My Nuffy

Saturday, October 31, 2015

Tips Mudah Meriahkan Susu Ibu


Masalah kekurangan susu ibu ni memang selalu kita dengar kan? Terutamanya pada ibu-ibu yang baru melahirkan cahayamata pertama. Baru-baru ni pun ada keluar dalam suratkhabar mengenai seorang ibu yang terjun bangunan sebab stress tidak dapat menyusukan anaknya yang baru 10 hari lahir. Macam-macam spekulasi yang timbul tapi saya sangat tidak setuju kekurangan susu ibu dijadikan tajuk utama semata-mata untuk melariskan akhbar. Makanya ramailah yang tak senang duduk mempertahankan ideologi masing-masing.

Saya sendiri pernah mengalami situasi yang sama iaitu kekurangan susu ibu di awal kelahiran anak pertama saya, Aisy. Nasihat saya, dapatkanlah maklumat sebanyak mungkin mengenai penyusuan susu ibu ni. Jangan segan, jangan malu untuk bertanya terutamanya kepada jururawat di hospital atau klinik. Jadi hari ni saya nak kongsikan sikit beberapa tips mudah untuk meriahkan susu ibu.

1. Minum air secukupnya

Ibu-ibu yang menyusukan perlu minum air sekurang-kurangnya 3 liter air @ 13 gelas air kosong setiap hari. Ini penting bagi mengelakkan badan dehydrated. Sukat jumlah air kosong yang diminum supaya cukup sekurang-kurangnya 3 liter. Minum sedikit-sedikit tetapi kerap. Ingat! bukan air berkarbonat, berkafein atau air manis ye.

2. Kerapkan menyusu dan mengepam

Susukan bayi anda sekurang-kurangnya 2-3 jam sekali. Begitu juga sekiranya anda bekerja dan bayi tinggal di rumah pengasuh, pam susu sehingga payudara benar-benar kosong kerana apabila payudara dikosongkan, makin banyak susu yang bakal dihasilkan. Elakkan menunggu sehingga payudara benar-benar penuh baru hendak dipam. Buat jadual menyusu/mengepam yang ringkas. 

3. Pam pada waktu malam

Hormon prolaktin banyak dihasilkan sekitar jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi jadi inilah masa untuk anda bangun dan mengepam! Anda jugak boleh mengepam selepas anda menyusukan bayi anda. Waktu terbaik adalah sebelum tidur, 3 pagi dan 6 pagi /selepas solat subuh.


4. Makan makanan berkhasiat

Pastikan anda makan makanan yang berkhasiat dalam tempoh kehamilan, berpantang dan menyusukan. Makan sayur-sayuran seperti sawi, lobak merah dan lobak putih. Pengambilan protein juga sangat penting untuk menghasilkan susu. Minum susu atau ambil pil kalsium sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Selain itu anda boleh mengambil buah tamar, buah kismis dan badam sebagai snek harian.

5. Amalkan pengambilan suplemen 

Tidak dinafikan sekarang ini sudah ramai ibu-ibu yang mengambil suplemen sebagai makanan tambahan atas faktor kesibukan atau masa makan yang tidak menentu. Kini terdapat pelbagai jenis suplemen di pasaran yang boleh anda pilih untuk menambah susu badan.

Selain itu anda juga boleh amalkan doa berikut ketika mengepam.


Selamat Berjaya!


                        









No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++