My Nuffy

Sunday, January 29, 2012

TEKNIK Hypnobreastfeeding DALAM MENJAYAKAN PENYUSUAN.


Pernah dengar tentang hypnobreastfeeding? Bukan hippopotamus ya.
Hypnobreastfeeding adalah satu teknik menggunakan kuasa minda bawah sedar atau subconscious minds untuk membanyakkan susu (cukup untuk keperluan bayi) sekaligus menjayakan penyusuan hingga anak berumur 2 tahun.

Penghasilan dan pengeluaran susu badan bergantung kepada faktor utama : fisiologi dan psikologi. Bila seseorang ibu itu fit dari segi tubuh badan dan emosi, insyaAllah penyusuan pasti berjaya.
Sebagaimana teknik hypnobirthing yang menggunakan kekuatan dalaman untuk memberi motivasi dan kekuatan kepada ibu yang menjalani proses kelahiran, begitu jugalah dengan hypnobreastfeeding yang gunakan kuasa minda untuk meningkatkan motivasi dalaman dalam penyusuan.
Pernah tak jumpa seorang ibu yang menyusukan anaknya sampai 2 tahun yg berkata “Saya tak pernah plan pun nak menyusu. Awal2 dulu memang beli susu tepung siap2. Hari pertama tu memang bagi FM. Pam susu memang tak beli, belajar tentang BF pun tak. Memang saya tak yakin langsung saya boleh menyusu. Masa kerja pun saya tak pam. Tapi susu saya memang banyak berlambak2 sampai terpaksa bagi susu badan kat anak”.

Saya tak tau kalau ada, tapi saya tak pernah jumpa. Yang saya selalu jumpa,

“Saya dari awal niat nak susukan anak, saya tak beli sebarang susu tepung. Dari awal kelahiran saya susukan dia dan saya yakin saya boleh menyusu walaupun susu mulai ada pada hari ke-3. Saya kerap pam dan alhamdulillah susu saya cukup utk anak saya.

Dan yang macam ni:

“Saya dari awal niat nak menyusukan anak, tapi susu tak ada”
“Saya memang nak BF anak tapi tak ada rezeki”
Tahu tak kenapa kita asyik tak ada rezeki? Sebab kita dok selalu cakap kat diri “Kita takde rezeki…” rezeki pun tak ndak datang dekat2 sebab asyik kena halau saja.
Hypnobreastfeeding adalah benda yang paling basic dalam BF, iaitu merasa tenang dan yakin untuk menyusukan anak.

So, macamana nak praktik hypnobreastfeeding ni?

10 Teknik Hypnobreastfeeding:

(1) Memahami bahawa ketenangan itu perlu dalam penyusuan.
(2) Tingkat mood ‘bonding’ dengan baby seperti lihat gambarnya, tengok videonya, dengar rakaman suaranya, etc. Perasaan kasih sayang & baby-bonding ni akan menggerakkan hormon endorfin yang memberikan ketenangan.
(3) Tenangkan diri dengan alunan al-Quran/zikir/muzik yang bersesuaian.
(4) Bernafas dengan teknik yang betul.
(5) Lakukan ‘self-affirmation’ yakni memberi kata-kata semangat kepada diri sendiri.
(6) Jauhkan perkara2 yang boleh mengundang stress dan kesedihan.
(7) Berdoa dengan bersungguh-sungguh.
(8) Jauhi kata2 dan tanggapan negatif seperti “aku takde susu”, “susu aku tak banyak”, “takde rezeki anak aku menyusu badan”, etc
(9) Perhatikan ibu2 yang berjaya menyusukan anak mereka dan visualkan diri kita juga seperti mereka.
(10) Pastikan diri kita dalam keadaan rileks, bersih dan gembira.
Seperti hypnobithing, hypnobreastfeeding berkait rapat dengan natural living jadi ibu2 haruslah mengambil makanan yang tinggi kandungan khasiat, air yang mencukupi kerana keperluan asas tubuh adalah kunci kepada kelancaran aktiviti tubuh termasuklah mencipta ketenangan.
Rileks, dan jangam gopoh-gapah kerana gopoh gapah itu amalan syaitan.
Tapi jangan lupa, psikologi dan settle, fisiologi jangan diabaikan – serta teknik2 asas breastfeeding ===> stimulasi (rangsangan) & konsep supply & demand :)
Affirmation je yang banyak tapi pam tak konsisten tak jadi hokey. Umpama ibu yang praktik hypnobirthing, walaupun dah kurang rasa sakit, tapi baby kena keluar juga ya :)


CREDIT : MOMMY LINA



Friday, January 20, 2012

Aisy turn to 8M.

Assalam,

Hi mommies and all readers ~ tetiba nak speaking omputih pulak pepagi ni... Hehe. Antara happy entah sebab apa dengan pening sebab kena tanggung kerja orang lain tapi tak keluar surat lagi. Adeh! Hari ni aisy ade kat rumah MIL sebab tengahari ni nak saya nak bawak MIL pergi Maybank. Duit pencen beliau tak masuk2 gak lagi. Teruk betul... Dahla sekarang ni tak pakai buku lagi dah, lepas tu setiapkali nak check akaun kena RM11. Kalau tiap2 bulan check? RM11 x 12 bulan. cer kira berape banyak MAYBANK dapat untung???? Ader yang kerja Maybank @ bersedara dengan Maybank ker tolong terangkan kat saya sikit... Saya ni matematik dapat 5c jer masa SPM dulu...Huhu.

Enough pasal perkara yang memeningkan ni... Just nak story pasal anak kesayangan hamba, Muhammad Aisy now turn to 8M! Alhamdulillah beliau dah membesar dengan jayanya hasil dari SUSU IBU beliau. Semalam bawak aisy pegi checkup kat kd. Berat dah naik daripada 7.2 kg kepada 7.8 kg. Naik dalam 600 gm je... Oklah kan..:-)

Lepas tu kan, setiapkali nurse tanya sama ada bagi baby susu badan ke susu formula? Dengan bangganya saya jawab, SUSU BADAN! Yes aisy masih lagi menyusu badan... Alhamdulillah. Tapi semalam pertanyaan nurse buat saya termanggu... dia tanya,'taknak try susu botol a.k.a susu formula pulak ker? Aik???!!! Ape cer ni? 8 bulan saya berhempas pulas, berusaha nak full bf anak saya, alih-alih hari ni saya disuggest bagi susu formula pada aisy??? Owh no! Sama sekali tidak! Kecewa betul rasanya bila ditanya macam tu... Tapi saya memang nekad! Selagi masih terdaya, akan akan tetap bf aisy. INSYAALLAH.

Selagi tak ada sebab yang menghalang, selagi itu saya akan teruskan bf aisy. Andai ditakdirkan saya mengandung ketika masih menyusukan aisy pun saya tetap akan meneruskan perjuangan. Saya tahu ramai lagi yang masih keliru mengenai menyusukan bayi ketika hamil ni... xper insyaallah kalau ada masa kita akan bincangkan semula ye. Tak sabar nak share ape yang saya dah dapat masa Bengkel hari tu.

Bila nurse tanya lagi aisy dah pandai ape, yang boleh saya jawab aisy aru pandai meniarap, angkat badan, berpusing tapi tak bergerak ke mana-mana pun. Haha. So cute bila die try nak 'bertarik' tapi just terkapar-kapar je macam orang nak berenang. Kalau duduk dah ok jugaklah cuma kena jaga kat belakang dia. Takut tiba-tiba dia hempaskan badan ke belakang je. My fault jugaklah sebab awal sangat dah masukkan die ke dalam walker. ~ pernah baca 1 blog / fb ni die cakap baby yang guna walker ni akan lambat berjalan etc. entahla...


Anyway, mama nak cakap... mama sayang sangat kat aisy...:-)
MUAHHHHHH




Thursday, January 12, 2012

HAPPY BIRTHDAY GIVEAWAY 2012

Sempena hari lahir saya pada 14 January ni, saya nak adakan 1 giveaway yang cukup simple jer..:-)


Syarat-syarat penyertaan :
1) Ada belog
2) Buat 1 entry mengenai 'HAPPY BIRTHDAY GIVEAWAY 2012' ni. Just a simple one.
3) Wish HAPPY BIRTHDAY.
4) sertakan juga 'SAYA SOKONG PENYUSUAN SUSU IBU'
5) Yang dah follow, TQSM. Yang belum follow terpulanglah nak follow atau tidak BELOGKDGUNGU dan RIZQINSHOPPE. Tiada paksaan ye.
6) Dah buat entry sila link dan bagi komen pada entry ini semula ye.
7) Pemenang dipilih melalui undian bersama MUHAMMAD AISY RIZQIN..:-)
8) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Januari 2012. Sebarang rayuan selepas tarikh itu tidak akan dilayan.


Hadiah :

1) Tudung Exclusive Bernilai RM 35, Kupon Diskaun 25% Rizqinshoppe/shaklee
2) Shawl Bernilai RM 18, Kupon Diskaun 20% Rizqinshoppe/shaklee
3) Tudung Bernilai RM 15, Kupon Diskaun 15% Rizqinshoppe/Shaklee

**With extra freegift

So have fun! :-)



Wednesday, January 11, 2012

SPECIAL PROMOTION

******************** SPECIAL PROMOTION **********************

Sempena hari lahir saya pada 14 Januari 2012 ini saya ingin meraikannya dengan memberi DISKAUN sebanyak RM 5 untuk setiap item yang disenaraikan di bawah :

1) Bumble Bee Nursing Pillow (RM 84.90) free postage
2) Angry bird preshoes (RM 20.00) + RM 6 For postage
3) Mom + Dad love Me pyjamas (RM 20.00) + RM 6 For postage
4) Coolababy printed button pink/green (RM 30.00) free postage
5) QQBaby Cloth Diapers purple (RM 20.00) + RM 6 For postage
6) Coolababy colour button yellow(RM 20.00) + RM 6 For postage
7) Coolababy Aio pink/purple (RM 20.00) + RM 6 For Postage
8) Polkadot pink baby shoes (RM 20.00) + RM 6 For Postage
9) Inch Worm (RM 20.00) + RM 6 For Postage
10) Nursing Inner ( 24.00) + RM 6 For Postage
11) Semua pembelian Fullset SHAKLEE pada bulan January layak dapat diskaun khas RM5 daripada RIZQinSHoppE.
12) Semua produk di dalam BABIES AND KIDS CORNER (Diskaun RM 5)
13) Baby Swadle (RM 30.00) + RM 6 For Postage
1) Pre Order YPAD (RM 35.00) + RM 7 For postage**

** Hanya untuk yang bayar deposit RM 20.00 sebelum / pada 14 january 2012.TQ

** Mixwholesale RM 100 ke atas akan dapat FREE POSTAGE!!!!

**FREE POSTAGE bagi semua pembelian produk shaklee yang melebihi RM 100.

Tawaran ini hanya SAH sehingga 14 january 2012 SAHAJA! Sebarang rayuan selepas tarikh ini tidak akan dilayan.TQ



Tuesday, January 10, 2012

YPAD VERSI KANAK-KANAK.


RM 40.00

Y-pad jual ke Europe ­ ­
bacaan lebih formal like western country
saiz... lebih kecil berbanding Ipad

pre order Mid Feb 2012

1) Learning Words
2) Spelling Ability
3) Math Ability
4) Vocabulary Developement
5) Pronunaciations
6) Recognition Ability
7) Music Talent
8) Independent Learning Ability
9) Pages Interactive
10) Learning Card


**sesiapa yang berminat nak order boleh bagi nama dan deposit RM 20 dulu tanda jadi ye. TQ

order :

1) Alynn Dhiya
2) Ain Aiman
3) Chenta Adam
4) Wan Syamsafariza
5) Zuria Ghazali
6) Noor Adilah Abd Rahman
7) Zuliana Ghazali
8)
9)
10)


***sesiapa yang dah booking bolehla Depositkan RM 20 ke dalam akaun maybank saya 105074071860 (NORLIZAR BINTI HUSIN). Lepas bankin sila inform dengan saya ye. email rizqinshoppe@yahoo.com / sms 0194921944.  Postage fee RM 8.00 ye.. Kalau nak ambil sendiri pun boleh. No Problem punya.TQ





Monday, January 9, 2012

AISY.

Lama dah tak update pasal aisy kan. Mama die asik bz je berbisnes...Hehe. Hmm 16/01 ni genap aisy 8 bulan dah tapi baru nak pandai 'bertarik'. Tak apalah janji aisy sihat. Dah makin lasak pulak tu. Malam tadi je dah masuk kali yang ke berapa entah kepala die terhantuk. Kisahnya malam tadi mintak tolong babahnya butangkan baju aisy tapi aisy mengeliat sini mengeliat sana sampai dah turun kat kaki. Tak lama lepas tu dengar bunyi berdentam kuat and aisy menangis sekuat hati sampai tak keluar suara. Tak nak dia nangis berpanjangan terus saya ambik aisy dan peluk die erat2. Saya lebih suka cara macam tu bila pujuk anak daripada mulut bising salahkan benda atau orang lain. ~ Tapi pelik babah tak boleh nak pujuk aisy kalau aisy menangis~

Sekarang ni pulak die dah pandai tak nak dengan orang lain kalau mamanya ada. Orang lain dukung tapi lepas tu nampak muka mama die mulalah meraung manjang. Time nak tidur pun same. Kalau ada mamanya jangan haraplah dapat nak tidurkan die dalam buaian. Takkan mau die de... Walhal mata dah lebam dek mengantuk sangat. Meragam jerlah die selagi tak mengopek kat mama die. Aisy... aisy... Manje sangat-sangat sekarang ni... :-)

Aisy sekarang dah tak mau langsung makan bubur etc. Dia lebih berminat dengan nasi lembut. Ayam pun dah start makan. Bagi sayur bantailah dibuangnya balik. Biskut marrie jadi pilihan kalau takder nasi. 3 keping pun boleh habis. Mungkin dia dah biasa dengan sesuatu yang manis jadi bila bagi bubur kosong, sayur ect yang tawar die takmo. My fault.

Cuma tulah risau sebab tak jumpa lagi orang yang boleh jaga aisy... Hmm... Kalau boleh nak cari orang sekitar rumah mak tu jer. So tak payah nak bawak dia berulang sampai ke Gemas... Paham-paham jelah. Kang cakap lebih-lebih nanti jadi gaduh pulak nanti. Buat mase ni terpaksa jugaklah tinggalkan die kat mak. Bukan tak kesiankan mak tapi memang takder pilihan lain buat masa ni. Nak tinggalkan dengan  orang lain pun cuak jugak. Kes bayi mati tersedak susu, kes bayi diberi ubat tidur dan macam-macam lagilah.

19/01 ni nak bawak aisy pegi timbang lepas tu nak selesaikan roadtax kereta viva and pegi MELAKA! Hehe. Seoul Garden barangkali. Whink!

p/s : tak sabar nak tengok aisy duduk sendiri dan berjalan. :-)




Saturday, January 7, 2012

TIPS BERNIAGA SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF.

Berikut adalah tips perniagaan yang boleh kita ambil dari seorang korporat Islam yang amat tersohor dalam bidang perniagaan iaitu Saidina Abdul Rahman Bin Auf:

1. Sikit, tapi untung

Konsepnya mudah, untung sedikit tetapi dalam kuantiti yang banyak. Setibanya Saidina Abdul Rahman berhijrah dari Mekah ke Madinah, beliau ditawarkan oleh seorang saudaranya yang baru sama ada mahu memiliki kekayaan atau isterinya, namun beliau lantas memilih agar ditunjukkan sahaja di mana letaknya pasar.

Dari situ, beliau memulakan perniagaan menjual unta. Harga unta yang dijual hanya 1000 dirham (tiada untung kerana harga kos unta adalah 1000 dirham juga!).

Cuba teka? Di mana keuntungan itu diperolehi? Jawapannya, beliau hanya mengambil untung atas jualan tali yang mengikat unta tersebut! Bayangkan beliau dapat menjual 1000 ekor unta dalam masa sehari sahaja. Untungnya? 1000 upah tali x 1 dirham = 1000 dirham

2. Banyakkan sedekah atau infak

Berapa ramai antara kita yang selalu bersedekah apabila mendapat kesenangan? Bilasudah mahu miskin, baru terlintas ingin bersedekah? Itu adalah konsep yang salah, seharusnya kita bersedekah ketika senang dan sihat!

3. Usaha secara berterusan

Kita lihat kekuatan jiwa yang dimiliki oleh Saidina Abdul Rahman dalam berniaga. Dalam peristiwa Hijrah, beliau sanggup tinggalkan kekayaan semata-mata menyahut seruan Hijrah. Namun, beliau cepat-cepat berusaha mengubah nasib diri setibanya di Madinah berbekalkan modal yang ada. Kita juga harus bersikap sedemikian, jangan mudah mengalah jika bankrup atau gulung tikar.

4. Keyakinan yang jitu kepada Allah

Orang beriman dan bertakwa yang kaya adalah mereka yang senantiasa memiliki keyakinan bahawa segala usaha yang mereka kerjakan pasti mendapat keberhasilan tidak kira cepat atau lambat, sedikit atau banyaknya untung.

Semoga kita beroleh manfaat.. Amin

By: Abang Isaifuddin Bin Abang Noran (Asoi).
 



Friday, January 6, 2012

Dalam Gembira Terselit Duka.

Semalam, saya ambil half day sebab kasihankan mak terpaksa jaga aisy buat sementara waktu. Dah alang-alang tu, saya bawak mak pergi check semula kat klinik EDEN dengan DR. Cheng tu. Tak sabar betul nak tahu apa keputusannya... Jeng Jeng Jeng... Alhamdulillah setelah diperiksa, DR cakap darah tinggi mak dah turun! Daripada 184/90 kepada 148/70 Macam tak percaya.... Alhamdulillah syukur sangat-sangat...Tak sia-sia saya beli FIBER PLAN + ZINC untuk mak.

Cuma kencing manis mak naik tinggi bacaannya 20.0... Hmm mana taknya, sekarang ni kan musim buah, hari tu bawak buah durian + manggis dari kampung. Pastu mak saya pulak pegi minum jus oren tropikana dengan FIBER PLAN. Aduhai... Lupa nak pesan dengan mak minum jus oren segar... Tak apalah, lepas ni harap kencing manis mak turun balik.

Now my mum continue dengan FIBER PLAN + ZINC COMPLEX bersama-sama ubat-ubatan yang dibekalkan oleh klinik EDEN. Hopefully my mum akan sembuh seperti sediakala.

Pasal buah pinggang mak yang rosak tu DR cakap sikit je mungkin disebabkan kes mak kena langgar dulu tu. So tak perlu nak jumpa pakar. Hmm... entahlah tapi saya dah suruh mak pegi check kat klinik kat KL semula nanti. Risau jugak takut DR sini kurang pengalaman. Wallahualam...

Saya akan terus mengupdate perkembangan mak saya setelah menggunakan produk FIBER PLAN + ZINC COMPLEX ni lepas ni. Insyaallah.

p/s : Takziah kepada keluarga allahyarham
Shahrin Ismail, 33, anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut dan isterinya Norazimah Abdul Aziz, 34, yang telah meninggal dunia setelah kereta mereka terbabas masuk dalam parit. Tak kenal pun tapi allahyarham Norazimah ni merupakan sepupu kepada opismate saya Kak Earna. Al Fatihah. Maklumat lanjut boleh baca di MYMETRO .

Sekian, wassalam.




Wednesday, January 4, 2012

Petua Hilangkan Bau Busuk Dalam Kereta.

Hari tu masa hantar Kelly pergi klinik rupanya dia dah terbuang air kecik kat atas kusyen kereta. Baunya aduhai menusuk hidung betul walaupun dah dibasuh berkali-kali oleh babah aisy. Dah dekat 2 minggu pun baunya masih tak hilang. Segan betul bila nak tumpangkan orang...Huhu.


Lebih kuranglah baunya macam gambar kat atas ni tapi lagi menusuk! Hancing ko! So penyelesaiannya... Tadi saya ambik roti yang dah lama kat dalam peti ais pejabat nih kemudian letakkan je merata kat atas kusyen kereta. Alhamdulillah tak lame je lepas tu baunya dah berkurang. Fuh lega...



Sama jugak kalau terbawak durian dalam kereta, confirm baunya semerbak kan! So boleh jugaklah gunakan petua tadi tu untuk hilangkan bau durian. Dah banyak kali dah cuba cuma babah aisy je yang tak berapa nak percaya...Hehe.

Tapi makesure guna roti biasa/putih je okeh! Jangan pulak gatal-gatal nak letak roti kaya ke hape kang habis bersemut kereta korang saya tak tau...Hehe.

Sekian, Wassalam.




Tahun Baru. Azam Baru. Harapan Baru.


Hari ni dah masuk  hari ke 4 tahun 2012. Semangat nak kerja? Hampeh! Hehe... The good news, saya dapat anak sedara baru lagi tahun ni... ~ Rasa macam nak menambah sekali jer~ ahak!

Mood Sekarang ~ SWING. Bermula 04/01/2012, saya hantar aisy kat MIL. Tawakal jerlah... Kalau nak cerita nanti jadi tak sedap pulak... Nak cari orang yang betul-betul boleh jaga aisy bukan senang... Bukan ramai yang sanggup... Tapi apakan daya, demi kesihatan mak, saya terpaksa berkorban.

Saya juga harap MIL dan suami saya tak salah faham... Bukan saya tak percaya pada MIL dan bukan jugak saya nak mengajar MIL saya tentang cara nak jaga bayi. Saya tau MIL saya memang berpengalaman tapi KES aisy ni lain sikit. Susunya bukan susu FORMULA tapi SUSU BADAN saya sendiri. Penyediaannya tak rumit tapi kalau tak betul boleh merosakkan khasiat susu tu. Kalau mak senang sikit nak ajar...

Dah waktu rehat, nak pergi tengok aisy sekejap! Hati berdebar-debar je... kenape tah...Azam baru saya akan sambung kemudian... aisy lagi penting...




++Jom Kita Tukar Link!++