Tips Untuk Elak Anak Selalu Demam.
Tips untuk elak anak senang sakit dan demam.
Saya nak kongsikan beberapa tips yang mudah-mudahan boleh dimanfaatkan
bersama demi memastikan anak sihat, cergas dan sejahtera selalu :
1. Pastikan anak konsisten minum air kosong.
Betapa pentingnya air telah dibuktikan apabila muka bumi kita dikelilingi dengan
lautan ALLAH yang sangat luas. Maka pentingnya air kepada badan kita. Untuk
memastikan anak ... kita suka minum air, salah satunya cara ialah menyediakan
air kosong di dalam cawan atau botol minuman kegemaran si kecil. Itu yang saya
amalkan di rumah. Setiap sebulan, saya akan menukar cawan minum anak-anak
saya supaya mereka akan kerap minum apabila melihat cawan kegemaran mereka.
2. Sediakan air yang mengandungi pro biotik seperti yogurt ,vitagen dan jenis sepertinya.
Minuman ini bagus dalam membantu penghasilan bakteria baik di dalam usus
dan ia membantu kelancaran proses pembuangan.
3. Pastikan ada buah-buahan dalam menu harian.
Ia wajib supaya mereka sentiasa mendapat hasiat vitamin C, serat dari
buah-buahan kerana rata rata , anak-anak tidak gemar makan sayur. Pengambilan
buah buahan membantu kelembapan kulit sentiasa terjaga dan ia juga membantu
agar mereka tidak mengalami masalah sembelit.
4. Pastikan mereka mandi dua kali sehari atau 3 kali sehari apabila demam.
Ini membantu agar badan tidak dehydrate selain membersihkan mereka dari
kuman dan bakteria.
5. Berikan mereka minum air kelapa muda sekurang-kurangnya seminggu sekali
walau hanya seteguk dua...ini kerana air kelapa bagus untuk proses detox...dan ia
membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik.
6. Hantarkan sedekah pada anak-anak yatim atau golongan yang memerlukan,
niatkan agar anak2 sejahtera, dipelihara dari sakit. Anak demam atau sakit
berlarutan biasanya adalah teguran ALLAH atas rezeki yang kita ada tidak
dikongsi kepada golongan yang memerlukan.
Cubalah amalkan...
Credit : Kak N
1 comment:
oh tima kasih share, bagus sangat info & seriously tak tau pun pasal sedekah tu, nak copy update kat fb boleh ayat yg sedekah tu?
tima kasih ye
Post a Comment