My Nuffy

Sunday, November 15, 2009

Pagi Yang Gelap

Hye Readers....

It's 4 o'clock in da morning... Saya duduk dalam gelap and terus online blog. Ini sahaja yang terlintas di fikiran saya waktu ini. Saya masih tak boleh melelapkan mata. Kenapa entah... My head serabut dengan banyak benda. Assignment...  Exam... Kursus (I wish I don't have to go...) and... my plans for next year! Perhaps my azam untuk tahun baru. Alhamdulillah... Almost 95% target saya untuk azam tahun ni sudahpun tercapai. 5% lagi? InsyaAllah hujung tahun ni.

Kenapa nak cerita pasal azam ek? Sebab rasanya New Year is coming soon very fast. Pejam celik pejam celik sekarang dah bulan November 2009. Tinggal sebulan saje lagi sebelum kita say good bye to 2009 and say hello to 2010. So kenalah rancang and buat target dari sekarang apa yang kita nak capai untuk tahun 2010 nanti kan? Saya just nak buat wish and target yang simple - simple saja dengan harapan semuanya akan tercapai sebelum hujung tahun yang akan datang.

Before that kenalah saya senaraikan dulu wish2 saya untuk tahun 2010 :

(1) Celebrate my birthday with someone special (En Fauzi la ofcoz)

(2) Bertunang...(Sedang dipertimbangkan)

(3) Kursus Kahwin(Tak semestinya nak kena kahwin tahun ni jugak kan!)

(4) Kahwin (Nanti Kot....Target En Fauzi 2-3 tahun lagi. Target saya esok pun boleh! Kehkehkeh)

(5) Saving RM2000 - RM3000 setahun.

(6) Cukupkan 7 hari kursus setahun.

(7) Lulus Exam untuk pengesahan jawatan.

(8) Beli Rumah.( Yang ni berat sikit kot)

(9) Settlekan bicara kuasa.

(10) Lawat Kubur Arwah Ayah.

Puas jugak saya nak memikirkannya. Hopefully 80% - 95% daripada  hajat saya untuk tahun depan akan tercapai. Oleh kerana mata saya pun dah mula mengajak tidur maka saya berhenti setakat ini dahululah ye. Jangan terkejut dengan ayat - ayat skema dalam penulisan saya kali ini sebab saya tengah berada dalam keadaan sengal sekarang ini.

Sekian terima kasih.

Wassalam...

Saturday, November 14, 2009

Siapa Kata Saya Tak Boleh Buat?

Hye Readers...

Sejak dua hari yang lalu saya berhempas pulas meng'edit' blog saya ini agar nampak lebih menarik dan sopan gitu. Banyak sudah masa saya terbuang untuk blog kesayangan saya ni tapi saya masih belum berpuas hati. Masih banyak lagi yang belum saya explore. So dengan masa yang terhad... Inilah dia hasilnya.

Terima kasih pada  Along & Ceera yang tak lokek  and kedekut ilmu. Sudi menunjuk ajar pada orang yang tak berapa pandai IT macam saya ni. Alhamdulillah... Saya telah pun mengembangkan ilmu saya pada beberapa lagi orang kawan. Semoga ilmu ini akan terus berkembang. (asal skema sangat ayat aku nih?)

Aperpun...

kita E.N.J.O.Y!

Thursday, November 12, 2009

Si Comel

Hye Readers.....

Pagi tadi kan... saya terjumpa sepasang anak kucing kat bus station masa saya pegi beli sarapan dengan kawan saya. Comel sangat tau. Kesian pulak saya tengok anak kucing tu merayau - rayau je. Takut - takut pulak kalau kena langgar dengan bas so saya bercadang nak bawak balik je anak kucing tu tapi saya takut anak kucing tu bising. Sudahnya saya patah balik untuk ambil anak kucing tu. Biarlah orang nak kata apa pun.


musyuk &  Muncit

Saya bawak anak - anak kucing tu balik ke pejabat dulu sebab rumah saya jauh. Semua teruja tengok si comel tu. Kak Jun beria - ria tolong bancuhkan susu untuk musyuk and muncit. Mula - mula oklah... Dah minum susu terus senyap and tidur.

Masuk petang... musyuk and muncit mula meragam sampai saya letak kotak musyuk and muncit kat luar. Heh... Patutla kena buang! bising sangat... kata saya. Hehehe... Dah saya yang gatal - gatal nak ambik kan... tanggungla sendiri.

Hmmm... Tak apalah. Mungkin ada hikmah di sebalik kehadiran musyuk and manja hari ni. Sebenarnya saya memang takut nak memelihara anak kucing. Bukan takut apa... saya takut anak kucing tu tak lama riwayatnya. Tak serasi barangkali. Kucing kat rumah saya pun hanya dua ekor sahaja yang tinggal. Si kecik yang gomok and pendek dan Cinda yang suka menggigit kaki orang biler dia geram. Si dia dah tahu pasal musyuk and muncit & dia tak marah. Dia tahu saya memang suka kucing. Dia pun....

Pelangi Petang

Hye readers.... (Ader ke? Hikhikhik)

Semalam kan... masa ngah tunggu my hubby (budget da kawen! Haha) petang tu saya nampak pelangi tau! Apa yang peliknya? Ya Allah... Cantik sangat.... Terpegun sekejap saya kat tangga. Dalam hati sempat berbisik... Inilah kebesaran Allah S.W.T.


Pelangi Petang

Tiba - tiba saya teringat lagu Allahyarham Sudirman 'Pelangi Petang'...

'Engkau tiba bagaikan pelangi... Tak bercahaya namun kau berseri... Tapi cukup menghiburkan  hati ini... Seharian waktu bersamamu... Tak terasa saat yang berlalu... Bagai pelangi petang kau kan pasti... pergi jua...'



Saya begitu leka menyaksikan kejadian tuhan yang satu ni hingga tak sedar si dia sudah  pun sampai untuk menjemput saya. Sehingga saya masuk ke dalam kereta pun saya masih lagi terjengah - jengah pelangi petang tu. Saya pandang wajah si dia yang keletihan lama - lama sampaikan dia bertanya agak pelik kepada saya. Saya hanya menggeleng - gelengkan kepala dan tersenyum semanis mungkin. Saya tak mahu dia tahu bahawa saya sedang dan sangat bimbang tentang kesihatannya sekarang ini. Saya sangat takut… Dia juga...

Petang semalam juga saya memaksa dia untuk ke klinik setelah beberapakali dia cuba mengelak tapi hakikatnya saya tak sanggup lagi melihat dia begitu. Saya tahu banyak perkara yang bermain difikirannya waktu ini namun sayangnya saya tak berdaya nak mengurangkan bebannya itu. I feel so useless enough. Akhirnya setelah pelbagai strategi dan adegan pujuk memujuk di dalam kereta berlaku barulah dia separuh rela untuk pergi. Dalam perjalanan kami lebih banyak membisu. Sesekali saya renung wajahnya yang kelihatan pucat dan dia hanya akan tersenyum kelat.

Waktu di klinik juga dia kelihatan resah. Sesekali tangan saya digenggamnya erat seakan tak mahu dilepaskan. Kami juga sama – sama ketawa melihat keletah sorang kanak – kanak yang comel bersama ibu dan ayahnya. Dalam diam aku memasang angan untuk memiliki sepasang anak perempuan kembar bersamanya kelak seperti yang diingininya. Alangkah indahnya perasaan waktu itu hanya tuhan sahaja yang tahu. Dapat memberikan zuriat pada orang yang saya cinta.

Selesai pemeriksaan doktor, dia semakin sugul. Daripada riak wajahnya saya dapat membaca kebimbangannya pada pemeriksaan susulan Selasa ini. Malangnya saya tak dapat menemaninya seperti yang dirancang kerana terpaksa berkursus di luar daerah. Apalah daya saya…

Sebelum balik,kami singgah makan nasi lemak di kedai kegemarannya. Saya makan dengan berselara sekali kerana saya sangat lapar. Selesai makan, saya kembali menatap wajahnya di bawah sinaran lampu kalimantang. Saya tatap wajahnya dalam – dalam. Saya perhatikan setiap inci wajahnya seperti saya takkan dapat menatap wajahnya lagi selepas itu. Saya tahu dia tak suka saya cakap begitu tapi itulah yang saya rasa. Sewaktu kami bertentangan mata… tiba – tiba sahaja saya tidak dapat menahan sebak. Dia yang perasan airmata yang bertakung di kelopak mata saya mula kaget. Cepat – cepat saya mengalihkan pandangan saya sebelum dia sempat bertanya. Saya tak mahu dia merasa lemah melihat saya begitu meskipun sukar untuk saya pura – pura senyum. Saya harap dia cepat sembuh dan perancangan kami berjalan dengan lancar.

Tuesday, November 10, 2009

Jangan Gelak tau!

Petang tadi kan.... kite dapat sms dari OUM tau! Die tulis cenggini....

Fr: maizura
Pertandingan Boling Terbuka PPNS. 5 Dis 09,
2pm, Sban Parade. Bayaran
hanya RM15 seorg (3 org
setiap kump). Daftar sebelum 22 Nov 09.

Perghhh... berkobar - kobar jiwa acik nak masuk. Sejak demenjak menang ni lah kan... Hikhikhik.
Apa lagi... Tak segan silu aku bagitau En Fauzi yang aku nak masuk pertandingan tu and dia pun dah setuju nak jadi partner aku kalau dia dibolehkan turut serta nanti. Tapi..... sorang lagi nak carik saper ek? Hmmmm.... Ala by couple jerk tak bley ker? Mane nak carik orang lagi? Huhuhu....

Esok pagi - pagi aku akan terus call maizura tu & ofcozla pasni aku kena training dengan En Fauzi. Hehehe.....

So Wish Me Luck Okeh!

lOvE U sYg

b delete bb...
.... rsenyer xplu ade lg n3 cam2...
ckuplah n3 yg tnjuk kan kte sdg bhgia..
bsedia tk ari2 bhgia kte xlme lg...
nthng 2 sys...
b love u syg... so much... 4ever....
tgkla g kursus t b lari:-)

Monday, November 9, 2009

Waklu kena pegi Kursus pulak...

Baru je rileks2.... anje... kena pergi kursus pulak! Haiihhhhh... Kalau dekat takper gak... Ni kat JB nun
!
!
V


Kalau  nak pergi honeymoon ok gak ni...Huhuhu

.....The Zon Regency Hotel JB.....

 

 
Baek punya swimming pool

dulu masa time bujang - bujang dulu bestla nak g jauh - jauh ni...
(Bujanglah sangat....Hikhikhik)
Yelah kan
dulu single mingle
sekarang bakal jadi...
ehem -ehem
hehe
takderla
pasan dah jadi binik En Fauzi kejap
....kononla kan....
Hmmmmm
sekarang baru aku paham kenapa kakak2 aku yang dah kawen kat opis ni maleh amat nak pegi kursus!
.....alahai anak omak....
I baru jor dok sms En Fauzi
dia pun kena g kursus gak 12-15hb ni
Pastu I plak....
Waaaaaaaa
......Kejamnya......
Tak shuker2x!

Masa Untuk Bedagaks!

Hehehehehe...( bagi aku gelak jahat dulu)

Kenapa?

Tengok kat bawah ni
!
!
!
!
V
Bukti aku telah mengalahkan En Mohamad Fauzi semalam


Hehehe...(gelak jahat lagi sekali). Dah lama rasanya kiteorang takder aktiviti macam ni. Mana taknya... kiteorang tengah sibuk dengan kuliah,assignment and final exam tak lama lagi. So kebetulan semalam dengan kesempatan yang ada, aku telah menghasut En Fauzi untuk bermain bowling.

1st frame macam biasalah kan... I kalah dengan jayanya. Huhu.
Ni kira acah jer ni...hehe

2nd frame pun kalah gak... tapi sipi - sipi tau! Sajerk bagi can kan orang tu.Bagi canlah sangat Hehehe... Ampunkan daku...^_^ Tak puas hati punya pasal, aku tambah lagi satu frame. Konon - konon sebab dia menanglah kiranya padahal aku yang tak puas hati sebab kalah! Haha. Gilerk Kejik! Tapi akhirnya usaha aku berbaloi gak nak kalahkan dia. Tak sia - sia dia gelakkan aku selama ni biler bola aku masuk longkang. Mekacih yerk!

3rd frame sendrik mau hengatla ye macam mana aku punyer concentration nak kalahkan dia. Menung panjang dia tengok markah aku. Hehehe. 128 markah tau! Jangan main - main. Tulah gelakkan lagi aku...Hihi. Masa nilah aku berdagaks sajork. Asibla kan!Tapi yang tak tahan... alasan kalah sebab kaki kaki sakit coz tergeliat ker hape? alasan! hokeyla2x.... Alasanmu diterima yerk!



Muker sempoi


gaya tok guru aku buat demontrasi 

 
I suke pic ni coz nampak macam Jam...... Hahaha


Sampai balik pun muka En fauzi memang tak puas hati dengan kekalahan yang beliau alami. Hahaha... Biler dah menang tu aku pun sangatlah berbesar hati nak belanja dia makan kuew tiaw goreng basah yang dia idam - idamkan sangat sejak hari tu. Mengidam????!!!

Lama jugaklah kiteorang lepak kat kedai makan tu makan - makan... borak - borak... citer pasal masa depan... masa kebelakang... ex dulu - dulu... sampai toke kedai tu dah pandang seleks jork kat kiteorang. Ada aku kesah????!!!

Hopefully everything would be fine after this. Takmo lagi  dah gado - gado ni. Tak siyoks! Tak sabar nak tunggu1401. ^_^

Saturday, November 7, 2009

Kenapa Dia?



Petang tadi lepas hantar Najwa balik hostel, aku & mak singgah kat pasar malam area rumah aku ni. Sebelum tu kelopak mata aku sebelah kanan ni asiklah terkenyit - kenyit. Kenapa tah... Orang kata itu petanda baik. Betul ker? Bunyi macam tahyul kan????!!! Hmmm....

Baik hapa kalau aku terjumpa tutttttt.... Paham - paham jela yer. Kalau tak paham gak benamkan paler korang dalam tangki septik sampai korang paham! Huhuhu... Seyesly benda tu tak dirancang langsung. Kalau aku tau dia ada kat situ sumpah aku takkan pergi pasar tadi. Tapi benda dah nak jadi kan... Elak macam mana pun kalau dah nak terjumpa, jumpa jugak kan? Tapi sungguh tak ada apa - apa pun yang jadi tadi. Aku pun tak tegur dia. Mengelak lagi adalah.

Kalau boleh aku nak cepat je balik tadi. Malas aku nak bukanlah aku benci - tipu! tapi hati aku yang terluka dulu masih lagi berparut. KAu tak suka aku tak apa. Kau gunakan aku tak apa. Kau tak menghargai jerih payah aku selama ini tak apa. Aku dah maafkan pun kau, aku dah halalkan pun segala - galanya dan aku takkan ganggu lagi hidup kau. Aku harap jugak kau takkan ganggu lagi hidup aku.

Sekarang cuma yang ada sekarang dalam hidup dan hati aku hanyalah dia... Mohamad Fauzi Bin Esa. Orang yang menyintai aku... menyayangi aku... menghargai aku apa adanya. Dialah teman... dialah kawan... dia jugaklah lawan... Dan aku jugak menyintai & menyayanginya apa adanya.

Eiii Tak shukenye teringatkan cerita lama. Kalau boleh nak buang terus daripada paler otak ni. Biar yang happy - happy jer yang ada. Tak boley ker? Huhu....

Thursday, November 5, 2009

merajuk

Lirik Lagu Seventeen - Selalu Mengalah

Jelaskan Padaku Isi Hatimu
Seberapa Besar Kau Yakin Padaku
Untuk Tetap Bisa Bertahan Denganku
Menjaga Cinta Ini

Pertengkaran Yang Terjadi
Seperti Semua Salahku
Mengapa Selalu Aku Yang Mengalah
Tak Pernahkah Kau Berfikir
Sedikit Tentang Hatiku
Mengapa Ku Yang Harus Selalu Mengalah
Pantaskah Hatiku Masih Bisa Bersamamu

Jelaskan Padaku Isi Hatimu
Seberapa Besar Kau Yakin Padaku
Untuk Tetap Bisa Bertahan Denganku
Menjaga Cinta Ini

Mengapa Selalu Aku Yang Mengalah
Tak Pernahkah Kau Berfikir
Sedikit Tentang Hatiku
Mengapa Ku Yang Harus Selalu Mengalah
Pantaskah Hatiku Masih Bisa Bersamamu2X




Wednesday, November 4, 2009

The Little Nyonya & Rempah Udang




Saper tengok citer ni? Angkat tangan!

Aku start minat tengok citer ni sejak beberapa minggu yang lepas. DAh lama jugak sebenarnya aku tak amik port drama - drama cina ni since busy jer lately ni kan tapi drama bersiri The Little Nyonya ni dah pun meragut tumpuan aku setiap petang. Heh Sesuai ker meragut? Bukan aku jer... Dengan Cik Kiah sekali aku hasut tengok citer ni. Hehe.

Yelah.. Demi anak manja dia ni, kenalah Cik Kiah buat - buat bahagia layan citer cina. Padahal sepatah haram dia tak paham. So anak dia nilah yang akan terangkan sinopsisnya.

Citer ni start pukul 6 petang - 7 petang setiap hari kecuali hari jumaat kalau tak silap. Sila betulkan aku kalau aku salah. Memandangkan aku masuk kerja pukul 8 and kenkadang aku balik pun ngam - ngam pukul 6 so sampai jer kat rumah, aku terus jer landing depan TV sambil remote dikawal sepenuhnya oleh aku - sila abaikan bau bacin tu ok!  Kalau Cik Kiah yang dapat remort dulu pun aku paksa gak bukak citer tu. Punyalah kejam angat aku ni kan! Huahuahua.

Owh citer ni pasal ape? Maafla luper nak citer ngan korang ya. Excited bebeno... Hehe. Kisahnya cenggini...

The story spans over 70 years, from the 1930s till the present day.

Huang Juxiang is born into a large Peranakan family where her mother is a mistress. She is gentle, beautiful and a fantastic cook. Due to a serious illness when she was 9 years old, Juxiang becomes a deaf-mute. Because of her handicap, she is ostracized by people. Right before the Japanese Occupation in Singapore, she is forced to marry Charlie Zhang, a rich Peranakan, and become his mistress. Juxiang resists the marriage and runs away from home. She then meets Yamamoto Yousuke, a young Japanese photographer, and after overcoming many obstacles, they finally get married and Juxiang gives birth to a daughter Yueniang. During the World War, Juxiang is injured and both she and her husband die, leaving behind their 8-year-old daughter.

The orphaned Yueniang eventually walks to her grandfather's house on her own. Her grandmother rejoices for her presence. Under the supervision of her grandmother, she learns to cook Peranakan dishes and sewing. She grows up looking exactly like her mother and is exceptionally beautiful. After the war, her maternal relatives who ran away to England to seek refuge there returned home. Yueniang ends up leading the life of her mother – always discriminated against, beaten up and tortured. She puts up with all these in order to protect her grandmother.

Yueniang's pretty looks incurs jealousy from her cousin and attracts the attention of many rich Peranakans. However, she only has eyes for penniless driver Chen Xi. Chen Xi actually comes from an educated and wealthy family. Yueniang's kindness, purity and persistence move Chen Xi and he falls deeply in love with her, and hides his identity to be with Yueniang. Unfortunately, their relationship is filled with many obstacles and difficulties. Under pressure from his family, Chen Xi is forced to marry Yueniang's cousin instead. Yueniang is then sold to a butcher, Liu Yidao. Many things happen after this and it is revealed that the Huangs use misunderstandings and mistakes for granted and resort to off-board measures.

Yueniang is unwilling to accept the fact that her life is always manipulated by others and decides to end her own life. Yueniang's strong personality impresses Liu Yidao and they become sworn siblings instead. Yueniang decides to choose her own path in life. She begins learning how to run a business and in the process, she is framed and ousted from her business. Despite the odds, she manages save her declining family business. Sadly, her love life has yet to begin a new chapter with no news about her love interest, Chen Xi.

Sekian Wassalam...

Itulah kiranya sinopsis The Little Nyonya ni. Lau nak paham lebih lanjut korang kenalah sama - sama join aku mengadap citer ni petang - petang nanti. Hehe.


Corrupted


Habis jahanam gambar - gambar and documents aku kat dalam pendrive tu. Ada certain - certain je yang sempat aku selamatkan. Huhu...

Ni sume gara - gara virus yang menyorok dalam tu. Waaaa....
Cik Kam... Need ur help....
huk3x

Monday, November 2, 2009

DuGaan

Bismillah...

Hari ini aku sekali lagi malas nak pergi kerja? Apa sebab? Sebab aku malas. Huhuhu...
Nak dijadikan cerita, malam tadi hujan lebat sangat - sangat. Sekarang pun dah gelap nak hujan lagi. Lapas je siap buat slide presentation untuk subjek Perancangan Dan Pembelajaran Bahasa & Komunikasi, aku siap - siap nak pegi mandilah kononnya - Abaikan bau ikan masin tu ok! Kung3x



Angkara Hujan lebat

Masa tu memang dah mula hujan tapi tak lebat sangatla kan... So aku pun dengan excitednya bergonjeng - gonjenglah ke toilet. Tak sampai sekerat jalan tiba - tiba Cik Kiah terpekik - pekik macam orang kena sawan. Aku tengok kat dinding dah melipah - limpah air hujan turun. Alamak! Apa sudah jadi?

Luckly tak ada yang kena renjatan

 
Rak buku kesayangan aku


Aku blur sekejap tengok air hujan yang melimpah - limpah tu sebelum aku sedar air tu dah hampir melimpah kat rak buku aku. Wahhh... Ini tak boleh jadi ni! Wajib selamatkan buku - buku aku tu. DEngan kudrat aku yang tak seberapa nak ada tulah aku tolak rak buku yang 2x ganda besar and berat daripada aku tu. Nasib baik sempat.... Fuhhh Lega mak... Nak harapkan 2 ekor tapir kat dalam rumah ni? Haram.... Aku dengan Cik Kiah jugaklah yang gelabah and alihkan sume barang - barang tu. Ok cukup2! Tak mau cerita pasal tapir 2 ekor tu kat sini. Sakit hati kawe!Huh.

 Cik Kiah jadi Nenek Spider panjat atas ni


Eiii... apa tunggeng - tunggeng ni Cik Kiah?Hehehe

So biler aku bangun pagi tadi tengok keadaan rumah yang tak tentu arah tu aku pun rasa cam malas je nak pergi kerja hari ni. [Mesti makcik CT tu bising lagi aku tak datang kerja hari ni...Hehehe] Comfem + Yakin + pasti sangatlah bahawa Cik KIah sorang jer yang akan mengemas semua tu lepas aku pergi kerja nanti. So atas rasa tanggungjawab [tipu sikit] + malas ya amat [yang ni tak tipu], aku pun cepat - cepatlah print borang cuti pagi tadi. Hehehe... Senang betul kerja kat sini kan?

Banyaklah! Silap haribulan tak pasal - pasal aku dapat surat cinta. Free resigning letter lagi... HaMBIK K0!
nAK kerja ke taknak kerja ni? Huhuhu....

Upsss... hari ni ada janji dengan cik Kam. Dia dah janji nak datang Gemas betulkan sistem. Hari tu beria - ria aku paksa dia datang Gemas. Ni aku pulak tak ada. Heh... Majuk! Dah banyak kali mungkir janji. Kata nak datang tapi orang lain plak yang datang. Orang yang tak reti apa = apa disuruhnya datang. Buang bogheh kato Cik Kiah! Dahlah dapat naik pangkat n tukar ke Putrajaya tak bagitau. Penting ke ko tu cik Liza Oiiii?????!!! Well... penting tu idaklah... Cume nanti saper nak betulkan lappy aku kalau rosak nanti? Hari tu nasib baik cik Kam ada... Selamat Lappy aku daripada diformatkan.... Sob sob sob....

Anyway... hari ni hari untuk aku mengemas semula. Hopefully pas ni kalau hujan, takder banjir - banjir lagi. Ni sib baik aku ada kat rumah. Kalau tak? Hmmmm... ada hikmahnya kenapa aku tak sedap hati semalam and tak jadi bawak Cik Kiah pergi PD semalam. Kalau aku dengan Cik Kiah kuar sampai malam, malam tadi? hmmm....

Sunday, November 1, 2009

Kan Betul...

Bismillah...

Rasa tak sedap hati aku betul  betul jadi kenyataan.
Aku bukanlah seorang tukang tilik yang dapat meramal kejadian - kejadian yang tak diingini. 
Hmmmm...
Ya Allah...
Syukur kepadaMU ya Allah kerana semuanya selamat.
Ya Allah...
Jauhkanlah kami dan keluarga kami daripada sebarang musibah, malapetaka, kemalangan, hasad dengki dan iri hati musuh - musuh kami.

Amin

Tak SeDap HAti

Nape tah aku rasa tak sedap hati hari ni. MAC pagi - pagi lagi dah buat aku risau.

Ya Allah...

JAuhkanlah kami daripada sebarang musibah.

++Jom Kita Tukar Link!++