My Nuffy

Friday, January 20, 2012

Aisy turn to 8M.

Assalam,

Hi mommies and all readers ~ tetiba nak speaking omputih pulak pepagi ni... Hehe. Antara happy entah sebab apa dengan pening sebab kena tanggung kerja orang lain tapi tak keluar surat lagi. Adeh! Hari ni aisy ade kat rumah MIL sebab tengahari ni nak saya nak bawak MIL pergi Maybank. Duit pencen beliau tak masuk2 gak lagi. Teruk betul... Dahla sekarang ni tak pakai buku lagi dah, lepas tu setiapkali nak check akaun kena RM11. Kalau tiap2 bulan check? RM11 x 12 bulan. cer kira berape banyak MAYBANK dapat untung???? Ader yang kerja Maybank @ bersedara dengan Maybank ker tolong terangkan kat saya sikit... Saya ni matematik dapat 5c jer masa SPM dulu...Huhu.

Enough pasal perkara yang memeningkan ni... Just nak story pasal anak kesayangan hamba, Muhammad Aisy now turn to 8M! Alhamdulillah beliau dah membesar dengan jayanya hasil dari SUSU IBU beliau. Semalam bawak aisy pegi checkup kat kd. Berat dah naik daripada 7.2 kg kepada 7.8 kg. Naik dalam 600 gm je... Oklah kan..:-)

Lepas tu kan, setiapkali nurse tanya sama ada bagi baby susu badan ke susu formula? Dengan bangganya saya jawab, SUSU BADAN! Yes aisy masih lagi menyusu badan... Alhamdulillah. Tapi semalam pertanyaan nurse buat saya termanggu... dia tanya,'taknak try susu botol a.k.a susu formula pulak ker? Aik???!!! Ape cer ni? 8 bulan saya berhempas pulas, berusaha nak full bf anak saya, alih-alih hari ni saya disuggest bagi susu formula pada aisy??? Owh no! Sama sekali tidak! Kecewa betul rasanya bila ditanya macam tu... Tapi saya memang nekad! Selagi masih terdaya, akan akan tetap bf aisy. INSYAALLAH.

Selagi tak ada sebab yang menghalang, selagi itu saya akan teruskan bf aisy. Andai ditakdirkan saya mengandung ketika masih menyusukan aisy pun saya tetap akan meneruskan perjuangan. Saya tahu ramai lagi yang masih keliru mengenai menyusukan bayi ketika hamil ni... xper insyaallah kalau ada masa kita akan bincangkan semula ye. Tak sabar nak share ape yang saya dah dapat masa Bengkel hari tu.

Bila nurse tanya lagi aisy dah pandai ape, yang boleh saya jawab aisy aru pandai meniarap, angkat badan, berpusing tapi tak bergerak ke mana-mana pun. Haha. So cute bila die try nak 'bertarik' tapi just terkapar-kapar je macam orang nak berenang. Kalau duduk dah ok jugaklah cuma kena jaga kat belakang dia. Takut tiba-tiba dia hempaskan badan ke belakang je. My fault jugaklah sebab awal sangat dah masukkan die ke dalam walker. ~ pernah baca 1 blog / fb ni die cakap baby yang guna walker ni akan lambat berjalan etc. entahla...


Anyway, mama nak cakap... mama sayang sangat kat aisy...:-)
MUAHHHHHH




1 comment:

MaMa_AdHa said...

salam...
hope info pasal cd dalam blog saya tu dapat membantu awak...
kalau teringin nak tambah stock cd nanti jemputla datang ke blog saya.. tapi gambar terbaru belum letak. insyallah malam ni saya letak... harga murah saya bagi

++Jom Kita Tukar Link!++