My Nuffy

Monday, February 28, 2011

Hidangan Tengahari Yang Ringkas.


Ayamas spicy drummet ( Segera)
Ikan Sardin Goreng
Sardin masak asam
sayur campur
Pencuci mulut - mangga

Hari ni mama masak yang ringkas-ringkas saja. Nasib baiklah rumah dekat je dengan ofis. Dalam masa 1/2 jam sempatla mama memasak ala kadar untuk mama dan babah aisy. Sardin masak asam tu lebih lauk semalam. Nasib baik elok lagi.

Mama beruntung jugaklah sebab dapat suami yang tak cerewet bab makan ni. Apa yang mama masak, itulah yang babah aisy akan makan tapi selalunya mama akan ikut selera babah aisy. :-) Sebelum masak mesti mama akan tanya dulu babah nak makan apa. Kadang-kadang selera mama dengan babah ni berbeza. Kalau MIL mama yang masak pulak dah tentu-tentulah die ikut selera FIL mama kan!:-) Macam tulah jugak mama... :-)

Tapi sekarang ni mama nak kena hati-hati bila memasak untuk babah aisy. Maklumlah, ada sejarah kena darah tinggi. Hehe... yang peliknya, mama sejak demenjak ni asyik terlebih garam je bila memasak contohnya sardin masak asam tu. nasib baiklah mama dapat cover balik.Hehe...

Hurmm... Malam ni nak masa ape pulak eh?:-)

nota mama :

Nak buat puding buahlah! teringin mak makan!hehe...

 




iklan : testimoni skin relief Gel 200% Aloe vera


Sejak babah aisy kerja tak menentu ni, mama tengok muka babah aisy dah naik jerawat balik dah. Paling ketara dekat sebelah kening babah aisy.

sebelum

Tengoklah macam mana bengkak-bengkak muka babah aisy angkara jerawat ni. Belilah pencuci muka jenama mana punlah tetap jugak macam tu. Oleh kerana bioglo skin relief gel yang mama beli dulu tu masih ada jadi apa lagi! Habis muka babah aisy mama tenyehkan dengan bioglo skin relief gel.

Hasilnya...

 selepas 2 hari

Tadaaa....

Jerawat babah aisy dah berkurangan. Itu baru pakai sekali je tau. Hari kedua memang tak pakai sebab mama terlupa... Hehe...
Sebelum ni mama pernah kasi babah aisy pakai ubat jerawat yang lain tapi tak berkesan pun...:-( Babah cakap jerawat dia lagi membengkak adelah! Tu yang mama syorkan skin relief gel tu. Bila pakai tu sejuk je.... Nak pakai untuk kurangkan kesan parut pun boleh! 

Dulu cik shiera kita ada tanya mane nak dapat skin relief gel ni kan... Ha pegi je kat kedai Cosway. Mesti ada! :-) Kalau nak order kat mama pun boleh jugak...Hehe.
Next entry mama akan selitkan gambar terbaru babah aisy okey! 

Nota mama : 
Gambar di atas tidak diedit sama sekali.

 




Update Baby Checklist

~Baby Gear~

Baju lengan pendek
Baju lengan panjang
Romper
Seluar pendek
Seluar panjang
Sarung tangan
Sarung kaki
Baby bip
Sapu tangan
Barut
Topi

~Diapering~

Lampin kain/1 pek
Lampin pakai buang/2 pek
Tisu basah/2 pek
Safety pin
Changing mat
Baldi untuk lampin
Beg untuk diapers
Detergent Khas untuk mencuci pakaian bayi

~Baby Care & grooming~

Bedak bayi
Losyen bayi
Minyak bayi (baby oil)
Tisu
Putik kapas
Nasal aspirator (untuk selsema)
Gripe water / colic water (untuk kembung perut bayi)
Thermometer
Vicks
Minyak telon
Cotton balls

~Nursering~

Selimut / bedung
Set Bedding
Kelambu
Bakul baju kotor
Bakul baby (simpan baby gear)
Bakul abby (simpan baby care)

~Feeding~

Botol saiz S
Putting botol susu
Breast pump

~Travelling~

Beg Bayi

~Bathing~

Tuala
Besen mandi
Syampu
Sabun mandi

~Extra~

Penyangkut kecil
Nursing cover
Stroller

~Mama~

Nipple cream
Nuring pad washable
Nursing pad disposal/1 kotak
Nursing bra / 4 pasang
Nursing clothes / wear
Stoking / 2 pasang
Maternity Pad / 1 pek
Tuala muka / 2 helai
Air / minyak selusuh
Selipar
Baju panas
Set /jamu lepas bersalin
Tungku
Bengkung / barut
Minyak urut






Thursday, February 24, 2011

Boy Or Girl?


Sebelum kawen...

mama teringin nak dapat anak lelaki dulu tapi babah aisy nak anak perempuan. Alasan mama, nanti kalau lelaki die boleh jaga adik-adik die bila besar nanti. Macam babah aisy...:-) Alasan babah aisy pulak kalau baby perempuan ni cute :-) Macam Aqish :-)

Lepas kawen...

Mama dah tak kisah pun lelaki ke perempuan daripada tak ada langsung! Babah pun sama!:-)

Lepas mengandung...

Naluri mama kata dalam perut ni kemungkinan besar perempuan. Mama pun gatal-gatal hari tu beli baju ala-ala baby girl punya je. Ramai jugak yang kata baby mama ni perempuan. Babah pun teka perempuan...:-) Tapi bila mama ada terbaca kat satu blog ni yang mengatakan mitos perut bulat tu akan dapat baby boy, mama dah mula confius dah! Nasib baiklah baju banjir hari tu mama beli banyak hijau. So girl or boy still boleh pakai!:-)

Ada sape-sape yang nak teka baby mama ni?hikhikhik




Babah Aisy Kena Darah Tinggi!

Semalam babah aisy dapat mc. Babah aisy kena darah tinggi! Macam tak percaya mama! Babah aisy muda lagi... baru nak masuk 23 tahun. Hurmm... mungkin babah penat sangat agaknya. Yelah sejak IL tak ada ni, babah aisyla yang buat semua kerja termasuklah kerja rumah. Mama cuma dapat tolong sikit-sikit je.

Risau jugak mama. Tadi babah aisy sms lagi... Baru pas check kat klinik panel die. Darah tinggi lagi tapi dah turun sikit daripada semalam. Alhamdulillah tapi babah aisy tak dapat nak cuti lagi hari ni sebab tak ada orang yang nak gantikan babah aisy. Masing-masing yang keje kat situ ada macam-macam masalah. Yang sorang suspek denggi... Yang sorang isteri sakit... Yang sorang ni pulak kena darah tinggi sudah...

Semalam sempat gak mama usik babah aisy. Mama cakap ni baru kena jaga sorang... kalau ada 2-3 orang adik beradik lagi camner tah? Hihi... Ni belum aisy lahir lagi... Kalau dah lahir sok tak taula macam mana babahnye ni sok. Harap-harap babah aisy cepatlah sembuh. Hari Sabtu nanti dah nak gerak ke JB pulak.

Nak tak nak mama kena gagahkan jugak diri. Tak boleh nak lembik-lembik walaupun kadang-kadang badan ni memang rasa dah tak terdaya dah. Sekurang-kurangnya mama boleh backup babah aisy. Insyaallah.

Cerita pasal nak pegi JB ni, mama hairanla apesal HSAJB yang sikit punya besar tu tak ada sediakan langsung kerusi malas tu. Kasihan MIL mama tu kena tidur atas kerusi plastik tu je. Beberapa hari lepas die ada mengadu kaki die dah naik bengkak dah. Nak pegi beli makanan pun tak lepas. Pastu masa mula-mula kiteorang hantar die pegi JB hari tu pulak, babah cerita MIL terpaksa pecahkan tabung untuk buat belanja kat sana. Mama dah offer MIL supaya pakai dulu duit gaji babah aisy tapi die tak mau. Gaji babah aisy memanglah tak banyak. Dah tolak ini... tolak itu... adelah tinggal sikit tapi setakat nak buat belanja MIL kat sana tu bolehla.

MIL mama ni ada jaga budak. Pendapatan die sebulan kadang-kadang lebih banyak daripada gaji FIL tau tapi sejak FIL sakit dan perlu berulang alik ke hospital, banyak jugak belanja nak pakai. Tambahan masih ada 2 orang lagi yang sekolah tapi bulan ni tak tahulah macam mana. Setahu mama, MIL cuma sempat jaga budak lebih kurang 2 minggu je bulan ni. Babah cakap selalunya dieorang tetap bayar full. Mintak-mintak dapatlah dieorang bayar sebelum mama pegi JB ni nanti. Boleh jugak MIL mama tu buat belanja kat sana... Harap-harap dieorang fahamlah. Kalau dieorang tak faham jugak, nanti mama suruh je MIL mama tu supaya tak payah lagi jaga budak. Duk je rumah diam-diam jaga FIL mama tu je lagi baik. Boleh jugak MIL mama tu rehat sikit. Tak lama lagi nak jaga cucu pulak kan!kehkeh...

Mama bukan apa, kasihan je dengan MIL mama tu. Bukan senang nak jaga budak-budak ni tau. kalau mak bapak depa pun pening dengan karenah depa ni... pengasuh depa lagila tambah pening nak menjaganya. Mama ni walaupun pernah ambil cos pendidikan awal kanak-kanak tapi pening jugak dibuatnya. hehe..

Buat babah aisy, mama doakan babah aisy cepat-cepat sembuh ok. Mama sayang sangat kat babah aisy. Muah muah!




Wednesday, February 23, 2011

Sarapan Tu Penting Okeh!

Dalam 2 hari ni adelah mama bekalkan babah aisy dan BIL dengan sarapan air tangan mama sendiri. Walaupun mungkin tak sesedap masakan MIL tapi mama tengok bekal sentiasa kosong bila dieorang balik. Alhamdulillah...

Setakat dua hari ni mama tak miss lagi nak buatkan sarapan buat dua orang bofren mama ni. Tak boleh tidak! Walau berat macam mana pun badan mama sekarang ni, mama akan tetap cuba untuk sediakan sarapan dieorang. Bagi mama sarapan ni penting okeh! Mama sendiri tak boleh kalau buat kerja tanpa bersarapan terlebih dahulu. Boleh pitam dibuatnya kalau sarapan dulu.

Kat sini mama nak war-warkanlah kebaikan bersarapan ni :

1) Sumber tenaga

Menurut pakar pemakanan, sarapan pagi adalah sumber tenaga utama untuk memulakan hari yang sihat. Kajian pakar menunjukkan, remaja yang bersarapan setiap hari mempunyai kehidupan yang berkualiti dan daya tumpuan yang lebih baik

2) Vitamin untuk badan

Remaja tidak seharusnya menikmati sarapan pagi tanpa mengambil kira kandungannya. Adalah disarankan supaya remaja mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat untuk membekalkan tenaga, protein dan juga sayur-sayuran. Antaranya, roti, susu dan telur

3) Rangsang fungsi otak

Sarapan yang mengandungi karbohidrat pada waktu pagi boleh merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B dalam roti atau bijirin mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.

4) Kekal langsing

Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di
Asia ke atas remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan
sarapan mendapati mereka jauh lebih langsing dan kurang berdepan masalah berat
badan berlebihan. Ini kerana mereka mengamalkan pemakanan yang teratur dan ikut peraturan.

sumber :
http://inadiena.multiply.com/journal/item/43

Walaupun sekadar me goreng dan ayam segera ayamas saja yang mama sempat sediakan, mama tetap akan buatkan. Selain tu mama jugak bekalkan babah aisy dengan roti telur kegemarannya. Maklum sajalah babah aisy sekarang ni pemakan orangnya. Sentiasa rasa lapar. Selalu jugak babah aisy mengadu kat ofis tak sempat nak keluar beli makanan tambah kalau tak ada orang nak gantikan babah aisy. Lagipun dah banyak kali babah aisy beli makanan kat luar pastu sakit perut. So lebih baik mama yang sediakan makanan untuk babah. Jimat pun jimat! 

Masing-masing bukan tak ada duit belanja tapi mama memang suka nak masak untuk dieorang berdua tu. Seronoknya lain macam walaupun terpaksa bangun lebih awal menyediakan semuanya. Padahal masa MIL mama ada, tau-tau semuanya dah tersedia. Mesti tetiap pagi MIL menggeleng-geleng kepala tengok perangai menantu die yang seorang ni. Huhu....

Entahla... kalau MIL mama yang masak jarang-jarang mama turun padang nak menolong. Pertamanya, seperti yang semua tahu mama ni kan bekerja... jadi masa untuk ke dapur tu memang terhad. Kalau balik makan tengahari, semuanya memang dah siap masak. Keduanya, MIL mama ni selalunya akan masak banyak pada siang hari so malam cuma kena panaskan je lauk kalau nak makan. Kalau MIL mama tak masak atau ada yang baik hati nak belanja makan lagi senang. Order je kat kedai bawah tu.

Yang ketiganya, MIL mama ni selalu kata gini kalau mama tanya ade apa-apa nak tolong tak,

'xpela... dah tak ada pape lagi ni... Kejap lagi masaklah ni....'

Ada 2 maksud, sama ada maksud MIL mama tu nak mama tolong tapi berkias atau die memang tak nak mama kacau die kat dapur. Cuma ada masa-masanya saja MIL mama tu akan panggil mama tolong kat dapur.

Kadang serba salah jugak mama dibuatnya. Yelah, dahla duduk menumpang kat rumah IL tapi maleh! Aduh... sakit kalau orang cop mama pemalas. Menantu pemalas? Lagi sakit! Itu sebablah mama lebih selesa duduk kat rumah sendiri. Boleh buat sesuka hati! kehkehkeh...

So lepas ni jangan culas-culas bersarapan lagi okey! Buat para isteri... masak untuk suami tu adalah satu kenikmatan... wallahualam.




24 weeks pregnant!

Your baby is still on the skinny side with no body fat but his brain is growing rapidly and he's starting to fill the space in your uterus. By now, you probably have a definite "pregnant" shape and the linea nigra, a dark line of pigmentation, may appear down the centre of your abdomen. Your baby's taste buds are also forming and, believe it or not, his sweet tooth. Could that explain your sudden craving for dodol and kuih lapis? No one knows for sure but it's a good excuse, next time you find yourself stalking the kuih lady at the pasar malam.
 
 




Jangan Berjanji Kalau Tak Boleh Tunaikan!

Geram betul mama sejak 2 hari ni. BIL mama tu asiklah menyebut pasal pakciknye yang sorang tu yang ada janji dengan die nak bagi game baru. Sampai la ni die asik dok menyebut dan menunggu. Semalam memang mama rasa nak berangin je tengok karenah die. Mama tak suka nak terjerit-jerit marah anak orang tambah pulak mama tengah mengandung sekarang ni tapi semalam memang rasa nak marah je.

BIL mama tu asiklah dok menunggu pakciknya tu kat depan rumah. Sampai dah masuk maghrib die tak mau masuk. Mama kalau dah mula geram, mama mesti akan panggil nama penuh. Tu dah geramlah tu. Berkali-kali jugak mama suruh die masuk tapi liat je die. Agaknya mama ni tak berapa nak garang kot? Kalau dengan MIL mama tu memang dah kena bebel dah tu. Mama malas nak marah-marah die kang tak pasal-pasal die menangis berguling-guling pulak. Dahla mak pak die takde kat rumah.

So lepas die mandi, die terus je bukak pintu and tanya ada tak pakciknya tu datang. Ei sabar jelah mama. Mama suruh die pakai baju dan solat. Lepas tu mama terus kunci pintu. Lepas solat mama tengok die dalam bilik. Laaa.... tertidur rupanya budak bertuah tu... Kesian pulak mama tengok die. Hmm... Tak sampai hati mama nak kejutkan die. Sudahnya dengan mama mama sekali teridur sementara tunggu babah aisy balik. Bila babah aisy balik apalagi, terus mama mengadu pasal orang yang berjanji tu.

Yelah, geram tau. Budak-budak ni jangan berjanji tak tentu pasal. Diingatnya sampai bila-bila. Tu yang letih tu... Nasib baiklah mase mama janji nak bekalkan die me goreng tu, mama sempat nak buat. Kalau tak pedih jugaklah telinga ni tetiap hari dengar die merengek. Kuikui...




Batu Pahat Wif Luv!

Ha! Ingat tak semalam mama ade cakap yang mama nak sambung story pasal BP rite? Tak sempat nak habiskan chapter BP semalam sebab terkejar-kejar nak jemput bofren kecik mama tu. Sampai je kat sekolah die semalam, die dah bising.

'Ha! Dah pukul 5 lebih kan!'

Hehe... Terus bawak die pegi pasar malam beli ayam percik. Bukan main lagi die ngepow mama. Mak oi sekarang ni makanan yang berasaskan ayam dah naik rege kan! Seketul ayam percik semalam dah naik Rm 2.5o ko! Ape ayam ko makan nasik + udang galah ke makcik? Huh... barang makanan semakin mahal sekarang ni. Kalau setakat nak beli untuk mama sorang, setakat bawak Rm 1o cukupla kot tapi tu pun kenkadang tak cukup gak.

Oklah enuf mama mengarut pasal rege makanan okey! Mama nak sambung citer pasal BP sekarang ni. Sampai mana eh semalam? Oh ok mama dah ingat dah! Hari tula kan babah Aisy ni gatal-gatal sangat drive sampai ke BP so mama pun ikutla gatalnye nak berjalan. Heee...


Seperti yang mama bagitau semalam, inilah kali pertama mama sampai kat BP ni. Agak 'jakunsi' jugaklah mama dibuatnya. Macam-macam yang mama tanya pada babah aisy. Salah satunya sebab nak hilangkan rasa mengantuk babah aisy sebab die baru balik dari kerja malam terus pegi berjalan. Babah aisy memang dah biasa dengan jalan-jalan kat ke BP ni tapi entah macam mana boleh pulak tersesat. Kehkeh... Bukan sesat apelah, babah aisy cuma terikut jalan yang jauh sikit je tapi best jugak dapat tengok pemandangan kat kampung-kampung... Nama pun berjalan kan!:-)

Seperti mama yang mama request pada babah aisy, mama teringin nak pi BP Mall. Gah sangat namanya sampai mama terngiang-ngiang nak pegi sane. Mama membayangkan BP Mall ni same macam kat Kluang Mall. Sekitarnya ade banyak kedai bagai kan tapi bila mama sampai kat same alahai hampanya. Betul-betul BP mall tu sebijik je kat situ tapi kedai-kedai kat dalam die banyakla


Besar jugak BP Mall ni. Mama & babah aisy meronda dari aras paling bawah sampailah aras paling atas. Kat aras bawah, mama nampak ade selipar jepun 'facebook' yang menarik perhatian mama tapi bukan beli untuk mama tau. Beli untuk babah aisy sebab die sebok nak selipar jepun macam mama. Mama suke warna hitam sebab mama pun pakai selipar warna hitam tapi babah aisy ni suka sangat selipar atau kasut yang warna putih. 

Mase babah aisy tengah ambik gambar mama, orang kat sane asik pandang-pandang je. Salah ke nak ambik gambar? Huh... Mesti dieorang ingat kiteorang ni pelancong. Pelanconglah sangat! kehkeh...
Sambil tu sempat jugak babah aisy urut badan kat kerusi urut berbayar Gintell.


Tengok jelah aksi babah aisy kat atas kerusi urut tu. Dengan spek mate hitamnye. Kalau baby aisy dah keluar esok mesti kuat bergaya macam babah die nanti ni. Hehe... Mama pun teringin gak nak try test kerusi urut ni tapi tak beranilah. Orang mengandung boleh ke urut pakai kerusi ni? Isy takut mamalah.

Habis ronda-ronda dalam BP Mall tak tau dah nak pegi mana. Mati akal dibuatnye. Nak pegi BP Wet World tak bawak baju pulak. Nak ronda-ronda tempat len tak berapa nak familiar. Mama cari jugak Carrefour BP tapi tak jumpa mana coroknya. Stress betul!Haha... Tapi takpelah sebab mama memang dah buget nak balik awal pun. Nak menyinggah kat tempat lainlah pulak. Sudah semestinya nak cari jualan banjir lagi. Mama suka tu!:-)

So jamu-jamulah mata tengok gambar yang sempat mama ambik kat BP ni ye. Wassalam....

Apakah rumah tempat datang-datang tu?

Macam pemandangan kat Cameroon Highlands kan!

Sampai jugak mama kat BP ni...Hehe.





Tuesday, February 22, 2011

Ronda-Ronda Kat Batu Pahat.

Mase cuti Maulidurasul hari tu entah macam mana entah babah boleh terfikir nak pegi BP pulak. Sebenarnya mama saja tanya je babah, BP tu macam mana tempatnye. Best ke idak. Alih-alih babah dah drive je ke BP. Nak patah balik, orang kata tak elok. So ikutkan jelah...Hehe.



Serius, itulah kali pertama rasanya mama jejakkan kaki ke BP. Macam-macam soalan yang mama tanyakan pada babah. Soalan macam budak tadika pun mama tanya. Sabar jelah babah melayan karenah mama. Mama nak menulis lagi tapi mama kena jemput bofren kecik mama kat sekolahla.... Tengahari tadi dah berkali-kali die ingatkan mama supaya jemput die pukul 5 tepat. Mama pun kuar pukul 5 tepat camner? Hehe...

Oklah, pasal BP ni nanti mama akan update lagi okeh. Mama nak gerak dulu ye. Wassalam....






Babysit BIL.

Semenjak IL mama bermastautin kat hospital ni, adalah menjadi tugas mama dan babah untuk babysit BIL mama yang bongsu ni. Mama tak ada masalah nak babysit die sebab mama sendiri pernah jaga ramai anak sedara mama sejak mama berumur 9 tahun lagi. Daripada yang dari umur 3 bulan sampailah yang dah nak jadi anak dara.


BIL mama ni baru berumur 11 tahun. Sebelum ni die belum pernah rasanya berpisah lama dengan IL mama tu tapi memandangkan FIL mama dimasukkan ke hospital, so MIL kenalah jaga FIL kat sane. Tinggallah die dengan kami. Setiap pagi babah akan hantar die ke sekolah. Tengahari pulak babah akan jemput die balik makan. Pastu hantar die balik ke sekolah petang. Kalau babah tak sempat, mamalah yang akan hantarkan die. Balik pulak dah jadi tugas mama untuk jemput die. Macam tulah seterusnya…

Kalau babah kena kerja sampai lewat malam, terpaksalah mama amik alih tugas daripada pagi sampailah petang. Buat masa ni insyaAllah kudrat mama masih larat lagi. Mujurlah babah boleh bertolak ansur. Sejak IL tak ada kat rumah, kebanyakan kerja rumah, babah yang buat. Terima kasih abi sayang  Babah memang rajin pun sampaikan pasu-pasu MIL pun abis dibuangnya. Clear dah! Tak macam mama… rajin ikut time…hehe.

Berikutan pasal BIL mama tadi, die ni memang manja sikit. Kadang-kadang homework die pun babah yang tolong buatkan. Kalau dengan mama takderla… Mama ni garang sikit. Mama biar die buat sendiri lepas mama ajar. Kalau tak dapat buat, mulalah terjegil-jegil bijik mata mama ni. Mama bukan apa, mama nak die belajar berdikari sikit. Mungkin cara mama agak berkasar sikit tapi tu semua mama buat untuk kebaikan die. Mama harap orang tak salah faham cara mama. Almaklumlah ex student Diploma Pendidikan Awal kanak-kanak. Hehe…

Babah pun same manja tau! Hehe… Tapi sejak kawen ni mama tengok babah dah banyak berubah. Babah dah makin matang. Babah sangat caring pada mama dan family. Babah jugak selalu memanjakan mama. Mama sayang sangat babah. Mama rasa beruntung sangat dapat hubby macam babah yang sangat memahami mama. Sunyi rasanya kalau babah tak ada tau…

Apepun mama harap FIL mama tu cepat sembuh dan boleh balik berehat kat rumah. Sian dah mama tengok BIL mama ni macam nak nangis je dah tetiap hari. Hehe…




Arwah Siti Zainab Yusof Dalam Kenangan.

Semalam mama dapat perkhabaran mengenai pemergian salah seorang bekas teman sekelas mama. Mama dapat tau arwah meninggal selepas melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital kerajaan. Dengar khabarnya, arwah delivered baby by operation. Lepas 20 hari tak semena-mena arwah meninggal. Orang kata kalau dalam pantang 2 mungkin sebab bentan tapi entahla... mama pun kurang pasti puncanya.
Sebenarnya mama memang dah lama sangat tak jumpa dengan arwah ni. Sejak 2-3 tahun lepas tamat sekolah menengah rasanya sebab lepas sekolah menengah, mama dah pun bekerja di KL manakala arwah pulak dengar khabarnya dapat sambung belajar kat Sarawak.
Masa majlis kawen arwah dulu mama tak dapat nak datang atas sebab-sebab yang tertentu. Rasanya baru lagi arwah ni kawen. Masa mama nikah dulu pun dia tak dapat datang jugak. Ralat jugak sebab dah lama sangat mama tak jumpa dengan dia.
Mama dengan arwah ni satu sekolah sejak sekolah rendah lagi. Arwah ni antara pelajar yang dalam kategori bijak pandai jugaklah padahal mama cuma biasa-biasa saja tapi itu tak membataskan persahabatan antara mama dan arwah. Arwah memang seorang yang baik dan tak lokek ilmu.

Mama memang selalu teringatkan kawan-kawan mama dulu… Karmila, Sha, zura, azmah, syura, nora, azura® dan arwah. entah manalah dieorang sekarang ni... Sampai sekarang mama masih terbayangkan wajah arwah… masih terbayangkan gelak tawanya… Tak sangka akhirnya arwah yang pergi dahulu menghadap Ilahi.

Sejak dengar berita pasal arwah, jantung mama ni dup dap dup dap je rasanya. Yelah, 3 bulan lagi giliran mama pulak nak melahirkan aisy manja mama ni. Entah macam mana pulak nasib mama… Mama tau babah tak suka kalau mama cakap benda-benda macam tu tapi mama tetap akan terfikirkan benda tu. Kalaulah mama pergi dulu nanti, mama harap babah akan jaga aisy baik-baik dan mama tak mau orang lain ambil alih jaga aisy. Itu jugak janji babah pada mama.

Hmm… ape pun mama harap semua dapat doakan keselamatan mama dan baby mama ni. Kalau ada salah silap mama, mama harap semua dapat memaafkan mama. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah buat arwah Siti Zainab Yusof juga.




Monday, February 21, 2011

Baby Checklist


ehsan google

~Baby Gear~

Baju lengan pendek
Baju lengan panjang
Romper
Seluar pendek
Seluar panjang
Sarung tangan
Sarung kaki
Baby bip
Sapu tangan
Barut
Topi

~Diapering~

Lampin kain/1 pek
Lampin pakai buang/2 pek
Tisu basah/2 pek
Safety pin
Changing mat
Baldi untuk lampin
Beg untuk diapers
Detergent Khas untuk mencuci pakaian bayi

~Baby Care & grooming~

Bedak bayi
Losyen bayi
Minyak bayi (baby oil)
Tisu
Putik kapas
Nasal aspirator (untuk selsema)
Gripe water / colic water (untuk kembung perut bayi)
Thermometer
Vicks
Minyak talon
Cotton balls

~Nursering~

Selimut / bedung
Set Bedding
Kelambu
Bakul baju kotor
Bakul baby (simpan baby gear)
Bakul abby (simpan baby care)

~Feeding~

Botol saiz S
Putting botol susu
Breast pump

~Travelling~

Beg Bayi

~Bathing~

Tuala
Besen mandi
Syampu
Sabun mandi

~Extra~

Penyangkut kecil
Nursing cover
Stroller

~Mama~

Nipple cream
Nuring pad washable
Nursing pad disposal/1 kotak
Nursing bra / 4 pasang
Nursing clothes / wear
Stoking / 2 pasang
Maternity Pad / 1 pek
Tuala muka / 2 helai
Air / minyak selusuh
Selipar
Baju panas
Set /jamu lepas bersalin
Tungku
Bengkung / barut
Minyak urut





Wednesday, February 16, 2011

Baby Aisy Yang Semakin Aktif!

Dah masuk 23 minggu baby aisy duduk dalam perut mama. Makin aktif die! Tambah-tambah kalau babah die xde kat sisi mama. Macam sekarang ni, baby aktif sangat. Sampai kejang-kejang perut mama dibuatnya. Hmm... mama tak kisah asalkan baby mama ni sihat akal dan fizikalnya. Kadang-kadang memang timbul rasa risau, bimbang segala pasal baby. Bimbang lahirnya kurang... nauzubillah. Mintak dijauhkanla...

Hari ni pun memang tak larat mama dibuatnya. Daripada malam tadi lepas balik dari BP lagi mama dah tak larat. Tidur memang tak lenalah dibuatnya. Pinggul mama sakit sentiasa. Mama dengar orang kata kalau pinggul sakit maknanya baby nanti susah nak keluar sebab sempit. Entahla... Mungkin bulan depan mama akan tanyakan pada nurse. Kalau mama tak lupalah kan...Hehe...

Eh anak mama dah berhenti bergerak???:-) tau-tau je die mama tengah tulis pasal die ye. Kejap lagi babah die jemput mama. Lepas tu nak pegi jemput pakciknya pulak kat sekolah. Sejak FIL masuk hospital ni, hubbylah yang ambil alih tanggungjawab ketua kat rumah. Nak harapkan mama memang tak danla... Mama paling fail kalau kena jemput BIL waktu tengahari sebab mase tu mesti jem giler-giler kat sekolah die. So mama memang mengharapkan sangatlah hubby mama tu dapat jemput BIL mama tu.

Esok mama dah apply cuti untuk melawat FIL mama tu kat JB. Mula-mula memang mama tak nak pegi sebab mama rasa memang dah tak larat dah nak jalan jauh tapi semalam bila hubby tengok mama ok je berjalan sakan sampai ke BP, hubby pun ape lagi... No alasan kan nak pi JB pulak ye dak? Okey lhorr... Yang penting malam ni dengan malam esok hubby kena urut mama kaw2 punya! Hehehe... Die tak tau ade mase baby aisy die ni baik sangat.... ade masenye aktif sangat. Semalam memangla mama nampak sihat je berjalan sakan kan... tapi malam tadi hubby tak tau yang mama macam nak menangis dah kesakitan. Hurmm... Kalaulah hubby boleh faham situasi mama sekarang....

Tapi bila difikirkan, elok jugak mama ikut sebab keadaan mama sekarang ni kan, kalau ape-ape terjadi kat mama macam mana ye dak? Hurmmm... oklah, mama nak balik dululah ye! Hubby mama dah tunggu dah tu! Daaa....




Monday, February 14, 2011

Say No To Valentine Day!


firman Allah SWT yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )

Fatwa dah dikeluarkan tapi ada jugak selenge yang tak paham bahasa nak jugak sambut hari kekasih ni. Mungkin tahap kesedaran tu belum sampai kot. As 4 me, aku pun takderla nak menyambut valentine day ni. Baik aku celebrate birthday hubby atau ulangtahun perkahwinan kami lagi bagus.

Untuk maklumat lanjut pasal pengharaman valentine day ni bolehla layari

 http://www.islam.my/sambutan-hari-kekasih-salah-di-sisi-islam





Sunday, February 13, 2011

Jom Shopping Banjir!

Petang semalam masa tengah tunggu hubby habis kerja pukul 7 petang, sempat jugak aku meronda-ronda sekitar Bandar Segamat. Alah jalan kaki je dari opis hubby tapi semput jugaklah dibuatnya. Memang sah aku tak boleh dah nak berjalan sakan. Baru selangkah dua, aku dah rasa semacam padahal awal-awal lagi hubby dah pesan jangan pergi jauh-jauh tapi biasalah. Tak ada maknanya de aku tak pegi jauh. Hihi...

Dalam pada sakit-sakit tu, sampai jugak aku kat pasaraya Billion yang tengah buat sale banjir giler-giler ko! Maunye aku tak menyelit sekali? Nak pulak Billion tengah buat sale banjir barangan baby. Naik pitam jugaklah aku dok memilih kat situ. Baju-baju die masih elok lagi cuma biasalah baju banjir kan... Adelah kotor dan bau yang 'harum' sikit tapi kalau pandai pilih, mesti dapat yang elok.

Masa mula-mula aku sampai kat situ, banyak yang dah habis kena pilih tapi aku dapat jugak cari sarung tangan dan sarung kaki baby. Rasanya hampir 10 pasang jugaklah kesemuanya yang aku dapat. Harganya memang jauh lebih murah daripada biasa. Tak lama lepas tu dieorang lambakkan lagi baju-baju baby yang cantik-cantik. 1 pasang cuma RM5.oo saja! Mana nak dapat? Padahal harga asalnya berbelas ringgit. Hampir 10 pasang kesemuanya yang sempat aku sambar. Memang masih elok lagi cuma basah jelah.Malam tadi aku rendam, pagi ni baru aku basuh. Ada jugak yang baunya tak hilang lagi tapi nanti kalau dah banyak kali basuh ok kot.


Kesan kotor tu sikit-sikit adelah tapi tak ketara sangat. Alhamdulillah memang aku puas hati kali ni. Harganya berbaloi sangat. Kalau boleh nak beli macam-macam lagi kat situ tapi kurang pitih. Hubby pun takde komplain banyak. Terkejut jugak die tengok ada seplastik baju kat tangan aku. Hubby ingatkan aku beli sikit je. Hehe... Lepas dah tengok baju-baju yang aku beli tu, barulah hubby lega. Dia pun puas hati dengan baju-baju tu. Hmm.. so lepas ni misi mencari baju baby dah selesai! Tapi kalau ade lagi yang aku berkenan nasibla kan...hehe. Aku ni memang mudah rambang mata.

Hari Selasa ni kan cuti Maulidurasul so bolehla aku ikut hubby pegi kerja lagi! Yahooo.... kebetulan pulak hubby dah gaji mase tu. Alhamdulillah... BOlehla skodeng-skodeng kedai mana yang buat sale lagi. hehe... So sape-sape yang tau kat mana lagi ade sale banjir bolehla roger-roger ai okeh!




Dating Lepas Kawen... Lebih Afdal okeh!


Sape kate lepas kawen dah tak payah nak dating-dating lagi? Perlu okeh! Ngeee.... Semalam Hubby kerja pagi. Memandangkan semalam hari Sabtu dan aku pulak memang dah plan awal-awal nak ronda bandar Segamat so dengan rela hatinya aku tolong hantar hubby pegi kerja pagi semalam walaupun terpaksa bangun seawal 5.3o pagi. Bangun je 5.3o pagi tapi siapnya 6.3o pagi. Apa lagi, mencicit-cicitla hubby bawak kereta. Lepas hantar hubby ke tempat kerjanya, aku terus balik rumah mak. Nak jalan-jalan pun masih awal lagi. Sempat jugak mata ni melirik-lirik kat kedai-kedai sekitar Bandar Segamat ni, masyaAllah memang tak terbayang dek aku macam mana rupanya masa banjir hari tu. Banyak kedai yang rosak teruk akibat banjir hari tu.

Tengahari tu pulak, aku datang awal ke tempat kerja hubby untuk hantarkan lunch. Tu yang sampai terdating kat taman bunga tu. Panasnya jangan ceritalah... Entah apa pulak mimpi hubby agaknya sampai nak dating kat taman bunga tu. Saja aku dan hubby pilih gazebo ni tempat nak melepak sambil makan-makan. Hubby yang memang tengah lapar, selamba je makan dalam keadaan panas terik tu. Masa aku ambik gambar hubby kat bawah ni, aku nyaris-nyaris nak jatuh tergelincir sebab tak perasan lantai tu berlapis. Berderau darah aku masa tu. Nasib baik tak jadi apa-apa. Cemas jugaklah muka hubby aku tengok masa tu. 

Kat taman ni tak ramai orang. Ada sorang dua orang je yang melepak kat situ. Almaklumlah cuaca tengah panas terik. Masa nak balik tu barulah ada 1 couple ni sampai... nampak gaya belum kawen lagi kot sebab muka lelaki tu nampak macam playboy lagi! Haha... Yang perempuannya pulak dressing macam nak pegi shopping siap dengan kasut tinggi ko. Adeh! Kalau aku jadi perempuan tu tak koser de aku nak melepak kat taman cenggitu. Dahla panas terik.... Cair mekap de! Korang sanggup? Berbalik pada couple tadi, aku rasa ada banyak lagi tempat yang lebih sesuai nak berdating daripada kat taman bunga tu. Dahlah tengah-tengah hari tepat tu kan tak ramai orang. Tak sesuai ko! Kalau betul nak dating kat taman ni pun dah kawen lagi afdal rasanya kot (contohnya macam kami...hikhik). Boleh bawak family... anak-anak sekali kan. Lagi seronok okeh. So fikir-fikirkanlah ye...



   



Friday, February 11, 2011

Panggilan Hangit.


Malam tadi masa borak-borak sambil makan, MIL aku merungut pasal ada orang yang tak dikenali hantar sms + call no baru MIL aku tu. Katanya orang tu siap hantar sms 'sayang-sayang' bagai. Bila orang tu call dan MIl aku ni jawab, tak pulak die bersuara. Aik pelik betul pulak aku rase. Sebenarnya aku dengan hubby yang tolong belikan no baru MIL aku tu tapi didaftarkan atas nama hubby. Tak sangka pulak jadi macam ni. Selama ni aku beli no telefon baru tak pernah pulak ade sms or call2 cenggitu.Orang tersalah dail tu adalah jugak tapi tak pernahla pulak jadi cenggini.

By the way, MIL aku tu guna no hotlink baru 010. Memang ada masalah ke nombor ni ha? Hmmm... Aku cakap kat hubby, entah-entah ni keje budak perempuan kat kedai topup tu. Semacam je aku tengok dia mase beli nombor tu. Huhu tapi entahla... itu cuma serkap jarang aku je tapi series memang aku pelik. Sudahnya hubby kenakan aku balik. Kata hubby, ' huh cenggini nak tukar nombor baru ni?' Hehe... yelah-yelah....




Thursday, February 10, 2011

NAFKAH ISTERI DAN IBU-BAPA; MANA YANG DIDAHULUKAN?

Soalan; Salam. Sy ada beberapa soalan.

1. Apakah hukum suami yg selalu mengabaikan nafkah anak isteri kerana mengutamakan keluarganya di kg? - Suami bukanlah anak lelaki sulung @ anak lelaki tunggal.
2. Bolehkah keluarga di kg terutama ibu & ayah meminta duit (terlalu kerap) dari anak lelakinya padahal anak lelakinya jg perlu bertanggungjawab pada anak isteri? - Ayahnya masih berkerja tetap selalu mengalami masalah kewangan.
Syukran jazilan atas jawapan yg diberikan.

Jawapan;

1. Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46). Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.

Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;

a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.

b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
2. Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan.

sumber : http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/02/nafkah-isteri-dan-ibu-bapa-mana-yang.html







Wednesday, February 9, 2011

Pantasnya Masa Berlalu.


Diam tak diam dah 5 bulan rupanya kehamilan aku. Patutla nampak besar semacam je. Ingatkan masih lagi 3 bulan... Keh3x. Bila dah masuk 5 bulan lebih ni barulah aku perasan, barang-barang kelengkapan baby masih banyak lagi yang tak ada. Hari tu ada gak buat checklist tapi masih jugak pening kepala dibuatnya. Kebanyakan baju baby ritu pun banyak order kat tenet je. Punyalah pemalas nak keluar. Kalau ada pun mase shopping kat Melaka itu hari.



Last pegi Mydin Melaka, dapatla aku beli bakul baju baby dan bakul baju kotor. Tu je yang sempat aku rembat. Ingat nak beli jugak baju n keperluan baby yang lain kat situ tapi tak jadi. Pegi Mydin memang bikin hati mama aisy ni panas je. Hehe... Aku paling tak gemar kalau yang tukang ikutnya asik nak cepat dan buat muka letih atau muka blurr. Kalau aku tengah syok memilih tetiba aku tengok muka orang tu macam bosan je, ah mohla balik. Tak koser aku nak memilih lagi de. Aku kalau menelek baju ke hape memang nak dalam keadaan tenang. Tak mainla nak tergesa-gesa ke hape kecuali aku sendiri yang dah tentukan limit masanya.

Itu sebabla dulu-dulu aku rajin keluar shopping sensorang tanpa teman tapi sekarang tidak lagi. Bila dah kawen ni terpaksalah menerima hakikat yang aku dah tak boleh nak keluar sembarangan lagi dah. Kalau setakat keluar shopping dengan member-member pejabat mase rehat pun dah kurang dah. Sekarang nak shopping hanya dengan hubbyku. Tak kisahla muke die monyok ke... bosan ke... tatap jugak die nak ikut aku pi shopping hatta just window shopping je sekalipun. Kadang-kadang hubby pulak yang rajin ajak aku shopping sane sini padahal aku memang tak larat dah.

Memandangkan ada lebih kurang 4 bulan je lagi sebelum aku bersalin, aku harap dapatla aku shopping barang baby sakan sebelum aku dah tak larat nanti. Mydin? memang murah tapi... hubby kena pastikan letak kereta paling hampir dengan pintu masuk / keluar. Pastu tolong jangan letak kereta merata-rata ye. nanti tak pasal-pasal dieorang buat pengumuman suh alihkan kereta lagi sekali. Uhhh tak rela maks! Lepas ni maybe nak ronda tesco or giant pulakla. Pastu baru boleh buat pilihan nak beli barang kat mane. nak tunggu sale banjir entah bila tah. Hehe...




Tuesday, February 8, 2011

Kenapa Mimpi Tu Tak Indah?


Malam tadi 1st nite tidur kat rumah mentua tanpa hubby (sebab hubby kerja malam) lepas CNY. Macam biasalah... langsung tak lena tidurku...Huhu. Sekejap ke kiri... sekejap ke kanan. Baby aisy tak adalah pulak meragam cuma aku je yang tak boleh nak tidur. Pukul 2 pagi aku terjaga, aku tengok ada sms dari hubby. Tak adalah aku nak balas sebab aku malas nak kacau dia. Pukul 5 lebey aku terjaga lagi. Itupun gara-gara mimpi yang tak indah tu. Terus aku sms hubby. Aku mengadu kat hubby yang aku langsung tak lena tidur sejak malam tadinya. Cepat aje hubby balas.

Macam biasalah jugaklah... aku akan emosi setiapkali termimpi pasal hubby. hehe... Mulalah ayat-ayat cinta aku yang syahdu syahdan keluar... emosilah sangat! Ceh... Hubby tak layan sangat pun bab mimpi-mimpi aku ni. Sekadar mendengar bebelan aku okeh! tapi kalau dah terlampau emosi sangat... hubby pun mulalah dengan hujah die. hehe...

Pagi tadi tu aku sebenarnya termimpi pasal penceraian. Bukan dah bercerai tapi nak mintak cerai. Wah! Tolong jangan tanya cerita selanjutnya. Malas nak ingat! Alih-alih pagi tadi hubby bagitau kawan sepejabat dia baru je bercerai. MasyaAllah... Terkejut aku dengarnya. Yelah, mimpi aku tu sebenarnya ada kaitan dengan orang lain rupanya. Pastu dugaan datang bertimpa-timpa bila dia pulak dibuang kerja semata-mata tak jawab panggilan bosnya. Giler tak giler ko! Suke-suke je nak buang orang bos die ni.
So pagi tadi bila die datang jugak kerja sebab nak buat rayuan, dapatlah hubby balik awal sikit. Harap-harap rayuan dan alasan dia diterima. Tak datang sebab banjir pun kena buang gak ko! Mengong punya syarikat. Buat aduan nanti taulah!Huh!




Saturday, February 5, 2011

Bukan Niat Nak Bermusuh.

Bukan aku yang mintak jadi macam ni. Aku sedar aku bakal jadi seorang ibu. Ini bukanlah contoh yang baik untuk anak-anak aku nanti tapi apakan daya, aku masih tak boleh terima dia. Kata-kata dia dulu sangat mengguris hati aku. Setiapkali aku lihat wajah dia, aku kembali teringatkan kata-kata dia yang sinis dan tajam tu. Cukuplah.

Alhamdulillah, kehidupan aku adakalanya baik... adakalanya susah... Biasalah, kehidupan kita ni mestilah ada pasang surutnya bukan? Begitu jugak dengan kehidupan aku. Cuma dia je yang tak boleh terima kenyataan tu. Memang, hidup dia sentiasa dilimpahi dengan kesenangan. Bahagian dia... Sape tak cemburu tapi nak cemburu pun biarlah dengan cara baik. Maksudnya, berusaha lagi untuk mencapai standard hidup yang macam dia. Hidup senang... punya rumah sendiri... Punya kewangan yang kukuh... Dan ya... aku masih lagi berusaha. Hidup aku memang tak senang tapi tak bermakna aku akan hidup susah selamanya. Kalau susah pun itulah dugaan buat aku. Dugaan supaya aku lebih tabah dan tak berputus asa.

InsyaAllah sampai masa nanti pasti hidup aku akan berubah jugak. Amin




Alahai Pengantin.

Pak kelepak kelepung.... pak kelepak kelepung... Bunyi kompang kat sebelah rumah aku sekarang ni. Bunyi macam meriah tapi aku malas nak pi jenguk. Perut aku dari tadi rase tak sedap je. Macam nilah selalunya kalau hubby tak ada. Ade je ragamnnya. Ni belum keluar lagi ni... kalau dah keluar esok tak taulah macam mana pulak ragamnya. Ni memang confirm keluar esok jadi manje babahnye ni.

Pagi tadi mase nak bangun dari tidur, tiba-tiba rase macam baby menendang. Kuat giler! Rase kejang sekejap. Nak menangis pun ada dibuatnya. 1st time rase macam tu. Tak taulah macam mana nak gambarkan rase tu. Yang terpikir kat kepala otak aku ni mase tu... baby mama ni ok ke kat dalam tu? Ade yang cedera ke anak mama kat dalam ni? Isy macam-macam yang aku pikir. Dah pikir bleeding pun ada mase tu.

Ni pun dari tadi kemain aktif lagi die. Bergerak je kejenye. Kalau babah die ade elok je pulak die. Cuma dia macam suka duduk belah mana babah die ada. Kalau belah kiri, kat kirilah die duduk. Sekarang pun tengah rase die tendang-tendang perut mama die ni. Tau -tau je mama die tengah bersms dengan babah die. hehe...

Sekarang baby dah 21 minggu. Die dah mula aktif nampaknya. Bila fikir-fikir balik, macam tak percaya je die dah ade kat dalam perut ni dan semakin membesar. Teringin sangat nak tengok muke die. Entah ikut muke babah die ke muka mama die. Ape pun aku berdoa agar kandungan aku ni sentiasa sihat. Biar aku sakit sikit tak apa.

Hmmm... mengantuk pulak rasanya. Orang sebelah ni tak habis lagi nampaknya berkara- oke. Patutla baby aisy asik dok tendang-tendang perut mamanya. Bisingla oi! Huhu...

Tapi apepun tahniahla ye. Sekarang tengah tunggu giliran sepupu hubby pulak yang bertunang 14 Februari tahun lepas je ni. Dah setahun dah ni p belom ade khabar berita lagi. To Fikri n Mas, jangan tunggu lama-lama....hehe.




Wednesday, February 2, 2011

Dijangkiti penyakit malware ape kejadah.

Tadi ada member bagitau yang blog aku ni dijangkiti malware ape kejadah tah. Dari mana datangnya tidaklah aku ketahui sebab aku masih boleh bukak dan update blog. Yang membaca jelah yang tau blog aku ni kena penyakit ke hape. Apepun thanx ye sebab inform.

Sebelum ni ada jugak yang inform tapi ingatkan dah ok. Aku pun tak dapat nak tengok sendiri macam mana benda tu terjadi so susah jugak aku nak tau apa masalahnya. Nak aku godek-godekkan takut nanti macam-macam pulak yang tumbuh dalam blog aku ni. Hmmm... Balik ni nak tengok dulu ape masalahnya.

Esok raye cine! Yahooo..... Kepada mangsa-mangsa banjir sekitar tempat aku ni, diharapkan bersabarlah ye. Petang ni nak pegi tengok pulak jalan mana yang boleh dilalui untuk hubby pegi keje esok. Kalau tak lepas gak, nasibla ye... Marilah kite bergolek bersama-sama esok okeh!hehe




Mata Panda.

Series aku tengah mengantok giler sekarang ni. Dah 2 malam aku tak dapat tidur dengan nyenyaknya. Hubby pun asyik terjaga je. Semalam tidur kat atas katil tapi tak selesa jugak. Panas pun ia... Nak berkalih pun susah sebab rase macam sempit sangat. Bila hubby terjaga, dia asyik tanya aku kenape? Kesian pulak tengok hubby same-same tak lena tidur dibuatnya.

Malam tadi ajak hubby tidur atas toto. Hmm totonya nipis je. Tak sampai hati nak cakap dengan hubby. Takpelah janji tempat tidur luas, aku fikir. Rupanya... lagi tak boleh tidur aku dibuatnya. Kejap-kejap dah terjaga. Pagi tadi pun entah berapa kali aku asyik dok pusing kiri... pusing kanan... Kejap-kejap aku rasa macam sesak nafas. Kejap-kejap aku rasa rimas. Kejap-kejap pinggang aku sakit terutamanya sebelah kiri. Ada orang kata mase tu muka baby menghadap ke situ jadi tak boleh urut ke hape sebab nanti muke baby penyek. Hah? Tapi mana tahan owh sakitnya... 1st pregnant kan... x pernah rasa lagi benda-benda macam ni. Habis tu nak buat macam mane? Tangan aku pun mulalah laju je cari tangan hubby suh urut. Ngade-ngade!

Dahla asyik beralih-alih posisi, pastu siap merengek-rengek pulak tu. Hubby pun ikut terjaga sama. Pukul 6 pagi tadi lepas buang air, terus naik atas katil tidur. Ah leganya... tapi tidur terbalik. Baru je nak dapat selelap dah kena kejut dengan MIL. Hehe.... Petang ni nak bali rumah mak aku so hoppfully dapatla tidur lena. Aisy jangan nakal-nakal ye malam ni. :-)

Pasal muke penyek tu aku sendiri tak tahu tahap kebenarannya. Ada sesiapa yang pernah mengalaminya ke? Bolehla share...:-) 




++Jom Kita Tukar Link!++