk tidur dulu ye...hehe...:-)





Diari Aisy : Susu Oh Susu.

Siapa tak sedih oh kalau tak dapat bf baby sendiri... Itulah yang mama rasa mula-mula lepas bersalin dulu... Dengan keadaan mama yang tak mengizinkan masa tu ditambah pulak dengan ketiadaan susu badan... Bila pertama kali pulak mama cuba bf aisy, aisy tolak mama... Masa tu airmata mama bergenang... 1 sebab mama sedih sebab mama rasa macam aisy tak terima kehadiran mama... Yang kedua sebab mama kasihan dengan aisy sebab kelaparan. Sampai la ni pun mama belum berjaya lagi nak bf baby aisy secara eksklusif. Sebabnya... kilang susu mama ni tak berapa nak produktif.

Masa mula-mula dulu memang mama hampir putus asa jugaklah dibuatnya tapi mujurlah babah aisy banyak beri sokongan pada mama untuk bf aisy. Mungkin jugak babah aisy serik kot kena bangun tiap-tiap malam untuk buat susu aisy...Hehe. 


Inilah hasil susu yang berjaya mama pam pada awal-awal dulu. Sungguh menyedihkan... Padahal breast dah bengkak-bengkak rasanya. Kasihan sangat pada aisy masa tu sebab tak dapat menyusu dengan puas. Itu sebabnya mama campur bagi aisy susu formula. Bukan mama suka-suka nak bagi susu formula ni atau malas nak bagi aisy susu badan.

Paling banyak pun yang pernah mama dapat pam cuma 55 ml... Manalah nak cukup sedangkan aisy memang kuat menyusu. Kalau orang lain nak cakap mama ni tak kuat berusaha untuk bf aisy, terpulanglah.


Setakat ni mama dah cuba letak kelopak kobis ( masa mula-mula dulu), minum nutri99 iaitu susu soya untuk tambahkan susu badan yang mama beli dari SaraKids dan berurut tapi susu masih jugak berkurangan. So macam mana lagi mama nak buat? Jeles tau bila tengok orang lain dapat bf baby masing-masing tanpa masalah kekurangan air susu... Nak pergi mana-mana pun senang tak payah nak bawak bekal bagai... Ni nak bawak termosnyelah, air masaknyalah, susu tepungnyelah... betul-betul jeles owh...

Bayangkanlah masa mengandung dulu tak tak ada terfikir langsung nak beli botol atau punting susu untuk aisy sebab bujet memang nak bf kan aisy sepenuhnya... Lepas tu siap berangan lagi nak pam susu dan simpan stok susu untuk aisy bila dah naik kerja nanti. Hmm... tapi apakan daya susu mama tak cukup. Kasihan aisy...

Buat masa ni mama belumlah lagi terfikir nak berhentikan bf aisy... Bukan semata-mata sebab nak bentuk badan cun macam zaman anak dara dulu ke hape, mama cuma nak wujudkan keakraban antara mama dengan aisy...  Berbeza rasanya kalau jadi seorang ibu yang bf bayinya berbanding dengan menjadi seorang ibu yang hanya boleh membancuh susu untuk anaknya...  Hmm... Mama masih lagi berusaha nak perbanyakkan susu ni. Mama ada terjumpa beberapa petua tradisional dan moden yang mungkin mama akan cuba lepas ni. Insyaallah kalau ada rezeki dapatlah mama bf aisy secara EKSKLUSIFnya. Doakan mama ye...





Diari Aisy : Rahsia 'Losyen Ajaib' Mama.

Lepas entry 'Aisy Dera Mama' keluar, ada yang bertanya ape kebenda 'losyen ajaib' tu? Betul-betul ajaib ke atau mama hanya propa jerk? Hehe.

Sebenarnya... Losyen ajaib mama tu adalah....


.
.
.
.
.
.
.
.

Hehe... Nilah die losyen ajaib mama tu sebenarnya yang mama guna untuk senang menguruskan aisy. Bukannya apa-apa pun. Cubalah!






Wednesday, June 8, 2011

Diari Aisy : Aisy Dera Mama!


Dua malam sudah alhamdulillah aisy kurang meragamnya... Kalau tidak tu tak sah kalau dia tak merengek je... Asiklah mengeliat sini sana... Semua pun serba tak kena... Lepas mama sapukan 'losyen ajaib' kat aisy barulah aisy nampak senang sikit nak tidur... Dulu masa jaga anak sedara mama pun mama gunakan 'losyen ajaib' ni jugak... Senang sikit kerja mama... Budak pun kurang meragam...

Aisy ni memang kuat berjaga malam... mungkin sebab siangnya dia dah puas tidur... Mana taknya... lepas je menyusu dia terus tertidur... Kacaulah macam mana pun dia takkan bangun... Tapi bila dah malam siaplah... Mama dengan babah tak sempat nak kiss kiss lelap mata pun... Kalau setakat celik mata tapi tak merengek okeylah kan... Ni sampai uwannya terbangun risaukan aisy sebab menangis tersenggut-senggut...

Malam tadi aisy mula nak berjaga lagi... Puas mama sapu 'losyen ajaib' tu... Mungkin jugak disebabkan tak selesa dengan pampers baru dia... Sebab sebelum ni mama guna petpet sebelum bertukar kepada drypers soft... Memandangkan pampers aisy dah nak abis, babah beli yang baru. Kali ni babah aisy beli jenama fitti. Lepas mama pakaikan sejak semalam mama tengok pampers tu cepat betul penuh... Kulit aisy pun merah-merah dah nampaknya kalau lambat tukar...

Mama memang dah mula pakaikan aisy lampin kain moden cuma tak selalu sebab kebanyakannya bersaiz agak besar sedikit tapi alhamdulillah aisy nampak selesa bila pakai lampin kain moden ni... Buat masa ni mama cuba pakaikan lampin kain moden ni waktu siang je tapi insyaallah dalam sebulan dua lagi baru mama akan pakaikan aisy lampin kain modern ni sepenuhnya... Seronok pulak rasanya guna lampin kain moden ni tau! Selain aisy nampak sangat comel dengan lampin kain modennya, mama juga boleh berjimat! Mama masih ada beberapa lagi stok lampin kain moden ni tapi mama tak risau kalau tak habis terjual sebab mama tau aisy mesti perlukannya jugak nanti. Betul tak babah aisy? Heeeee....

lepas mama tak cukup tidur malam tadi... Aisy dera pulak mama tak tidur sampai pagi... Puas dah mama pujuk aisy tapi asiklah die merengek... Daripada kat tepi katil sampailah ke tengah katil aisy heret mama... Last-last aisy baring betul-betul celah ketiak mama... Hey anak mama ni... :-) Sudahnya mama bogelkan aisy dan bagi kat uwan untuk mandikan dia... Apalagi menjerit sakanlah dia kena mandi awal-awal pagi tapi sekejap jelah... Aisy ni memang tahan lasak... Sedangkan kena cucuk ambik darah pun dia menangis sekejap je inikan pulak mandi pagi.

Lepas mandi dan bagi aisy susu, barulah dia tertidur. Lepas tu apa lagi... Mama pun tidurlah sekali! Heee... Hmm... aisy... aisy... Dah pandai dera mama ye...:-) Tapi apa pun mama tetap sayangkan aisy...:-) Hmm malam ni dera babah pulak eh! ^_^







contest 'anak ayah'


Nak join sila klik banner


Aisy cinta hati mama dan babah... Dilahirkan pada 16 Mei 2o11... Hadiah sempena hari Bapa buat babah... Alhamdulillah walaupun babah kerja jauh dan kena bangun seawal jam 5 pagi setiap hari tapi babah tak pernah merungut bila mama minta tolong buatkan susu aisy atau tukarkan lampin... Bila petang pulak babah tak sabar-sabar nak balik untuk tengok anak bujang sorang babah ni... Babah pun tak sabar-sabar dah nak tunggu aisy besar... Babah nak ajar aisy main bola... bawak aisy pergi jalan-jalan... Hmm... Manja babah...:-)





Tuesday, June 7, 2011

Diari Aisy : Aisy Dah Berusia 3 Minggu!


Alhamdulillah Aisy berusia 3 minggu sudah... Makin besar dah anak bujang mama ni... Kuat menyusu... Suka tidur siang... Suka dera babah dengan mama die... Suka tidur bawah ketiak mama jugak! 






Monday, June 6, 2011

Mengupdate belog setelah sekian lama.

Dah lama mama tak update belog kesayangan mama ni kan... Sejak Aisy lahir memang minat nak mengupdate tu dah berkurang... Asyik dok menelek si aisy yang chumel ni... Geram je mama tengok die... Tambahan pulak tetiap malam tak pernah bagi can kat mama nak tidur lena... Kalau setakat celik mata je takpe... ni siap dengan menjerit bagai macam kena geget kat mama sampaikan uwannye (nenek) ingat mama dera aisy...Hihi.

Masa mama update belog ni aisy tengah tidur kat bouncer pemberian mak udenya... Nyenyak betul die tidur ... Hari ni jugak kali kedua mama memberanikan diri mandikan aisy sendiri... Mandi air biasa je... Nak kasi badan aisy cepat tegap!

Mama pun dah siap mengemas sikit-sikit... Pagi tadi sebelum babah aisy pergi kerja die sempat pesan suruh mama menyapu sikit kat dalam bilik ni... Banyak sangat semut... benci betul! Letak je aisy kat bawah mulalah semut datang... manis sangat anak mama ni ke? :-)

By the way... terima kasih banyak-banyak pada mummy, mama shiera dan baby yang sudi datang semalam untuk melawat aisy... Thanx 4 the present too...! Memang berguna untuk mama dan babah nak bawak aisy pergi jalan-jalan nanti...:-) 

Tak lupa jugak pada opismate mama yang berduyun-duyun datang hari jumaat lepas... terima kasih banyak-banyak sebab bawakkan banyak hadiah untuk aisy ye...:-) Murah betul rezeki aisy...:-) 

Kalau nak diikutkan memang banyak sangat benda yang mama nak update kat belog ni tapi tak sempatla... Kalau aisy tidur, masa tu jelah mama dapat tidur... JAdi lebih baiklah mama tumpang tidur sebantal kan! Bab update-update belog ni tunggulah bila aisy tak meragam sangat nanti ye... Barulah boleh mengupdate dengan tenang kan! InsyaAllah...




++Jom Kita Tukar Link!++