My Nuffy

Friday, December 16, 2011

BETAPA HEBATNYA DUGAAN-MU YA ALLAH

MACAM BATU BESAR MENGHEMPAP KEPALA RASANYA BILA DAPAT TAU BUAH PINGGANG MAK DAH ROSAK! TAK TERKATA RASANYA... RUPANYA SAKIT-SAKIT YANG DIALAMINYA SELAMA NI ADA KAITAN DENGAN BUAH PINGGANG DIA... ADAKAH DISEBABKAN KEMALANGAN DULU TU? ENTAHLA... TAK TAU APA NAK PIKIR SEKARANG NI.... 

SAAT SAYA MENULIS SEKARANG NI PUN AIR MATA SAYA DAH MULA BERGENANG... SEBAK RASANYA... TAK TERTAHAN... YA ALLAH HEBAT SUNGGUH DUGAAN-MU YA ALLAH...

PATUTLA SAYA RASA SEMACAM JE HARI NI... DARIPADA PAGI TADI KEPALA SAYA SAKIT... BERPUSING-PUSING RASANYA... AISY PULAK MERAGAM SEPANJANG HARI... BALIK RUMAH MAK SEKEJAP NAK AMBIK PAMPERS... LANGSUNG TAK MAU BERENGGANG... MENANGIS BILA SAYA JAUH DARI DIA... BUAT SAYA BERTAMBAH PUSING...

MUNGKIN ADA HIKMAHNYA ATAS SEMUA YANG BERLAKU... SAYA DAH TAK BOLEH NAK HARAPKAN MAK UNTUK JAGA AISY LAGI... AISY DAH SEMAKIN LASAK DAN NAKAL. KALAU APA-APA JADI PADA MAK, SAYA YANG AKAN MENYESAL NANTI... TAK KISAHLA... DAH LAMA PUN SAYA FIKIR NAK HANTAR AISY PADA  PENGASUH CUMA MASIH BELUM ADA KEYAKINAN LAGI YANG ORANG TU BOLEH JAGA DAN IKUT PANDUAN YANG SAYA BERIKAN NANTI. MACAM MAK, WALAUPUN USIA MAK DAH HAMPIR 70 TAHUN TAPI MAK BERFIKIRAN MODEN... MAK BOLEH TERIMA AISY MINUM SUSU BADAN YANG DIPERAH... PANASKAN SUSU DENGAN WARMER... AISY PAKAI LAMPIN KAIN MODEN... MAK MEMANG THE BEST!

TAPI LEPAS NI SEMUA AKAN BERUBAH... TAK TAU LAGI MACAM MANA KEADAAN MAK SAMA ADA TERUK ATAU TAK... LEPAS NI MAK KENA BUAT DIALISIS ATAU TAK... JADUAL SAYA AKAN BERPUSING 360 DARJAH! TONGGANG TERBALIK... MAK, MAK MENTUA, ABI, AISY... KALAULAH BADAN SAYA NI BOLEH DIBAHAGIKAN EMPAT... 

BUAT MASA NI SAYA BELUM DAPAT BERFIKIR DENGAN TENANG LAGI... CUMA BOLEH MENANTI KEPULANGAN MAK DENGAN SABAR... TAK SABAR NAK PELUK MAK... NAK CIUM MAK... 

SAYA TAK MINTAX SIMPATI... CUKUPLAH SEKADAR PEMBACA BELOG KDGUNGU NI DAPAT MENDOAKAN KESEJAHTERAAN DAN KESIHATAN MAK SAYA BERTAMBAH BAIK... AMIN.

SALAM SAYANG,

~MAMARIZQIN~




Thursday, December 15, 2011

TANGAN vs MESIN PAM.

Assalamualaikum,

Lately jarang dapat nak update belog ni. Salah satu sebab adalah 'penyakit M'. Hari ni je macam semangat sikit nak mengupdate. Selasa lepas me and my opismate ade menyertai BENGKEL PENYUSUAN IBU BEKERJAYA anjuran MAINS yang telah diadakan di Dewan Masjid Negeri, Seremban. Alhamdulillah banyak info yang telah kami dapat kat sana. MAINS telah menjemput PN KAMARIAH dan DR NING dari SUSUIBU.COM untuk memberi penerangan.

So hari ni nak share sikitlah pasal penyusuan susu ibu ni tentang cara memerah susu guna tangan vs guna mesin pam. Yang mana satu pilihan anda?




sumber : google


Teknik Marmet adalah satu cara pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata; tanpa menggunakan sebarang alatan lain terutamanya pam.

Sekiranya teknik ini diamalkan dengan cara yang betul, kadar pengosongan kilang susu adalah jauh lebih baik daripada menggunakan pam. Ini kerana, kita lebih mengenali tubuh badan kita sendiri dan tahu di mana kunci atau pun aliran khusus yang perlu diperah.

Di samping itu, Teknik Marmet ini juga sebenarnya mampu menghasilkan lebih banyak pengeluaran susu berbanding menggunakan bantuan pam. Mengapa ini berlaku? Ini kerana, apabila kita menggunakan tangan, maka berlakulah 'sentuhan kulit ke kulit' yang mana mampu merangsang penghasilan susu. Seterusnya membantu kita mendapat lebih banyak bilangan 'let down reflex' iaitu situasi di mana susu memancut keluar dengan kadar yang banyak dan laju tanpa perlu usaha yang banyak. Pada waktu ini, payudara kita akan mengalami rasa yang agak berdenyut dan membengkak.

Berbanding dengan pam yang semestinya berunsurkan plastik ataupun getah, menyebabkan tubuh badan kita tidak bertindak balas dengan sewajarnya bagi menghasilkan susu. Paling penting, Teknik Marmet tidak cerewet dan mudah diuruskan kerana ia hanya memerlukan tangan untuk memerah
 
-credit-

 


Untuk mesin pam pulak ada pelbagai jenis pam yang boleh anda cuba. Ada pam manual and ada pam elektrik/guna bateri. Jenama pun ada macam-macam jugak. Ada dengan dengan idak je bugetnye...hehe. Untuk saya, saya pilih MEDELA FREESTLYE. MEMANG BEST! Even saya cuma beli yang 2nd je. Alhamdulillah dah dekat 3 bulan pakai Medela Freestyle ni puas hatilah. Ia menyempurnakan misi penyusuan saya tapi jangan risau, takder medela pun boleh berjaya jugak ye. Yang penting USAHA tangga KEJAYAAN!

Antara kedua-duanya saya lebih memilih untuk guna pam atas faktor-faktor tertentu. Diantaranya ialah :

1) keadaan persekitaran di pejabat (bos dah tarik balik kemudahan bilik mengepam kami... KEJAM!). Terpaksa mengepam kat meja masing-masing dengan staff lelaki yang berkeliaran termasuklah BOS LELAKI kami. Baru sekejap tadi cuba nak mengepam guna tangan tapi kurang berjaya. Tak pasti apa punca sebenarnya...

2) Boleh buat kerja sambil mengepam. Memang tak digalakkan sebenarnya sebab waktu mengepam kalau boleh kita mesti dalam keadaan rileks. Tak boleh stress2 tapi bila time nak pam time kerja tu memang stress. Takley nak buat apelah... Kejap bos panggil... kejap buat itu.. kejap buat ini...

3) MUDAH dan JIMAT MASA! tak dinafikan guna tangan lebih mudah daripada mesin pam sebab tak perlu bawak apa-apa alat tapi bagi saya dan yang lain-lain yang mempunyai kekangan masa... Mesin pam adalah yang TEMAN TERBAIK saya buat setakat ni. Sejujurnya, saya ambil masa sikit bila memerah guna tangan ni. Kalau orang lain senang2 nak dapat 4-5oz tak sampai 5 minit, saya pulak ambik masa sekurang-kurangnya 30-60 minit untuk 1 sesi.

Selebihnya anda boleh tambah sendiri kenapa anda perlu guna mesin pam. 

Saya kagum dengan dr Ning dari SUSUIBU.COM yang dah beranak 4 (tapi slim macam anak dara) hanya memerah menggunakan tangan SAHAJA. WOW! 

Apa pun pilihan terletak di tangan anda... Yang penting ikut pada buget. Tak perlu susah hati kalau tak dapat beli Medela... guna tangan pun boleh. 






Tuesday, December 6, 2011

Vitamin Bukan Untuk Banyakkan Susuibu

Tuntutan cara hidup hari ini menyebabkan ramai para isteri yang bergelar ibu juga turut bekerja demi menampung perbelanjaan dan keperluan keluarga.

Memandangkan bila seseorang isteri itu bekerja maka secara langsung si ibu [ bagi yang bergelar ibu dan mempunyai matlamat menyusukan anaknya] akan mempunyai banyak tanggungjawab yang harus dipikul. Isteri itu perlu melakukan tugas rutin rumahtangga selain menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan seorang isteri. Bukan semudah yang disangka.

Bagi yang mampu menjaga amalan pemakanannya dan mampu menyediakan makanan harian mengikut pyramid makanan, alhamdulillah tahniah kerana anda melangkah satu kehidupan yang sihat dan sejahtera. Bagaimana bagi kita yang tidak mampu mengikut saranan dalam pyramid makanan?
Pengambilan makanan tambahan hanyalah sabagai satu option bukan satu kemestian. Balik kepada apa yang anda mahukan.


Vitamin bukan berfungsi untuk membanyakkan susu. Ia lebih kepada kesihatan badan ibu secara fizikal dan mental. Ibu yang bekerja perlu sihat dan bergerak aktif  selain emosi yang sihat dan sentiasa bersemangat menjalani kehidupan seharian. Maka jangan salah faham atas keperluan vitamin ini pada individu yang mengambilnya. Hakikatnya vitamin itu TIDAK MEMBANYAKKAN SUSUIBU.


Kita perlu tahu konsep asas penyusuan ialah : Lebih kerap paydara dikosongkan maka lebih banyak susu yang dihasilkan dengan syarat :
1.    si ibu sihat dan menjaga pemakanannya
2.    si ibu memastikan pengambilan air secukupnya demi menggantikan cecair yang keluar untuk menghasilkan susuibu.
3.    Si ibu tenang , emosinya stabil dan BEBAS dari sebarang tekanan dalaman atau luaran [ keluarga atau pejabat]
4.    Elakkan berdiet kerana ibu yang menyusu memerlukan tambahan kalori.

Kita juga perlu tahu komposisi nutrient utama dalam susuibu ialah protein, diikuti kalsium dan vitamin serta zat galian lain. Maka si ibu disarankan memastikan pengambilan protein serta kalsium yang mencukupi  disamping vitamin dan galian lain demi membantu penghasilan susuibu dengan lebih lancar. Keperluan protein dan kalsium yang mencukupi memang benar-benar membantu melancarkan penghasilan susuibu. Lagi banyak yang diperah maka lebih banyak yang akan dihasilkan terutama apabila penghasilan susuibu sangat lancar.

Tidak dinafikan pengambilan supplement tertentu akan menyebabkan si ibu merasa payudara cepat penuh dan ada juga yang melalui bengkak susu seperti dalam pantang walau anak sudah melebihi 6 bulan menyusu. Namun tetap kena berpegang prinsip asas penyusuan.


Pengalaman saya menyusu dua anak dengan jayanya melebihi 2 tahun setengah setiap orang adalah kerana saya pastikan 4 perkara di atas di titikberatkan.


Bagi anda yang ada kekangan menyediakan makanan mengikut pyramid makanan, boleh cuba mengambil makanan tambahan demi menjayakan penyusuan namun perlu diingat, konsep asas penyusuan perlu diutamakan. Sekali lagi saya ingatkan VITAMIN TIDAK BANYAKKAN SUSU.

Apa Fungsi Vitamin bagi Ibu Menyusu?

Vitamin hanya membantu ibu kekal sihat, bertenaga, aktif, mood yang sihat, bebas dari sebarang tekanan. Vitamin ini secara langsung memperkayakan nutrisi yang terdapat dalam susuibu. Bila ibu sihat dan bebas dari tekanan maka secara langsung membantu menjayakan penyusuan.

Apabila anda membuat belian apa2 produk yang diberi jaminan selamat untuk menjayakan penyusuan, pastikan anda dapat khidmat nasihat pengedar kerana harga yang anda bayar sudah termasuk dengan harga konsultasi.

CREDIT : ANAKKU WIRAKU.






Friday, December 2, 2011

Berperang Dengan Sembelit dan Buasir.

-Ini kisah benar-
Saya mula kena sembelit dan buasir since umur saya 20 tahun... Lebih kurang macam tulah... Mungkin disebabkan saya kurang ambil makanan berserat dan kurang minum air. Kalau dah masuk toilet, kadang-kadang boleh jadi selalu jugak cecah 1 jam sampai mak saya naik pelik + risau. 
Bila uk2(bahasa suami saya), uk2 saya keras giler! Nak keluar tu punyalah sakitnya macam nak terberanak rasanya. Tu sebab jugaklah selalu keluar darah. Bukan sikit! Dah macam darah haid dah saya tengok! Sampai ada ketikanya saya jadi pitam dibuatnya. Pernah dulu mak saya paksa saya makan pisang muda yang dibakar. Eloklah sekejap tapi lepas tu macam tu jugak balik. 
Masa mengandung pun macam tu jugak tapi kali ni banyak minum air dan makan buah-buahan sebab takut teran uk2 lain pulak yang keluar nanti. Hehe. Tapi kadang-kadang tak berkesan jugak. Tak tau dah ape nak buat lagi mase tu. Redha jelah. Duduk dalam jamban macam nak berperang dah rasanya.
Lepas mula-mula bersalin dulu, nurse bagi saya makan ubat untuk lembutkan uk2 tapi tak uk2 pun. Bila nurse tanya saya bohong cakap saya dah uk2.Hehe. Bila dah balik rumah, saya mintax suami saya belikan saya pil untuk lembutkan uk2. Ubat tulah tempat saya bergantung dalam sebulan macam tu. 
Kemudian saya berkenalan dengan trial pack set B Shaklee. Alhamdulillah semuanya lancar. Seingat saya, masa saya makan set tu uk2 saya keluar macam biasa. Takderla keras sangat ke hape... Terus ambik full set pulak + beberapa jenis suppliment lagi termasuklah ostematrix + lecithin. Tapi saya ni kadang-kadang 'cendeke' . Kejap makan, kejap kang dah terlupa. Minum air sikit. 
Macam baru-baru ni... Akibatnya, saya uk2 keras + berdarah lagi! Saya pun jadi ngeri bila tengok. Takut punya pasal, terus makan balik oste + lecithin macam biase. Alhamdulillah uk2 jadi lembut semula dan tak menyakitkan lagi. Cuma darah masih keluar jelah sebab mungkin luka tak elok lagi kat tempat tu kan... 
Ni pun dah culas balik nak makan vitamin ~ terlupa bawak sebenarnya. Lalalala~ But i'll make sure mesti makan atleast 3 bj lecithin + Oste setiap hari. So uk2 pun smooth jer.. haha.
Kat bawah ni pun ader testimoni pasal buasir ni :





Tips Untuk Elak Anak Selalu Demam.

 Tips untuk elak anak senang sakit dan demam.

Saya nak kongsikan beberapa tips yang mudah-mudahan boleh dimanfaatkan 
bersama demi memastikan anak sihat, cergas dan sejahtera selalu :

1. Pastikan anak konsisten minum air kosong.
 
Betapa pentingnya air telah dibuktikan apabila muka bumi kita dikelilingi dengan 
lautan ALLAH yang sangat luas. Maka pentingnya air kepada badan kita. Untuk 
memastikan anak ... kita suka minum air, salah satunya cara ialah menyediakan 
air kosong di dalam cawan atau botol minuman kegemaran si kecil. Itu yang saya 
amalkan di rumah. Setiap sebulan, saya akan menukar cawan minum anak-anak 
saya supaya mereka akan kerap minum apabila melihat cawan kegemaran mereka.


2. Sediakan air yang mengandungi pro biotik seperti yogurt ,vitagen dan jenis sepertinya.
Minuman ini bagus dalam membantu penghasilan bakteria baik di dalam usus 
dan ia membantu kelancaran proses pembuangan.


3. Pastikan ada buah-buahan dalam menu harian.
Ia wajib supaya mereka sentiasa mendapat hasiat vitamin C, serat dari 
buah-buahan kerana rata rata , anak-anak tidak gemar makan sayur. Pengambilan 
buah buahan membantu kelembapan kulit sentiasa terjaga dan ia juga membantu 
agar mereka tidak mengalami masalah sembelit.


4. Pastikan mereka mandi dua kali sehari atau 3 kali sehari apabila demam. 
Ini membantu agar badan tidak dehydrate selain membersihkan mereka dari 
kuman dan bakteria.


5. Berikan mereka minum air kelapa muda sekurang-kurangnya seminggu sekali 
walau hanya seteguk dua...ini kerana air kelapa bagus untuk proses detox...dan ia 
membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik.


6. Hantarkan sedekah pada anak-anak yatim atau golongan yang memerlukan, 
niatkan agar anak2 sejahtera, dipelihara dari sakit. Anak demam atau sakit 
berlarutan biasanya adalah teguran ALLAH atas rezeki yang kita ada tidak  
dikongsi kepada golongan yang memerlukan.

Cubalah amalkan...

Credit : Kak N

Misi Dan Azam 2O12!

Sekarang dah masuk Disember 2011... Masa berlalu begitu pantas kan! Bulan ni aisy dah nak masuk 7 bulan... asik tergolek gelantang je lagi kejenye... Hehe. Dalam kepala otak ni macam-macam perancangan yang aku nak buat. Cuma buget je belum dapat kelulusan daripada mesyuarat exco lagi. Ahak.


Tahun depan jugak aku dah ade misi aku tersendiri. NAK TURUNKAN BERAT BADAN! Now berat aku 56 kg... Misi aku nak turunkan atleast dalam 50 kgla. Tu kira berat badan ideal untuk aku yang tak berape nak tinggi ni..hehe. Target dalam masa 3 bulan. bermula Januari 2012 hingga Mac 2012 ni nanti. Kita tengok nanti ye berjaya ke tidak misi mustahil aku ni ahak! Wish me luck!




Thursday, December 1, 2011

FELTCRAFT PROJECT.

Hari ni tah mimpi ape tah tetibe je nak buat feltcraft. Padahal reti pun tak menjahit...- Asal

nak menjahit je kejenye ni? Huahuahua. Tengahari tadi terus usha Mas n Kak Earna keluar

pegi pekan nak beli barang2 feltcraft ni. Tulah yang sempat aku siapkan tadi ~ sebab cc n bos takdok! Lalalala~


The next project pulak nak buat android punya cases... Tapi Mas yang tolong jahitkan.

Biasalah ai kan budak baru belajar tapi lepas tu corak2 lain aku yang akan buat. So lepas ni
dah boleh ambik tempahanlah kot... Haha. Siap pun belum dah berangan nak ambik

tempahan... Haha.

Oklah kalau dah siap nanti ai tayang kat fb n belog okeh! Now nak mandi sebab sekejap

lagi nak hantar novel Ombak Rindu kat MIL..OR memang Best!



Saya mengaku... Saya memang...

Saya mengaku yang saya memang tak pandai menjahit! ~Adeh kenyataan yang pahit tapi HARUS untuk ku telan... ~

Tapi suamiku yang tercinta tu asik dok cabar suruh aku jahit kaki seluar kerja die... Ei tak paham eh? Orang cakap orang tak reti menjahitlah ucuk! Haha. Tapi pagi tadi entah macam mana entah tergerak plak hati ni nak jahit kaki seluar die lepas berminggu-minggu aku janji kosong je dengan beliau... Hehe. Terus masuk bilik mak ambil box menjahit. Lepas tu doklah bersila kat lantai mengadap benda tu... Punyalah tekun menjahit sampai anak pun aku biar tergolek-golek kat atas katil... Nasib baik die tak pandai nak buat terjunan kuak lentang ke hape...

Bila incik suami keluar daripada toilet, die buat-buat terkejut plak tengok aku dok siok mengejekan kaki seluar die... 'Tengok sayang jahit macam mane?' - Konon nak kondemlah tu kot...Haha. Aku tunjuk kat incik suami terus die kate "WOWWWW" - Haha auta semata. incik suami cakap ' Ha reti pun jahit...' Terlupa pulak nak loyer buruk mase tu, konon nak cakap ' eleh sayang memang reti menjahit pun saje malas nak bagitau je nanti abi suruh sayang jahit macam-macam' Haha.

Tapi tadi tak sempat gak incik suami nak pakai seluar yang sudah kujahit itu sebab dah pukul 6.38 am. Incik suami harus ke pejabat. Nanti lewat... Almaklumlah nak hasil yang bagus kenalah buat plan-plan kan... Haha. Padahal tadi dok terkial-kial je nak menjahit pun...

So cabaran menjahit dah PASS! Terus berkobar-kobar nak belajar jahit baju dengan MIL pulak..Haha. Aderkah???! Tungguuuuu.....





++Jom Kita Tukar Link!++