My Nuffy

Thursday, October 27, 2011

TIKET BOLA FREE!

Bertuahla kalau dapat tiket free tapi tak pegi kan! Haha... Baru tadi bos offer tiket bola tapi bukanlah free pun... Untunglah kalau dapat tiket free. Aku jual balik tiket tu... haha. Tapi sayangnya tak dapat nak pegi pun sebab abi takmo pegi... Katanya, lebih baik duduk kat rumah je tengok kat astero arena! Lagi best! Ceh...

Semalam dok borak pasal harga tiket + nada MB yang sedih sebab tak dapat bagi subsidi macam Terengganu dengan abi.Bagi aku kalau dah betul-betul minat dengan bola, harga tiket mahal mane pun mesti kita akan pegi jugak kan? Ke bila orang putih main je kita sanggup nak bayar harga tiket mahal2? Huh... ~ Samelah macam rokok... Mahal mane pun orang tetap gak beli. Pelik!

Hari ni pulak berita gumbiranya MB 'terpaksa' gak bagi susbsidi tiket untuk penyokong-penyokong 'Hobin Jang Hobin'. ~ Jangan sampai aku tak dapat bonus tahun ni sudah! Tapi abi cakap ramai yang lagi yang mogok tak nak pegi sebab dah tawar hati. Adeh dah bagi subsidi pun merajuk jugak ker? Apela... 

Kalau tak mengenangkan aku ader anak kecik dah lame dah aku sambar tiket bola tu tadi. Bolehla berjimba-jimba dengan encik abi kat Shah Alam! Honeymoon ma....Hihi. Selamat berjuanglah kepada semua termasuk yang menonton. Jangan ganas-ganas sangat kat stadium orang okey nanti kena tarik balik subsidi...hehe.





Monday, October 24, 2011

Memanjakan Biar Berpada.

Seorang emak akan menangis/sebak bila tak dapat menunaikan permintaan anak tersayang... Walau sesusah mana sekalipun hidup... Permintaan anak no 1. Tak salah memenuhi permintaan anak tapi biarlah berpada-pada... Takkan kita nak ikut je semua kehendak die kan? Tak pandai belajar pun takpe asalkan anak gembira???! Tak reti aku nak ikut perangai macam tu... 

Zaman kanak-kanak aku pun bukan semua kehendak aku dipenuhi mak ayah aku...  Walaupun aku anak bongsu a.k.a anak manja... manjalah sangat... Rajin jugak memintak macam-macam tapi tak pernah pun mintak barangan yang harga puluh-puluh ringgit ke ratus-ratus ringgit... Tak pandai. Tak pernah dapat pun! Tapi budak-budak sekarang lain. Mintaknya handphone/iphone/psp/ps3. Aduhai... Kalau mak paknya kaya takperlah jugak... Beza sangat budak dulu dengan budak sekarang. Bezanya ajaran mak pak kita kan...

Mase aku sekolah rendah dulu takder pun handphone2 ni... Tulah pondok telepon depan sekolah tu yang kadang-kadang dah JAHANAM. Budak-budak sekarang? Semuanya nak bergaya pegi sekolah bawak hp canggih-canggih. Dah hilang tau pulak melalak. Jaga elok-elok tak mau! Pastu ader pulak yang terlebih advance amik gambar yang bukan-bukan guna hp. Kalah mak paknya.

Game? Itulah game tape angah aku punya aku pinjam. Pastu kena tarik balik sebab asik main game tak belajar... -Bapak aku katalah- 
Budak-budak sekarang? Dengan pspnya... ps3nya... Raye hari tu anak sedara aku sorang 1 dapat psp daripada bapaknya. anak sedara aku 4 orang... 4 x RM 6oo = RM 24oo! _Takper bapak die kaye... -dalam hati_ daripada membazir tu bek bagi aku pinjam. huhu.

Anak ibarat kain putih... Bukankah kita yang mencorakkan kain putih itu? Kalau hitam yang kita corakkan, hitamlah dia... 

 






Pelupa.

6.24 am!
Macam mane buley tak sedar! Padahal selalu aku kunci jam pukul 5 am, 5.3O am sebab abi nak siap-siap pegi keje. Kali ni dua-dua tak sedar! Selalu letak hp kat tepi katil ni hp tengah cas plak... Adeh! Kol 7 dah sibuk nak mngepam plak sebab cik B dah bengkak. Habis basah luncun.

Gerak daripada rumah dalam 7.4O am. Tengah jalan baru teringat pam kat dalam beg aisy. Supplements pun! Semuanya tinggal! Aduhai... macam mana tah boleh jadi pelupa sangat... Sama ada kena ber marmet karang ataupun aku kena rush jugak balik amik pam. Aduh malasnye...


** boleh tak nak buat-buat lupa yang aku ader banyak kerja???! Hihi






Friday, October 21, 2011

BerHabuk Sudah!


Lama dah tak membelogkan diri... Jenguk selalu tapi macam takder perasaan jer nak tulis pape... Tambahan sekarang tengah berjinak-jinak dengan dunia Shaklee. Wehuuu... Manelah tau ader rejeki aisy di situ... Semua yang mama buat hanya untuk aisy...:-)

Banyak benda nak citer tapi entahla... belum ader m.o.o.d nak berbelog secara ghairah lagi. Kepala tengah buntu. Banyak feninla... Rindu sebenarnya nak berceloteh + mengomel + maki orang kat belog ni. Haha. Pelan-pelan kayuh okeh! Kalau rajin nanti ai update. Kalau tak rajin, tolonglah datang jenguk sapu-sapu habuk aper yang patut. Hehe.
Kla ni pun dah nak balik dah... Tak sabar nak balik hug aisy yang kena tinggal tadi. Aisy doakan mama ye..:-)

Iklan Percuma : 

Preloved medela swing

Almost new...10/10

Baru je beli untuk dijadikan spare pam kedua...
nak jual rm 600 termasuk pos.

**freegift

Autumnz - Double Zip Lock Breastmilk Storage Bag (25 bags)

Sekadar Berkongsi rezeki yang ada...
Member ID = 865842

HP No. = 0194921944

Email = rizqinshoppe@yahoo.com

**Saya berikan harga ahli kepada semua.Jika sesiapa ingin memdapatkan product shaklee di cawangan Shaklee,anda boleh menggunakan no. ID saya untuk mendapat harga potogan iaitu harga ahli.Terima kasih.**
** Jika anda ingin menggunakan no. ID saya untuk membeli fullpack, pastikan anda maklumkan kepada saya untukmendapatkan freegift daripada saya. TQ.

 

 





Friday, October 7, 2011

Antara Buget Dan Bola.

Antara buget 2O12 dengan bOla Malaysia vs Australia...
Dah tentu aku pilih mengepam!
Haha...
Buget 2O12~ malam ni ley tengok kat tv mase berita. Bola pulak dengar jelah dari dalam bilik... Busan nak tengok sebab dah 4-O. Adeh! Baru kejap tadi puji penjaga golnya... Dah hampeh balik! Hmm biaq pi lah... 

Buget 2O12 pun tadi tanya kat hubby aper citer... Dengarnya dapat 8%-16% kenaikan gaji tahun depan... Bonus tak tau ape citer... Umur persaraan dilanjutkan sampai 6O tahun... Adeh! ketaq lutut mak noks! Ahak. Yang paling untuk dengarnya cikgu cikgilah... Yang tak berapa nak untung? swasta? Huhu... Ramai jugak yang mengeluh kat fb tadi... Dah dengar buget ni pandai-pandailah kita nak menilai ye... Jangan sampai tersalah pilih nanti...

** Hasil hari ni ~ sesi pertama 9 Oz + sesi kedua 4 Oz = 13 Oz. Ahlamdulillah.






Wednesday, October 5, 2011

Aisy Nak Makan?


DAH LAMA DOK PENDAM TAPI ASIK TERLUPA JE NAK LUAHKAN... PELIK KAN! ~ ASAL AKU DOK GUNA TULISAN BESAR PUN ENTAHLA... SYOK PULAK TULIS DENGAN TULISAN BESAR-BESAR NI... MENCURAH-CURAH IDEA RASANYA TERUTAMA BILA TENGAH BENGANG DENGAN TUTTTTTT.... HAHA.

AISY BARU 4 BULAN TAPI RAMAI DOK BISING-BISING SURUH AKU BAGI AISY MAKAN. APEHAL? ANAK KAU KER? SAKIT BALIK HATI AKU NI BILA MENGENANGKAN PERISTIWA-PERISTIWA TU... AKU TAK PERNAH PAKSA ANAK KAU MAKAN SO APEHAL KAU NAK PAKSA-PAKSA AKU BAGI MAKAN ANAK AKU?

SEINGAT AKU SELAMA AKU BAGI AISY SUSU BADAN SEPENUHNYA NI TAK PERNAH PULAK AISY KENA GASTRIK! MAKIN TEMBAM DAN BERISI BADAN DIA ADELAH. SEMUA ORANG NAMPAK TAPI TAK PAHAM-PAHAM. KENAPE EK? SUSAH SANGAT KER NAK PAHAM?

DAH BERULANG KALI JUGAK AKU BAGITAU... KALAU DAH SAMPAI MASA NANTI AKU BAGI JUGAK AISY MAKAN CUMA BUKAN SEKARANG... ALHAMDULILLAH MAK DENGAN MAK MENTUA AKU DAH BOLEH TERIMA... CUMA ADER JE SEDARA YANG TAK BERAPA MARA ASIK PAKSA ANAK AKU MAKAN. SIAP SURUH PAKSA / SUAP ANAK AKU DENGAN MAKANAN LAGI DEPAN AKU. SAKITNYA HATI! RASA NAK MENANGIS RASANYA BILA BERHADAPAN DENGAN ORANG YANG TAK FAHAM BAHASA MACAM NI.

SELAMA 4 BULAN AKU DAH BERUSAHA UNTUK MEMBERI YANG TERBAIK UNTUK ANAK AKU IAITU SUSU BADAN. AKU SANGGUP BERHABIS DUIT UNTUK BELI SUPLIMENTS, BREAST PUMP ETC. DUIT AKU SENDIRI! AKU ULANG DUIT AKU SENDIRI! BUKAN DUIT SUAMI AKU... BUKAN DUIT MAK AKU ATAU DUIT SESIAPA SO APEHAL DIEORANG NAK MENYIBUK?

AKU BERUSAHA KERAS MENGEPAM, BUAT STOK EBM UNTUK AISY... BUKAN AKU MINTAK SEN DENGAN DIEORANG PUN... APER DIEORANG NAK KISAH? HMM... MENCI TAPI APE NAK BUAT DALAM HIDUP NI SELAGI ORANG TU MASIH HIDUP SELAGI TULAH AKU KENA MENGADAP DIA. HUH.

ITU SEBABLAH AKU BELUM YAKIN NAK HANTAR ANAK AKU PADA ORANG LAIN. THE END!




Wordless Wednesday_ Macam-macam Hal.

HARI NI DUE DATE NAK BAYAR DUIT MOTOR YANG DAH TERTUNGGAK LAMA. DALAM SURAT CUMA TULIS RM 156O.OO SAHAJA! TAPI BILA PEGI KEDAI DAH JADI LAIN PULAK. DARIPDA RM 156O.OO DAH JADI RM 2368.OO ( UPAH TARIK + BAYARAN BULANAN BULAN OKTOBER + ROAD TAX). HANGIN JE AKU DENGAN CINA TU. HARI TU MASE PEGI KEDAI TU MEMANG AKU MAKI CUKUP-CUKUP. MANA TAKNYA DIA CAKAP DENGAN MAK MENTUA AKU LAIN, BILA DAH SAMPAI KEDAI CAKAP LAIN PULAK. CADANG NAK BAYAR HABIS TAPI BUGET TAK MENCUKUPI. TAK APALAH ADER REZEKI INSYAALLAH AKU BAYAR HABIS TERUS.

LEPAS TU ABI DAH JANJI, KALAU AKU BAYAR HABIS MOTOR TU, DIA AKAN TUKAR NAMA MOTOR TU KEPADA NAMA AKU. YEAY! MEMANG DARI DULU AKU NAK SANGAT MOTOR SKUTER! DARI ZAMAN BUJANG DULU... KEKZAM PERNAH OFFER MOTOR DIE. DIA BELI GUNA AEON. KIRA SAMBUNG BAYAR JELAH SEBAB DIA PERCAYAKAN AKU TAPI AKU JER YANG TAK SANGGUP SEBAB BULANAN TINGGI. KALAU TAK MEMANG AKU DAH REMBAT DAH MOTOR KEKZAM DULU.

TADI PUN SEBENARNYA TAK CUKUP DUIT DAH... DAH BERKIRA-KIRA BALIK TENGAHARI NI NAK PINJAM KAT MAK TAPI TADI BILA CHECK AKAUN ADALAH DALAM RM 6RAT MACAM TU LEBIHAN PINJAMAN HARI TU. ALHAMDULILLAH. SEMUA TU REZEKI DARI ALLAH. MUNGKIN ADA HIKMAHNYA DI SEBALIK SEMUA NI. MUNGKIN AKAN AGAK SESAK SIKIT BULAN NI TAPI TAK APA, AKU YAKIN ALLAH AKAN PERMUDAHKAN DAN MURAHKAN REZEKI KAMI ANAK BERANAK. AMIN.

KERETA WIRA YANG MERAGAM BELUM SEMPAT NAK DIBAIKI... HMM.. BILA TUANNYA DAH TAK ADE MACAM-MACAM HAL PULAK DIA.. INSYAALLAH LEPAS DAPAT SKUTER AKU BALIK, AKU AKAN BAWAK SKUTER JE. TAK KOSER NAK BAWAK KETER LAGI DAH KECUALI KALAU ADER HAL. LAGIPUN MAK MENTUA AKU YANG BAYAR KETE TIAP-TIAP BULAN. BIARLAH KERETA TU ADER DEKAT DENGAN TUANNYA. PANDAI-PANDAILAH ADIK IPAR AKU NAK MENYETAT KETA TU NANTI + DIA PUN MEMANG KENA BELAJAR SEBAB NANTI DIA JUGAK YANG AKAN GUNA KETA TU.

** BY THE WAY SESI PERTAMA MENGEPAM HARI NI DAPAT LEBIH KURANG 9 OZ. ALHAMDULILLAH. BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG DAPAT. AMIN.





Tuesday, October 4, 2011

Lagi-Lagi Pasal Susu dan Shaklee...:-)

Alhamdulillah... semenjak seminggu yang lalu aku dah dapat buat stok ebm buat aisy... Dah tak payah nak gundah gulana susu tak cukup ke hape... Alhamdulillah sepanjang siang tadi aku dah dapat mengumpul hampir 14 oz ( 4 oz dah guna sebelum aku pergi kerja tadi). Balik tadi tengok ader lagi dalam 4 oz yang tinggal dalam freeze. Yang beku pun ade 2 botol besar dalam 9 oz dan dlm 8 botol kecik 2 oz... insyaallah malam ni nak tambah lagi...

Mungkin ade yang rase ebm yang aku hasilkan xlah seberapa pun... tapi alhamdulillah setakat ni aisy masih lagi belum merase susu formula macam mula-mula dulu. Sekarang pulak aku dah dapat kumpul stok ebm semula. Alhamdulillah.

Tapi sayangnya masih ada jugak yang tak faham pasal konsep pengepam ni contohnya :

# Kerap mengepam atau menyusukan baby, susu akan berkurangan. so kena tunggu sampai breast penuh atau keras dulu baru boleh mengepam semula. Mula-mula aku ingat macam tu jugak tapi bila aku rajin bertanya dengan member kat group shaklee gbs barulah aku tau tanggapan tu tak benar sama sekali. Kerap mengepam atau menyusukan sebenarnya membuatkan kilang susu kita tambah produktif! Kalau tak percaya boleh search kat internet! Atleast mesti mengepam kalau berjauhan dengan baby atau menyusukan baby sekerap yang mungkin. Kalau tak maka susu akan berkurangan.

# Tak kisahlah korang makan vitamin jenis ape sekali pun pastikanlah jadual mengepam korang tu konsisten. Jangan ponteng! Ader banyak lagi produk yang boleh korang cuba. Terpulang pada kemampuan dan azam korang. Kalau korang dah mula giveup, susahla jawabnya nanti.

# Korang merungut susu merudum tapi korang macam tak ada inisiatif je nak tambahkan susu. Benda lain yang mahal-mahal korang sanggup beli tapi untuk kesihatan anak korang mula pikir berkali-kali. Aku bukan nak promote shaklee je sebab aku memang tau produk ni memang bagus. Aku sendiri dah cuba dah masih lagi mencuba... Alhamdulillah hasilnya dah nampak tapi ada jugak yang masih tak percaya. Terpulanglah korang.





Monday, October 3, 2011

Tanda-Tanda Saat Kematian


100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Sekian untuk ingatan kita bersama....


sumber : facebook





TQ Shaklee! :-) ** Selepas.


 





TQ Shaklee! :-) ** Sebelum.





++Jom Kita Tukar Link!++