My Nuffy

Friday, July 30, 2010

Badan penat Hati Sakit


Alhamdulillah gubahan hantaran saya hampir siap sepenuhnya.
Cuma tinggal gubahan buah & kek saja.
sepupu saya tak jadi sponsor tart buah sebab orang yang membuatnya ada hal pulak.
Tak kisahla.

Takkan saya nak maki dia pulak sebab tak  jadi sponsor saya kan?
Lagipun saya tak mintak, dia yang beria - ria nak memberi.
Rezeki jangan ditolak ye tak?
Tapi sekarang ia bukan rezki saya lagi.
Tak apalah.

Terus terang saya katakan badan saya sangat penat hari ni.
Hampir kesemua beg serbinear telah saya isi dengan jayanya.
Bukan setakat kematu bontot lagi dah, bahu pun ni dah rasa nak patah dah.
Tapi untuk merapu dalam blog ni saya masih mampu lagi rasanya.

Tadi orang yang buat saya sakit hati tu telefon mak saya.
saya ingatkan dia takkan datang ke majlis saya, rupanya dia datang jugak.
Owh maaf.
Bukan ke majlis saya tapi menziarahi mak saya sahaja.

Sedikit pun dia langsung tak sentuh pasal membazir or berjimat.
apatah lagi nak nasihatkan mak saya.
hipokrit!

Pura - pura bertanya apa yang sedang saya buat sedangkan dia tahu saya tak suka dia datang.
Saya pun sebenarnya tak nak jadi hipokrit macam dia.
Depan orang nampak baik tapi belakang orang mulut puaka.
GTH!

Apa - apa pun saya terpaksa terima hakikat yang dia tetap akan datang.
suka tak suka saya terpaksa juga menghadapnya.
sekurang - kurangnya berselisih bahu dengannya.
tapi tolong jangan paksa saya bergambar dengan dia sebab saya takut gambar saya jadi rosak macam gambar saya masa mula - mula masuk tadika dulu.
Muka tak puas hati.

harap - harap dia tak lamalah dekat sini sebab saya mesti akan rasa mual dengar ceramah free dia.
Macam kat dunia ni dia sorang je yang betul.
dia sorang je ada suami mithali.
dia sorang je ada family bahagia.
dia sorang je yang pandai didik anak.

W.h.a.t.e.v.e.r.

p/s : esok malam macam nak buat party bujang je kat rumah ni.
Haha.


Thursday, July 29, 2010

Ada saya kesah?


Benda ni dah lama jugak berlaku sebenarnya.
2 minggu lepas barangkali.
Masa tu memang saya tension giler + marah yang teramat sangat.
Mood nak menulis pun langsung mati terus masa tu.

Sebabnya?
Ada orang fikir saya buat majlis kawen saya secara besar - besaran!
Itu ok lagi.
Dia boleh sound saya melalui sms supaya nasihatkan mak saya supaya jangan membazir untuk majlis saya ni.
Bukan sekali tapi berkali - kali.
Bukan setakat ke hp saya saja.
hp mak saya.
hp encik abi saya.
Nasib baiklah mak saya tak pandai baca sms.
Kalau tidak apalah perasaan dia masa tu.

H.e.l.l.o

Majlis nikah saya ni makan tak sampai 5k pun ok.
Saya tahu dia alami mimpi ngeri masa dia kawen dulu sebab dia banyak berhabis duit tapi majlis hancus.
duit yang orang hulur sebelum balik jugak lesap kena kebas.

Tapi itu majlis dia.
Bukan saya.
Saya cuma buat majlis yang serba ringkas sahaja.

Ya.
Memang pada mulanya saya dan encik abi nak nikah di pejabat Kadi sahaja.
Tapi stigma orang kampung, nikah di pejabat kadi mesti sebab dah kantoi.
Kena paksa.
Tak pun sebab
Dah ada isi.
Tak jadi.

Saya pujuk encik abi supaya dapat buat kat rumah.
Just nikah saja masa tu tapi mak nak jugak buat makan - makan sikit kan.
Yelah anak bongsu dia.
Ok lhorr.
Budget memang tak berapa mengizinkan masa tu tambahan pula encik abi mengamlami masalah sedikit.
Sampaikan terjadinya peristiwa itu.
Bagi sesiapa yang menyaksikannya mesti tahu peristiwa apa.
cukup.

Tapi alhamdulillah berkat kesabaran semua akhirnya sampailah ke hari ini perjalanan yang kami tempuh dipermudahkan Allah.

Meskipun tenaga kerja tak cukup tapi saya rasa bangga jugak sebab kebanyakan persiapan ini saya dan encik abi yang buat sendiri.
contohnya 
bilik tidur.
pelamin.

Ya.
kami yang buat pelamin kami sendiri.
harga untuk sebuah mini pelamin yang saya tanya hari tu lebih kurang RM5oo.
Ada yang murah lagi tapi tak berkenan pulak.
Lagi cantik pelamin yang saya buat ni kot.
ok.
bukan saya seorang.
kami yang buat lagi cantik.

Berbalik pada orang itu tadi, kata - kata dia memang menyakitkan hati.
Dia tuduh saya tak mahu dengar cakap dia dan mak saya.
Masalahnya bila saya ceritakan pada mak, mak marah saya semula.
Katanya,
"Ko nak ikut cakap mak ke cakap dia tu?"
Ah sudah.
Tak pasal - pasal saya yang tersepit di tengah-tengah.
Sudahnya tak pasal - pasal saya menangis lagi.

Persoalannya sekarang :
Kenapa dia tak cakap sendiri pada mak saya?
Kenapa dia tak nasihatkan sendiri mak saya tu supaya jangan berhabis duit untuk majlis saya ni?
Kenapa perlu saya jadi orang perantaraannya?
Dia sendiri nak jadi orang yang baik di mata mak saya.
Sedangkan saya disuruhnya jadi kambing hitam.
Kenapa sesedap rasa dia saja mengatakan saya buat majlis gand?
dia tengokkah usaha kami untuk mengurangkan kos majlis ni?
Saya cuma minta tolong dia sedikit saja tapi bagi dia beban sepanjang hayat dia barangkali.

Kalau dia baru tahu macam mananya susah tak ada kerja, tak ada gaji, rasa susah sebab terpaksa mintak belanja pada orang lain,
saya lebih dulu rasa semua itu.

Banyak lagi kata - katanya yang melukakan hati saya tapi tak sanggup rasanya saya nak luahkan.

Buat pengetahuan dia, saya telah berpakat dengan sepupu saya yang paling rapat bersama ibunya untuk membohongi mak saya mengenai tempahan kumpulan rebana.
Kalau ikutkan mak saya nak tempah rebana tapi saya tak mahu.
Cukuplah orang hina saya sebelum tu sebab saya dikatakan menghabiskan duit mak.
cukuplah.

Rebana tu tak penting bagi saya.
Mak lagi penting.

Saya tahu dia memang nampak baik di mata orang lain.
itu sebablah saya langsung tak cerita pada sepupu saya tu sebab apa saya tolak rebana tu.
Pada mak pun saya tak cerita semuanya.
Biarlah jadi rahsia saya sorang apa yang orang tu cakap pada saya.
Biarlah saya saja yang nampak buruk dan tak mendengar kata di mata orang.

Pada waktu ini.
Saya dah tak fikir apa lagi dah.
Saya pernah cakap pada dia yang saya tak harapkan langsung dah dia datang ke majlis saya nanti.
Dan
saya tak harapkan satu sen pun duit dari dia.
Nak tahu apa jawab dia?
dia jawab
kalau dia datang pun sebab mak masih ada and dia cuma nak ziarah mak saya.
Dia bukan nak jumpa saya pun.
Angkuhnya cara dia bercakap masa tu.
Saya memang tak harapkan dia datang langsung.
Sumpah.
Kalau dia nak datang pun, dia boleh tunggu bila saya dah tak duduk rumah tu lagi.
Tapi lepas ni jangan harap saya akan hantar mak saya untuk jumpa dengan dia lagi.
Saya tak izinkan kereta saya dinaiki dia lagi.
Biarlah orang nak kata saya kuat dendam ke apa.
Bukan diaorang yang rasa sakitnya.

Bukan sekali dua dia buat saya macam ni tapi saya diamkan.
Sebab saya fikir saya tak ada suami kaya untuk ditunjukkan pada dia.
Saya tak ada rumah dan kereta besar untuk dipamerkan pada dia.
Dan saya pula cumalah kerani cabuk yang tak habis diploma.
Tapi saya tetap manusia yang punya hati dan perasaan.
Tak bolehkah dia mengeluarkan kata - kata yang baik sikit untuk halwa telinga saya dengar dan mata saya untuk melihat?
No wonderla anak - anak dia ikut kurang ajar.
Nak salahkan sapa?

Cukuplah.

Nampak macam saya kesah kan?
Tapi hakikatnya.
Ada saya kesah?

T.h.a.n.x Y.o.u

ehsan dari encik google

Tak sampai 48 jam saja lagi saya bakal menempuh alam baru.
Bohonglah kalau saya kata saya tak risau.
Bohonglah kalau saya kata saya tak takut.
Hantaran masih belum siap sepenuhnya.
Puas sudah saya perah kepala otak saya ni untuk jadi kreatif tapi tak berjaya jugak.
Cis! Banyak lemak tepu agaknya.

Tapi ini bukan kisah pasal saya.
Ini pasal orang - orang di belakang tabir pembikinan 
'Majlis Pernikahan Fuzy & Eyza'
Tanpa mereka kurenglah majlis saya.

Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat mak saya
Puan Rapiah
yang telah banyak berkorban dan menyumbangkan wang ringgitnya demi menjayakan majlis ini.
Jasamu kukenang mak.
Encik Esa & Puan Ros
selaku bakal bapa & mak mertua saya yang juga banyak berkorban demi kami.
Buat encik abi tersayang
yang telah berusaha menyiapkan pelamin dan bilik tidur kami.
yang sanggup menghantar saya ke corok mana pun semata - mata untuk mencari barang yang saya nak.

Nama - nama yang seterusnya adalah

-dirahsiakan-

Ini adalah kerana untuk menghormati perasaan orang - orang tertentu.
Takut nanti taruk nama yang ini, yang itu pulak terasa.
So tak payah letaklah kan.

Yang penting terima kasih pada orang - orang di belakang tabir sama ada terbabit secara langsung atau tidak.
Yang sponsor kek saya.
Yang sponsor salah satu hantaran saya.
Yang pinjamkan tabir untuk bilik dan pelamin saya.
Yang tundakan hutang saya.
hehehe.

T.e.r.i.m.a .k.a.s.i.h u all.

Wednesday, July 28, 2010

R.i.n.d.u


Baru hari ni dapat upload gambar ni
sebab semalam cari kamera tak jumpa - jumpa padahal kamera ada kat dalam kereta saja. Saya terlupa semalam saya main campak saja kamera ke seat belakang. Bila sampai kat opis langsung lupa nak keluarkan sebab masa tu encik abi dah lambat nak pegi temuduga kat Seremban.
Ok.
Memang bukan salah dia.
Salah saya juga sebab selalu cuai.

s.o.r.r.y

Tak nak tulis banyak - banyak sebab nanti airmata ni gugur macam air paip.
Bengkak mata ai nanti.
Huhu.

To Kak Earna :

Silalah copy gambar di atas ye.

Sekian terima kasih.

s.u.n.y.i


Dah 2 hari dieorang tak ada.
S.u.n.y.i

Dah tak best nak melucah.

Sekarang ni anggap dieorang tengah bercuti panjang je.
macam masa kak jun dalam pantang dulu
tapi kali ni cuti panjangggggggggggggggggg.

Semua dah tak sama macam dulu.
Kalaulah saya punya kuasa.
Pasti saya akan tukarkan mana yang saya tak berkenan dan ganti dengan dieorang.
Kalaulahkan.

to kak jun and Nurul

We miss u both of u a lot!
Please come back.
Sob sob sob

Saturday, July 24, 2010

Lirik : Yang Sempurnakanku

ehsan dari encik google

Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harungi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakanku

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu

Lirik Lagu Yang Sempurnakanku 6ixth Sense @ Lirikami

p/s : tak boleh tidurla........ teringatkan encik abi........... Hmmmm........Maafkan sayang abi.......

Friday, July 16, 2010

Last Minute Punya Plan

Salam semua,

Dah lunch dah? Kite pun dah tapi lapar lagila..... Huhu. Nak beli rojak kat taman belakang ni tapi kakak tu tak berniagalah pulak. Adoi ai....

Tengahari tadi aku balik umah bakal mak mentua aku kejap. Sajela nak melepak sambil on9 fb kononnya. Almaklomla sejak demenjak dah ade berokband ni kan. Hikhikhik. 2 semua encik abi punya keje.

Hari tu masa dia balik Kluang, dia ada singgah satu petrol pam ni. Kat situ dia ada buat promosi tapi dah last day dah. Agaknya dah memang rezeki encik abi gaknya, orang tu jual RM28 sahaja. Biasanya RM48 kalau tak silap.

Alhamdulillah.... dah lama encik abi memang mengidam nak pakai berokband ni. Dia asik jeles je sebab aku selalu dapat online kat rumah tapi dia tak dapat. Hehe.... Moga bertambah - tambahla rezeki kiteorang lepas ni ek! Amin.



berbalik pasal tajuk tadi, sebenarnya bakal mak mentua aku bagi cadangan last minute tadi. Pasal Hantaran. Kalau ikutkan perancangan asal, hantaran semua tu akan dibawa masa bersanding belah lelaki nanti tapi tadi bakal mak mentua aku tu nak bawak masa nikah nanti pulak.

Hmmm.... Pening gak pale nak pikir. Yelah, dah elok - elok kite budget takat ni je dah kena tambah lagi.... Haisyyyyyy.... tapi bakal mak mentuaku punya pasal aku ikutkan jelah. 2 minggu je lagi tu. Mana aku nak cari tukang buat hantaran ni? Huhu..... Nak mintak tolong sepupu aku takut dia sibuk pulak.

Haisyyyyy..... Macam mana ni??????? Nak pikir tema lagi? Hmmm.... memandangkan tema pelamin aku warna hitam merah putih so kali ni aku guna tema tulah kan! Takyah susah - susah aku nak pikir lagi dah. Cuma pening pale bab nak beli aksesori die jelah.

Okeh! Malam ni kena bodek mak! Esok kite paw mak kite! Heheheheeeeeeeeeeeeee.....

Thursday, July 15, 2010

Nota Buat Suami

ehsan dari encik google


Memasuki alam pernikahan memerlukan akar yang cukup kuat. Ibarat sebuah bangunan, semakin berat beban yang diterima, maka akan semakin kukuh struktur asas yang dibuat. Semakin teliti penelitian yang akan dibuat ke atas bangunan yang di buat. Bukan sahaja pada struktur asas ,tetapi kekuatan pendukungnya yang lain.

Cinta Tersulam Redha
http://www.iluvislam.com/
Dihantar Oleh : umar al-mujahid
Editor : naadherah

Umum mengetahui bahawa antara kewajipan isteri ialah taat kepada suami. Ini diterangkan secara terperinci dalam al-Quran dan al-Hadis, kemudian dikupas dan diolah oleh ulama. Antara nas al-Quran yang berkaitan dengan kewajipan isteri terhadap suami atau hak suami ke atas isteri ialah firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

1. “…Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.”

(Al-Baqarah 2: 228)

2. “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang -orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

(An-Nisa’ 4: 34)

Manakala hadis yang berkaitan dengan kewajipan isteri taat kepada suami antara lain adalah:

1. Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya): “Sekiranya aku harus memerintahkan seseorang sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku akan perintahkan wanita sujud kepada suaminya lantaran besarnya hak suami yang ditentukan Allah ke atas isteri.”

(Abu Daud) 2. Daripada Umm Salamah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): “Mana- mana perempuan yang tidur malam dalam keadaan suami reda kepadanya, akan masuk syurga.”

(At-Tirmizi)

3. Daripada Abi Umamah r.a., seorang perempuan datang bertemu Rasulullah s.a.w. membawa dua orang anak kecilnya; seorang daripadanya didukung, seorang lagi dipimpinnya. Melihat keadaan perempuan itu baginda bersabda (maksudnya): “Mereka (para wanita) mengandung, melahirkan dan menyayangi anak-anak. Kalaulah tidak kerana menyakitkan hati suami, nescaya orang-orang yang menunaikan solat dari kalangan mereka akan masuk syurga.”

(Ibn Majah)

Ayat-ayat al-Quran serta beberapa hadis yang tertera di atas menunjukkan betapa besarnya hak seorang suami ke atas isteri, dan kewajipan isteri mentaati suami bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Isteri yang taat kepada suami dijanjikan syurga, sebaliknya yang ingkar dan derhaka akan dilaknat oleh malaikat Allah ‘azza wajalla. Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya):

“Apabila isteri enggan menyahut ajakan suami ke tempat tidurnya, malaikat akan melaknatnya sampai ke pagi.”

(Al-Bukhari)

Walaupun begitu, ini tidak bermakna suami harus mengeluarkan apa saja perintah dan isteri wajib taat sepanjang masa, setiap ketika tanpa membantah. Dalam ayat di atas (al-Baqarah 2: 228) Allah menyatakan dengan jelas (Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya) atau istilah asal yang digunakan di dalam al-Quran “al-ma’ruf”. Dalam tafsirnya, az-Zamakhsyari berkata al-ma’ruf bermaksud yang tidak dilarang oleh syarak dan juga kebiasaan manusia. Maka suami isteri tidak harus membebankan pasangannya perkara yang tidak ada kena-mengena dengan haknya dan tidak boleh berkasar ke atas satu sama lain. Setiap pihak mesti menunaikan kewajipannya dengan cara yang sebaik-baiknya. Al-Qurtubi pula menaqalkan kata-kata Ibn Abbas: Hak isteri ke atas suami adalah persahabatan serta pergaulan yang baik sebagaimana hak suami ke atas isteri adalah mentaati apa yang dimintanya.

Justeru, hak suami ke atas isteri dibatasi dengan sempadan makruf. Jika suami meminta atau memerintahkan isteri agar melakukan sesuatu yang haram maka tidak wajib ke atas isteri mentaatinya. Begitu juga jika suami menghalang isteri melakukan perkara yang difardukan Allah, maka isteri tidak boleh patuh kepada larangan tersebut.

Maka tidak harus bagi suami:

1. Menyuruh isteri berhias atau menggunakan perhiasan yang dilarang oleh syarak seperti memakai rambut palsu, memanjangkan kuku dan mengecatnya dengan bahan yang menghalang air ketika berwuduk atau mandi wajib.
Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa seorang wanita Ansar yang anak perempuannya mengalami keguguran rambut sehingga hampir botak selepas ia berkahwin datang mengadu kepada Rasulullah s.a.w. bahawa suami anak perempuannya menyuruh supaya dia menyambung rambut anaknya (dengan rambut lain). Rasulullah s.a.w. tidak membenarkannya sambil bersabda (maksudnya):
"Allah melaknat wanita yang menyambung rambut dan meminta supaya disambungkan."
(Al-Bukhari)

2. Menghalang isteri ke masjid untuk beribadah atau menghadiri majlis ilmu. Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya):
"Apabila isterimu meminta izin untuk ke masjid, janganlah engkau menghalangnya."
(Al-Bukhari)

3. Menyekat isteri menunaikan fardu haji bersama mahramnya.

4. Menghalang isteri menziarahi kaum kerabatnya, khususnya kedua-dua ibu bapanya kerana ini boleh menyebabkan putusnya silaturahim yang sangat dibenci oleh Allah dan Rasul. Sehubungan dengan itu, para fuqahak berpendapat sekiranya isteri mempunyai ibu bapa yang sakit atau tua yang memerlukan jagaannya, sedangkan suami menghalangnya, maka isteri tidak wajib taat, sama ada ibu bapa itu Muslim atau kafir.

5. Sekiranya isteri memiliki kepakaran atau pekerjaan tertentu yang masyarakat memerlukan khidmatnya seperti bidan, pemandi jenazah atau lain-lain, maka suami tidak harus menghalang isterinya daripada menjalankan tanggungjawab tersebut.

6. Memaksa isteri melakukan hubungan kelamin pada selain daripada qubul. Rasulullah s.a.w. bersabda maksud:
“Sesiapa yang menyetubuhi isteri pada duburnya maka dia terlaknat.”
(Sunan Abu Daud)
Begitu juga sekiranya suami meminta isteri mengulum atau menghisap zakarnya, tidak harus bagi isteri melakukankannya kerana itu bukan tempat yang diizinkan oleh Allah s.w.t.
Kesimpulannya, isteri yang taat akan diganjari syurga. Suami pula jangan mencari neraka dengan kuasa dan amanah yang Allah beri sebagai pemimpin dalam rumahtangga.
sumber : http://www.malaysiaharmoni.com/index.php/kolumnis/ustazah-maznah-daud/177-syurga-buat-isteri



Yang Mana satu?

06 Mei 2009


Dilema wanita: ibu atau suami?

Seorang isteri tersepit di persimpangan dilema, mengikut kemahuan ibu supaya meneruskan kerjaya atau mengikut kehendak suami supaya berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Menurut pengadu, sebagai anak sulung, dia berasa bertanggungjawab untuk terus bekerja agar mempunyai pendapatan untuk diagihkan kepada ibu dan adik-adik. Sedangkan si suami berkeras agar dia berhenti kerja dan menumpukan sepenuh masa kepada pengurusan rumah tangga. Soalan pengadu: kehendak atau kemahuan siapa yang perlu diutamakan? Dalam satu kes yang lain, seorang isteri turut berada di dalam dilema apabila ibunya mengarahkan agar anaknya (cucu si ibu) dihantar pulang ke kampung pada waktu cuti sekolah dan kehendak si ibu itu tidak disukai oleh si suami. Si suami melarang si isteri menurut kehendak ibunya walau apa pun alasan yang diberi. Si isteri betul-betul tertekan kerana tidak pasti kehendak siapakah yang perlu diutamakan? Membantah kehendak ibu bererti menjadi anak yang derhaka. Melawan kehendak suami bererti menjadi isteri yang tidak taat.

Inilah antara beberapa kes yang boleh dikategorikan sebagai ‘diluah mati emak, ditelan mati bapa’. Memang sukar untuk membuat pilihan kan? Sebenarnya, situasi sebegini tidak wajar dihadapi oleh para isteri. Kenapa? Kerana setiap isteri adalah WAJIB MENGUTAMAKAN SUAMI WALAU DALAM APA JUGA KEADAAN DAN SITUASI SELAGI IANYA TIDAK BERCANGGAH DENGAN KEHENDAK SYARAK. Ini bukan kata saya, bukan juga kata mana-mana ahli psikologi atau pengamal undang-undang keluarga sebaliknya ini adalah HUKUM DAN KETENTUAN YANG DITETAPKAN OLEH SYARAK DAN AGAMA. Saya faham dan akui, setiap anak sama ada lelaki atau perempuan telah dididik dan ditanam dengan prinsip ‘syurga di bawah tapak kaki ibu’. Kata-kata ini menjadi pegangan setiap individu hatta ada para ibu yang menjadikan kata-kata ini sebagai senjata untuk mengikat anak-anak.

Sebenarnya, terdapat perbezaan yang jelas dan nyata antara anak lelaki dan anak perempuan. Setiap anak lelaki adalah wajib berpegang dengan kata dan hukum bahawa syurga mereka terletak di bawah tapak kaki ibu. Tak kiralah ketika masih memegang status bujang atau sudah berkahwin dan mempunyai anak cucu. Dalam kata mudah, REDHA ALLAH PADA SI ANAK LELAKI BERGANTUNG KEPADA REDHA SI IBU KEPADANYA. Namun masih terdapat pengecualian tertentu bergantung kepada beberapa terma dan syarat. Saya akan bincangkan mengenai terma dan syarat ini pada perbincangan yang akan datang. Bagi anak perempuan, syurganya hanya terletak di bawah tapak kaki ibu jika si anak masih belum berkahwin. Sebaliknya, jika si anak perempuan telah pun berkahwin makan syurga si anak akan berpindah ke bawah tapak kaki suami dengan erti kata lain REDHA SI ANAK PEREMPUAN YANG TELAH BERKAHWIN INI BERGANTUNG KEPADA REDHA SUAMINYA KEPADANYA.

Jelas sekali, dalam kedua-dua kes yang saya bentangkan di awal perbincangan tadi, kedua-dua isteri ini perlu mengutamakan kehendak suami masing-masing terlebih dahulu. Tak perlu rasa gusar, gundah atau gulana kerana si isteri tidak akan dinobatkan sebagai anak derhaka hanya kerana mengikut kehendak suami dan membelakangkan kemahuan si ibu. Namun, sama seperti ketaatan tanpa berbelah bahagi seorang anak lelaki kepada ibunya, seorang isteri juga mempunyai syarat-syarat tertentu di dalam mentaati si suami. Syarat yang mudah yang telah saya jelaskan di awal tadi iaitu kehendak suami tidak bercanggah dengan kehendak syariat. Sama juga dengan si ibu, tidak perlu malah tidak wajar mempunyai rasa sedih atau kecil hati dengan sikap anak perempuannya yang tidak mengikuti kemahuannya kerana sebagai seorang ibu yang juga seorang anak dan seorang isteri, setiap ibu wajib mengetahui bahawa ketaatan seorang isteri kepada suami adalah lebih utama daripada ketaatan kepada ibu dan bapanya. Sewajarnya seorang ibu berbangga jika anak perempuan yang dikandungkan, dilahirkan dan dididiknya mampu menjadi seorang isteri yang solehah dan disenangi oleh menantunya dan paling penting, diredhai Ilahi.

Namun, sama seperti ketaatan bersyarat seorang anak lelaki kepada kehendak dan kemahuan si ibu, ketaatan seorang isteri kepada suami juga bersyarat. Ketaatan bukanlah mutlak dan melampau. Selagi mana kehendak dan kemahuan suami tidak bertentangan dengan syarak, maka si isteri wajib menurut dan mengikutnya. Tidak bertentangan dengan kehendak syarak termasuklah apa juga perkara yang bertentangan dengan kehendak moral dan tatasusila masyarakat. Sebagai contoh, seorang suami melarang isteri daripada balik ke kampung menziarahi ibu atau ayahnya yang sakit maka si isteri wajib mentaati kehendak suami. Kenapa? Kerana larangan suami hanyalah bertentangan dengan kehendak moral dan tatasusila masyarakat, bukannya bertentangan dengan kehendak syariat dan syarak.

Lantaran itulah, setiap ibu bapa wajib memilih calon menantu yang bukan sahaja boleh diharapkan untuk menyayangi dan menjaga si anak tetapi boleh juga diharapkan untuk menyayangi mereka. Paling penting, setiap anak gadis dan wanita: jangan buta kerana cinta. Jangan tersilap pilih lelaki yang tidak dapat menerima ibu dan ayah anda. Nasihat saya kepada setiap suami dan juga isteri, jangan terlalu taasub dengan hukum hingga sanggup menyalahgunakan hukum untuk kepentingan diri sendiri. Fahamilah pasangan anda seperti mana anda ingin diri anda difahami. Ingat!! Bukan hanya anda mempunyai ibu dan bapa lantas, bertoleransi lah…. demi sebuah kebahagiaan di dalam rumahtangga.


****Siaran Jun 2007

sumber : http://resipihidup-bersamasuzana.blogspot.com/2009/05/dilema-wanita-ibu-atau-suami.html




15 hari lagi.....

Salam semua,

15 hari je lagi..... Perasaan? Bertambah tak keruan dibuatnya. Sila jangan tanya kenapa! Haha... Bermula semalam, aku dan encik abi dah mula mengedarkan kad kawen kami.

Tadaaaa......

Just a simple card yang aku design sendiri. Warna merah dan hitam tu adalah tema bagi pelamin aku. Yang penting kehadiran tuan puan amatlah dihargai. Wah gitu...

Actually semalam aku ada kerja kat Seremban so kesempatan itu aku dan encik abi gunakan untuk mengedarkan kad - kad kawen kami. Ada jugak kawan - kawan task force dulu yang aku jumpa tapi terlupa nak bawak kad lebih pulak. Segan pulak nak ajak tanpa kad.Huhu...

Tapi pada mana - mana yang terbaca blog ni atau kat fb tu jemput - jemputlah datang ye 31 Julai ni nanti ye.
Nak jemput sorang - sorang face to face tu memang tak danlah rasanya. Semalam pun penat giler - giler dah rasanya. Dari Seremban 2, rumah shiera and kekzam sampailah rumah kakak aku kat rembau. Nak singgah kampung rumah makcik aku pun tak dan. Singgah Secret Resipe dan! Haha...


Last datang secret recipe ni dengan Nurul. Masa temankan dia beli kek untuk buat hantaran abang dia. Masa tu makan manjanglah tak habis walaupun sedap tapi sekarang ni, macam tak cukupla pulak. hehe....

p/s : Dah lama tak makan korean food.




Thursday, July 8, 2010

Bilala agaknya aku nak kaya dengan Nuffnang ni?


Salam semua,

Petang - petang cenggini best betul kalau dapat layan mata kan... Hehe. Tambah pulak dapat duduk kat bawah aircond. Nak layan FB macam bosanlah pulak. Kawan gado takde hari ni tu yang sepi je FB tu. So nampak gayanya kena layan blog jelah.

Fail ni makin lama makin tinggi pulak aku tengok. Hehe.... Sekejap ye... Sat lagi aku setlekan ye.

Actually diam tak diam dah setahun dah aku berblogging ni tapi.........

Nuffnang aku macam tak jalan je......

Nape ek?

Jeles betul aku tengok blog - blog orang lain tu yang traffic dia manjanglah sesak. Huhu...... Pastu nuffnang asik kasi duit je. Huhu... Bila pulak aku nak dapat macam tu ek?

Isy isy isy....




Draf Kad Kawen Dah Siap!

Salam semua,

Alhamdulillah akhirnya siap jugak draf kad kawen aku. Simple je. Ambik contoh dari kad kawen anak MB ritu. Encik abi nak letak gambar tapi aku taknak. Malas nak serabutkan kepala nak design benda ni. Lagipun masa dah suntuk sangat dah. Hopefully esok dah boleh siapkan and dapat edarkan start sabtu ahad ni. Untuk majlis ringkas and kecil rasanya tak ada masalah kot.

Untuk majlis sanding akan datang pulak tak taulah macam mana lagi. Kalau ada rezeki insyaAllah aku tempah je kat kedai. Kalau tak, guna je design sekarang ni cuma ubah sikit jelah.

Nak tengok macam mana rupa aku draf kad kawen aku?

hehehe........

Jeng jeng jenggggg.....


Tak adalah grand sangat pun. Biasa - biasa je. Yang penting majlis tu berjalan lancar. Tu je yang aku harapkan. InsyaAllah.

Di kesempatan ini aku nak mengajak jugaklah pada saudara mara dan rakan taulan yang mengenali, sudilah kiranya datang ke majlis aku 31 Julai ni. Jemputan rasmi akan tiba tak lama lagi. Tunggguuuuuu......




Biskut Oh Biskut

Salam semua,

Hai dalam pada aku sibuk - sibuk buat persiapan 31 Julai ni nanti sempat jugak aku menguli tepung untuk buat biskut. Puas jugaklah menggodek - godek resepi yang best - best kat google ni. Ada jugak yang aku ambik dari blog ini. Alhamdulillah my encik abi pun suka sangat. Mak aku pun dah siap tempah awal - awal dah kuih raya ni. Hehe.... Biasalah, tu je kemahiran yang aku ado. nak menjahit memang tak lepasla. Bengkang bengkok jadinya nanti.Haha...






Buat masa ni aku masih lagi dalam proses nak buat sample. So maybe minggu depanla kalau xde aral aku bawak kat opis aku ni. InsyaAllah jugak tim puasa ni aku akan gigih meniaga jugak. Almaklumlah, dari zaman muda, mak aku memang minat meniaga. La ni menurun kat anak dia ni pulak. Alhamdulillah...

My bakal pak mertua tak kuar spital lagi. Tak dapat nak operate sebab darah tingginya naik pulak. Alahai siannya... Semalam sayu pulak tengok dia macam tak bermaya je dah aku tengok. Bayangkanlah dari masuk hospital sampai la ni dia tak makan apa - apa sebab nak readykan dia untuk operate nanti. Huhu.... Mintak - mintaklah dia cepat - cepat boleh dioperate. Aku tau dia mesti dah gelisah nak balik dah tu. hehe.... Sabar ea yah....

Hujung minggu ni tak pastilah sempat ke tidak nak jelajah ke Jelebu - Seremban nak antar kad. Hmmm.....




Wednesday, July 7, 2010

Dugaan

Emmmm..... Rasa macam dah lama je tak meng'update' blog aku ni kan. Story yang last pun pasal mee bandung Desa Temu Jodoh tu kan. Hmmmm... nak buat macam mana, dah masuk bulan 7 ni memang dah start bz giler - giler.

By the way, semalam my future father in law baru saja dimasukkan ke hospital untuk operate bisul dekat pinggang dia. InsyaAllah tak ada apa - apa cuma biasalah, orang tak pernah kena masuk hospital kan.... Pastu kena tahan wad pulak, So masing - masing macam terkejutlah especially encik abi. Bakal mak mertua aku pulak kat rumah nampak steady je. Siap boleh gelak - gelak lagi tapi bila dah sampai kat hospital tengok hubby dia penuh wayar kat tangan, mula dah mendung je. Sebak pulak aku tengoknya...

Aku? Aku macam biasalah. Steady je.... Dah semua mendung semacam je takkanlah aku pun nak ikut mendung jugak kot? Kenalah cheer up sikit kan???! Bukan tak rasa sedey ke simpati ke apa (aku ni muka je kejam tapi tak kejam pun ok! Orang je selalu kejam dengan aku... Huhu) tapi awal - awal masa bakal mak mertua aku bagitaw tu aku dah setkan otak aku yang bakal pak mertua aku tu xda pape. Just buat pembedahan kecil je. Tak memudaratkan dia pun. Kalau boleh taknaklah fikirkan benda - benda yang negatif kan. Sebab karang tak pasal - pasal yang sakit bertambah sakit sebab tengok orang yang tak sakit tu macam orang sakit (haha... ni ayat aku bagi kat encik abi tadi).

So janganlah buat muka sedey je depan orang sakit tu kan... :-) Nangis pun kalau boleh jangan! Then semalam puas jugaklah nak pujuk encik abi supaya jangan sedey - sedey tapi tak makan pujuk. Tak tau dah macam mana nak cakap lagi. Sudahnya aku biarkan saja dia melayan perasaan duduk kat tepi tingkap tengok ayahnya. Aku blah tau pulak dia nak kejar tu. Malas nak layan. Orang sepatutnya doakan supaya orang tu cepat sembuh, ni idak.... Sedey - sedey je bukan ley sembuhkan orang tu pun. Huhu.... Bukanlah maknanya aku ni tak prihatin or tak ada perasaan ke apa, just aku tak sukalah situasi macam tu.

Tambahan pulak bakal mak mertua aku tu ada darah tinggi tak silap. Karang tak pasal - pasal naik pulak tekanan darah dia. So anak - anaklah kena bagi support kat dia kan. Hei kalau nak cerita memang panjang lebar rasanya coz ku sendiri pernah jugak merasa menjaga arwah ayah aku selama dua malam kat hospital ni. Penatnya tak usah cakaplah. Encik abi sendiri pun pernah jaga arwah atok dia kat hospital tapi dia tetap emo..... Huhu.

Hopfully bakal pak mertua aku tu akan selamat menjalani pembedahan tu and dapat menghadiri majlis kami 31 haribulan ni nanti. Barang - barang untuk buat pelamin mini and kepala katil dah beli sikit. Yang lain - lain tu je belum lagi. Eiii risau jugak ni tapi nak buat macam mana kan.... Dugaan datang bertimpa - timpa. Encik abi pulak dapat cuti sebab bos dia xcident minggu lepas. Yang sakitnya sampai sekarang tak bayar gaji lagi. Agak - agak boleh buat report x kat kementerian sumber manusia? huhu....

Nanti kalau free aku update persiapan majlis aku tu nanti ea.....:-)
Buat semua rakan - rakan yang mengenali, hope dapatlah sama - sama kita doakan agar bakal pak mertua aku tu selamat menjalani pembedahan ye. Amin.



Saturday, July 3, 2010

Mee Bandung Desa Temu Jodoh


Mee Bandung Desa Temu Jodoh..... Nampak macam biasa je kan? Just a simple mee bandung tapi sedapppppppppp.........

Pertama kali makan kat warung ni a few month ago. Second time pulak last week masa dalam perjalanan balik dari Kluang lepas ambil barang - barang encik abi.

Kedai dia kat tepi jalan tu je tapi kalau tak biasa jalan kat situ mesti tak perasan punya. Lagipun Lampu jalan kat situ tak ada. Yang ada cuma cahaya lampu dari kedai tu saja. Kalau jenis yang memang penakut, konpem tak berani nak makan kat situ sebab tempat dia macam seram - seram sikit taw. eiiiii.......

Pernah jugaklah otak aku yang nakal dan penuh imaginasi ni terfikir yang kedai tu mungkin kedai berhantu. Ala macam cerita - cerita yang pernah kita baca dulu. Bila ada orang singgah makan kat satu warung ni waktu tengah  malam kononnya nak berhenti makan tapi sebenarnya warung ni tak wujud pun. Then benda yang dia makan tu sebenarnya ulat and benda kotor je tapi orang tak perasan. Bila datang balik waktu siang tengok warung tu dah tak ada. Eiiii nasib baiklah warung tu ada je siang malam kat situ. Hehehe......

Seriesly aku bukanlah seorang penggemar mee bandung tambahan pulak ada bahan - bahan terlarang dalam rencahnya especially udang kering! Huhu..... Macam ada ulat bergonjeng - gonjeng kat hidung aku ni nanti tapi mee bandung Desa Temu Jodoh punya pasal, aku lenjan je. Lagipun bukan selalu dapat makan kat situ.


Ahad ni kalau sempat lepas hantar encik abi ingat nak bawak mak singgah makan mee bandung kat situ lagila! Jom Follow!




Thursday, July 1, 2010

Cuti - Cuti Malaysia versi Tak Cukup Tidur Part 2

Haluuuuuuuuu.........

Hari ni nak sambung story semalamla! Ala citer pasal cuti - cuti malaysia tu. Semalam kan citer pasal kedai yang macam apa - apa ntah tu kan.... Ha, lama jugaklah perjalanan nak ke Kelantan tu. Naik kematu bontot ni dah tapi sempat jugak tu nak snap gambar. Heeeeeee........

Tadaaa...... Dah nak sampai dah masa ni. Bila dihitung tolak bahagi darab tambah, adalah dalam 6 jam kot dari rumah akak aku kat Terengganu tu. Bila dah nampak signboard Pasir mas tu punyalah lega..... Sebelum tu risau jugak takut kalau - kalau kiteorang tersesat sebab sepanjang perjalanan tak jumpa langsung signboard yang tulis 'Pasir Mas' tu sampaikan encik abi berhenti tanya orang kat stesen minyak.

Nasib baik jugaklah encik abi ni bukan jenis yang cepat nak angin bila tersesat. Aku pun rileks je sebab aku tak nak dia jadi tension bila tak jumpa jalan. Heeeee.... Apa yang penting? K.e.r.j.a.s.a.m.a!


Bila dah sampai kat pasir Mas tu, aku pulak lupa rumah abang aku kat mana..... Huhu. Banyak no sempang. Sudahnya sampai ke Pekan Pasir Mas terlajaknya. Terpaksalah aku call akak ipar aku suh jemput. Hehehe..... Terkejut dia bila aku call cakap dah ada kat Pasir Mas. Memang hari tu aku ada bagitau hujung bulan aku nak pegi sana tapi tak bagitau dia berapa haribulan. Nak buat serprisela konon tapi tak menjadikla pulak..... Hehe....

welcome to my arwah ayah hometown

Then my akak ipar tu jemputla kiteorang kat stesen minyak lemal. Rupanya dah terlajak dah. Sowiela ye dah lama sangat tak balik sini tapi muka akak ipar tu still maintain taw!Hehe..... Abang aku pulak dah uzur sikit dah. Biasalah bila dah berumur ni kan macam - macam penyakit yang datang. Anak - anak sedara aku semua dah besar - besar dah dan yang paling aku tak sangka, aku dah ada cucu! Huhuhu........ Terasa tuanya aku.


that's my older brother (kalau orang tak tau mesti ingat itu ayah aku)

Cadang memang nak tidur situ malam tu. Esoknya pagi - pagi bolehla redah pasar besar kat Pasir Mas tu shopping apa yang patut tapi takut tak sempat pulak nanti. Abang and akak ipar aku pun macam ralatla sebab tak dapat nak sediakan apa - apa untuk kiteorang sebab datang mengejut je kan. Hmmm.... Tak apalah, urusan yang penting tu kena didahulukan. InsyaAllah lepas nikah nanti kalau ada rezeki kiteorang akan pegi kelantan lagi.

So dah selesai je urusan, kiteorang pun gerakla balik ke Terengganu semula. Then aku suggest kiteorang semua pegi Kuala Terengganu sebab mak nak beli tilam toto (selimut tebal) sebab takut nanti orang tidur kat rumah masa 31 tu nanti tak cukup tilam. Masa tu sampai kat sana dalam pukul 10 lebey jugaklah.

Ha yang part terengganu tu kite sambung nanti ok sebab hidung aku ni mula dah start meragam. Huhu.....

Sekian Wassalam......





Wanita Disisi Lelaki

Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki. Apa tidaknya, lelaki akan terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.


Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mampu untuk meluruskan mereka.

Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana diciptanya begitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.

Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar, jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita...

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah kuncinya. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.

Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak lurus, malah membengkokkan.

Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.

sumber : google




SuRat CinTa

Dear abang,



ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke
kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin


ayang luahkan disini...


kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali..
sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang..
sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3
bulan yang lalu dah masuk 3 malam...
abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?
harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang
letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari
harga kereta abang?
tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak
berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah
sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli
kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..
kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga
maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..
kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa
abang kata ayang tak sedar diri
kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada
kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak
macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak
paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??
ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek
depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe..
jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama
sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..


ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR


love,
ayang


Dear Ayang,


bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham
keta tu keta bos abang nnti kalau ilang siapa nak ganti..

ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..


cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta..


abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...


lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun..


nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam


doremon..ish xnak laa abang..


pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tu lah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah


dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..


sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm80k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm80k..tapi demi ayang abang wat jugak..


sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm..


bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...


pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..


tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..


nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan cuma


jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..


kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukan


apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital.. abang kene tanduk xpe.. jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun


jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana....tgk laa sendiri gambar tu....


ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang


love,
abang

sumber : google

++Jom Kita Tukar Link!++