My Nuffy

Saturday, October 31, 2015

JDT Juara Piala AFC

#kredittotuanpunyagambar
#LizaAbdullah

Alhamdulillah...Walaupun saya orang negeri sembilan tapi incik suami dan 2 orang hero saya orang Johor ye dan kami menyokong penuh pasukan JDT dari celah-celah penyokong JDT serata Malaysia. Sayang sekali TMJ tiada bersama untuk meraikan kemenangan JDT di sana.

Tahniah pasukan JDT yang melakar kemenangan 1-0 di tempat lawan. Tak sia-sia penerbangan 26 jam ke sana. Saya ramalkan 2-1, incik suami pulak ramalkan 1-0. Haha menang jugak dia. Walaupun perlawanan nampak agak berat sebelah apabila pasukan JDT asyik kena kad kuning tapi mujur gol pasukan lawan outside. Kalau tak menunglah jawabnya. Lepas tu pemain-pemain JDT ni suka sangat buat 'drama' atas padang, melambat-lambatkan masa.. Sudahnya tak pasal-pasal kena kad. Farizal agak bagus malam ni walaupun banyak jugak bolos.Ni sekadar pandangan saya yang tak pandai main bola sepak je..Haha. 

Semoga pasukan JDT akan terus success!!! 



p/s : Tak sia-sia mimpi Shafiq Rahim jadi duta minyak wangi I hari tu..haha





Tips Mudah Meriahkan Susu Ibu


Masalah kekurangan susu ibu ni memang selalu kita dengar kan? Terutamanya pada ibu-ibu yang baru melahirkan cahayamata pertama. Baru-baru ni pun ada keluar dalam suratkhabar mengenai seorang ibu yang terjun bangunan sebab stress tidak dapat menyusukan anaknya yang baru 10 hari lahir. Macam-macam spekulasi yang timbul tapi saya sangat tidak setuju kekurangan susu ibu dijadikan tajuk utama semata-mata untuk melariskan akhbar. Makanya ramailah yang tak senang duduk mempertahankan ideologi masing-masing.

Saya sendiri pernah mengalami situasi yang sama iaitu kekurangan susu ibu di awal kelahiran anak pertama saya, Aisy. Nasihat saya, dapatkanlah maklumat sebanyak mungkin mengenai penyusuan susu ibu ni. Jangan segan, jangan malu untuk bertanya terutamanya kepada jururawat di hospital atau klinik. Jadi hari ni saya nak kongsikan sikit beberapa tips mudah untuk meriahkan susu ibu.

1. Minum air secukupnya

Ibu-ibu yang menyusukan perlu minum air sekurang-kurangnya 3 liter air @ 13 gelas air kosong setiap hari. Ini penting bagi mengelakkan badan dehydrated. Sukat jumlah air kosong yang diminum supaya cukup sekurang-kurangnya 3 liter. Minum sedikit-sedikit tetapi kerap. Ingat! bukan air berkarbonat, berkafein atau air manis ye.

2. Kerapkan menyusu dan mengepam

Susukan bayi anda sekurang-kurangnya 2-3 jam sekali. Begitu juga sekiranya anda bekerja dan bayi tinggal di rumah pengasuh, pam susu sehingga payudara benar-benar kosong kerana apabila payudara dikosongkan, makin banyak susu yang bakal dihasilkan. Elakkan menunggu sehingga payudara benar-benar penuh baru hendak dipam. Buat jadual menyusu/mengepam yang ringkas. 

3. Pam pada waktu malam

Hormon prolaktin banyak dihasilkan sekitar jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi jadi inilah masa untuk anda bangun dan mengepam! Anda jugak boleh mengepam selepas anda menyusukan bayi anda. Waktu terbaik adalah sebelum tidur, 3 pagi dan 6 pagi /selepas solat subuh.


4. Makan makanan berkhasiat

Pastikan anda makan makanan yang berkhasiat dalam tempoh kehamilan, berpantang dan menyusukan. Makan sayur-sayuran seperti sawi, lobak merah dan lobak putih. Pengambilan protein juga sangat penting untuk menghasilkan susu. Minum susu atau ambil pil kalsium sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Selain itu anda boleh mengambil buah tamar, buah kismis dan badam sebagai snek harian.

5. Amalkan pengambilan suplemen 

Tidak dinafikan sekarang ini sudah ramai ibu-ibu yang mengambil suplemen sebagai makanan tambahan atas faktor kesibukan atau masa makan yang tidak menentu. Kini terdapat pelbagai jenis suplemen di pasaran yang boleh anda pilih untuk menambah susu badan.

Selain itu anda juga boleh amalkan doa berikut ketika mengepam.


Selamat Berjaya!


                        









Thursday, October 29, 2015

Faraid, wasiat atau hibah?


Dah baring tapi tak boleh lelapkan mata pulak. Dok tonyoh-tonyoh bijik mata yang tengah gatal tapi tak mengantuk. Terus bangun buka pc. Terlebih rajin malam ni nak berblog. Tony, kau duduk diam-diam kat luar tu. Jangan bikin bulu den meremang ye! Tiba-tiba ada lori sampah angkut sampah memalam buta ni. MOTIF?

Ok sebelum kepala naik meong, kita kembali kepada persoalan asal. Antara ketiga-tiga tu yang mana anda faham? Atau tiada satu pun yang ada faham? Kat sini saya sertakan malumat asas tentang pengetian ketiga-tiga persoalan tersebut. Yang lain-lain boleh tanya sendiri incik gOOgle ye.




#kreditincik gOOgle

Faham tak? Okey tak apa, pelan-pelan kayuh okey. Memang akan ambil masa untuk faham semua ni. Just nak share atau dalam bahasa melayu 'kongsi' 2 cerita ni.

Kes 1

Si suami meninggal dunia secara tiba-tiba tanpa sempat meninggalkan sebarang wasiat atau menghibahkan hartanya. Si suami ada ayah dan ibu yang masih hidup. Manakala perkahwinannya bersama si isteri tidak dikurniakan anak tetapi si isteri mempunya anak dari perkahwinan terdahulu. Malangnya perkahwinan tersebut tidak berdaftar di dalam negara. Masalah timbul apabila kalangan waris mula berebut harta si suami. Adik beradik si suami juga mula campur tangan untuk mendapat bahagian daripada harta tersebut. Akhirnya si isteri telah dihalau keluar dari rumah yang didiaminya kerana si suami semasa hayatnya tidak meletakkan nama si isteri bersama di dalam hakmilik rumah tersebut. Segala harta si suami pula telah diserahkan kepada ayah dan ibu si suami kerana si isteri tidak dapat membuktikan pernikahan mereka. 

Kes 2

Si suami telah bercerai dengan isteri pertama dan berkahwin semula dengan seorang janda. Melalui perkahwinan pertama. si suami dikurniakan anak manakala perkahwinan kedua tidak dikurniakan anak. Dalam situasi yang hampir sama, si suami juga tidak sempat meninggalkan sebarang wasiat atau menghibahkan hartanya. 

Kes yang saya sebutkan di atas hanya sekadar contoh. Sepanjang saya bertugas sebagai kerani kaunter pendaftaran di pejabat tanah selama hampir 7 tahun, terlalu banyak kisah sedih yang dapat saya lihat dan dengarkan mengenai perebutan harta ni. Ada juga anak yang sanggup menipu ibunya sendiri untuk memindahkan hakmilik ibunya ke atas nama sendiri secara tipu muslihat sehingga akhirnya si ibu dihalau keluar dari tanah sendiri. Hampir menitis juga air mata ni bila si ibu merayu-rayu supaya hartanya dipulangkan semula.

Sekadar pandangan peribadi, bagi sesiapa yang mempunya harta seperti tanah atau rumah dan mempunyai waris yang sepakat boleh sahaja memilih untuk berbahagi harta selepas kematian samada mengikut hukum faraid ataupun muafakat waris-waris. Perbicaraan harta tersebut bolehlah dibuat di pejabat tanah di mana harta tersebut berada sekiranya harta tersebut nilainya tidak lebih dari RM2 juta. Manakala harta yang bernilai lebih dari RM2 juta pula boleh dibuat di mahkamah.


*kredit to #www.InfoHartaPusaka.blogspot.com

Bagi yang mempunyai masalah seperti berkahwin lebih dari 1, tiada pemuafakatan antara waris, anak angkat dan sebagainya bolehlah memilih untuk membuat wasiat ketika masih hidup.Ataupun anda juga boleh menghibahkan harta  semasa hidup kepada insan tersayang.



#kreditincikgOOgle

Sekian.

#Penafian :

Penulisan ini hanyalah sekadar pendapat peribadi saya dan tidak berkaitan dengan mana-mana pihak.
Wallahualam.







Tuesday, October 27, 2015

Tinggalkan Anak Sendirian Di Dalam Kereta? Fikir Sebelum Kena!


Kredit to : www.mummynemo.com

Ni kes lama tapi 2-3 hari lepas nampak ada seorang ibu yang tegar meninggalkan 2 orang anak perempuannya dalam lingkungan usia 2y & 6y barangkali BERSENDIRIAN di dalam kereta yang enjinnya masih dihidupkan! Nampak?? Betapa gigihnya aku nak tulis pepanjang gini menandakan aku sangat geram dengan situasi tu.

Alkisahnya Ahad lepas, Incik Suami mengajak pegi makan roti canai. Lepas makan, pegi pulak singgah kedai RM2++ (Sebab apa ++?? Sebab dah + dengan GST). Pegi Jalan kaki je pun sebab tak jauh dari kedai roti canai tadi tu. Pegi kedai RM2++ pun sebab anak bujang tengah tu sibuk dok tarik tangan mamanya ke sana. Bila dah selesai membeli kat kedai RM2++ tu, kitaorang anak beranak ni pun jalanlah nak masuk kereta semula.KEBETULAN, kat sebelah kereta kitaorang tu ada sebijik MYVI PUTIH. 2x kot aku dok toleh kat kereta tu sebab tengok ada budak dalam kereta tapi tak ada orang dewasa dan enjin dihidupkan!!!

Incik Suami pun tengok sama. Sah memang tak ada orang dewasa dalam kereta tu! Maka sudah semestinya mulut ni mulalah nak menyumpah. Sapelah yang 'cerdik' sangat pi tinggal anak macam tu? Cari punya cari, tiba-tiba anak yang besar sikit tu keluar dari kereta dan tinggalkan adik die yang kecik terus berlari dekat maknya yang ada dalam kedai dobi sebelah kedai roti canai tu. Aduhai menyirap tengok maknya langsung tak rasa cemas langsung. Mungkin mak dia ratu pecut negara kot. So kalau kereta kena larikan, sempat nak pi kejar kot... 

Haloo ahkak. Muka kau cantik tapi otak jangan letak kat lutut. Zaman sekarang, anak kita pegang pun orang boleh bawak lari. Orang pecah masuk rumah pun ambik anak jugak bawak lari. Inikan pintu kereta tak berkunci, enjin hidup. Kecerdikan apakah yang dikau hendak tunjukkan di situ???

Even kalau Incik Suami yang buat macam tu memang kena bebel. Tak sayang anak ke??! Katakanlah eh, kiteorang nak pegi makan, tiba-tiba budak 2 orang tu tertidur. Option pertama, bungkus makan, bawak balik makan kat rumah. Option kedua ni kalau terdesak sangat, cari parking betul-betul sebelah meja makan. Matikan enjin, bukak tingkap sikit dan makan selaju yang mungkin! Pernah jugak nak pegi makan tapi parking dekat tak ada tapi kesian incik suami yang teringin sangat nak makan kat kedai mamak, so aku pun mengalah jelah. Aku duduk dalam kereta dengan anak-anak yang tidur dan paknya makan sambil tersengih-sengih. Nasib baiklah mama korang ni tak minat makan kat kedai mamak anak-anak oii.

Ada juga ketikanya masa nak beli barang dapur, anak-anak ketiduran. Optionnya, paknya duduk diam-diam kat dalam kereta, mamanya pulak yahoo boleh shopping sakan! tapi tak boleh lama-lama sebab nanti paknya muka muncung..wakaka.Tambahan pulak sekarang dah ada Zahirah. Bila Zahirah & the gang dah ketiduran, mama boleh pegi shopping tapi macam dalam cerita RUNNING MAN la pulak. Kalau tak confirm cik Zahirah meraung sebab susu cap gantung dia tak ada!

Ok, serius sesak napas dibuatnya bila mengenangkan mak pak yang berani-berani tinggalkan anak macam tu. Anak kita kandung 9 bulan. Bela sampai besar. Tiba-tiba satu hari hanya disebabkan satu sikap kelalaian kita, anak itu hilang dari dakapan kita. Memang betul, anak-anak kecik memang lasak. Anak-anak aku pun sangat lasak. Ni belum besar yang si kecik ni lagi tapi PLEASE la... TOLONGLAH... Jangan sesekali tinggalkan anak-anak bersendirian terutamanya bila di dalam kereta yang enjinnya tidak dimatikan!

Lainkali kalau aku jumpa lagi macam tu, aku matikan enjin kereta dan campakkan kunci kereta korang kat dalam longkang! Tak sayang anak sangat kan??! Aku nak tengok gigih tak gigih korang cari kunci tu balik. Hahaha.

p/s : Baby dalam keratan akhbar tu mesti dah besar sekarang kan? Nasib baiklah ada abangnya. Tak dapat bayangkan kalau abang aisy yang tengah dukung Zahirah macam tu. Confirm mama berhenti kerja terus nak oii!



Monday, October 26, 2015

Selamat Datang Zahirah Amanda

Ha... Lama sudah tak berbelog nih! Tiba-tiba mood nak berbelog tu datang balik setelah hampir setahun daku tinggalkan. Last berbelog masa tu tengah pregnantkan si Zahirah Amanda. Now Zahirah Amanda dah pun nak masuk 5 bulan. Sungguhlah sekejap sahaja masa tu berlalu kan?

Meh kita kasi kenal sama budak Zahirah Amanda ni.


Taraa... nilah dia permata hati Lizar & Fauzi yang ke 3. Dilahirkan pada 29 Mei 2015 yang lalu setelah 40 minggu dikandung dalam perut. Siap sempat pegi ofis lagi buat kerja sebelum kena paksa masuk hospital. Check in kat hospital semalam. Esok paginya terus masuk ubat induce. Jam 10 pagi dah mula terasa sakit tapi bila check jalan masih belum bukak kata doktor. Alahai anak... tertahan-tahanlah  banyak kali kena seluk tapi jalan baru 2cm. 

Menjelang petang, encik suami datang bawak budak 2 orang tu. Masa tu memang dah tak tahan dah. Last kena seluk memang rasa nak menangis. Puas doa dalam hati supaya dipercepatkan bukaan. Sempat jugak mohon ampun dan maaf dari incik suami tapi kesakitan makin terasa. Baring kat atas katil pun dah tak tentu arah. Rasa nak keluar sangat dah masa tu. Mintak incik suami panggilkan nurse. Macam biasalah, nak kena dengar jantung baby bagai dulu. 

Tunggu punya tunggu.... tiba-tiba pulppp!

Rasa ada air yang keluar. Cepat-cepat suruh incik suami panggilkan doktor. Doktor sampai, tutup langsir. Bila seluk, dah terasa kepala baby dah nak keluar. Kelam kabut doktor suruh tolak ke labour room! Hambik kau! 

Dalam labour room incik suami tak sempat nak masuk, baby dah pun selamat keluar. Syukur alhamdulillah. 1st time air ketuban pecah sendiri. 1st time sakit nak bersalin dalam wad. 1st time baby senang nak keluar walaupun ambil masa sikit. Alhamdulillah kat dalam labour room tu semuanya perempuan. Jahitan pun sangat kemas. Macam tak ada jahit je rasanya.

So sekarang dah dapat sorang girl bolehlah nak rehat dulu. Hehehe. Tak larat owhh nak mengandung lagi. Sorang-sorang hadap morning sickness bagai. Tambah budak yang berdua tengah melasak ya amat. Biarlah budak-budak ni membesar dulu ye. 

Okey alhamdulillah now rasa dah lengkaplah family Lizar & Fauzi. 2 hero dan 1 puteri.

Selamat datang ke dunia Zahirah Amanda. Semoga Zahirah jadi anak yang solehah, taat kepada tuhan dan rasul, taat kepada perintah agama, taat kepada kedua orang tuanya. Anak yang baik budi pekerti. Semoga Zahirah sentiasa berada dalam lindungan Allah s.w.t. amin.

p/s : mama sayang abang aisy, iqy & zahirah ketat-ketat!

++Jom Kita Tukar Link!++