My Nuffy

Saturday, October 31, 2009

I Love Books


 Koleksi Bulan Oktober

Bismillah...


Inilah koleksi buku - buku terbaru yang sempat aku beli minggu lepas kat MPH Jusco Seremban tapi belum sempat lagi nak baca semuanya. Baru sempat selak - selak je sikit. Auw... Gatai!
Hehe [ apa yang aku merepek ni?!]

Ada 2 buah buku hadiah untuk my niece Nur Atisya Nadhirah yang selalu pau aku kalau dia dapat tempat terbaik dalam kelas. Huhu. 2 buah lagi buku rujukan aku tapi yang sebuah tu salah beli. Ruginya.... Yang dua lagi rujukan untuk projek showroom tu. Tak siap lagi..Huhu. Yang 2 lagi novel baru. Dah lama tak baca novel ni. Nak beli novel inggeris tak mampu plak rasanya nak mentelaah satu - satu perkataan dalam novel tu. Novel P/s : I Love U yang beli dulupun tak abes baca lagi. Siap bawak pergi medan lagi tapi sudahnya jadi tempat letak duit.

Walaupun dah dapat amaran keras daripada MAC supaya berjimat cermat tapi sungguhla aku tak boleh tahan dengan godaan MPH. Lau boleh aku nak bertapa terus kat situ. Huhu. Sowie ye my dear MAC. Janji kali ni jer ok! ^_^

P/s : aku ngah geram ni! Ada jugak yang tak paham - paham bahasa lagi rupanya. Tak ada orang lain lagi ke korang nak kacau ha? Yang MAC ni sensitip sangat ni naper pulak? banyak sangatla bf aku ni gaknya? Dulu banyakla... Sebelom ada MAC ok! Sekarang MAC sorang jerk! Tak ada lain agi dah. Eiihhh..... Geram mak tau!


Kisah Aku & Sakit Mata


BisMillah...


Hari Jumaat yang lepas aku tiba - tiba malas nak pergi kerja. Kak Jun tak jadi tumpang sebab laki dia sayang dia lebey hari tu nak hantarkan dia pergi kerja - Hari - hari pun laki dia sayang dia ( Cover balik punya - Haha). Lepas gosok baju, aku telek muka aku kat cermin. Mak ai! Merah menyala bijik mata belah kiri aku. Patutla gatal sangat malam tu.



-sila abaikan mukaku yang tembam itu-


Apalagi.... Aku yang dah sedia malas bertambah - tambahla malasnya. Kalau aku pergi kerja pun gerenti kena suh balik or kena paksa pergi klinik jugak. So pagi yang indah tu jugak aku mesej Kak Jun mintak tolong sampaikan pada CC yang aku amik MC. Konon - konon bila dah cuti ni bolehla aku sambung buat assignment. Tak ke mananye de. Leka dok buat apatah... Mandi pun idak - bau ikan masin! Haha. MC pun tak ambik lagi.

Dekat pukul 2 lebey barula aku gerak pergi klinik. Sebelum tu aku kena jemput MAC aku dulu. Dia ada game bowling petang tu. Ingatkan yeyela dah siap. Kenala tunggu kejap sambil borak dengan mak. Malu aih dengan mak.... Hihi.^_^

Lepas hantar MAC kat pusat bowling, aku terus pergi klinik. Itu pun pas berkali - kali dia ingatkan aku. Iya - iya... nak pergila ni....Haihhhh...... Bising betul MAC. Masa kat klinik tulah aku terserempak dengan senior aku masa sekolah dulu. Kalau tak silap Norlela & fazrin.Dieorang kawen berdua????!!! Macam tak caya jerk haku. Ramai jugak rupanya yang kawen dengan member-member sekolah sendiri ni. Batch aku jer yang tak ramai kawen sesama sendiri coz masa tu student lelaki dah pupus especially budak kelas haku - Wakaka. Bayangkanlah, 14 orang student dalam 1 kelas cuma ada 4-5 orang je lelaki. Dah tu poyo pulak tu. Tak kuasa mak nak layan.

Sudah - sudah ye citer pasal zaman sekolah ni. Da basi dah. Malas nak ingat - ingat. Teringat ex2 haku dulu- wakaka. Masa kat klinik tu pulaklah kepala aku berdenyut - denyut. Tiba - tiba budak klinik tu panggil nama aku. Masuk je bilik doktor aku tersenyum kelat.

Doktor : Ya, sakit apa?
aku      : [kalau aku tau aku sakit apa tak payahla aku jumpa ko! Ngok betul!]
             sakit mata & sakit kepala.

Jawab aku ikhlas tak ikhlas.

Doktor : Dah lama sakit mata?
aku : baru pagi tadi.
doktor : sapa lagi kat rumah yang kena?
aku : saya sorang je.
doktor : sapa mula kena dulu?

Hambik ko! terkulat - kulat aku nak menjawab. Garang nak mampos doktor ni. Aku sakit mata macam kena H1N1 dibuatnya.


aku : tak tau.
doktor : tak apa. balik nanti taruk ubat  mata ni 2 jam sekali.
aku : nak MC....


Uat - uat mua kesian.


doktor : nanti kalau ari isnin tak elok lagi, datang sini ambik MC lagi.


Yes! tu yang best tu.
Nasib baik dia tak suh aku duk kat rumah & aku tak boleh kuar merayau - rayau. Hehe.



Lepas ambik ubat aku terus bergegas balik ke Ofis nak antarkan slip MC & ambik cocoa collagen aku. Sekarang dah macam ketagih plak nak minum Cocoa Collagen masa breakfast. Ada perubahan ke tak? Ofcourselah ada! Betul.... Tak tipu! Dah berapa hari aku dok check. Lau tak caya, korang testla plak. - promote jap.^_^

Sampai kat ofis, aku cari slip MC kat dalam beg. Cari punya cari tak jumpa gak. Eihh... Mana plak slip MC aku ni? Adohai... Ni mesti cicir kat klinik. Nak tak nak pas ambik Cocoa collagen terus aku patah balik ke klinik. Sah slip aku cicir kat tempat aku park kereta! Fuh... Nasib baik jumpa balik. Kalau tak dah dua kali kerja plak aku nak mintak salinan kat klinik tu. Kalau free takpelah jugak. Free kena bebel kat MAC ada. Hehe. Amp0n MACku...

NAk patah balik ke ofis aku tersangat - sangatlah malas so aku pun terus ke pusat bowling. Aku nak tengok MAC main bowling & basuh kereta sekali.


-MAC amik gambar curi masa aku tengah tunggu turn nak basuh kereta-

Lepas basuh kereta, aku masuk kat dalam tengok MAC. Sume dok pandang aku semacam. Bulu idung aku panjang sangat ke? Ker comey sangat aku ni? wakaka - sila muntahkan isi perut anda. Ada jugaklah 3 - 4 orang member MAC yang aku kenal sebelum ni tegur aku. Yang aku tak kenal pun senyum - senyum kambing kat aku. Isy musykil betul. Bila aku tanya kat MAC, simple je dia jawab. 'Kawan sekelas'... Haisyhhhh... Aku nak tau nama dia. Senang aku nak buat sportcheck nanti. [ ok ampun lagi sekali...Hehe]

Dieorang dah biasa tengok muka aku pun. Almaklumlah... 'Tunang' MAC. Wakaka. Kontroversi betul. So since aku hantar MAC naik bas nak pergi kursus hari tu sampailah balik pun aku jemput dia kat depan ofis, dieorang dah camlah kiranya muka aku ni. So lepas ni harap - harap tak adalah nak cuba - cuba lagi ya. Dilarang sama sekali ok! Haha.



nama MAC dalam senarai orang - orang  yang dikehendaki- haha


bola ajaib... Buruk bukan sebarang buruk tau!


muka bakal juara




model cap kaki tiga


Dan akhirnya MAC dapat tempat ketiga. Yeaaaaa! Tapi hadiah dah kena bawak lari kat member - member dia. Hehe. Tak apalah. Yang penting kalau aku yang lawan dengan dia... comfirmla dia jugak yang menang. Owh lupa nak cakap. MAC akan jadi wakil bowling perimgkat negeri kalau tak silap. MSS apatah. Giler siot. Dahla dekat nak exam. Hari tu nasib baik tak jadi pergi Langkawi pasal projek chalet tu.

Apa pun Congratulation my dear MAC....^_^



Wassalam....




           

Wednesday, October 28, 2009

YaHooooooooooo

Im So OvEreXciTeD rite now!

so

so

so

.........H.A.P.P.Y............

Thank U So Much!

I LoVe U So MuCh MAC!

^_^

Tuesday, October 27, 2009

Yea! Tak sabar nih...

Just a short note

esok which mean ari ni lah kan?

coz sekarang pun da pukul 12.57 am

MAC aku nak balik dah!

Hoyeahhhhh!

suke - suki

happy giler ko!

but a little bit worried coz MAC ngah tak sihat kat sana

alasan - jauh dengan aku

Hmmmm

Macamla aku boleh itut

so nanti MAC sampai je terus aku nak bawak pergi klinik.

tak mau tangguh - tangguh lagi dah

Untung kan dapat Gf cam aku!

......Prihatin.....

Wakaka

masuk kotak balut sendiri ko!

tak kisahla

yang penting MAC nak balik!

^_^

.......R.I.N.D.U......

Monday, October 26, 2009

Budak tembam rindu kat bf dia Part II


Bila Mr Architect Cute nak balik ni?????!!!!

.........Rindula.......

Dah 4 hari beliau pergi mengkursuskan diri kat Puchong

Hmmmm

:-(


 
Before beliau berangkat

!
!
!
!
V
~Dugaan~






Friday, October 16, 2009

.......Last Kupik Punya Open House Part II.......

Sempat lagi tu posing anje - anje
me & Cik Puan Junaidah

Bilerla nak dapat makan ni.... Laparrrrrrrr


oit nurul! Pandang kamerala....^_^

Aku dapat bantuan anak yatim pejabat aku....
haha


Yang ni sambungan citer hari Rabu lepas bab yang ni guna camera opismate aku Cik Puan Nurul. Rasanya tahun ni takla baper nak meriah sangat mungkin tak dengar sore  bising kak bedah kot? Wakaka.
Tak ramai sebenarnya yang join Open house kali ni bab ramai yang g kursus.

Aku mesti join punya bab aku dapat bantuan anak yatim... Haha! Tipu jer.... aku pat hadiah indoor game kat opis aku nila. Juara tu! ^_^ Juara apa? Juara baling dart kat orang! wakaka.... Pasni ciapla! Saper uat aku geram, cepat2la korang melarikan diri sebelom kena sumpit ngan haku. Hik3x.

p/s : semalam open house umah kak earna... thanx ea kak uat makan2. ^_^




Thursday, October 15, 2009

........Bodos Sungguh!.........

Apa ke bodosnya blogger ni??????!!!


Xley nak upload gambar!


Xley nak update blog!


Bodos!!!!!!




Plez do somethingla oiiii! - [Teringat kes loyer bodos tu dulu!]




Wednesday, October 14, 2009

.....Last Kupik Punya Open House.....

......P.E.N.G.U.M.U.M.A.N!......

Hari ni opis aku uat open house.... Tengahari tadiler... Skang ni da bungkos sume da. Hihi.


beramai - ramai dengan baju raye menapak ke dewan



makan time!

Hari ni sume VogueDaVas dok melaram dengan baju raya masing - masing bab tengahari tadi opis aku ada uat open house kat dewan. Aku pun tak lepas peluang gak nak melaram. See! aku pakai baju yang same mase kawen member opis aku Sabtu lepas. Bukan apa, 2 jer baju cantek yang aku dapat carik kat celah - celah bakul aku tu. Wakaka....

Owh... Hari ni jugak betday member opis aku merangkap orang kampung aku... senior aku masa kat skolah dulu & jugak member blog aku, Kak Earna.

......H.A.P.P.Y B.I.R.T.H.D.A.Y......

 ^_^

......S.E.K.I.A.N T.E.R.I.M.A K.A.S.I.H......

P/s : Beliau sangat2 sibuk minggu ni.... So kenala bersabar skit.... Sabar jela haku....Huhu

Budak Tembam Rindu Kat Bf Dia....... Wakaka



Tak kisahla kalau korang rase macam geli - geleman anak tekak ke... Nak muntah ijau ke... Aku nak tulis gak!

^_^

..............R.I.N.D.U..........

3 hari jer tak jumpa tapi.... rasa macam 3 bulan.... [poyo kan!... wakaka]


Tuesday, October 13, 2009

Arghhhh... tensionnya!!!!!!!

Tension siot biler paler ni seperti tak berfungsi dengan baik! Idea kering kontang time aku ngah semangat nak meng'update' blog. Arghhhh..... Naper ni????!!!!

Ada sesuatu yang aku nak perkatakan... Ada yang nak aku bicarakan... Ada something yang nak aku luahkan.... tapi aku tak boleh! Ada hati yang akan terluka... ada hati yang akan kecewa... Owh.... tak sanggup aku!

Tapi perasaan aku yang tak keruan ni semakin menggila.

Plez tenteramkan aku.......

Plez bagi aku peluang untuk bersuara........

Plez dengarkan kataku sekali ini......

Owh Tuhan....

Monday, October 12, 2009

Kisah Kawen Kawan & Keliwon????!

1stly aku nak ucapkan tahniahla pada rakan sejawat aku Mr. Zul & Mrs. Ema di atas pernikahan mereka yang berlangsung baru - baru ni di Jelebu & Poland.  Yang aku dapat g cuma kat Jelebu jerla [umah Mrs. Ema]. Alkisahnya dieorang ni sama - sama kerja 1 opis ngan aku. Rasenya ini couple yang kedua yang kerja kat tempat yang sama & akhirnya berkahwen. Pasni tak taula sape lagi yang akan mengikut jejak langkah dieorang ni plak kan...^_^

Nak upload gambar p gambar tu dalam kamera kat dalam bilik & aku plak kat luar ni ngah bersantai - santai meng'update' blog sambil meng'sms' beliau. Yang dapat aku upload cumalah gambar kiteorang sahaja ye... Hehe. Ala... itu pun bab gambar kite0rang ni amik pakai cybershot aku nih.


Poyo jer minah ni kan... asik amik gambar sendrik..
wakaka!

Sambil - sambil bersiap sempat plak snap gambar sendiri tu. Saja nak menyedapkan ati. Wakaka. Patutnya mak aku ikut sekali p aku nak terus pergi Seremban coz aku ada kelas kul 8.00 pagi keesokannya. So yang pergi cuma Family beliau, beliau & aku 2 bijik kereta.









Merentas desa


Dah sudah makan kiteorang gerak ke rumah kawan baik beliau. Owh luper plak nak story da morning glory dulu. Family beliau ni dulu duduk kat Jelebu. Lama gakla... Sampai beliau Tingkatan 5... PAstu barula dieorang pindah kat Gemas. Tu yang aku terngorat beliau tu... Hehe.

Mak tanya aku sama ada aku ikut balik kampung skali ker tak bab malamnya ada uat makan - makan cket. Celebrate betday Idlan. Aku terus terang jela yang aku tak dapat nak ikut balik bab aku ada kelas... Dari ari tu lagi aku da bagitau. Hmmm... nak uat camner... pelajaran mesti diutamakan kan? ^_^

Syahdu plak rasanya biler mak & ayah bersungguh - sungguh nak temankan aku sampai ke Seremban. Isau kalau - kalau aku sesat. Hehe. Ayahla yang paling isaukan aku kata beliau. Hmmm... alhamdulillah kitaorang selamat sampai ke destinasi masing - masing.

Malamnya tibalah masa untuk aku bersantai - santai ngan Shira, Kekzam & baby. Die0rang ajak aku tengok citer 'PAPADOM'.


kualiti gambar sangat - sangat menyadiskan...HUhu

Citer ni memang best giler p sayangnya beliau xder dengan aku untuk aku sharekan. Beliau m00dy2 kat sane... aku gelak sakan kat situ ye! Huhu... Lau boleh memang aku nak angkut je beliau tu ke Seremban sekali p nanti apa plak kata mak & ayah.

Xperla... Pas beliau da final t... memang aku usung beliau ke hulu ke hilir. Pergi kelas pun aku nak beliau temankan nanti. Pastu travel ke Melaka Bandaraya Bersejarah... Pusing 1 Melaka tu... bawak family makan ikan bakar... bawak g Cameron... Cherating... Wah banyak sungguh perancangan kan! ^_^

P yang penting, biarlah beliau tamatkan pengajiannya dulu. Aku pun akan mula bz membuat assignment & menghadapi final exam Semester ni nanti. Bantai exam 5 subjek skali tu... Huhu. Nasibla... ^_^

Isy mane beliau ni????!!! Kate nak suh teman uat assignment? Da tido la tu... :-p

Oklah... aii pun nak tido dulula ek. Da lewat sangat da ni. Sib baikla esok aku masuk kul 8.00 pagi. ^_^

chaucincau!





Sunday, October 11, 2009

Jiwang Menjiwang... Yuk Goyang Yuk!


muka tahan napas... Kecut perut siot


Pagi yang gelap... Kini sudah terang... aku girlfriendmu... Dan kau boyfriendku... Chewah... Suka suki jerk aku tukar lirik lagu tu kan! Hehe biasala... otak terlebey kreatif memalam cenggini... ^_^

Sowiela tak sempat nak update blog ptg tadi. Dari pagi bawak ke malam jadual aku full manjang. Kalah YB yang nak bertanding kat Bagan Pinang. Wakaka...

Pagi tadi aku telah diarahkan untuk membuat carian di Seremban. Bersama - sama aku, ada 2 0rang gurl & sorang cc. Kiteorang nek keta keta cc & aku telah didera untuk duduk kat seat depan. Huhu.

Tak dapatla aku nak gambarkan macam mana perasaan aku waktu tu. Yang pasti aku hanya sempat menghantar mesej ini sahaja kepada beliau :

'Doakan sayang selamat pergi & selamat balik ya...'

Mana taknya... cc pecut giler - giler. Aku rasa macam aku berada di litar sepang dah masa tu. Perut tak usah cakapla macam mana kecutnya. Rasa nak terkeluar da isi perut aku... Huhu. Muka da pucat lesi dibuatnya.
P alhamdulillah.. kitaorang sampai dengan selamatnya.

Yang kelakarnya... 0rang tua ni ley tahan gak jiwangnya. Bukak lagu sekuat - kuatnya tapi bukak lagu U'ks... AXL... May... Huk3x. Spesen ngan aku rupanya. ^_^ Balik bukak lagu dangdut. Wakaka! takley bla r orang tua ni. Tapi... tua bukan sebanrang tua tu... Handal lagi tu men badminton mengalahkan orang muda siot.

Aku sempat jugak r jumpa member lama aku kat sane. Mrs Sam @ Cik Puan Ery. Puas aku kena bebel bab lama sangat menyepi tanpa berita. HUhu... Nak uat camner... Keadaan tak lagi mengizinkan aku seperti dahulu... Chewah. ^_^

Aku dah start kelas... Keja kat opis melambak - lambak bab aku cam malas jer nak buat. Lantakla lau korang nak kutuk aku. Da aku memang malas... Huhu. Sistem down macam hampeh. Hopefully sume keje aku selesai sebelum aku nek jaga kaunter balik. Lau tak meraung aku nanti. Huhu.

p/s : Ni cerita ari khamis yang lepas.^_^

Wednesday, October 7, 2009

Lai lai... amik award... ^_^

Assalamualaikum....

Pada sume followers blog Kerudung Ungu... Tak kira yang baru atau yang lama... Terima kasih bab setia ngan blog kita ni.
^_^

Jangan luper amik award kat tepi tu ye...

Bye2.



Aku nGa Teruja menShoppinG KAsut! ^_^

Entah kenapa tiba - tiba aku rase macam teruja sangat nak shopping kasut padahal aku baru beli hujung minggu lepas kat Melaka. Upsss... Kantoi! ^_^

Masa raya ari tu pun beli sepasang caler putih. Eihh... NI rase cam nak beli lagi. Tak puasnya.... :-(

Rase nak g Vincci... Esarli ker...  Paling koman pun Vern's... Tak pun Jusco pun jadila... Huhu.

Nak jugak 3x

tak kira!

[terlebey suda kan.... ^_^]

Ni ley kira ketagih ker ha? ISy menakutkan.... PLez buat aku berhenti ketagih nak beli kasut yang cantik - cantik.... Kasut HighHeel... Wedges... Huhu.

Plezzzzzzzzzzz.......

P/s : Hujung minggu ni after class aii nk uat t0ur D Jusco! Nak carik kasut lagi! ^_^

Tuesday, October 6, 2009

Hanginnya... Salah aku ker?

Entah dari mana datangnya hangin tu... Kalau hangin sepoi - sepoi bahasa tak apalah jugak. Ni hangis ribut taufan yang datang. Nasib baik tak tsunami ko! Huhu.

Seingat aku... Aku start hangin ngan jiran sebelah umah aku ni. Ala... Supplier kain pasang dari ind0n tu. Tak pasal - pasal aku jadi anak derhaka kejap bertekak ngan mak aku sal mak cik tu. Isy tak patut betul kan? Tapi aku ker makcik tu ea? Huhu

Apa pun yang aku tau hutang aku dengan makcik tu hanya RM150/= SAHAJA. Ingat tu... RM150 SAHAJA ok! & aku dah settlekan sumenya termasuk akak aku RM 50 [dia bayar sendiri da...]. So sume sekali RM200 SAHAJA lah kan? tapi makcik ni kata aku hutang dia RM270 plak [Walaupun sesungguhnya aku tak minat MATEMATIK tapi rasanya aku masih lagi ingat macam mana nak mencongak tau]. Tah mane datangnya tah lebey RM70 tu tah.

Mak aku pun ada amik kain kat makcik tu jugak & ada hutang RM70 lagi. Mungkin dia terkira sekali dengan mak aku punya tapi makcik tu tetap nak kira hutang aku RM270 tak termasuk hutang mak aku. Mane aku tak hangin???!!!  Kalau tak mengenangkan mak aku tak suka nak gadoh - gadoh... dah lama aku p serang makcik tu dengan cili api. [Wah cili api saja]. Suka - suka je nak menambahkan hutang aku. Kan dah tertambah sekali ngan dosa aku ngan ko makcik. Huhu. Tobat lenkali aku xm0 lagi dah amik kain kat makcik tu. Serik aku.

Pastu tambah hangin & hangit masa aku ngan mak nak pegi Melaka hujung minggu lepas mengantakan anak jiran aku yang len bertunang plak. Lau ikutkan hati baik aku d0k lepak kat rumah je tgk DVD... tak pun tid0 puas - puas tanpa gangguan. Ni terpaksala aku mengadap mulut - mulut yang tak laku nak amik insurans lagi tu. [Sib baik k0 tak tumpang aku lol... Lau tidak, aku tinggalkan k0 kat tepi jalan tu. Padan muka k0 l0l!Huahuahua]

Dah tu ada plak apek tua bod0s hampir - hampir nak aku langgar sampai mamp0s lau tak mengenangkan mak aku kat sebelah. [Maaf teremosi lau aku ingat balik]. Berderau darah aku masa tu siot. Tak reti aku nak citer kat sini tapi kalau terjadi x-cident tu memang apek tu yang salahla. Apalagi... tak cukup ko tergolek kat tengah jalan tu, aku tambah lagi ngan penyepak sulong aku nanti. [Compem pasni kena ceramah lagi dengan beliau yang dikasihi...hehe]

Tak cukup lagi? Tambah hangin biler aku kena tawaf 3x keliling pasaraya Cowboy bab takder parking. Kalau ada pun kena park keta kat luar. Bukan tak boley tapi aku target mak aku mesti memborong sakan punyalah. Rupanya sangatlah tepat ramalan aku. 2 troli siot! Penuh bonet & tempat duduk belakang. [sib baikla takder makcik - makcik hangit tu yang tumpang...Huhu]

Tu belum lagi aku hangin ngan beliau yang tiba - tiba je nak hangin ngan aku. Eii... aku ni dahla memang spesis yang panas dalam diam macam gunung berapi. Tau - tau je dah meletus. 1 peringatan... Lau aku nga bad mood, janganla gatal - gatal nak telepon bagai. Compem aku takkan jawab. Sebabnya? Bukan nak lari dari masalah cuma aku tak suka bercakap time aku tengah moody 0r after gadoh tu. Kalau dah reda sikit baru aku akan cakap balik. Atleast bagilah aku masa untuk berfikir dengan waras sebelum aku bertindak yang bukan - bukan or cakap benda tak elok... Please understand ur sayang my dear B... n please 4give me to. ^_^

Lastly aku hangin masa aku beli barang kat Gmart tadi. Punyalah sopan aku beratur kat kaunter nak bayar barang - barang aku tu tiba - tiba orang len potong Q bayar dulu & cashier tu selamber je accept. Tak ker tak bertamadun punya manusia tu? Dahla muka masam mencuka. Lenkali kalau taknak keja, berenti! Jangan menyusahkan orang! Eiii... ingatkan sekali tu jerk... Kali kedua pun sama gak... Aku macam tunggul je berdiri kat depan Cashier tu. HAngin.... LAu aku tak menjerit kat situ... ada yang makan penampar nanti tu. Aku nekad lau dia buat gak kali ketiga memang aku tinggalkan barang - barang tu & terus blah jer. Lantaklah ko! Tak pasal - pasal hilang keayuan aku petang tadi...[ Wah... ayu ker aku? haha]

Apa punya orang tah. T0bat lenkali aku akan boikot cashier tu! MB jugak aku akan pertimbangkan untuk menyenaraihitamkan pasaraya tu. Haha. Padan muka aku kena g segamat beli barang... Tak pun Gemencheh... tak pun kat Rompin... Ala suusah - susah sangat aku g beli kat Melaka jer! [ Wah... berlagaks kan bunyinye...haha]

Terlebey suda nampaknya ni... Hehe. Da tukar background baru ni barulah semangat sikit nak update en3. So pada saper - saper yang rase - rase cam kering idea nak meng'update' blog tu sila - silalah tukar
templete or background blog anda. Ne tau anda dapat inspirasi cam saya jugak kan! ^_^

Haha... Tukar Background agi! ^_^

Cam best jerk tukar - tukar background ni...
B0san da teng0k yang lama...
S0 kita E.N.J.0.Y!
Hihi

Akhirnya...Bertunang jua...


 

Bertunang? Siapa yang nak bertunang ni?
aku ker? Bertuah badan hei...
haha...
tipu jerk...
 ^_^
Aku just mengant0 anak jiran aku bertunang jerk kat Durian Tunggal Melaka. [Cis mendahului aku rupanya... Haha]

Mula - mula aku memang malas nak pergi p mak aku da merengek - rengek nak pergi jugak nak uat camner kan? ^_^  So mau tak mau... Malas tak malas... Kena jugakla aku mengadap gurl - gurl ganyut 2. Nga lepak2 kat umah juran aku tu tetiba jiran aku tanya aku da isi munyak ke belom. Aku pun dengan niat nak bergurau pun cakapla... ' Naper... nak t0l0ng tuang ker? ' sambil tu mak aku pun tumpang sekakila gelak. Saje je aku nak menyakat bakal tunang orang tu. P aderla plak gurl ganyut ni tak puas ati sound aku baek punya... Eiii.. lau tak memgenangkan mak aku ada kat situ, dah lama gurl ganyut tu aku cilikan.

Macamla aku papa sangat. Eiii... Lau ikutkan ati memang aku tak mau pergi langsung p kang mak aku majuk plak. Mane taknya die nak belikan periuk belanga untuk anak kesayangan yang dengar cakap die tu. :-p




 



 


 



 
 Kesimpulannya... memang aku tension & bengang giler. Malas nak citer panjang2. Beliau plak asikla m00dy jer. Kena anta his sister balik Poli. Assignment tak ciap agi tu. Hmmm... Tempiasnya kena kat aiii r... Huhu.

The End



++Jom Kita Tukar Link!++