My Nuffy

Monday, August 30, 2010

Kenapa Strawberry Couple?



Aku tak pasti sejak bila aku mula sukakan strawberri tapi yang pastinya aku memang suka makan strawberri. Aku dapat idea nak guna nama strawberry couple ni masa kiteorang pergi bercuti 1 family ke CH. Aku dan incik suami sama-sama suka makan strawberri yang dicelup dengan coklat. kiteorang jugak suka jenjalan menjelajah kebun strawberri kat sane. So Teruslah tercetus idea nak letak nama Strawberri Couple ni.

Dan bagi aku pulak, hubungan aku dengan incik suami masa tu aku ibaratkan macam buah strawberri. Ada masanya buah strawberri ni manis sangat.... Ada masanya pulak buahnya terasa masam. Tapi manis ke masam ke kalau dicelup dengan coklat memang sodapppppppppp..... hehe.

Tulah alkisahnya macam mana aku boleh letak nama strawberry couple ni. Terpulanglah pada orang nak menilai erti disebalik nama strawberry couple ni.

Entry ni jugak bagi menjawab soalan dari notaami. Terima kasih kerana bertanya...:-)


CheckList Rumah Baru.

Alhamdulillah masuk hari ni rasanya da 3 ke 4 kali dah tidur kat rumah baru. Perasaan? Gumbiraaaaaaaala..... haha. Mana idaknya, buat apa pun boleh. Keluar bilik air tak pakai pape pun bolehhhhhhh... haha.

Tapi yang tak berapa nak gumbiranya, kat rumah tu masih banyak lagi yang tak lengkap. Cat pun belum lagi... Budjet konon esok nak mengecat tapi esok anak dara sorang tu pulak ajak pegi tengok laptop. Kebetulan kiteorang pun nak survey barang-barang dapur sekali so join jelah.
Tak sabar nak tunggu incik suami ni gaji...Hehe. Tak sabar nak pow dia sebenarnya...hehe.

Yang paling penting saya nak beli jam loceng! Sebabnya..... pagi tadi kiteorang terlajak tak sempat nak sahur. Budjet kunci jam kul 4.20 am tapi macam biasalah bangunnya setengah jam kemudian kan... Ni terus terlajak sampai 6.53 am ko! Rasanya alarm tu memang tak berbunyi pagi tadi sebab aku letak betul-betul tepi bantal. Mulalah aku marah-marah cakap incik suami yang matikan alarm sebab dia memang selalu buat gitu kalau benda alah tu ada kat dia. Hehe....

Nasib baiklah malam tadi sempat makan sandwich telur campur tuna yang aku masak pakai dapur elektrik aku tu. Alahai.... tu pun nyaris-nyaris nak hangus sebab periuk dia nipis sangat. Nak beli dapur biasa belum ada rezeki lagi. InsyaAllah dalam masa terdekat ni kalau ada rezeki incik suami kena pow lagi...hehe.

Masa kawen ritu banyak jugak dapat present tapi kebanyakannya bagi set pinggan mangkuk gitu. Maybe takder yang budjet aku dok kat luar. Lagipun dah namanya present kan, suka orang tulah nak bagi ape ye tak?

Tapi takper... Pasni step by step aku nak mula membeli barang kat rumah tu. Starting dengan....

1) Peti ais

satu pintu je pun cukup. lagipun aku tinggal berdua je kat rumah tu. yang penting kalau aku buat kek ke hape takderlah menggelabah nak cari tempat simpan. Jenama kalau boleh nak Samsung. Pilihan sejak muda dulu lagi...hehe.

2) Mesin basuh

sape kata tinggal berdua tak banyak basuh baju? 1st time basuh baju pakai tangan lepas kawen rasa nak menangis pun ada. mana taknya... Basuh baju sambil bersila atas lantai ko! Yelah... masa kat rumah mak, basuh baju pakai mesin. Kat rumah mak mentua pun pakai mesin (walaupun bukan aku yang basuh..hehe). Kat rumah shiera dulu pun pakai mesin gak. Tu yang manja bebeno tu. Hehe...

3) Dapur gas

Ni 1 kemestian. Wajib do! Kalau tak aku takder motif nak duduk rumah sendiri. Hehe... Malam tadi masak telur goreng pun guna dapur letrik je. Tak besh langsung.

4) Kabinet dapur

Kalau dah ada dapor gas takkan takder kabinet dapor kan? Nanti takkan nak bersila masak atas lantai kot????? - teringat jaman muda remaja kat seremban dulu. Duduk rumah bujang, masak sambil mencangkong ko! haha.

5) sofa L

kat rumah tu memang dah sedia ada sofa mak mentua aku tapi aku malas nak pakai. Lagipun tu dia punya. Aku nak aku sendiri punya... barulah siok nak jahanamkan! huahuahua. Kalau aku jahanamkan mak netua aku punya sofa nanti berdoh nak ganti balik sebab mahal bena...huhu. Sofa sendiri xpe.... sebab aku budjet sofa aku tak sampai lima rat pun.

6) Tv

Ni kepentingan incik suamilah. Tak tau bila masanya dia sempat nak tengok tv tah. Balik je dah nak malam. Tak kisahla... Janji dia happy tapi kena tunggu turnlah ye incik suamiki.

7) Kabinet Tv

Yang ni pun nak jugak. Cadang master bedroom tu kiteorang nak jadikan bilik tv sementara. Yelah bilik tu besar and memang sesuailah nak buat bilik tv tu. Mula-mula incik suami memang taknak tapi bila dia pikir-pikir balik langsung terus berkenan dengan idea bernas aku tu. Hehe... so nanti kalau family datang serentak, takderla crowded sangat kat ruang tamu asal tu. Yang nak tengok tv boleh tengok tv je... Yang nak borak-borak je boleh duk kat luar. Eiiii tak sabarnya..............

8) karpet

karpet ni nak yang simple je. Taknak yang susah nak cuci or bersihkan sebab nanti tak pasal-pasal kena beli vakum pulak.

Emmm... rasanya buat masa ni tu je kot. Beside aku and incik suami memang suka yang simple-simple je. Tapi semua tu takderlah kiteorang nak beli sekaligus pun. Berdikit-dikitlah kan... Yang penting nak settlekan hutang dulu. InsyaAllah.

Mengemas Time.

Hari Sabtu incik suami masih bekerja. Hari cutinya Cuma hari Ahad saja. So hari ni (Sabtu) adalah mengemas time bagi aku. Yang pertama sekali aku kemas adalah dapur. Nasib baiklah dapur aku ni comel je. Keluar bilik terus nampak dapur. Nasib baiklah sebelum kawen ritu aku ada beli rak pinggan mangkuk yang kecik tu. Cadangnya nak letak barang-barang buat kueh aku tu tapi bila tengok space kat sini macam tak mengizinkan so terpaksalah aku letak pinggan mangkuk dulu.

Dalam Proses


Selepas

Selesai bahagian dapur, aku beralih kat area ruang tamu pulak. Pikir punya piker, aku nekad masukkan sofa mak mentua aku dalam bilik. Sayang nak guna….Hehe. Aku tau incik suami mesti tak setuju punya tapi kali ni aku nekad. Sofa tu tak kena dengan kawasan ruang tamu yang sempit ni. Aku cadang kalau da ada tv and raknya aku nak jadikan bilik tu sebagai bilik tv sementara dieorang tak pindah sini lagi ni kan. So kat luar ni boleh jadi ruang borak-borak. Kiranya tempat orang tua-tua nak chattingla. So takderla mengganggu kan.


Sebelum
(p/s : sila abaikan barang bersepah tu...huhu)

Selepas
(clear aku kerjakan...hehe)

Seperti yang aku jangka, bila incik abi balik dia buat muka tak puas hati. Haha…. Agak dah! Tapi aku tetap dengan keputusan aku.

A : Kenapa letak sofa tu dalam bilik?

S: Tak sukalah. Lagipun nanti boleh buat bilik tu jadi bilik tv.

A : Biar jelah… Kosong je ruang tamu ni tak cantiklah….

S : Ala takpela….. Nanti kite belilah sofa L yang lain…. Yang kecik cikit…

A : Ada duit ke?

S : Bukanlah nak beli sekarang…….

Huhu…. Terus senyap.

Dah selesai mengemas semua, aku terus lepak depan lappy main game. Kat sini tak berokband. Streamyx pun elek. So adapkan jelah game ‘Lembu’ tu.



Kaki dah sengal-sengal dah rasanya. Aku ambik bantal dalam bilik terus lelap tapi sekejap je dapat titun sebab dah janji dengan incik suami, kul 3 nak pegi rumah mak mentua aii. Petang ni sedara mara nak mai berbuka. Then actually petang ni aii ader rancangan untuk incik suami. Hehe…

Memandangkan hari ni birthday incik suami, so aku cadang nak belikan kek and buat pudding kastard yang biasa aku buat tu tapi aku tak bagitau dia pun. Secretla konon….Hehe. Aku cakap aku nak pegi pasaraya beli barang je padahal aku nak cari kek tapi sayangnya kedai tu tak banyak choice pulak hari ni… Alahai…. Kononnya nak pegi kedai lain tapi kedai tu tutup pulak. So kenalah patah balik kat kedai yang 1st tu.

Aku beli kek coklat kegemaran incik abi. Nak buat sendiri memang tak danla…. Lagipun nanti tak surprisela kan! Nak tahu kesudahannya? Tunggu Sambungan Surprise Hari Lahir pulak nanti k. Daaaa…

Happy Birthday Abi cinta sayang



Allah selamatkan kamu.
Allah selamatkan kamu.
Allah selamatkan suamiku.
Allah selamatkan kamu.

Selamat Hari lahir yang ke 22 tahun suamiku. Semoga abi sentiasa dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umor. Sayang love U so much Abi sayang. :-)

Sunday, August 29, 2010

Dah Bersedia?


Tak sabar nak tunggu jadi macam ni. Tak nak berharap sangat tapi kalau ada rezeki lepas ni alhamdulillah. Incik suamilah orang yang paling gembira rasanya tapi buat masa ni kiteorang masih lagi berusaha. Hehe.

Friday, August 27, 2010

Semangat Raya.


Tiap-tiap tahun nilah aktiviti kiteorang kat pejabat ni. Gantung ketupat and kad raya plus lampu liplap-liplap. Macam biasalah, cek burn tukang anyamkan ketupat. Aku pulak tukang deco mana yang patut. Kak earna pulak menyumbangkan reben. Blur jugak memula tu nak deco macam mana. Yelah sejak dah bergelar isteri ni tahap ketidakkreatifan aku ni dah jadi tahap gaban. Hehe.



Disebabkan tugas aku adalah untuk mendeco so kenalah buat aksi panjat memanjat sekali. Nasib bekla tak jatoh tergolek ko. Kalau tidak menjawab aku kat incik suami.





Raya kali ni aku tak ambik cuti awal pun sebab incik suami pun masih bekerja 9hb tu. So adillah kan. 13hb tu pulak aku dah masuk keje balik. 15hb & 17hb baru aku amik cuti sebab 16hb tu cuti tersepit Hari Malaysia. So aku ada 5 hari nak rileks-rileks kat rumah. Kalau dapatla kan.....hehe.

Tahun ni tak tahu lagi nak buat open house ke tidak. Nak buat time keje, incik suami tak dapat join pulak nanti. Hmmm.... Tengoklah nanti ek!

Yang penting tahun ni adalah tahun pertama beraya as husband and wife. Banyak benda nak kena settlekan sebelum kiteorang boleh menarik nafas lega.

p/s : tengah tunggu incik suami gaji neh. Nak pow baju raye lagi selai + tudung + kasut raye. hehe.

Rumahku Syurgaku.

Terkejut paru-paru aku bila tengok husband aku tiba-tiba muncul kat ofis. Ingatkan beliau dah lupa wife beliau yang sorang ni....Huhu. Kiteorang terus je ke rumah kat halacara sebab aku nak ambik beg kertas aku yang tertinggal semalam. Macam biasalah beliau mengadu penat... sakit perut..... letih.... lapar..... Hukhuk.

Memanglah aku boleh drive sendiri ke sana tapi tanpa izin beliau apakah.... boleh? Dah tentulah tidak kan!
So keje aku tunggu jelah beliau datang menjemput aku.

Semalam pun baru aku keluar pegi pasaraya tak bawak hp pun dah kena sound ni kan pulak nak keluar sesuki hati.

A : pegi mana je tadi?
S : sayang pegi Gmart jap tadi. Hp tinggal dalam keta.
A : Ingatkan dah tak nak pakai hp lagi tadi....

Huhu.... Pedih telinga aku dengar. Yelah memang salah aku sebab tak reti nak bawak hp kalau tak bawak handbag. Lecehla nak pegang. Kalau beliau ada memang beliau je yang jadi mangsa.

Petang ni pun nak beli telor kenalah tunggu beliau balik dulu 6.3o pm nanti. Alamak! baru aku teringat yang hadiah birthday beliau aku tak balut lagi! Nanti kantoilah dengan beliau! Isy2x Pelupa betullah aku ni. Macam mana tah nak jadi isteri mithali macam ni neh? Kuang3x.

Masa balik tadi pun aku cuma sempat simbah clorox kat lantai jamban je sebab balik karang aku nak sental. Kembang anak tekak aku tengok lantai tu memuteh je.



Bilik air dia boleh tahan jugak besarnya. Selesalah kalau nak mandi berdua kan! Hehe... Geram je aku tengok lantai bilik air tu. Siap kau malam ni lantai! Aku sental-sental kau sampai berkilat.


Ni pulak gambar bilik kiteorang sebelum masuk katil and almari solek. Nampak sempit sikit kan? Tak apalah... 3 tahun je. InsyaAllah dalam masa 3 tahun ni aku nak cari rumah sendiri. Senang nak decorate apa yang patut. Rumah ni ada master badroom sebenarnya. Besar jugaklah biliknya tapi masing-masing dah cop awal-awal kan, beralahla. Tapi kalau mak mentua aku belum berhajat nak beli set katil lagi nanti aku ingat nak ajak incik suami pindah bilik depan. Selesa sikit.



Nampak macam kat chalet tak? hehe. Lantai tu idea mak mentua akulah tu. Berkenan sejak dia tengok lantai kat 1 hotel ni masa pegi terengganu dulu. Incik suami pun ada bawak aku kat sane and tunjukkan kesamaan lantai tu. Sebijik ko!

Tapi yang lecehnya lantai ni cepat kotor. Tiap-tiap hari kena mop sebab kalau tak mop nanti dari jauh dah nampak kesan tapak kaki wane puteh. Cantik memanglah cantik tapi bukan minat aku.


Tadi masa singgah kat rumah tu jugak incik suami sempat pasangkan kipas angin hadiah kawen hari tu. T.h.a.n.x to s.h.i.e.r.a and k.e.k.z.a.m! Macam tau-tau je bilik kiteorang takdok kipas.Hehe.... Ye bilik kiteorang takdok kipas sebab incik suami kata takley nak pasang kipas siling tu sebab takde kayu penahan. Cuma ada siling semata. Silap haribulan kalau pasang jugak tak pasal-pasal nanti tengok syok mimpi kipas jatuh atas katil. Owh xmo!



p/s: Kan saya dah cakap. Penat-penat pun incik suami ni tak reti nak duduk diam.

Saya atau Aku.


Aku ingat lepas kawen ni konon-konon macam nak sopan sikitlah guna kata ganti nama 'saya' kan tapi bila aku baca balik entry tu rasa macam.....

eiiiiiiii...... skemanya makcik!

Orang nak baca pun macam malas je gaknye. Hehe. So sekarang aku buat keputusan nak guna kata ganti nama 'aku' saja. Barulah nampak macam brutal and giler-giler sikit!

Barulah rasa macam free nak menulis apa saja dalam kepala otak aku ni. Takde dah nak tersekat-sekat idea bernas dalam pale otak ni. Lagipun aku menulis blog ni untuk suka-suka je. Nak share dengan orang len apa yang aku rasa.

Actually aku tengah tunggu abi aku ni mana tah......

Senyap je dari tadi. Aku rasa nak balik rumah Halacara tu nak kemas barang-barang yang baru sampai semalam tapi macam biasalah kan, dah jadi isteri ni kenalah dengar cakap suami...... Tak boleh keluar sesuki hati tanpa izin suami........ tak boleh melawan suami....... Tak boleh buli suami........... haha. Kesianlah kat beliau nak dibuli. Kerja Isnin sampai Sabtu dari 8.3o am sampai 6.3o pm. Itu kalau bulan puasalah. Kalau bukan bulan puasa, 8.3o am sampai 7.oo pm. So masa untuk bermanja-manja tu adalah terhad ye tuan puan.

Hari Ahad pulak ada je programnya. Kalau duduk kat pb jelah baru dapat tengok beliau berehat lama sikit @ tidurla tu. Kalau tak tu, aku syok golek gelantang kat dalam bilik dia pulak leka buat benda lain. Dah tu mengadu penat tapi penat-penat beliau ni tak jugak reti dok diam. Pelik aku.

Hari ni pun aku tengok tadi muka beliau memang letih giler sebab malam tadi terpaksa mengangkut barang-barang dari rumah mak aku ke rumah baru. Dua kali pulak tu. Alhamdulillah nasib baikla bos dia baik hati kasi pinjam lori buruk dia tu.... hehe. Tu tengah tunggu nak kemas je tu. InsyaAllah petang ni lepas berbuka, kiteorang balik sanalah nak mengemas. Ada rezeki nak mengecat sekali tapi beliau pulak tak ada masa nak temankan aku beli cat. Hmmmm.......

Then esok pulak birthday husband aku tu. Wahhh.... abi sudah besar sekarang! Hehe.... Aku rancang nak buat candlelite berbuka je berdua kat rumah baru tapi sedara-sedara beliau kat kampung pulak nak berkumpul berbuka kat rumah mentua aku. C.a.n.c.e.L! Confirmlah kiteorang wajib datang kan! Tapi datang makan jelah...hehe. Paling tidak pun aku tukang buat air. InsyaAllah esok nak buat kek coklat kegemaran husband aku tu sekali. Hadiah? Dah beli dah semalam! Syyyyyyhhhh....... :-)

So petang ni nak siap-siap beli telur! Senang esok aku terus buat je! Nak tahu perkembangannya kenalah tunggu okeh!

Thursday, August 26, 2010

Hari ni.


Hari ni...
saya mimpi arwah ayah saya setelah sekian lama.
Sedihnya saya rasa bila saya tersedar dari jaga.
Ya.
Saya sangat rindukan arwah.
Mungkin juga arwah sedang rindukan saya sekarang ni.
rindukan mak juga.
Saya harap raya kali ni incik suami dapat tunaikan janjinya untuk bawa saya ke kubur arwah.
Saya nak kenalkan incik suami pada arwah ayah.
pada arwah kak long.
InsyaAllah.

~al-fatihah~

Tuesday, August 24, 2010

Kisah Untuk Para Suami.

BUAT PARA SUAMI - HARGAILAH PARA ISTERI


Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.
Satu malam ~~~~

Mat berdoa,“Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu?betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah. “
Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain.
Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat.
Kemudian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap. Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam.
Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur…. dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe. Bolehlah rasanya nak berehat sikit.
Opps…. belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur……. tak pasti pukul berapa.
Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula, “Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja”
Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,“Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali….”

Whatttt???… 9 bulan 10 hari??? …..Beranaaak???…….Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk…!!!

Tiba-tiba~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Bang, bang… Abangggg… apasal niii…..??”

Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,

“Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami??? Cepat jawab Nab, jawab!!!”

“Laaaaa… buang tabiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami….. Apa punya lawak pagi-pagi buta ni…..”

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah….. Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh… Nab terkedu beruk, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya hari itu………

Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai untuk anda. Jadi, para suami di luar sana, hargailah isteri anda yer.

sumber : http://pakarhowto.com/info-berguna/sebuah-kisah-buat-para-suami-untuk-renungan-mesti-baca.html

Monday, August 23, 2010

Adab Berjiran : Jiran yang baik.

Salam semua.


ehsan encik google

Godek punya godek, akhirnya saya jumpa artikel pasal jiran ni. Just nak share dengan semua. Kot-kot ada yang dapat jiran yang hampeh macam saya ni. Bawak-bawaklah banyak bersabar ye.
Di antara adab- adab berjiran yang saya sempat godek ialah :

1. Hormatilah jiran tetangga dan berperilaku baiklah terhadap mereka.


Rasulullah S.a.w bersabda,“....Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir, maka hendaklah ia meng-hormati tetangganya.” Dan di dalam riwayat lain disebutkan, “Hendaklah ia berperilaku baik terhadap tetangganya.” (Muttafaq ’alaih).

2. Janganlah bangunan anda mengganggu tetangga, agar mereka tidak tertutup dari sinar matahari atau udara, dan jangan melampaui batasannya, dengan merosak atau mengubah miliknya.

3. Peliharalah hak-hak mereka di saat mereka berpergian. Jaga harta dan kehormatan mereka dari tangan-tangan jahil, bantulah mereka yang membutuhkan, serta paling kan mata dari wanita mereka dan rahsiakan aib mereka.

4. Janganlah membikin kegaduhan yang mengganggu mereka, seperti suara TV, radio, dll, atau mengganggu mereka dengan melempari halaman mereka dengan kotoran, atau menutup jalan bagi mereka.

Rasulullah . bersabda, “Demi Allah, tidak beriman; demi Allah, tidak beriman; demi Allah, tidak beriman!

Nabi . ditanya, “Siapa, wahai Rasulullah?

Nabi . menjawab, “iaitu orang yang tetangganya tidak merasa aman kerana perbuatannya.” (Muttafaq ’alaih).

5. Janganlah pelit memberikan nasihat, ajaklah mereka berbuat yang ma`ruf dan mencegah yang mungkar dengan bijaksana (hikmah) dan nasihat baik dengan niat ikhlas.

6. Berikan makanan kepada tetangga, dahulukan yang paling terdekat.

Rasulullah n bersabda, “Wahai Abu Dzarr, apabila kamu memasak sayur (daging kuah), maka perbanyak-lah airnya dan berilah tetanggamu.” (HR. Muslim).

7. Bersukacitalah di dalam kebahagiaan mereka, berduka- citalah di dalam duka mereka; jenguklah mereka bila sakit, tanyakan apabila ia tidak ada, bersikap baiklah bila menjumpainya; undanglah untuk datang ke rumah. Hal-hal ini membuat hati mereka lunak, hormat, dan mulia.

8. Jangan mencari-cari kekeliruan mereka dan janganlah bergembira bila mereka keliru.

9. Sabarlah terhadap perilaku kurang baik mereka. Rasulullah n bersabda, “Ada tiga kelompok manusia yang dicintai Allah... –disebutkan di antaranya- Seseorang yang mempunyai tetangga, ia selalu disakiti (diganggu) oleh tetangganya, namun ia sabar atas gangguannya itu hingga keduanya dipisah oleh kematian atau keberangkatannya.” (HR. Ahmad dan dishahihkan oleh Al-Albani)

10. Ikhsahlah dalam membina kerjasama membangun, melestarikan dan mengembangkan kepentingan dan fasilitas umum. Jangan sampai berbuat yang menimbulkan kerosakannya. Seperti memperhatikan kebersihan di sekitar rumah. Senantiasa tolong menolong. Allah . berfirman,

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa.” (Al-Maidah: 2)

11. Mengajaklah kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran, semampunya dengan memulai dari diri dan keluarga sendiri.( Luqman 31:17) Allah . berfirman,

“Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” (Luqman:17)

12. Mulailah dengan membina majlis ta’lim sampai mendirikan madrasah, ma’had mahupun perguruan tinggi (Al-Baqoroh:129-130, Ali Imron:95,164, An Nisa’ 4:125 Al-An’am 6:74-83, 159-165, Yunus10: 103-109, Al-Jumu’ah 62:4, Al-Alaq 96:1-5 )

Sumber :

- Al-Qur’anul Karim
- Hisnul Muslim, Said bin Ali bin Wahf Al-Qahthani.
- Kaifa Nurobby Auladana?
- 130 Masail fitarbiyatil aulad.
- Tarbiyatul Athfal ala Manhajin Nabawi.

Dipetik dari laman : http://www.pinggiranusj.net/tazkirah-f11/adab-berjiran-t7.htm

Jiranku Jiranmu Jua.

Salam semua.

Hari ni merupakan hari ke 13 sudah kita berpuasa kan. Alhamdulillah setakat ini saya masih gagah lagi untuk melakukan ibadah yang satu ini. Sempurna atau tidak ibadah saya tu hanya Tuhan saja yang Maha mengetahuinya. Wallahualam.

Semalam saya dan suami dah sama-sama bersetuju hendak mengemas rumah yang bakal kami duduki tak lama lagi ni nanti. Siap dengan pembahagian tugas. Saya di dalam rumah manakala incik suami di luar rumah. Agak tidak adil rasanya kerana incik abi terpaksa bertemankan matahari yang terik di luar sedangkan saya pula bertemankan kipas angin dan sofa di dalam. Bila saya terasa penat, saya baring di sofa sambil menikmati deru angin yang menyamankan.Kesian incik suami.

Alhamdulillah akhirnya tercapai juga hajat saya nak duduk berdikari. Dari dulu lagi saya mengidamkan rumah sendiri supaya saya dapat merasa menjadi seorang isteri. Almaklum sajalah kalau saya duduk di rumah mak saya, sudah pasti kerja-kerja memasak, mengemas rumah, membasuh pakaian akan diambil alih oleh mak saya sementara saya bekerja. Bila balik rumah saya cuma tahu sediakan hidangan yang telah dimasak oleh mak saya untuk sang suami. Tidaklah terasa nikmatnya sebab bukan saya yang memasak. Bila di rumah mentua juga sama, tahu-tahu balik nanti kain baju sudah sedia terlipat di atas katil. Takut nanti ada pulak yang mengata saya ni mengada-ngada. Maka kesimpulannya, saya lebih selesa jika saya punya rumah sendiri. Saya lebih selesa menyediakan segalanya untuk suami saya tapi jangan salah faham, bukan saya tak menghargai mak-mak saya tu cuma saya juga nak merasa nikmatnya bergelar seorang isteri.

Berbalik pasal rumah tadi, alhamdulillah setelah meminta incik suami berkali-kali bertanya pada keluarga mentua sama ada kami boleh duduk di situ atau tidak sementara mereka berpindah ke situ 3 tahun lagi atau tidak akhirnya kami sepakat untuk menetap di situ. Walaupun sebenarnya sejak dari awal lagi keluarga mentua saya sudah menyarankan supaya kami duduk berdua di situ. Kalau nak diikutkan, sekarang juga kami mahu terus duduk di situ tapi malangnya kerja-kerja pengubahsuaian masih belum selesai. Ralat juga rasanya kerana bila saya tengok rumah tu semalam masih banyak lagi yang cacat pada pandangan mata saya.

Tambahan pula kami mendapat jiran yang agak 'kureng' pada pandangan kami. Mungkin dia tengok kami jarang ada di situ maka dia dengan sesuka hati saja menyidai pakaiannya di pagai yang memisahkan rumah kami sedangkan dia punya penyidai yang masih banyak ruang kosong. Kebetulan masa saya sedang memerhatikan incik suami di luar, jiran saya tu keluar nak mengangkat kain rasanya. Dia tersenyum-senyum melihat suami saya tanpa menyedari saya sedang memerhatikan gelagatnya. 

Mujur rumah tu bukan hakmilik saya, kalau tidak sudah pasti saya akan bina tembok batu supaya kami tak perlu lagi melihat pemandangan yang 'tak menyelerakan' tu. 

Mujur juga jiran saya tu tak menyidai pakaian dalamnya sekali macam ni....


Oh tidak!

Saya juga tak mahu akan terjadinya begini....



Yang saya mahukan cuma begini....




 Saya harap saya takkan jadi 'terlebih ajar' pada jiran baru saya tu. Saya jugak harap dia faham yang kami tak suka nak tengok kain bajunya bertenggek atas pagar sempadan tu. Faham ke dia? Huhu.

Berharap.

ehsan dari encik google.

Pernah tak kamu mengimpikan sesuatu lalu kamu berharap ianya akan menjadi kenyataan.
Kamu berdoa siang dan malam.
tanpa henti.
tanpa mengenal jemu.
Sedangkan saat itu Tuhan ingin menguji kamu.
Apakah kamu mampu menerima kekecewaan itu.
Kamu menangis dan terus menangis.
Kamu kecewa tapi kamu tetap terus berharap.
Apatah lagi ada insan lain yang sama berharap seperti kamu.
Melihat sinar matanya yang suram membuatkan kamu lemah tak berdaya.
Dia mengukir senyum tapi senyum hampa.
Kamu ingin penuhi impiannya.
Kamu ingin melihat genangan airmata gembira darinya.
Kamu ingin melihat dia senyum dan tertawa.
Kamu ingin melihat dia bahagia.
Tapi kamu tahu kamu tak mampu.

Melihat setiap riak kekecewaan di wajahnya membuatkan kamu resah.
Bimbang mahligai yang kamu bina retak tanpa kamu rela.
Bimbang cinta yang kamu semai layu sebelum mekarnya.
Maka setiap hari kamu mula merungut pada tuhan.
Kamu berdoa tapi kamu tak redha.
Maka kamu mula menyalahkan semuanya.
Salahkan diri kamu.
Salahkan takdir kamu.
Salahkan dosa kamu dulu.
Hingga dia kamu abaikan.
Hingga dia turut rasa dipersalahkan.

Namun suatu hari bila kamu tidur disebelahnya.
Kamu renung wajahnya dalam-dalam.
Kamu imbas kembali kenangan paling manis antara kamu berdua.
Kamu usap pipinya.
Lantas dia terjaga dan memandang kamu dengan perasaan hairan.
Dia kucup dahi kamu dan merenung kamu dengan penuh kasih sayang.
Saat airmata kamu mengalir deras di pipi...
dia dakap kamu erat-erat.
Lantas membisikkan ke telinga kamu.
'I Love U so Much 4ver and Ever'

Wednesday, August 18, 2010

Ramadhan Ke 8.

Salam semua.
Hari ni merupakan ramadhan ke 8 dah rupanya.
Alhamdulillah sahur pagi tadi berselera sikit makan nasi +ayam goreng + sambal cendawan kukur.
Incik suami yang mulanya tak nak makan nasi pun terus join sekaki bila nampak sambal cendawan kukur tu.
Ada jugak rasa macam nak moon tapi masih dapat bertahan.

Lepas sahur terus gosok baju sendiri + sediakan baju untuk incik suami pergi kerja nanti.
Takut terlambat.
Alih-alih saya memang lambat pun.
Bila punch dah pukul 8.01 am.
Huhu.

Saya bawak keluar punchcard saya terus tunjuj pada incik suami.
Dia cuma tersengih.
Entah kenapa saya rasa hari ni dia macam khayal.
Mamai pun ye jugak kot.

Sebenarnya pagi tadi kami punggah barang.
Semua hadiah yang saya dapat masa wedding hari tu saya nak pindahkan ke rumah baru.
InsyaAllah raya ni boleh buat rumah terbuka kat rumah baru kot.
(psst : kalau saya laratlah masa tu kan...hehe)
Barang-barang yang besar  macam katil, meja solek and rak baju kami akan punggah kemudian.
Hopefully sebelum raya ni selesailah.
Tak sabar nak duduk rumah tu.

Memandangkan rumah tu rumah family incik suami, mak mentua saya dah beli sofa siap-siap.
Mungkin senang nak lepak sekali sekala kat situ kot.
Alih-alih kami pulak yang duduk dulu.
Tapi mungkin untuk 3 tahun jelah kot sebab bila bapa mentua saya dah pencen nanti dieorang pulak akan duduk di situ.

Petang ni kalau sempat saya dan incik suami akan terus hantar barang kat sana seterusnya buka puasa di situ.
Kalau sempatlah sebab incik suami baru je sms tadi yang dia ada meeting pulak.
Hmmm...

Oklah.
Nak get ready balik dengan bapa mertua and adik ipar saya sekejap lagi ni.
Sekian.
Wassalam.

Selamat berbuka.
:-)


Mia Memang Cute.

Salam semua.
Hari ni setelah puas saya mengskodeng encik google yang hensem, akhirnya berjaya juga saya dapatkan gambar Mia Sara @ amani ni.











Then kebanyakan blog yang saya terjah ada je cerita pasal dak Mia ni.
Eiii geram betul saya.
Cute sangat-sangat tau.

Kalau saya ada anak nanti...
Dah tentulah saya takkan taruk nama anak saya Mia Sara atau Amani.
Tapi saya nak muka baby saya sebijik macam Mia Sara ni.
Boleh?
Hehe.

 Hari tu masa Jom Heboh kat Melaka, saya gagahkan jugak nak pergi semata-mata nak tengok si Mia ni.
Sebab sebelum tu dia ada keluar dalam tv dengan si ganteng Fazreen Rafi.
Siap nyanyi lagu ni lagi tu.

'Aku Bukanlah superman.... Aku juga bisa nangis'

Tu yang teruja sangat nak pegi tu.
Tapi bila dah sampai sane tak dapat jugak nak tengok si mia ni sebab orang terlampau ramai kat booth tu.
Kecewanya.
Cuma dapat dengar suaranya saja.

Nasib baiklah incik suami yang memahami cepat-cepat snap gambar Mia dari jauh.
Tapi agak hampeh jugak sebab gambar blur.
Huhu.

Kebetulan masa tu Asyraf Muslim & Fazreen Rafi pun ada kat booth tu.
Sempat jugaklah bertentang mata dan berbalas senyuman dengan si Fazreen ni.
Sampai saya hampir-hampir terlupa yang saya not available lagi.
Cepat-cepat saya pegang lengan incik suami.
'abi, whatever pun sayang hanya cinta abi sorang ok!'
(dalam hati)
Kehkehkeh.

Sebenarnya saya nak upload gambar tu kat sini tapi tetiba hang pulak dia.
Huhu.
So layan jelah poster drama terbaru si Mia ni ye.
'Epilog Sorga Cinta'
Cuma satu je saya tak berkenan dalam drama ni.
Napelah si zizan Nin ni yang jadi heronya?
Takde ke hero yang muda sikit?
Mia dengan dia sesuai jadi anak dengan bapak je.
Huhu.
Apepun memang bestla tengok cerita ni.
So Layannzzzzz.

p/s: abi, nanti sayang nak baby muka macam mia ni ea!Hehe.(statement gatal)

Tuesday, August 17, 2010

Black and White Contest.

Salam semua.
Tadi masa saya dok skodeng-skodeng, saya terjumpa 1 contest ni.
Tajuk dia.
Black and White Contest.


Contest ni menarik bagi saya sebab hadiah dia adalah wang ringgit kasorga.
Dah dekat nak raya ni kan.
Tu yang macam teruja semacam je tu nak join.

Sape-sape yang berminat nak join contest ni bolehlah join.
Masih terbuka lagi sampai 6 September 2010 ni.
syarat-syarat contest bolehlah skodeng kat sini.

Maka dengan itu, saya....
mengumumkan.
eh saya ke yang buat contest?
huhu.
Maaf ye.
Overteruja.

Gambar yang saya nak pertaruhkan kali ini adalah gambar masa saya nikah tempohari.


Fuhh
Fuhh
Menangla gambar ni.
-(hehe)-

Oleh kerana antara syarat penyertaan contest ni saya mesti tag sekurang-kurangnya 1 orang, maka saya berbesar hati nak tag...


nak tambah lagi sorang...


So.
Good Luck Ok!

Laparnya.

Salah ke kalau saya mengaku yang saya sangat lapar sekarang ni?
salah ke?

Masa nilah saya teringin sangat nak makan kat Secret Recipe's.
Udang galah.
Korean Food.
Oblong Burger daging kambing.
Hmmm.
Takdelah melampau sangat kan?
:-D

Sahur tadi saya cuma makan 2 keping roti kosong + air sunquick oren tanpa gula.
Tu saja yang larat saya nak telan.
Penat dah
asik
makan muntah.
muntah makan.
Pagi tadi tu pun saya dah mula loya bau kopi incik suami + peanut butter.
Tapi tak sampai hati pulak nak muntah sebab incik abi nampak berselera sangat makan.

Takkan saya pregnant kot?
Ada ke orang baru dekat 3 minggu kahwin dah pregnant?
Isy takkanlah.

Saya yakin gastrik saya datang balik sebab sebelum puasa saya kan seorang yang pemakan.
Saya nak makan ubat gastrik tapi tak berani.
Macam mana kalau saya betul-betul pregnant?
tak bahaya ke nanti?

Tapi kalau saya tak pregnant pun saya tetap risau.
Sebabnya sepanjang bulan puasa ni boleh kira dengan jari berapa kali saja saya tak muntah balik lepas makan.
Macam mana saya nak ada tenaga nak buat kueh raya?
Nasib baik jugak tahun ni saya tak ambil tempahan.
Saya cuma akan buat untuk makan sendiri saja.

Hari ni pulak walaupun takde muntah-muntah lagi, saya tetap tak larat sebab sahur cuma makan 2 keping roti kosong.
Lepas tu sebelum pegi kerja tadi saya dah 'melabur' dulu.
apa je yang tinggal?

So sekarang ni saya tersangatlah lapar.
Serius.
rasa nak muntah pun ada.
mungkin sebab angin dah banyak masuk dalam perut.
Kalau saya tidur agak-agak boleh hilang tak rasa lapar ni?

Monday, August 16, 2010

Kecewanya.

Baru je nak kembang hidung dengan templete baru ni dah kena cut.
Tadi dek sebab terlampau excited dapat templete yang cantik ni
+
excited nak balik awal sebab incik suami yang jemput dalam hujan lebat tadi
saya main ambik je tanpa saya sedari ka atas tu ada gambar salib.
Owh menyesalnya sebab tak sedar dari awal.
Nasib baik incik suami yang sedar dulu dan tegur.
Kalau tidak tak tahulah saya.

Susah betul nak cari kulit untuk blog saya ni.
Kalau jumpa pun ada saja yang nak saya ubahkan.
Ni pun entah kali yang keberapa saya ubah dah.
Nak buat macam mana kan, saya seorang yang sangat cemburu melihat blog orang lain yang cantik molek.
Blog saya?
Hmmm... 

Apa pun mujurlah saya tersedar lebih awal.
Ingatkan malam ni boleh dah nak otter tapi mengantoklah pulak.
Incik suami pun dah lena tidur.
Saya pun nak join sekalilah!
Hehe.

Good Nite.

Sekian.

Hujung Minggu Saya Dan Si dia

ehsan dari encik google

Salam semua,
hari ni dah masuk hari yang ke 6 puasa kan.
Ada orang rasa cepat sangat waktu tu berlalu.
Ada pulak yang rasa waktu tu lambat sangat berjalan.
Tapi semalam saya rasa waktu tu cepat sangat berjalan.
Tak puas rasanya nak menghabiskan masa berdua dengan incik suami.

Semalam jugak barulah saya tengok incik suami dapat berehat sepuas-puasnya.
Manakan tidak, sejak hari pernikahan sampailah ke hari ini, masa berehatnya tersangatlah kurang.
Jadi semalam saya biarkan dia lena selena lenanya.

Walaupun tak ke mana-mana, saya sangat senang berdua dengan encik suami sahaja.
Ops lupa.
mak saya ada.
tapi mak saya jenis yang tak kisah dan memahami.
Kalau skami berdua bertapa kat dalam bilik mak saya takkan kacau.
Kecuali ada something yang dia perlukan.
So saya boleh buat apa saja dengan incik suami.
Tapi jangan risau.
Kami masih mampu mengawal diri dalam bulan puasa ni.
InsyaAllah.

Walaupun cuma menemani incik suami incik suami yang lena tidur sambil main game fashion, saya tetap gembira.
Yang penting dia ada dengan saya.
bukan dengan orang lain.
Saya masih mahu menikmati sisa-sisa bulan pertama perkahwinan kami.
Tanpa gangguan.
Tanpa halangan.
Saya nak jadi tamak sekejap.

Maka saya harap impian untuk duduk berdikari akan terlaksana.
Saya rasa saya dah bersedia.
Mungkin bukan dari segi kewangan tapi saya sudah siap untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri.
InsyaAllah.
Biarlah kami rasa susahnya dari mula seandainya itu dapat mematangkan kami.

Yang penting saya dapat berdua dengannya.
Manis pahit sama dirasa.

Sekian.

Thursday, August 12, 2010

KeraBu ManggA Cinta Sayang


Salam semua,
Hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa kan?
Tapi gambar kerabu mangga di atas bukanlah juadah yang saya sediakan semalam sebab semalam saya, suami dan keluarga mentua saya balik ke Kuala Paya untuk berbuka beramai-ramai.
Mak mentua saya dah sediakan ayam untuk dipanggang.
Yumyum.
Memang sedap.
Ini bukan kes bodek ye tapi mak mentua saya memang pandai masak.
macam mak saya jugak.

Kerabu mangga tu sebenarnya saya buat beberapa hari selepas bergelar seorang isteri.
Ketika di rumah mak saya.
Mungkin mak nak menguji saya.
Dia suruh saya masak sendirian manakala dia berehat menonton tv.
Mujurlah encik suami jenis yang tak kisah.
Janji sedap semua dimakannya.
Mak saya pulak paling suka kalau saya buatkan kerabu mangga ni.
Bak kata orang negeri sembilan, bertambuh-tambuh mak saya makan kalau saya buatkan kerabu mangga. ni.
Saya belajar buat sendiri kerabu mangga ni pulak lepas ketagih makan kat TCR.
Kalau kat TCR biasalah, harganya sekitar RM5++ sepinggan.
Mana mampu saya nak makan di situ selalu kan.

So kat sini saya nak sharekan resepi kerabu mangga saya ini.
Inspirasi dari kerabu mangga TCR.

Resepi Kerabu Mangga Cinta Sayang

Bahan-bahannya :

1-2 biji mangga / pauh (saiz sederhana besar) - diparut
5-8 ulas cili api (ikut selera masing-masing) - dipotong-potong
3-4 helai daun limau purut (terpulang) - diracik halus
1 ulas bawang besar
1-2 senduk kacang tanah (kisar kasar & goreng)-saya beli yang dah siap je. senang.
1-2 sudu udang kering - digoreng sekejap.
2-3 sudu gula kasar
limau kasturi secukupnya.

Cara-caranya:

masukkan cili api yang telah dipotong-potong ke dalam mangkuk yang berisi mangga yang telah diparut tadi.
Masukkan juga daun limau purut dan bawang besar yang telah diracik.
gaulkan dengan sedikit air pati limau kasturi.
Kemudian bolehlah digaul sebati bersama gula kasar dan kacang tanah yang telah dikisar.
Letakkan di atas pinggan dan hias bersama udang kering yang telah digoreng.
Hidangkan.



Wednesday, August 11, 2010

Sahur Pertama bersama encik suami

Gambar tanpa edit

Salam semua,
alhamdulillah hari ni merupakan hari pertama saya bersahur bersama encik suami.
Berkat bantuan mak saya yang tak putus-putus mengetuk pintu bilik kami sejak pukul 4.oo pagi lagi.
hehe.
Kalau ikutkan saya, pukul 5.oo pun sempat lagi kot?

Hari ni saya makan sikit je.
Tak ada selera sangat sekarang ni.
saya pun tak pasti kenapa.
Yang pasti, kalau letak setengah pinggan nasi pun belum tentu saya dapat habiskan.
Takkan lepas kawen badan saya nak mengecik balik kot?
Nanti tak pasal - pasal orang kata saya makan hati pulak.
Tak mau.
Tak mau.

petang nanti kami akan berbuka di Kuala Paya pulak.
Ada berbeku dengarnya.
Insyaallahla kalau tak ada aral melintang, sampailah kami kat sana nanti.

Sekarang dah pukul 5.3o pagi.
Kejap lagi masuklah waktu imsak.
Mata saya pulak dah stim semacam je ni.
Kalau saya baring lelap - lelapkan mata sekejap confem saya liat nak bangun kejap lagi ni.
Haihhhh....

Oklah.
Saya nak mengemas dulu ye.
nak cari baju untuk digosok and dibawa nanti.
Selamat bersahur semua.
Selamat menjalani ibadah puasa.

Tuesday, August 10, 2010

Cute Teddybear Giveaway by Cute Mum

Salam semua,

Sebenarnya ini dah kali ketiga rasanya Cik Q kita ni tagged saya tapi belum sempat nak join. Kali ni untuk tidak menghampakan Cik Q, saya join jugaklah memandangkan syarat- syaratnya pun taklah susah mana pun. Macam best je. hehe.

Owh nak kena tagged orang len pulak ye. Hmmm.... Sape ek?

Hmmm... sape - sape jelah ek! Terutamanya yang follow blog Kdgungu ni. Good Luck u oll!

Syarat-Syaratnye mudah sahaja..
1. Menjadi follower blog Cute Mum...

2. Buat Entry pasal giveaway ini di blog masing2 dan pastikan link back pada giveaway nie..

3. Tinggalkan penyertaan anda di bahagian komen entry ini sahaja..

4. Tagkan 5 rakan blogger lain (lebih pun takpe)

5. Contest ini akan berakhir pada 13/8/10 iaitu pada hari lahir Cute Mum...

6. Hadiah menanti anda : Teddy Bear yang Cute2...
Keputusan akan diumumkan pada 16/08/2010...

++Jom Kita Tukar Link!++