My Nuffy

Friday, January 6, 2012

Dalam Gembira Terselit Duka.

Semalam, saya ambil half day sebab kasihankan mak terpaksa jaga aisy buat sementara waktu. Dah alang-alang tu, saya bawak mak pergi check semula kat klinik EDEN dengan DR. Cheng tu. Tak sabar betul nak tahu apa keputusannya... Jeng Jeng Jeng... Alhamdulillah setelah diperiksa, DR cakap darah tinggi mak dah turun! Daripada 184/90 kepada 148/70 Macam tak percaya.... Alhamdulillah syukur sangat-sangat...Tak sia-sia saya beli FIBER PLAN + ZINC untuk mak.

Cuma kencing manis mak naik tinggi bacaannya 20.0... Hmm mana taknya, sekarang ni kan musim buah, hari tu bawak buah durian + manggis dari kampung. Pastu mak saya pulak pegi minum jus oren tropikana dengan FIBER PLAN. Aduhai... Lupa nak pesan dengan mak minum jus oren segar... Tak apalah, lepas ni harap kencing manis mak turun balik.

Now my mum continue dengan FIBER PLAN + ZINC COMPLEX bersama-sama ubat-ubatan yang dibekalkan oleh klinik EDEN. Hopefully my mum akan sembuh seperti sediakala.

Pasal buah pinggang mak yang rosak tu DR cakap sikit je mungkin disebabkan kes mak kena langgar dulu tu. So tak perlu nak jumpa pakar. Hmm... entahlah tapi saya dah suruh mak pegi check kat klinik kat KL semula nanti. Risau jugak takut DR sini kurang pengalaman. Wallahualam...

Saya akan terus mengupdate perkembangan mak saya setelah menggunakan produk FIBER PLAN + ZINC COMPLEX ni lepas ni. Insyaallah.

p/s : Takziah kepada keluarga allahyarham
Shahrin Ismail, 33, anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut dan isterinya Norazimah Abdul Aziz, 34, yang telah meninggal dunia setelah kereta mereka terbabas masuk dalam parit. Tak kenal pun tapi allahyarham Norazimah ni merupakan sepupu kepada opismate saya Kak Earna. Al Fatihah. Maklumat lanjut boleh baca di MYMETRO .

Sekian, wassalam.




No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++