My Nuffy

Wednesday, December 29, 2010

Dah Malas.

Cakap salah.

Tak cakap pun salah.


Saturday, December 25, 2010

Dah Cakap Dah.

Perghh... Lame giler rasenye aku tak menulis! Kadang-kadang je aku datang menjenguk kat blog ni. Tag dari Diha pun tak sempat nak buat. sorila ye...Hehe... Ke bz an melande sejak demenjak ni. Datang opis pun dah tak berperasaan je dah rasenye.Since mak aku excident ni, tanggungjawab memasak, membasuh, mengemas sume tertanggung atas batu jemala patik. No objection! Sampaikan tadi tengah2 masak, aku rase macam nak pitam. Sudahnye hubby jugak yang tolong gorengkan ikan. Nak buat camno?

Bile tah akak2 aku yang pandai tu nak balik tah... Sorang dah kena dengan aku ritu... Tetiap ari nak telipon aku tanye aku masak ape. Aku punye sukelah nak masak ape pun. Yang penting sepanjang aku jaga mak ni, aku tak penah biarkan mak kelaparan or tinggalkan die sensorang sesaje de... Slamber je aku sound die. Die ingat aku ni hangswa sangat ke? Sampai sekarang xde tipun2 lagi dah. Amik ko! Nasib baiklah aku dapat hubby yang memahami. Walaupun die terpakse berulang alik dari rumah mak aku ke tempat kejenye yang jauh tu. TQ so much abi..:-)

Lepas ni sape yang banyak sangat komplain... sendiri mau ingatla ye!

Habis bab mak aku, ade benda yang terbuku dalam ati aku sejak semalam. Citer ni pasal orang lain tapi ade kene mengena jugakla dengan aku. Aku pernah komplain kat seseorang ni tapi die cakap aku yang tak paham. Sebab aku belom ade anak katanye? Tambah bile ada anak perempuan sorang je? Ye aku memang tak paham. Kau kate kau faham... Dah tu sekarang kau nak bengang pulak? Haiila nasib badan...

Bile aku bagi pandangan ke or cakap something ke die asyik cakap aku ni tak paham satu benda pun... Bile aku senyap je die komplain pulak tu...

Saturday, December 18, 2010

Pantang Yang dilarang : Betul ke?

Masa mengandung ni banyak betul pantang larang yang aku dengar. Ada yang munasabah... ada jugak yang munasarawak. Di antara pantang larang tu adalah :

  • Tak boleh potong binatang nanti anak lahir tak cukup anggota (terpotong2 macam binatang tu?).
  • Tak boleh bunuh binatang nanti anak bakal meninggal macam keadaan binatang tu mati.
  • Tak boleh keluar rumah waktu senja/malam nanti kena usik hantu.
  • Jangan biarkan anak2 lain melangkah perut nanti bayi lahir tak cukup bulan.
  • Jangan mandi waktu malam nanti bersalin tumpah darah.
  • Jangan duduk di tangga nanti bersalin susah.
  • Jangan siang ikan nanti anak sumbing.
  • Jangan tanam pokok pisang nanti anak lahir berkepala besar.
Untuk si suami pun ada tau.
  • Jangan sembelih binatang nanti anak lahir cacat.
  • Jangan pukul binatang nanti anak akan terkena kenan binatang tersebut.
sumber : http://mysuperkids.net/amalan-semasa-mengandung-beri-kesan-pada-anak/

Pada saya setiap apa yang berlaku tu ada hikmahnya. Mana mungkin tak menyiang ikan, potong binatang ( ayam, daging etc), and etc.Habis tu siapa yang nak buat? Takkan nak berlapar je kan or oder tetiap hari kat kedai kan? Lainlah kalau ade orang gaji... bolehla nak goyang kaki je kan... Tapi bagi aku, apalah guna status kita sebagai isteri kalau suami tak merase masakan dari air tangan isterinya sendiri kan? Tak siok owh tak dapat masak untuk hubby...

Kalau pukul / dera / bunuh binatang tu memanglah tak elok. Kecuali kalau nyawa kita terancam contohnya bila berhadapan dengan ular berbisa ke, jengking ke, lipan etc. Kalau setakat anak kucing yang comel tu takkan nak belasah jugak kot? Bukan setakat orang mengandung je, orang yang yang tak mengandung pun tak elok buat macam tu. Dah tentulah aku yang paling tak suka + pantang sekali kalau tengok orang pukul anak kucing. Tersayat hati aku ni...

Kesimpulannya, pantang larang ni ada yang elok... ada jugak yang tak elok nak diamalkan. Terpulanglah pada kita untuk fikirkan mana yang baik mana yang buruk. Yang penting sentiasalah berdoa agar kita dan bayi kita sentiasa selamat dan sihat hendaknya. Wallahualam.


Doa Semasa Hamil

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
 


 

Gejala Hamil : Sakit Pinggang

Sakit Pinggang Dan Belakang

Sakit pinggang dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang sedang hamil. Kesakitan ini menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur kandungan. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi. Ia juga disebabkan oleh posture yang kurang baik akibat kehamilan yang kian membesar. Sakit pinggang ketika hamil ini biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan rehat sahaja, kurangkan berdiri dan berjalan-jalan. Biasanya dia akan pulih seperti sediakala selepas bersalin.

copycat :  http://www.hamidarshat.com

Awal pregnant x perasan sangat pasal sakit pinggang ni. Ingatkan biase2 je. Manalah tau sakit tu disebabkan kipas angin yang tak boleh off langsung tiap2 malam. Aku tak kisah tapi hubby aku tak boleh tido kalau tak pasang kipas padahal lepas tu mengerekot tido. 

Then makin lame makin menjadi2 pulak sakitnye. Asal berbaring je mesti susah nak bangun. Sakit pinggang then sekarang berjangkit pulak ke pinggul. Sebelum ni tiap2 malam mesti hubby kena dera urut pinggang aku. Padahal die pun same penat. Nak buat macam mana kan?

Sebelum ni jugak aku asik nak berbaring je. Tak larat nak duduk lame2. Kalau kat rumah mentua aku, terpakselah aku memerap dalam bilik je. Nak buat macam mane? Takkan aku nak selepet baring depan tv kot? Malu oww...

Sekarang ni mak aku tengah sakit, memang kebanyakan benda aku buat. Mana yang aku rase tak larat memang aku tinggalkan je. Tambahan pulak sakit pinggul aku ni makin menjadi2 pulak. Berjalan pun dah slow sekarang ni. Kalau sapu minyak panas pun sekejap je tahannye. Mak aku cakap die dulu pun macam tu jugak. Dah bersalin nanti baru die hilang. Baru2 ni aku ade jugak berborak dengan member2 aku yang dah kawen and ada 2 orang anak. Die pun cakap benda yang same. Now aku pulak yang merase. Hmm... Xpela, janji baby dalam kandungan ni selamat. Then die ade bagitau lagi... Kalau sakit tu jangan diurut kuat2. Nanti muka anak leper coz dalam waktu sekarang ni muke baby menghadap kat belakang. Betul ke tidak aku tak tau. Die dapat pun daripada mak die. Wallahulam.

Ade petua lain ke nak kurangkan sakit pinggang ni?

PostMe?

Pernah dengar pasal postme? Ala yang selalu kuar iklan kat tv tula... Camner ek lagu die?

"satu dua tiga ketuk... kalau dapat saya peluk?"

Ha! Lebey kurangla tu... Aku ingat rangkap yang last tu je. Ni tengah godek2la ni kat postme. Saje nak tengok ape yang menarik sangat kat postme ni.


 Hmm... setakat ni aku belum jumpe lagi benda yang boleh aku peluk kat postme ni. Mungkin sebab masih baru lagi kot so barang pun tak banyak lagi. -iklan je gebang2...:-( -

Kebanyakan barangan yang dijual kat postme ni adalah barangan berjenama. Cuma masih kurang vairasi. Harap2 lepas ni akan ade banyak lagi barangan2 yang menarik lagi kat postme ni. Almaklumla... iklan gebang2... takkan barang ciput kot?

So ape tunggu lagi? Jom postme!

Kepantangan Aku.

Geram betul aku! ei tak terkata geramnye... Aku ingatkan benda ni dah settle dah! Baru tadi kakak aku call bagitau yang laki pempuan yang langgar mak aku tu ade je semalam berlegar2 dekat depan rumah ni. Tak puas hatilah tu! Tak puas hati aku die tak tau! Dahla langgar mak aku... lagi mau banyak cakap!

Kalau aku ade semalam memang lagi teruk die kena sembur semalam! Selain daripada mulut kakak aku yang laser tu... Kalau ikutkan aku, memang aku suh je mak aku buat report. Pedulik ape aku... Kononnye die jelah yang betul... Ei ingat die sorang je yang tau undang2? Kalau tau undang2... takkan boleh potong belah kiri? Bodoh punya orang!

Mak aku ni pulak baik hati sangat! Malas nak banyak citer, sanggup ganti bumper keta si bodoh tu! Kalau aku ade mase tu memang aku takkan bagi mak aku ganti. Baik buat report je. Biar polis yang settle. Hati aku memang tengah panas je sekang ni. Kalau die berani nak buat report, aku pun akan bawak mak aku buat report! Ape nak jadi...jadilah... Die ingat die boleh buat sesuka hati die je? 1st thing yang aku nak buat sekarang ni ialah untuk ambik gambar sebagai bahan bukti. Yes! bahan bukti kalau2 diperlukan nanti. Lebam dan luka2 kat badan mak aku masih ade. Motor yang rosak tu pun masih ade kat dalam stor. Keadaan jalan / simpang tu pun aku akan amik gambarnye.

p/s : Patut x aku nak salahkan JKR sebab tak buat petak kuning kat situ?

Friday, December 17, 2010

fikirlah.

Kenape cakap selalu tak fikir?
Kenape dah buat baru nak fikir?
.
.
.
.
.
.
.
susah sangat ke nak fikir?
.
.
.
.
.
.
.
.

doa mohon kesabaran



Malas nak cakap.

Kalau cakap boleh jadi gado.
Kalau cakap hati boleh jadi bengkak.
Benang dah basah mane boleh tegak?
Malas nak cakap.
Memang tak paham atau buat-buat tak paham?
Susah sangat ke nak paham?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tolak-tolak boleh jadi gado.
tak boleh jadi tolak ansur.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ditimbang-timbang xde rasa.
timbang kati boleh?


Jumaat o Jumaat

Salam pagi Jumaat u oll... Amacam? seronok malam tadi??? Ahak... Aku je tak baper nak seronok sebab malam tadi gatal2 tido tak nak pasang kipas... Atas alasan sejuk! Sudahnye nyamok dok beromen kat telinga je... Love bite pun merate2 dibuatnye... Kaki pun jadi mangse! Then pagi2 dah kena perli dengan hubby...heh... Manela kite nak tau malam tadi nyamok tu gatal sangat...hehe.... Sries weh... ni citer pasal nyamok yang belang2 tu... Korang mulalah tu kan! Mentang2la malam tadi khamis malam jumaat... Bace yassinla woi!

Huh... Malam tadi aku tido kat rumah mak aku... Sebab semalam aku terexcident dwoh! Berderau gak darah aku semalam bila angah aku sms. Nak menangis pun ade gak mase tu tapi aku kena cool down dulu... Takut menjejaskan baby pulak nanti kalau aku terlampau risau... Terus je call mak aku... Alhamdulillah mak aku cuma luka2 ringan but die mengadu belakang badan die sakit sangat.... Bila aku check, belakang die dah bengkak... Aku cume dapat urut sikit2 je sebab baru sangat kan... Mase dalam perjalanan nak balik tu jangan citerla gigil die macam mane... bila hubby call pun aku dah rase nak menangis dah...

Rupenye mak aku kena langgar mase die nak masuk simpang rumah aku tu... Ade orang bagi die jalan tapi kereta belakang potong belah kiri terus langgar mak aku. Memangla jalan tu ader susur nak ke Pekan Gemas tapi sebelum tu jugak ader simpang nak masuk rumah aku... Dekat sangat dengan susur tu... Kebetulan jalan tu pulak besar sikit ruangnye so boleh muat dua buah kereta... So sape yang agak2 tak sabar tu terus je potong belah kiri... Tak dinafikanlah kat situ memang bahaya dan dah berape banyak pulak yang excident kat situ... Dan kebanyakannye adalah org2 tua...

Tu sebabla setiapkali kalau aku n hubby nak lalu ikut situ, aku akan selalu ingatkan die supaya hati2... Mak aku pun aku selalu ingatkan tapi benda dah nak jadi kan... Elak macam mane pun kena jugak... Yang buat aku ralat sangat, mak aku pegi kedai sebab nak beli topup padahal angah aku ade kat rumah... Bile ditanye kenape tak suruh angah yang beli, mak cakap angah baru bangun tido... malas nak kacau... Wah.... Istimewa betul! Kalau aku yang ade kat rumah, biarlah aku je yang pegi... Takut aku kalau memikirkan mak aku bawak moto p kedai... Biarlah hubby aku nak merengek2 buat muke seposen pun... aku angkut gak die... Tak kire!

Pagi tadi akak aku dari terengganu sampai... entah pukul berape die sampai aku tak sedar... Tau2 dah ade je tido kat atas sofa sebab angah aku dah amik pot die... Sib bek die balik... kalau tak kenalah aku habiskan cuti aku yang sehari tu... Takpe2... ley gune gak nanti...

Thursday, December 16, 2010

Cekodok Masin

Sebelom aku nak cerita pasal cekodok aku yang masin ya rabbi semalam... aku nak citer kisah pagi semalam dulu...

Alkisahnya pagi semalam dengan excitednye aku bangun awal nak buatkan bekal untuk hubby aku... Sebelom tu kena tanye dulu die nak makan ape... Yelah, lau ikot selera aku, aku buat nasi goreng je... Takyah nak rendam2 mehun tu... Leceh! Nak2 pepagi subuh gitu... Dengan mate yang separuh tertutupnye... Maka memasakla aku dengan sungguh2nye... Campur udang kering... cili api... telor... Hmmm... test cikit... perghhh sodap tekau... Bile dah siap2, terus masuk dalam tapawer... mase tu rase cam bahagianye dapat masak sendiri untuk hubby bawak ke tempat keje kan... Daripada die makan benda bukan2 kat luar tu lebih baik aku sediakan sendiri kan! Jimat pun jimat. Untuk aku pun aku tapaukan sekali. Sonang!

Dipendekkan cerita then dekat nak tengahari tu hubby aku sms... Aku ingatkan kenape... rupenye kate die ade ulat kat dalam mehun tu... Erkkkk?????? Katenye macam ulat gonggok tu tapi dah putus pale... Nasib baik die pasan... Eiiii.... mane pulak datangnye ulat ke jadah tu?????????
Tetibe je mase tu aku rase nak marah plus emosi bagai. Yela, sakit ati tau bile kite dah beria2 masak tetibe hubby kate ade ulat dalam makanan tu!  Terus protes taknak masak lagi dah lepas tu!haha.

Puas aku pikir dari mane datangnye ulat tu... Hubby aku cakap dari siling... ceh! Ulat terbang ke hape? Bile aku pikir2 balik mungkin jugak ulat tu datang bersama2 udang kering tu... Hmmm.. mungkin jugak! Dan bila pikir2 balik, nasib baik hubby aku tak apa2...

Pastu petang semalam mak mentua aku suh goreng cekodok... aku pun excitedla nak buat cekodok gembol cam yang kawan aku selalu bawak tu... Katanye kena taruk air panas... puasla aku godek2 adunan cekodok aku... bile tibe masenye.... haremmmmmm..... lombik! Dah tu masin nak mampos! Naik darah tinggi mak mentua aku... Adoi! Takder bakat langsung nak buat cekodok! Huh...

Tulah kesahnye semalam... Moral cerita ni... Kot ye pun nak jadi isteri mithali, checkla dulu ape yang kite bagi makan kat suami kite tu. Jangan main sumbat je... Sian die kalau termakan benda2 tak elok... Pastu jangan nak hangin satu badan padahal ko yang salah. Haha... Ape da.... Yang penting masak tu biarla ikhlas... Barulah ader feel suami kita nak makan kan... InsyaAllah...

Monday, December 13, 2010

Nasi Lemak Punye pasal


Nasik Lemak Punye pasal
.
.
.
.
.
.
.
.
Tak pasal2 pagi2 lagi aku dah buat muke budu
Macam2 perasaan ade pagi tadi

Alkisahnya begini
Semalam mase kat rumah mak aku...
aku tersangatla rajin nak sediakan nasi lemak rm1.5o untuk hubby aku yang tercentaaaa tu...
So aku pun mulalah buat sediakanlah bahan2nye...
Bujet hari ni pagi2 bertolak dari umah mak aku jela kan...
sekali hubby aku cakap baju keje die tak gosok lagi...
Hmmm....
sabo jela kan...

Then aku amik keputusan nak balik je rumah mentua aku
aku pun rushla masakkan sambal segala...
cadangnye t tinggal nak tanak nasi je...

Then pagi tadi...

.
.
.
.
.
Dua2 bangun kol 6.30 am
sempat kot kalau nak masak...
tapi entah kenape tibe2 terbantut tengok mak mentua aku kat dapur...
Huhu...
Nape tah...


Biasenye kalau kat rumah mak aku...
sejak aku dah kawen ni...
kalau aku masak kat dapur jarang die nak amik pot...
mue serah kat aku...
sedap ke tak sedap ke...
Mak aku ok je...
p selalunye mak akulah yang jadi mangse tukang rase...
hehe...
Kat umah mentua aku jadi kekok pulak rasenye...
Nak tolong tapi tak reti aku jadinye...
kat rumah sendiri, mak aku yang rajin suh aku buat itu... buat ini...
Kalau aku tanye nak buat ape lagi, confirm ade je yang die nak aku buat...

Kalau mak mentua aku pulak bile aku tanye ade pape nak tolong lagi tak mesti die jawab xde...
bes tu aku nak buat pe?
takkan nak memandai2 kot?
Sungguhla aku ni tak pandai nak membodek @ ambik ati orang tue tu...
huhu...

Tulah bezanye mak aku n mak mentua...
t tak pasal2 orang cop aku pemalas masak padahal mak aku tak ajar pun camtu...

teringin nak balik rumah sndiri...

masak sendiri...

sepah rumah sendiri...

Cume keadaan belom mengizinkan...

hmmm...


Sunday, December 12, 2010

Kawan Baru

Hari tu entah ape angin aku gak ah tetibe ajak hubby aku jenjalan kat pekan
Kejap nak pegi kedai sini...
Kejap nak pegi kedai sane...
Tak tentu arah rasenye...
Tapi tak gaji lagi tu...
Heh...
.
.
.
Nasib baikla hubby aku sabar je...
Time2 cenggini kan memang die kena banyak sabau dengan aku ni...
Kenkadang tetibe je angin tah ape2...
Die jugak yang kene...
Sian die...
.
.
.
Dah round2..
singgah kat farmasi kejap...
Aku nak cari Jus Kurma madu...
Tapi lastnye aku beli madu asli Pak Long...
Hargenye rm15.oo sahajo...
Kalau nak ikutkan madu yang betul2 fresh @ asli ni kan mahal rege die...

Yang ni mungkin tak fresh tapi mungkin yang asli
sebabnye salah satu ciri2 madu tu kalau asli mesti ade buih atas die...
Yang ni aku tengok ade je buih die...
Taktaula kalau die letak buih sabun ke hape..
haha...

Aku beli madu ni bukan ape...
Since yang aku amalkan makan madu sebelom p check up mengandung tiap2 bulan tu, alhamdulillah setakat ni bp aku ok...
Aku pun risau gaklah kan sebab aku ni suka makan garam...
Lagipun bile makan madu ni perut jadi kenyang...
Loya pun kurang sikit...
.
.
.
Lepas beli madu...
aku ajak hubby aku berjalan pegi kedai cenderamata pulak...
nak beli something tapi taktau nak beli ape...
hehe...
sengal je kan..
Puasla aku dok tawaf satu kedai... 
macam2 yang aku belek...
Last2..
Aku rembat die ni...
.
.
.
.
V

Comey x?
Tak tau nape ley berkenan plak dengan die ni...
Ade yang besar siki tapi aku tak berkenan...
Kebetulan size die ni tinggal satu je...
Ape lagi...
Aku kalau carik barang suke cari bende yang dah tinggal satu...
kire specialla kononnye...
hubby nak bayarkan tapi aku tak kasi...
Aku cakap kalau die nak belikan, kene sorok2 dari aku...
serprise...
Hehe...
so sekang ni aku dah ade teman baru...
cume aku taktau nak bagi nama ape die ni...
Ade cadangan?

Saturday, December 11, 2010

Belog Bosan


Sejak demenjak ni aku rase blog ni macam membosankan je...
rase x?

.
.
.
.

Friday, December 10, 2010

awekinside 1st Giveaway






buat sekian kalinye aku menyertai giveaway lagi... Hehe... Menang kalah tak jadi hal.. Janji happy!

Aku berminat nak join giveaway ni sebab... ni 1st giveaway dari adeq diha aku ni...hehe... So mestilah aku nak join giveaway di ni kan... hehe..

memandangkan aku kene tag 2 org... so aku nak tag

http://mynameisile.blogspot.com/
http://averybodynme.blogspot.com/

OUR FIRST LUCKY DRAW by kantanmerah






hari ni aku nak join satu lagi lucky draw yang di anjurkan oleh kantan merah... Sebabnye... Hadiah2 die cute giler ko..... Aku cukup berkenan dengan bende2 cenggitu... Hehe.... Tarikh last die 12.12.2010 ni... Sape nak join dipersilakn... klik di sini ye...

Tag By BrainFreeze


Aku tag die... die tag aku...hehe... Anyway thanx ye cik shiera... Bersungguh2 aku perah otak nak jawab tag ko ni taw! Ahak...

25 Random things Pasal Aku?

(apo x bubuh 50 yo...hukhuk) 

1. Nama aku Norlizar... Orang selalu panggil aku Liza... Hubby aku panggil aku 'sayang'... Adik beradik / anak sedara / sedara mara panggil induk meaning makcikla tu... Mak aku sorang je masih panggil aku adik sampai sekarang... Haha... dulu ader member skolah rendah yang dengki panggil aku 'lizard'! Bengong tol...

2. Aku anak bongsu tapi tak berape nak manje... Sries ko! Walaupun orang kate aku ni manje tapi aku rase takdela manje sangat punnnnn... Ahak.

3. Aku jarang bersolek... Kadang2 nak pakai bodak pun maleh... Huhu... Sojak kawen ni lagilah maleh... Kang bersolek lobih2 hubby den dah pandang semacam jo kang... Tah goram ko... tah tak bokonan ko... tak taula... Ahak.

4. Dulu2 aku ni suke nau berangan... Pastu buat novel... Sampai sekarang 1 pun bolum siap lagi... Camno?

5. Mase kecik2 aku ni nakal2 takut... sebab bapak aku boley tahan garang... Haha. 

6. Mase kecik tak baper nak best sebab aku selalu kena buli dengan kakak2 n abang2 aku.... Dah bosa ni sendiri mau ingatla yo sapo yang ponah buli den tu dulu... Anak korangla pulak mangso eh!hahahaha......

7. Den ni garang! Tanyolah kengkawan lelaki sekolah den... mesti dieorang akan kato den ni dulu garang! Haha... Kek anak2 sedaro den... den ni menyingo bilo dieorang tak makan saman bona! Kalau perangai eh baik... memang den manjo2 an...

8. tengok citer romantik pun aku boley gelak... Tapi tengok citer lawak tak gelak pulak... Ade masalah kat urat gelak aku kot... hiiiiiiiii....

9. Sekang ni tengah dok berkenan tengok Zizan(raja lawak). Citer capalrela tak miss tiap2 minggu... Owh zizan.... bilala dapat jumper zizan ni....hehe... (psssttt.... jangan mare ye hubbyku sayang...)

10. Suke budak2... P kalau dogil  bona siapla ko! Haha...

11. Bekas student OUM... amik course Diploma pendidikan awal kanak-kanak tapi tak abes belajar....Huhu... Rugi tol... Sekang ni nga daftarkan diri untuk sijil modular dalam bidang pastri plak... Tak lame... 4 bulan je....

12. Minat buat kek... Selalu buat kek untuk makan2 kat opis... Sekang tgh mempertingkat lagi ilmu dalam bidang buat kek ni...

13. Mase sekolah pendiam p bila dah bosa panjang ni mulut macam borotih jagung! Haha...

14. Suke duduk lame2... diam2.... kat kedai buku... Daripada kedai tu bukak sampai kedai tu tutup pun aku boleh duk kat dalam tu... Bukan bace sangat pun... suke dok membelek2 je... hehe...

15. NBY... kereta pertama hasil titik peluh aku keje selama ni... Sayang sangat keta tu... 2x xcident tapi aku tak rase pun keta tu suei... Aku yang tak reti bawak keta sebenarnye..... Huhu...

16. Lupe pulak... aku suke wane purple / pink... Tu sebab name belog aku Kerudung Ungu... Tapi takderla macam kak Red yang fofular tu de... Mue abes wane merah...hehe... Sori ye kak Red...

17.  Aku bukan orang yang penyabar..... ketahuila semua...haha. - baby jangan jadi macam mama ye...hehe-

18. Pantang aku orang kuang ajar kat atas jalan raye... Ingat bapak die punye jalan ko?????!!!! %#@@@&^%. Sekarang aku dah dapat memori card aku balik so pasni siapla... sape yang kuang ajar sangat tu.. memotong sesuki hati... siapla aku amik gambar / video korang! aku letak kat youtube ke... fb ke... biar semua org tau! Padan muke...haha.

19. Aku ni pelupe.... letak barang kat tempat len pastu cari kat tempat len... pastu marah hubby kate die sorokkan....haha.... Apela aku ni... Ubat pun selalu lupe nak makan... Sib bekla misi tu takder 24 jam kat depan mate aku...hehe....

20. Tak gemar nau pasang aircond dalam keta... sesak lobang idung aku... Kalau pasang aircond confirm aku mengantok pastu... Berbeza dengan hubby aku... die suke beraircond... lau tak mengantok.... Polik tol...

21. Sampai sekang aku suke makan nestom....haha... Rase macam bayiiiii.... hhiiiiiiii

22. Orang selalu kate aku punye sore halus je... Selalu kalau aku bercakap, orang len tak dengar... Pelik tol... Padahal aku rase cam dah nak tercabut anak tekak aku taw!

23. Aku suke tido.... Cepat mengantok.... Nape tah...

24. Aku ade 1 patung besar budak kat rumah... Mak aku belikan kat pasar bundle mase kat Perak... Syok owhhhh..... RM50 je ko...

25. Aku tak minat sangat nak pakai barang kemas bebanyak.... Macam orang tue aku rase...hhehe...

2la die..... 25 perkara tentang aku... Rase cam nak sambung lagi p nantila entry yg akan datang ye...hehe...

Aku malas nak tag... sesape blogger yang rajin nak buat tu buatla ye... Chayok!







Thursday, December 9, 2010

Looking Great Smile 2010 contest by Zainatun Adilah


Haha... Great smile ke aku ni? Kalau hubby aku maybe la kot... Senyum sampai ke telinge pun boleh die tu... Hehe...

Kali ni aku ditag oley Cik Diha kite... Sib bek aku jenguk blog die... Lau tak taktau pun die ade tag aku... ei diha ni... Lupe yea... :-) Takpe2... Yang penting aku nak join jugak! Haha... Walaupun ku tau senyumanku ini tak menggode langsung! Ahak2...

Oleh kerana contest ni takder syarat2 yang pelik... so aku nak letakla pic ni.....

Ha! Ni gambar mase aku bertunang awal tahun ritu...

Bukan aku taknak taruk gambar lain... masalahnye kat pc ni cume ade gambar2 tu je... Yang lain mue ade dalam laptop n external hard disk... Camno? Nak terimo... terimola... tak ondak... xpola... nak wek camno kan? Isk2...

Maklumat pasal contest ni korang boleh tengok kat sini.

Then yang aku rase memang sonyum maneh n great2 punyo adolah...

http://mynameisile.blogspot.com/
http://ryehannazz.blogspot.com/
http://broeluvayla.blogspot.com/
http://akumalasnakfikir.blogspot.com/
http://averybodynme.blogspot.com/

So enjoy da contest! hikhik!

Tergezutt aku...


Actually ini cerita pagi semalam...
Mase aku pegi beli sarapan kat taman belakang opis ni...
Lepas beli mihoon soto, nak p beli roti or biskut kat kedai runcit bawah tu...
Sebelom tu lalu kat 1 kedai buat roti ni...
Nampak roti gula yang kering tu kan...
Cam teringin je nak beli...
Then aku pun cepat2la pegi beli biskut n paper...
Belom sempat nak bayar, tetibe aku dengar orang terjerit-jerit kat kedai roti tu...
Berderau darah aku do...
Tuan kedai ni pulak terus je berlari p tengok...
Ade 3-4 orang perempuan kat dalam kedai runcit tu pun dah tergamam je muke memasing...
Then tak lame pastu pembantu kedai tu bagitau rupenye tangan anak toke kedai roti tu kot termasuk dalam mesin...
Adohaiii.... 
Entah macam manelah gaknye tu...
Dieorang kate tak putus... Cume tersepit je...
Isk3x
Terus terbantut aku nak membeli roti kat situ...
Then sekarang taktaula budak tu ape citer...
Mase aku pegi tadi tengok kedai tu tutup lagi...
Hmmm...
Budak2 sekarang lasaknya len macam kan!
Lagi ditegah... lagi dibuatnye...
Nak buek camno?

Monday, December 6, 2010

Gieyana's LovE ConteST


Kali ni saya mempertaruhkan gambar kawen saye ritu...
again...
haha...
Tapi posing yang lenla kan..
semoga perkahwinan kita ni berkekalan hendaknye ye abi...:-)

Sape nak join boleh join kat sini

Atas permintaan tuan punye contest... aku tukar gambar untuk contest ni.... Hope x kene reject lagi... ahak2x...

Ahak! Maaf... Kau buat lawak ke?

Aku tak pastilah aku patut gelak ke tak... Yang pastinye nasihat die memang kelakar... Kelakar macam mane ko taw... Kelakar yang buat kalau boleh aku nak berguling... memang aku dah berguling dah mase tu... Haha...

Boleh pulak die tanye aku diet ke time aku peknen ni? Dalam hati aku berkate.... Gilo apo den nak berdiet time mengandung ni! Time buncit sesaje dulu bolehla nak diet2... Apola punyo soklan.... Goli ketiak den maso dongar soklan eh... Tapi kawan punyo pasal den sonyum yola... Kang lagi banyak hujah2 eh kang... maleh den nak dongar... Kok munasarawak takpo gak...

Nak den bengkeng an kang... Die cakap lagi banyak dari boroteh jagung... Sampai den nak mintak balik pun tak dapek... sudah eh die yang suh den balik sobab dah sonjo kato eh... Tak elok.... dio katolah... Yang dio tak bonti2 bercakap tu sapo suruh?

Tu yang den maleh tu kalau jumpo dio tu... Cakap macam professor serba tau... Montang2la dio lagi dulu beranak daripado den... Kok yo pun bagilah tips2 yang berguno sikit... Ayohai... maleh den nak cakap...

Sudah eh mao poi check kek klinik tadi borek den naik toghus pek kilo... Amik ko! Tu diet bonala tu...haha

Pehni lau ado lagi yang bagi nasihat @ soklan yang mengarut camtu memang bantai kono golak yo peh tu... Sendiri mau ingatla yo..

Kek Coklat Strawberry

Sebenarnye ni permintaan hubby aku sejak aritu lagi tapi memandangkan buku resepi aku hilang so asik tertangguh jela jadinye... Hmmm... Manelah peginye buku tu...

Then aku p la godek2 resepi baru... Nak cubela kononnye... Hmmm... Nampak dalam gambar sebijik macam yang selalu aku buat sebelom ni... Tapi bile aku try.... hmmm... maleh nak cakap...
Macam hampeh je rasenye...

Tak taula tang man yang silap... Uwaaaa... mase nilah terase penyesalannye sebab terhilangkan buku resepi aku tu..... huhu...

At 1st hubby cakap ok je rasenye... 2nd time bile cube balik terus jadi pahit... Isyy... nape tah... sebab aku campur dengan milo kah? Hmmm... Tak sengaje owhh... Aku ingat serbuk koko dah abes... So aku memandai ler tambah milo mak aku sampai habis...hehe... Padan muke aku!

Ape2  pun persembahan tetap mantap ko! haha

Tadaaa...



Kek ni besar sebenarnye tapi aku kecikkan die... senang nak ngap...haha. Sorila gambar die tak baper clear sebab guna blueberry aku ni... Memory card baru je dapat td daripade Shiero. Thanx my prenz.. Hehe...

By the way.. aku tak ingat aku dapat resepi ni dari mane... main tepek je..hehe... Tuan rumah jangan mare ye... i copy paste je resepi u ni....hehe...


Resepinye ade di sini...


Bahan:- (loyang 21 x 21 x 3 cm)
  • 2 cawan tepung gandum } diayak
  • 2 sk baking powder } bersama
  • 2 cawan gula halus
  • 4 biji telor gred A
  • 250 gm butter
  • 2 sk esen vanila
Bancuhan koko (Pes Coklat):-
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 cawan susu cair (akak guna fresh milk)
Cara Membuat:-
  1. Untuk bancuhan koko, masukkan serbuk koko, gula halus dan air panas dalam periuk. Jerang atas api perlahan, kacau rata sebentar hingga berkilat. Tutup api dan biarkan sejuk dalam suhu bilik sekejap. Tuangkan susu cair, kacau dan ketepikan.
  2. Sementara itu, pukul rata gula dan butter hingga kembang.
  3. Masukkan telor sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
  4. Masukkan esen vanila dan gaul rata.
  5. Masukkan tepung yang diayak tadi berselang seli dengan bancuhan koko tadi. Gaul rata dengan spatula.
  6. Masukkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180C.  

    Ada Jin Ka?

    Haha... Tajuk pun  meong hari ni... Memandangkan ari tu aku dah terlepas tarikh lawatan... so ari ni kenalah pegi check kat klinik.... Again! Huh...

    Macam biaselah rutinye bile sampai2 je terus letak buku kat kaunter pendaftaran then p amik urine test... Untuk..... tengok kencing kotor ke x... Camtula kira2nye... Then tunggu jap sebelum die suh timbang... Bila timbang...Fuhhh... tak sangke berat aku naik mndadak ko! Dari 5o kg terus naik sampai 54 kg... Giler kentang...

    Pastu check perut cikit... amik darah... test HIV.... perghhh... Rini sampai 2x jari aku kena cucuk... Mule2 test biase  tu.. dah elok2 aku nak lega terus nak meleleh air mate bile tau nak kena cucuk balik sebab die lupe yang aku belom buat HIV test...huhu.... Kejamla...

    Then tanye2 cikit... Pastu die terangkan pasal susu ibu.... Ade je bende yang aku nak tanye... Yela... 1st time kan... kenalah banyak tanye... Pastu tu yang kena bebel sebab berat badan aku naik sampai 4 kilo tu.... Cehh...

    Aku rase aku makan lagi sikit daripade biase... Cume semalam jelah makan terlebey sikit... Hehe... Camne tah boley naik sampai 4 kilo pulak... Ada jin ka? Haha... Tak pasal2 kena pegi check tekanan darah setiap 2 hari sekali... Adei....

    Takpe2... baby punye pasal, mama tak kisah... Janji anak mama dalam ni selamat n sihat.... amin...

    Nurse suruh lebeykan sayur n buah2an.... Kalau buah tu boleyla kot... sayur...... emmm.... untuk baby aku cube gaklah.... Hmmm... tak pasai2 mama kena makan sayur baby oiii....

    Pastu aku dapat lagi sebeban ubat... huh... tambah loya anak tekak aku nengoknye... Hmmm... demi baby kan.... Moge die sihat & happy kat dalam tu...hehe...



    Thursday, December 2, 2010

    Rindu Nak Balik Rumah

    Sejak demenjak ni aku and hubby aku asik berulang dari rumah mak aku atau mak mentua aku je... Kain baju pun dah banyak berangkut ke rumah mak mentua aku... Hubby aku punye kejelah tu... Aku suh amik almari tingkat tu je... dia bantai angkut kain baju sekali...

    Hmmm... entah bilalah dapat duduk secara tetap kat rumah sendiri.... Asik berulang je tak best gak... Lau duk umah mak aku confirm hubby aku selalu lambat pegi keje punye... (kat umah mak die pun same...Huhu). Then dapat jugaklah aku sediakan bekal buat hubby aku...

    Kalau kat rumah mentua aku... jarang kot sebab selera dieorang dengan selera aku berbeza.... Huhu... Almaklumlah n9 vs Johorian mane nak same tekaknye...Hehe. Tambahan pulak sejak berbadan dua ni... Selera aku lebih terarah pade masakan mak aku sendiri@ N9 punyo masakan. Len2 kureng...

    Kalaulah kat rumah aku dah ade peti ais............. Dahla kedainye jauh nak mampos... Rase macam nak bukak je kedai kat depan rumah tu... Eiii entahla.... Nasib baiklah tu rumah mentua aku.... tak payah nak sewa2.... Kalau tak membazir je...

    hmmm... harap2 tahun baru nanti aku dah duduk kat sane terus... tak payah nak berulang2 lagi... Penat ooo...

    Wednesday, December 1, 2010

    Mee Bandung Desa Temu Jodoh...


    ~tetibe cam teringin sangat nak makan mee bandung kat desa temu jodoh~

    Apa Erti Best Friend?


    Ape maksudnye best friend tu ye? Maksud yang sebenar-benarnye? Korang taw?Tolong bagitaw aku sket... Aku rase macam aku dah conpius dah ni...

    Adekah best friend tu cume sorang je kat dunia ni? Kalau dah banyak2 tu bukan best friend... Betul ke? Jawablaaa....

    Adekah best friend tu diukur pade berape banyak yang die ingat kat kite? Mcam mane kite nak ukur? Pakai pembaris? Ke nak pakai timbang?

    Adekah best friend tu dikira pada berape banyak kali kite berhubung @ berjumpe dengan die? Kalau dah tak jumpe tu maknenye bukan best friend lagi dah ke?

    Adakah best friend tu jugak dikira pada berape lame kite kenal die? Kalau baru kenal maknenye tak boleh jadi best friendla ye?

    Adekah best friend ni ade mase kite susah je? kalau kite dah senang... kite tinggalkanlah die... tapi die tak pernah tinggalkan kite... Macam tu ke?

    Sejak akhir2 ni aku jadi keliru dengan maksud best friend ni... Cik Puan shiera boleh tolong terangkan x?Hehe...

    Kalau korang ade kawan baik sejak sekolah rendah kemudian 1 hari die berkahwen dan punya kehidupan die sendiri... Sampai 1 ketika die tak lagi menghubungi korang... Adakah korang akan terus putuskan hubungan korang dengan die?

    Rambut sama hitam ma...


    Dah xley pakai kot peribahase tu... sebab sekarang ni macam2 kaler rambut dah aku tengok... Ade merah... ad ijau... ade karat... Habes tu nak pakai peribahase ape ek?hehe... Sendiri mau bikinla ye...

    Tapi aku bukan nak citer pasal rambut or nak bagi korang tips macam mane nak jage rambut ke hape... Ni nak citer pasal perangai masing2 yang bermacam2 ragam ni... kadang2 rambut je same tapi perangai masyaAllah jauhnye berbeza... Ape taknye len2 mak bapak kan...

    dalam kehidupan aku seharian pun aku jumpe macam2 ragam perangai orang ni... Ade yang hatinye jernih... tapi tak redha...haha. Ade yang hatinye busuk... lagi busuk dari bau longkang... Ade yang jahat... jahat kalah setan... Ade jugak yang seteng2... (1/2-1/2la tu...)

    Ade pulak... kite nampak orang tu baik sangat... Muke suci je bak kate kengkawan aku... Tapi perangai masyaAllah... Kalah perangai berok! Ade taw... Aku memang tak layan orang macam ni terutamanye kalau die buat taik dengan aku... Biarla die dengan dunia die...

    Ade pulak... yang die ni perangai seteng2... Ade yg baik ade yang buruk sikit perangai die...Haha... Yang ni pun aku layan seteng2la kan... 

    Ade jugak... yang hati punyelah jernih... orang yang die benci pun die boleh layan lagi... boleh tolong lagi... Sejuk perut mak die melahirkan...hehe... Tapi ade mase die tetap akan merungut sebab itu bukan diri die yang sebenar... Cume dek hatinye tu terlampau suci murni... Tak sampai hati nk balas balik kejahatan dengan kejahatan ni lah jadinye...

    Aku sendiri ade mase hati aku setulus2nye menolong orang atau berkawan dengan orang... Ade masenye macam tak redha je...haha. Yang penting sila tengok expresi muke aku... Kalau aku masih lagi boleh tersenyum pade korang maknanye oklah tu... Kalau muke korang pun aku taknak pandang tu paham2 jelah ye... Aku pun taknaklah berpura2... Na buat ape kan jadi hipokrit?

    Tuesday, November 30, 2010

    Pasal Mimpi Pun Nak Emo...

    Since semalam aku asik mimpi pasal hubby aku je... Nape tah... Sampai tak cukup tido aku dibuatnye... Hari ni pun same... Mimpi lagi.... Hmmm...

    Bukan setakat mimpi je masalahnye... Bila terjaga dari tido je mesti nak emo2 sekali...Hehe... Yang jadi mangsenye dah tentulah hubby aku tu... Mangse kena marah disebabkan mimpi tu.... Sian die...

    Nak uat camner kan... dah yang aku mimpi pun pasal die... kot org len tu lantakla... Nak tau mimpi ape? Hehe... semalam aku mimpi ade orang tah bunian ke tah dari kayangan ke dok berkenan kat hubby aku... sebijik macam citer ulek mayang tu kate hubby aku... Bukan setakat berkenan je tapi sampai buat hubby aku tu lupekan aku sekali... Isy3x.... sisih malaikat 44...

    Sudahnye aku doa pade Allah untuk dapatkan cara nak selamatkan hubby aku tu... Alhamdulillah akhirnye setelah berhempas pulas aku dapat selamatkan die... Huhu... dasat tol mimpi tu... Bile aku terjaga aku tengok jam rupenye baru pukul 2 pagi.... Pastu langsung tak boleh nak tido... Sudahnye pagi ni mate aku macam mate garfield jadinye...

    Bile aku cakap dengan hubby aku... die boley buat lawak plak tu... Die siap cakap lagi mimpi tu kan 'sleeping player'.... haha... Pape tah hubby aku tu...

    Hmm... Tapi dalam dua2 mimpi yang aku dapat tu aku jadi orang yang penyabar... Dalam mimpi aku pagi tadi aku siap berdoa lagi pada Allah... Dan alhamdulillah doa aku tu dimakbulkan.... (dalam pade nak menyelamatkan hubby aku tulah...). Tu jelah yang bagusnye pasal mimpi tu... Yang len tu cam mengarot je... (hubby aku kate memang mengarut pun! haha)

    Pernah aku terbace satu artikel ni... die cakap perempuan mengandung ni memang akan kerap bermimpi... ntah betul ntah tidak wallahualam... Korang pulak macam mane?

    ++Jom Kita Tukar Link!++