My Nuffy

Wednesday, July 27, 2011

RAMADHAN DATANG LAGI.


Sedar tak sedar, dah nak masuk bulan pose balik dah kan... Cepat betul mase berlalu. Dalam bulan pose ni jugak mama akan masuk kerja semula. ~kemalasan melanda~ Haha. Kalau boleh nak duduk rumah je menggentel aisy + duit masuk je... boleh? hehe.

Insyaallah kali ni mama harap mama dapat berpose dengan baik. Cadangnye jugak nak duduk rumah sendiri semula tapi bila pikir-pikir balik... hmmm.... leceh jugak sebab :

1) baby nanti xde orang nk jaga. nak hntar k rumah IL, mama sendiri tak tau lagi nak pegi keje naik ape... kemungkinan besar mama naik motorlah sebab babah pakai kereta. memang mama yang tak kasi babah aisy naik motor ulang alik ke PD tu... Bahayalah! Dahla 2 kali babah pernah terserempak dengan pocong. 1 die tengah baring kat tepi jalan, 1 hari tu pulak die tengah berdiri kat celah semak. kalau babah naik motor tah camnerlah gayenye... silap-silap aribulan, pocong tu tumpang babah sampai ke PD...hehe. Kalau mama yang terjumpa entah camner pulaklah kan! Mau seminggu demam..hehe.

2) mama masih seram lagi nak jejak kaki ke rumah tu... huhu. Toyol punya pasalla ni! Tapi sebenarnya mama pun tak pasti benda ni... Bayangkanlah, ari tu (dah lama gak dah... mase dalam pantang) mama ajak babah singgah rumah nak ambik barang. Hari pertama memang tak ada pape yang berlaku... Hari kedua, mama tiba-tiba tergerak nak balik rumah semula sebab nak ambik barang yang tertinggal. Masa tu babah dengan aisy duduk dalam kereta. Bila mama masuk je mama tengok kipas angin terpasang dengan lajunya. Mama pun hairan bin ajaiblah. Mama syak babah lupa nak tutup semalamnya tu. So masuk-masuk je kat dalam kereta mama terus sembur babah! Mama marahlah sebab mama sangka babah lupa nak tutup kipas tapi babah cakap die tak bukak pun kipas. Aik? Ley caye ke? Sebab bukan ape, kenkadang babah aisy ni suka sangat pekena @ menyakat mama. Tu yang kurang percaya tu. 

Oklah walaupun macam-macam yang bersarang dalam kepala otak mama ni tapi mama pendamkan jelah. Then beberapa minggu lepas tu mama dan babah singgah balik ke rumah nak ambik barang lagi. Kali ni babah yang keluar. Mama dok tunggu dalam kereta je. Dah siap ambik barang, babah aisy masuk dalam kereta bising-bising sebab kipas terbuka dengan lajunya sekali lagi. Ha! sape pulak punye keje ni...Babah cakap mama yang tak tutup kipas mase balik hari tu. Isy ade ker... Lepas tu mama pandang babah, babah pandang mama. Mulah bulu roma meremang... Adohai...

Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingin berlaku, mama suruh babah ambik barang-barang kemas mama kat dalam bilik. Takut-takut kalau ade yang menceroboh masuk pulak. Hairan mama sekali lagi sebab barang kemas mama masih ada kat tempatnye dan rumah tak bersepah ke hape. Alamak sekarang pun bulu roma dah meremang dah ni.

~Tiba-tiba cicak jatuh kat mama! Hampeh tul! Buat suspen je...~

Tak lama lepas tu barulah babah aisy buka cerita yang kawannya yang duduk kat area situ ade cakap kat tempat tu kecoh dah ade orang bela toyol. FIL pulak cakap ada orang dok menumpang-numpang kat rumah yang lama kosong. Oleh kerana nak mencari kepastian, lepas je daripada tu mama dan babah nekad nak balik tengok rumah tu. aisy tinggal kejap kat rumah IL. 

Mase mula-mula masuk kat dalam rumah tu siyes meremang bulu roma dibuatnye. Dah tu rumah tu nampak suram je. Mama check kalau-kalau ade barang-barang yang hilang tapi semua ada lagi kecuali duit kertas dalam tabung botol susu aisy. Mama tanya babah, babah cakap babah tak ambik. Seingat mama, mama pun xde ambik duit tu tapi entahla sebab kadang-kadang mama ni pelupa. Bila mama kemas dapur sebab dapur macam dah berselerak sikit, mama jumpa butir-butir kacang hijau berselerakan kat atas lantai. Alamak! Apekah?

Babah ambik keputusan nak 'pagar' rumah tu dengan cara tabur garam + sedikit bacaan. Kebetulan mase babah aisy 'memagar' kat belakang rumah tu mama ade kat dalam bilik berhampiran. Mama ade terdengar bunyi orang menjerit tapi mama ingat orang sebelah kot pasang tv. Mama diamkan je tapi bila pikir balik seram pulak. Hehe. Tulah kisahnya kenapa mama tak duduk rumah tu lagi. Tambahan pulak aisy masih kecik lagi. Tak maulah die ternampak atau terkena gangguan ke hape.

3) sudah semestinya menjimatkan kos. Hehehe. 

Tulah kisahnya... Dah lame tak update belog ni, sekali taip hambik ko!Hehe. Ape pun mama harap lepas ni mama boleh duduk rumah tu semula. Rindu sangat nak manje-manje dengan babah aisy kat rumah tu.Hehe. Eh lupa, nak pose dah ye...Hehe.

~Selamat Berpuase kengkawan~






1 comment:

deqlis said...

salam kenai..dan salam ramadhan...

++Jom Kita Tukar Link!++