My Nuffy

Monday, May 31, 2010

To Abi Wif Love.......


Entry ini aku tujukan khas buat encik abi sempena ulangtahun perkenalan kami yang pertama....

Sepanjang setahun perkenalan kami ini telah banyak dugaan dan rintangan yang kami tempuhi bersama... Susah senang.... Suka duka..... Segalanya kami telah kami lalui.... Hingga pernah terlintas untuk tidak bersama lagi kerana tak sanggup membiarkan dia bersusah payah untukku dan menerima tohmahan orang.... Namun hakikatnya aku sendiri tak sanggup kehilangannya.... Lantaklah apa orang nak kata tentang kami....


Dari awalnya perhubungan ini banyak sudah cabarannya.... Sampaikan kadang - kadang aku sangat merasa letih tak berdaya.... Tapi melihatkan kesungguhannya, aku jadi bersemangat semula. Adakah ini dinamakan C.I.N.T.A? Kalau benar ini cinta, semoga Allah memberkati cinta kami...

Terlalu banyak sebenarnya yang ingin aku ucapkan padanya namun tak terluah rasanya dengan kata - kata... Hanya yang aku pinta semoga hubungan ini berkekalan hendaknya hingga ke akhir hayat kami.... Dan mahligai yang bakal kita bina nanti akan kukuh strukturnya.... Akan semakin tinggi nilainya.....

Amin.....



Sunday, May 30, 2010

terima kasih sayang:-)


Usia perkenalan kami sudah pun melepasi setahun beberapa hari yang lepas......
"selamat ulangtahun perkenalan kita yang pertama sayang :-)"
setelah beberapa kali buat alasan, last2 baru hari ni dapat ilham untuk uat n3... itu pn lepas aku terdiam seketika time aku baring atas riba dia.....
terdiam dan terfikir..... serta apa tindakan yang patut aku lakukan.....
3 perkara yang tiba2 terlintas dalam fikiran aku.....
lama juga aku tenung dia.... kejujuran serta keikhlasan jelas terpancar dari riak wajahnya.... sudah cukup membuatkan aku terharu atas segala pengorbanan dia terhadapku.... cukup2 besar.....
kenapa aku tidak bertemu denganya seawal dulu........ kenapa???
sekurang2nya aku bahagia melayari karenah manja dia,kesabaran dia serta kasih sayang dia yang cukup2 tinggi kepadaku.... 
jujur... 
aku cukup bahagia bersama dia... lagi2 lepas kami melansungkan pertunangan pada 14/01/2010 lalu....
kasih sayangku padanya makin mendalam.... cintaku padanya cinta yang abadi selamanya...
dengan dugaan dan cabaran yang tak putus2 datang sejak kami kenal, itu semua sedikit pun tak melemah semangat aku untuk terus mempertahan cinta ini.....
ikatan yang dibina cukup kuat... ombak badai, taufan melanda sekalipun aku akan tetap mempertahankan hubungan suci ini....
sejauh manapun aku pergi, seramai manapun manusia yang aku temui, bukan alasan untuk aku berfoya2 kerana dia yang aku cintai lebih sempurna.... tiada wanita yang boleh menggantikan tempat dia dihatiku.... xkan ada..... hanya dia seorang.....
dedikasi khas untuk wanita yang paling aku cintai, NORLIZAR BTE HUSIN....
 abi cinta sayang seumur hidup abi..........


Teman Baru

Petang semalam panas giler - giler ko.... mak aku ajak pegi beli stand untuk balang ikan dia yang baru coz yang lama dah merepui. Tunggu masa nak rebah menyembah bumi je tu.
So macam biasalah encik abi kenalah ikut sekali coz aku memang tak boleh kalau dia xde sekali. Wah statement tak hengat.
So kedai 1st yang kiteorang pegi ialah kedai jual burung! Sebab mak aku sibuk nak beli burung puyuh untuk dikawenkan dengan puyuh jantan kat rumahi  tu. Awal - awal lagi aku dah sound, jangan beli dulu takut burung tu mati lemas kat dalam kereta nanti bila kiteorang pegi makan.... Takmo dengar.....
Then pegi kedai astro..... Dia nak masukkan astro sebab siaran kat rumah ni macam hampeh! Mula - mula tu encik abi je yang pegi sorang.... Dia tanya je dulu. Lepas tu gerak pegi beli stand akuarium pulak kat area econsave. Masuk je kedai tu aku terus je meluru ke belakang. Macam biasalah nak tengok kucing Parsi! Besar giler siot! And ofcozla mahal nak mampus.
Hmmmm..... tapi boleh pandang jelah kan.... Encik abi tak bagi aku bela menatang - menatang tu lagi dah sebab asik mati je..... Huhu..... Salah aku ke????? Lagipun katanya, aku tak pandai and tak ada masa pun nak jaga nanti.... Okler.........
Then kat area belah depan kedai tu ada balang hamster tau. Entah macam mana kan, kiteorang teruja pulak tengok menatang tu. Aku mulalah merengek - rengek nak menatang tu. Encik abi pujuk, katanya nanti dia balik dari Kluang dia belikan tapi mak aku yang terlebih excited offer nak belikan dulu. Then macam biasalah kenalah bayar balik kan....
Hmmmmm so apa lagi, aku and encik abi pun on jelah.... And encik abi abi janji nak belikan pasangannya nanti. Hehe..... Seronoknya........
So pilih punya pilih.... akhirnya kiteorang sepakat nak amik yang sekor ni........


So tiny - tiny..... Macam tikus yang mak dapat dalam perangkap hari tu.... Eiiii.....
Mula - mula cam geli - geli jugaklah nak pegang tapi then dah lama - lama barulah ok. Even kiteorang taktau dia ni jantan ke betina coz dia kan kecik lagi.... TApi encik abi dah siap - siap bagi nama kat dia ni.... Nak tau nama apa?

M.I.L.A!

Adoi..... Tawla dia peminat mila, sampaikan hamster pun dia nak bubuh nama mila jugak tu..... Buatnya hamster tu jantan? Tak ke haru..... Dah jadi kecelaruan jantina dah menatang tu...... Hik3x.

Tapi takpe..... asalkan dia bahagia sudah....


See! Kusyuk je encik abi tengok mila..... :-)

p/s: niat hati nak pegi jalan - jalan lagi tapi terbantut bab burung puyuh mak aku mati kepanasan dalam keta! Huhu....... HAmpeh tul puyuh tu!


Saturday, May 29, 2010

Geram BetuL!

Sepatutnya hari ni kiteorang dah ada kat Raub. Konvoi dengan family pakcik aku untuk majlis pernikahan sepupu aku tapi akhirnya tak jadi.......

Awal - awal lagi aku dah agak dah benda macam ni mesti jadi punya tapi nak buat macam mana kan....

Takpe.... Tak dapat pegi Raub, hari ni nak jalan puas - puas!



Thursday, May 27, 2010

kenapa?

kenapa orang perempuan kalau dah marah macam singa lapar?

ehsan dari google

kenapa orang perempuan kalau marah suka merapu yang bukan - bukan?
suka mengungkit - ngungkit?
suka membangkit - bangkit cerita lama?
suka cakap benda yang takda kene mengena dengan benda yang dia marah?

kenapa orang perempuan kalau marah suka salahkan orang lain?
suami?
anak?
mak bapak?
kengkawan?
semua jadi mangsa!

K.E.N.A.P.A????????????




Penyakit apakah ini?

ehsan dari encik google

Jangan disoalkan mengapa aku menulis begini
Salahkah aku meluahkan apa yang aku rasa?

Dari mana puncanya hilang percaya?
Dari mana puncanya datang curiga?

Adakah ianya kerana kata - kata?
Adakah datangnya dari hati yang pernah terluka?

Di mana nilai setia?
Di mana letaknya kepercayaan?

Adakah masih menyinta bila tiada percaya?
Adakah masih setia bila datang curiga?

sumpah di bibir atau di kertas?
yang mana curiga?
yang mana percaya?

Yang mana akan dimakan sumpah?
Yang mana akan jatuh terngadah?

Jika benar sumpah diucap
maka salahlah kata yang menuduh


p/s: sejak aku rasa tertipu dengan 'someone' agak sukar untuk aku mempercayai seseorang. Hatta kawan baik aku sendiri. Hatta orang kesayangan aku sendiri. Agak sukar untuk aku mengikis stigma tu kerana aku sangat - sangat trauma.



Wednesday, May 26, 2010

Happy 1st aniversary!!!!!!


Semoga hubungan ini berkekalan hendaknya hingga ke akhir hayat
Terima kasih abi kerana membahagiakan sayang
sayang love u so much abi sayang




Tuesday, May 25, 2010

Lirik Lagu Pilihan Bulan Ini

Lirik Tanpamu - Siti Nurhaliza & Krisdayanti (CTKD)


Biasanya aku lelap tidur...

terbangun 'tuk fikirkan diri mu

mengenangmu yang kini telah jauh



Biasanya aku tenang tidur

terbuaiku mengingat dirimu

mencintamu namun kau terlalu jauh



Kucuba lupakan dirimu

mengingatmu hancurkan hatiku



Dahulu seia sekata,

namun kini semua telah berlalu



Sayang kuingatkan dirimu....

bahawa ku tak bisa hidup tanpamu.

thanx to : http://liriksemualagu.blogspot.com/
 
Lirik Suara (ku Berharap) - Hijau Daun

 Disini aku masih sendiri
Merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Ku coba untuk hadapi semua ini
Meski tanpamu meski tanpamu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini
Ku dapat tertawa menangis merenung
Di tempat ini aku bertahan

*
Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Kalau ku masih tetap disini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu Aku menunggu

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku ada dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya


thanx to : http://new-lirik-lagu.blogspot.com/


Lagu “Tak Pernah Setengah Hati”

Artis ” Tompi”

 
Tak Pernah Setengah Hati
ku Mencintaimuku Memiliki Dirimu
Setulus-tulusnya Jiwa
ku Serahkan Semua Hanya Untukmu


Tak Pernah aku Niati Untuk Melukaimu
Atau Meninggalkan Dirimu
Sesal ku Selalu Bila Tak Sengaja
aku Buat Kau Menangis



Reff Tompi

Memiliki Mencintai Dirimu Kasihku
Tak Akan Pernah Membuat Diriku Menyesal
Sungguh Matiku
Hidupku Kan Selalu Membutuhkan Kamu


Back To Reff Tompi 3x

thanx to : http://www.topliriklagu.com/
 
p/s: menjiwang bila teringat encik abi yang jauh di sana.... :-)



Sample Cheese Cake Dinda










Entah apa mimpi aku, minggu ni asik nak buat kek je kejenye. Rase macam something wrong somewhere je kalau aku tak buat kek. Huhu.... Tibalah ayat poyo aku tu...

Semalam aku buat cheesecake lagi... Kali ni aku gunakan segala kepakaran yang ado untuk mempastikan kek aku gebu sokmo. Alhamdulillah.... Berjaya juga akhirnya...

Kembang kempis lobang hidung bila my opismate puji... hehe... Thanx guys sebab selalu bagi sokongan. Kalau sedap lepas ni boleh order kat kite k! Kalau tak sedap korang komplainla... jangan senyap je.... nanti aku tak tau mana yang silap....

So rasa macam nak buat untuk sepupu aku je nanti cheesecake ni. Yelah buat apa nak beli kat kedai kalau aku sendiri dah reti buat kan? Sekurang - kurangnya boleh jugak nak promotekan kek and cupcake aku ni ye dak? Bak kata pepatah, sambil menyelam kita minum air coke! hehe....

bahan - bahan cheesecake dinda


 Tadi Si Nurul tanya resepi tapi entah bila dia nak buat katanya... Biasalah Student sorang tu sibuk manjang dengan assignmentnye....

And for me pulak, ni pun kira assigment untuk aku. Tutor aku adalah blog - blog resepi. Macam - macam resepi yang aku dapat. Aku try and error. Kalau tak jadi frust jugaklah tapi nak buat macam mana kan, belajar punya pasal. Kena kutuk kaw - kaw  pun terima jelah.

Tapi alhamdulillahla... mak, encik abi and all my friends tak putus - putus bagi sokongan. Dan sekali lagi alhamdulillah, setiap bulan tak putus tempahan. Cuma bahan - bahan and untuk deco tu susah sikitla nak cari kat sini. Banyak jugaklah kena survey internet semata - mata nak cari bahannya.

InsyaAllah kalau ada rezeki lepas ni, aku nak beli oven yang besar sikit (senang kalau dapat banyak tempahan), mixer yang boleh stand sendiri (lenguh poit tangan nak pegang je mixer tu) and yang paling penting adalah timbang digital (timbang yang ada kecil sangat and dah biul). Ni semua yang nak kena buat reminder kat dalam hp encik abi neh! Hehe.... Sanggup aku kalau hadiah birthday ditukarkan kepada barang - barang tu.

Eh cerita - cerita jugak kan, lupa pulak nak bagi resepinya.... hehe....

bahan - bahan A

250gm creamcheese
50gm butter
100 ml susu segar

dicairkan guna teknik double boil
bila dah cair, sejukkan and masukkan pulak bahan di bawah

6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

sementara tu,

Dalam bekas lain, pukul  6 biji putih telur bersama 1/4 sdk tartar krim (cream of tartar) atau 3/4 sdk jus lemon sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

Lepas tu campurkanlah kedua - dua bahan tu and masukkan dalam tin pembakar. Balut tin tu dengan kertas timah and letak dalam bekas dulang lain yang berisi air. So kek tu akan jadi lembut je nanti. Bakarlah dalam 1 jam gitu pada suhu 150 or 160 degrees. Kalau tak pasti cucuk je dengan lidi nak tau dia dah masak ke belum.

Selamat mencuba!

Monday, May 24, 2010

Jiwang karat

Saat bersamamu adalah saat  - saat yang terindah dalam hidupku
Memilikimu suatu kurniaan
bagi diriku
hujung minggu kan ku setia menanti
hadir dirimu ke sisiku
Meskipun seketika
Kita kan sentiasa bersama

Saat - saat bahagia kita kian menjelang tiba
Debar di hati ini makin terasa
Bimbang akan masa depan yang bakal kita tempuhi
Benarkah kita kan begini selamanya...
Saling mencintai apa adanya...

Mungkin aku bukan yang terbaik pernah kau miliki
Namun akan ku pastikan dirimulah yang terbaik buatku
Tiada yang lain selain dirimu
yang telah memberikan seluruh kegembiraanmu kepadaku

Semoga ikatan yang bakal kita bina ini
akan kukuh hendaknya
meski dilanda ribut taufan
kita akan saling bersama
mempertahankan hubungan kita

p/s: tetiba rasa nak menjiwang petang - petang cenggini... huhu. Abi..... rindula........

Kad Kawen pilihan Me and Encik Abi





Me and encik abi dah pun buat keputusan yang mana satu kad kawen pilihan kiteorang. Dua yang pertama tu adalah pilihan aku and dua yang terakhir tu adalah pilihan encik abi sendiri. Hmmm....

Aku suka yang merah tu coz nampak ceria and meriah. Pilihan enci abi pun ok jugak coz lain daripada lain. Nampak comel and moden.

Kalau encik abi dah berkenan dengan kad tu aku ikut je. lagipun aku cuma menguruskannya. Bayaran adalah ditanggung sepenuhnya oleh beliau... hehe....

Hopefully boleh setkan tarikhnya coz takut nanti orang tu tak terima sebab dah suntuk sangat. Tu belum booking photographer lagi tu. Aduhai......

Dah ada calon cuma nak dapatkan greenlite dari encik abi je ni.... encik abi pun dah tengok hasil kerja photographer tu. Kalau beliau 'on', terus booking! hehe...
2 bulan ni kenalah rush sikit buat persiapan. Taku dalam masa terdekat ni jadi pulak kan.... Isy Mulalah pening je pale....

Hopefully semuanya berjalan dengan lancar..... :-)




Terima Kasih Abi...



Semalam lepas frust sebab tiket keretapi dah habis, encik abi tiba - tiba datang mood nak masak. Macam tak percaya pun ada.... kebetulan pagi tu aku ajak dia pegi kedai yang jual bahan buat kek kat pekan tu. Sebagai tulang belakang beliau, aku kenalah sokong apa yang beliau nak buat kan! Tambahan pulak soal masak memasak ni yang memang bukan minat beliau.

So lepas beli bahan - bahannya, petang baru operasi bermula sebab tengahari tu dah kenyang makan nasi. Semua memang beliau yang buat sendiri. Aku cuma tolong tengok je sebab aku pulak sibuk buat cheesecake.

Kadang - kadang ada jugaklah aku tegur mana yang tak betul tapi selebihnya ku biarkan je dia buat. Saja aku tak membebel bila dia buat tak betul sebab aku tak nak dia giveup pulak nanti. Lagipun kat Kluang nanti boleh dia praktiskan. Tak adalah mengadu kelaparan or makan nasi goreng masin lagi. Cian abi...... :-)

Walaupun ambil masa sikit tapi akhirnya....... berjaya jugak encik abi aku tu masak burger tanpa bantuan aku. Kiranya dah bolehla diharap. Lepas ni nak ajar encik abi masak nasi pulak. pastu masak lauk pauk yang simple.... and macam - macam lagilah... :-)

Apapun.... terima kasih abi sebab masakkan burger untuk sayang, mak and along.... Sedap sangat.....  series! :-)




Blueberry Chocolate Brownies Cheese Cake


Ini adalah percubaan kedua aku untuk buat cheesecake. Encik abi buat permintaan sikit supaya tambahkan coklat dalam cheesecake tu so aku pun dapat 1 idea. Memandangkan hari tu aku belajar buat chocolate cheese brownies cupcake, so amik resepi brownies tu mixkan dengan resepi Japanese Cotton cheesecake yang aku amik dari internet. Tu yang jadi cenggitu tu...

Cheesecake tu sepatutnya lembut and gebu tapi aku lambat nak masukkan kat dalam oven sebab nak buat adunan brownies tu pulak.

Tapi alhamdulillah kek tu menjadi jugak...... :-)

My officemate nak tempah kek tapi tak taula jadi ke tidak. By the way, aku ingat nak bagi cupcake or cheesecake as a wedding present untuk sepupu and jiran aku yang akan melangsungkan perkahwinan pada 29 Mei and 5 Jun ni nanti.

Disamping tu kiranya aku dalam proses nak promotela ni kek yang aku buat ni kan.... Even sebenarnya aku baru nak belajar - belajar... hehe.

So petang ni balik nak kena buat cotton cheese cake untuk dijadikan sample. InsyaAllah, ada rezeki akan kulebarkan sayap ke seluruh kawasan sekitar Gemas ni.... Chayukkkkk!




Sunday, May 23, 2010

-Kelas Cupcake-


Alhamdulillah ini adalah kelas pertama yang aku join. Walaupun pada asalnya encik abi nak ikut sekali tapi memandangkan beliau pun duk jauh nun kat Kluang kan... so kenalah aku sorang je yang pegi.

1st kelas je aku dah datang lambat dah.... hehe. Baik punya kena sound kat cikgu dia.... Tapi aku selamber je... Nak buat macam mana kan.... Aku rasa aku je yang paling jauh. Yang lain semua duk area - area situ gak.

Dengan perut yang berkeroncong masuk kelas..... Muka toye.... Terbau pulak bau cupcake yang sangat sedap! Apa lagi.... Menelan ayak liur jela aku..... Tak sabar nak abes kelas bab nak grab cupcake yang memang terangkat habis!

Dapatla belajar 5 jenis cupcake kat situ tapi yang tak bestnye tak dapat nak buat sendiri..... Balik rumahla kena try!

Antara cupcake yang diajarnya....


InsyaAllah lepas ni kalau ada rezeki, aku nak masuk lagi kelas - kelas kat situ and hopfully minat aku ni akan mencambahkan duit! Wahaha......

So for starting, petang ni nak buat brownies cheesecake!


Tungguuuuu.....

p/s : Encik abi nak masak burger siot..............




Thursday, May 20, 2010

Good Bye my dear pc.......

Hmm.... Hari ni kan.... kite rase sedey sikitla... Kenapa? hmm.... sebabnya.... pc yang kita dah guna dalam masa setahun ni akan ditukar semula. Maknanya kita akan dapat pc barulah nanti....



Hmm... Baru je lepas backup doc kat dalam pendrive. Fuh janganla pendrive tu rosak pulak. Mengagau aku nak cari balik lepas ni....

Lagu - lagu yang ada kat dalam pc ni tak taula nak tinggalkan ke nak delete ek? Rasa cam nak deletekan je.... hehe.....

So mb kejap lagi or esok lusa dieorang dah mula pasang pc baru aku tu... Hmmm... dengarnya takley lagi nak download apa - apa. takley nak ubah apa - apa.... Hmmm.....

Jangan tak boley dengar lagu ke hape langsung sudah! Kalau internet pun takley nak tengok gune pc ni ah parah....... susahla nak buat maybank2u lepas ni -alasan.... ahaha-

Takpe - takpe, lepas ni kenalah goda - goda encik abi untuk dapatkan netbook and berokband... hihi...

Jangan mare ha.......

p/s: abi! pegi siapkan kejela! bos da panggil balik opis tu! Ngeeeeee...... :-)




Wednesday, May 19, 2010

Kad Kawen Pilihanku























 p/s: Inilah antara kad - kad kawen pilihan hatiku yang mana aku dah tunjuk kat encik abi minggu lepas. Rasa macam nak semua... hehe....



rindu.....

abi love u sayanggggggggggggggggggggg:-)



Contest 'Apa Petua?'

ehsan dari encik Google

Contest 'Apa Petua?'

Hai semua.... Hari ni dengan senang hatinya, aku owner kepada blog Strawberry Couple ni ingin mengumumkan bahawa aku akan mengadakan satu peraduan berkenaan dengan petua petui....
Petua petui pasal apa?
Ha! Ni yang aku nak habaq mai ni...
meh sini duduk rapat - rapat meh
Petua yang aku nak cari ni adalah petua mengenai kesihatan @ kecantikan.
Tak kiralah yang dalaman ataupun luaran
Contohnya macam mana nak hilangkan parut ke, nak kuruskan badan ke, tak kesahla petua apa.
Yang penting petua tu mestilah yang tradisional punya
Tak naklah petua pakai produk - produk ni ye...

Syarat - syarat Penyertaan

1) Contest ni terbuka pada followers blog strawberry Couple sahaja. So pada sesiapa yang nak join contest ni kenalah jadi follower dulu ye.
2) Petua mestilah menggunakan bahan - bahan semula jadi
3) Tak memudaratkan
4) Postkan tentang contest ni di dalam blog anda dan nyatakan kenapa anda berminat nak join contest ini beserta petua petui anda.
5) Link kan sekali blog strawberry Couple ni kat dalam post anda tu.
6) Setelah anda rasa anda telah memenuhi syarat - syarat yang dinyatakan, sila tinggalkan komen ada beserta link blog anda di shoutbox.

Contest ini akan bermula pada hari ini iaitu 19/05/2010 dan akan berakhir pada 20/06/2010

Hadiah - Hadiahnya??????

-tempat pertama-
Goodies Bag bernilai RM40

-tempat kedua-
Goodies Bag bernilai RM30

-tempat ketiga-
Goodies Bag bernilai RM20
&
2 hadiah saguhati bagi yang bertuah

Manakala petua terbaik pula akan menerima hadiah misteri dari owner blog ini.

so apa tunggu lagi? Joinla!



Tuesday, May 18, 2010

KENAPA..............HUHU

Ehsan dari encik google

Hilang seronok nak balik bila data dalam pendrive aku tersalah delete......... Waaaaaa....... setelah berhari - hari aku bekerja keras dan berhempas pulas menyiapkan senarai nama tu tiba - tiba aku boleh salah delete!!!!!!!!!!

Kenapaaaaaaaaaaa..............

Nasib baiklah ada hardcopy...... Kalau bos nak kenalah photostat je. Nak taip balik takdokla..... Giler ko????!!! Banyak tu......

Hey...... baru je nak happy - happy dah jadi moody terus....

Tadi macam semangat je nak pegi kelas cupcake jumaat ni.... Ni dah macam takder Feel plak.... Huhu....

Hmmm.... Encik Abi mungkin balik, mungkin tidak.... Kalau dia balik naik scoot, nak tukarlah viva dengan dia! Ngeeeeee...... :-)

Nak merasa bawak scoot plak..... Dia confirmla tak bagi.... Tapi takpe..... :-)


Akan aku pujuk dia hingga berjaya...... Wuhahaha......


Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru CikGu!

mantan cikgu Geografi aku dulu
cikgu Hasnita

Semalam 16 Mei 2010 adalah hari guru. Hari ni 17 Mei 2010 pulak aku jumpa mantan cikgu sekolah rendah aku dulu.

Mula - mula memang aku tak cam coz da hampir 12 tahun tak jumpa even sebenarnya rumah dia dekat je dengan kampung mak aku. And tiap - tiap hari raya aku akan lalu depan rumah dia tapi tak tau yang mana satu.

Owh lupa.... Nama cikgu tu cikgu Shahbudin and his wife cikgu habibah. Cikgu Shahbudin tu dulu ajar muzik. Orang rumah dia kalau tak silap ajar English. Garang giler siot..... Hehe. Tapi masa tu kita (murid) ni yang takut dengan cikgu. Bukan macam budak - budak sekarang.... Cikgu yang takut dengan dieorang. Huhu.....

12 tahun.... banyak yang dah berubah. Aku masih ingat lagi kes tahun 1995..... Gara - gara salahlaku pelajar lain, aku turut digantung jawatan pengawas oleh lembaga displin yang diketuai oleh cikgu bibah. Ha! ni bukan kes buli ye..... aku yang kena buli adala.... Ni cuma kes tak puas hati. One of my friend ni cabut gambar sorang pengawas (kawan aku jugak) ni dari board. Kononnya nak bergurau tapi tak sangka gurauan jadi kes sampai kena gantung. Seminggu aku kena pakai baju biasa tapi tak berani nak cakap dengan mak bapak aku masa tu. Bila mak tanya kenapa aku pakai baju putih pegi sekolah, aku jawab, saja suka - suka.

Fuh.... Giler ko nak bagitau????!!!! Mau seminggu aku kena bebel dengan mak bapak aku nanti! Tapi sekarang ni lain.... Budak - budak sekarang terlampau bijak sampaikan tersentuh bahu sikit pun dah nak saman cikgu. Mak bapak sekarang pun dah pandai - pandai belaka bab undang - undang ni. Salah sikit semuanya salahkan cikgu. Yang anak dia jadi hantu kat sekolah tu dia tak bukak mata pulak. Hmmm....

Masa naik sekolah menengah pun aku masih reti nak sayangkan cikgu walaupun kadang - kadang tak suka cikgu ni, tak suka cikgu tu. Ada yang baik hati...... Ada yang lembut...... Ada yang terlampau garang..... Ada yang gatal nak mampos..... Ada yang pemalas nak mengajar.....Macam - macam perangai cikgu aku dulu..... Tapi alhamdulillah ramai jugak kawan - kawan aku yang 'menjadi' sekarang ni.

Kalau nak cerita, banyak sangat sebenarnya kenangan indah masa kat sekolah dulu tapi takut nanti tahun depan takde citer pulak kan.... hehe....

Memang tak dinafikan jadi cikgu sekarang ni lagi mencabar dari dulu. Mana taknya, budak - budak sekarang sangat bijak, nakal dan sensitif. Tak macam budak - budak zaman dulu - dulu, pasif.... Kalau ada pun yang nakal taklah 'terlampau' macam sekarang ni. Mungkin sebab tulah peratus yang nak jadi cikgu ni makin lama makin kurang.... Ramai yang dah tak minat nak jadi cikgu bila mengenangkan anak - anak murid yang semakin ganas sekarang ni. Salah sikit, cikgu pun dibelasahnya. Hai.... Apalah nak jadi.....

So di kesempatan ini aku nak ucapkanlah selamat hari guru buat semua cikgu cikgi kat Malaysia ni terutama sekali pada cikgu - cikgu yang pernah mengajar aku dulu..... Walaupun kena marah..... walaupun kena maki..... I tetap sayang cikgu - cikgu I de....... Muahhhhhhh.......


Selamat hari Ibu

Ok aku tau hari ibu dah lepas tapi baru hari ni aku nak wish.... hehe. Bukan melupakan cuma tahun ni maleh nak celebrate beria - ria pun. Wah statement merajuk gitu. Yelah.... Last year aku beria - rialah belikan kek.... hp baru.... tapi macam tak dihargai je.... So down sangat mase tu.... Nak nangis pun ada.... Huhu....

Ok fine aku tahu aku tak patut merajuk dengan mak sendiri kan! Tapi tak kira! nak merajuk jugak!

So tahun ni takde celebrate apa - apa pun even she mention about it banyak kali jugakla tapi aku buat derk je. Nanti dia kata aku membazir lagi....

Huhu....

Tapi nama pun aku kan..... tak sampai hati pun tengok dia tak dihargai....  So masa kat Kluang hari tu aku hadiahkan jugak pada dia wallet. Walaupun tak mahal tapi jadilah daripada tak ada. Kang dia kata aku membazir lagi..... (salah ke seorang anak membazir untuk mak die?????!) anak - anak dia yang lain pun entah ingat tah tidak - ok anak dia yang kat sabah ada hantar sms ucap selamat hari ibu ( Bengong! Ingat mak ko tu pandai baca sms ko????!) Memangla aku boleh tolong bacakan tapi agak - agakla... ade ke hantar sms je? Tipun jela.... Takkan tak mampu kot?????!

Ok! taknak komplain banyak - banyak coz aku tengah bercakap pasal anak kesayangan dia! Tapi yang peliknya bila aku cakap nak pindah Kluang bila dah nikah nanti terus dia buat cerita sedih. Hmmm.... Taknak ke dia merasa duduk kat sabah sane? or suruh anak dia yang kat Terengganu tu jaga?

Bukanlah nak mengungkit ke apa.... Aku tahu tanggungjawab aku kena jaga dia... Aku tak pernah kesah pun coz kalau tidak mungkin dah lama aku ikut jejak abang n kakak - kakak aku semua duduk jauh. Ni aku masih lagi stay kat sini hanya sebab dia..... Bukan sebab nak rebut harta ke hapa.... Tak minat pun....

Aku tau aku selalu tak dengar cakap dia n aku tak tahu kenapa since aku mula ada hubungan yang serius ni dia jadi lain sangat.... Kadang - kadang aku rasa dia macam dah tak sayang aku lagi.... kadang - kadang aku rasa macam hubungan kiteorang dah renggang sikit.....

Hmmm... apapun hopefully semuanya akan baik semula.... I luv her very much.....

Selamat hari Ibu buat Mak (Rapiah).........



Sunday, May 16, 2010

windu nak uat n3.....

salam mue... hmm lamenye tak uat n3 kat sini....

sibuk manjang.... p rini da lek kluang semula....... hmmmmmmmmmmm......

pape pn.... abi rindu sangat2 kat sayang..... kat family......

 jage diri baik2 ye.... makan minum jage..... tudung pun.....

 lau ade pape gtw abi ye sayang.......

 tolong tengok2 mak pb, ayah, mak, ngn adik2 ye sayang......
 
sesungguhnye abi tiada yang lain selain kalian.....

 p/s: rindu nak uat facial treatment sayang...... pasni xpayah pening paler g kedai uat ft, bab sayang  boleh uatkan:-)

 abi balik dulu sayang, miss u so much n love u so much sayang:-)

 assalamualaikum.....



Saturday, May 15, 2010

Layan Perasaan....

Dah pukul 12.40 am tapi diri ni degil takmo tidur lagi.... Angin bertipu kencang kat luar tu... Menakutkan..... Encik abi tak balas sms pun..... :-( dah tidur ke dia?

Hmmm......


Apa nak buat ni..... Patutkah aku tidur sekarang?


.
.
.
.
.
.
ok wajib tidur!
Hujan sangat lebat sekarang!
Good Nite!



Tuesday, May 11, 2010

Sambungan : Konvo encik abi

1stly naik train ke Kluang for the 1st time after so many years duduk kat gemas ni.
Naik train pukul 3.57 petang and dijangka sampai pukul 7 petang
but luckily pukul 6.30 dah sampai Kulang
Alhamdulillah.....



kena tunggu encik abi yang belum habis rehersal kat dewan Tunku Ibrahim Ismail
Tak jauh pun dari stesen keretapi
boleh dengar keretapi lalu
Family encik abi yang lain semuanya naik kereta
sampai kira - kira jam 10 malam tu jugak

-The next day-

Testing his jubah
Tak sempat nak hantar dobi
nak iron sendiri dia tak berani
takut nanti rosak
sia - sia je kena bayar RM200!

try his songkok
Lepas tu terus buat facial kat muka dia
prepair untuk majlis konvo petang tu


me looks older hea???!!!!
baju tu actually sangat jarang!
sampai my mother in law terjerit tengok me menantu dia pakai baju macam tu...
hehehe.....
ampun mother in law...
masa dah sampai kat dewan baru perasan ada inner kat dalam kereta
chissss!
he looks so handsome hea... :-)

Mula - mula hanya 2 orang bagi setiap graduan dibenarkan masuk kat dalam dewan
meaning parentsla kan
tapi malangnya ramai yang tak hadir
so dia bagi kebenaran pada sesiapa yang tak ada tiket/kupon tapi nak masuk tengok boleh masuk
ceh.... baik tengok kat luar jela....
boleh jugak nak ambik gambar....
then we olls yang lain duduk jelah kat khemah yang disediakan sambil tengok kat tv screen besar tu

see! tu encik abi...
orang kedua yang akan menerima sijilnya
perasaan???
peluh dah menitik - nitik dah kat dalam tu walaupun sejuk ber aircond!
-ok tipu-

aQish yang sangat comel bila senyum tanpa gigi
hikhikhik
sepupu kesayangan encik abi pun tak lepas peluang nak bagi sokongan moral kat beliau

and finally debaran makin terasa
macam nak sambut tangan tok kadi
peluh dah melurut - lurut ke lantai
-wah tipu lagi-
nama beliau diumumkan


Alhamdulillah.....
akhirnya dapat jugak aku bersama - sama dengan encik abi meraikan hari yang bersejarah ini.... Sempat jugaklah bersms walaupun memang telah dilarang sama sekali menggunakan hp.

Lama jugaklah kiteorang menunggu sebelum beliau keluar dari dewan.
so the next entry aku akan tempek lagi gambar konvo encik abi tu ek!
Daaaaa........


++Jom Kita Tukar Link!++