My Nuffy

Monday, January 9, 2012

AISY.

Lama dah tak update pasal aisy kan. Mama die asik bz je berbisnes...Hehe. Hmm 16/01 ni genap aisy 8 bulan dah tapi baru nak pandai 'bertarik'. Tak apalah janji aisy sihat. Dah makin lasak pulak tu. Malam tadi je dah masuk kali yang ke berapa entah kepala die terhantuk. Kisahnya malam tadi mintak tolong babahnya butangkan baju aisy tapi aisy mengeliat sini mengeliat sana sampai dah turun kat kaki. Tak lama lepas tu dengar bunyi berdentam kuat and aisy menangis sekuat hati sampai tak keluar suara. Tak nak dia nangis berpanjangan terus saya ambik aisy dan peluk die erat2. Saya lebih suka cara macam tu bila pujuk anak daripada mulut bising salahkan benda atau orang lain. ~ Tapi pelik babah tak boleh nak pujuk aisy kalau aisy menangis~

Sekarang ni pulak die dah pandai tak nak dengan orang lain kalau mamanya ada. Orang lain dukung tapi lepas tu nampak muka mama die mulalah meraung manjang. Time nak tidur pun same. Kalau ada mamanya jangan haraplah dapat nak tidurkan die dalam buaian. Takkan mau die de... Walhal mata dah lebam dek mengantuk sangat. Meragam jerlah die selagi tak mengopek kat mama die. Aisy... aisy... Manje sangat-sangat sekarang ni... :-)

Aisy sekarang dah tak mau langsung makan bubur etc. Dia lebih berminat dengan nasi lembut. Ayam pun dah start makan. Bagi sayur bantailah dibuangnya balik. Biskut marrie jadi pilihan kalau takder nasi. 3 keping pun boleh habis. Mungkin dia dah biasa dengan sesuatu yang manis jadi bila bagi bubur kosong, sayur ect yang tawar die takmo. My fault.

Cuma tulah risau sebab tak jumpa lagi orang yang boleh jaga aisy... Hmm... Kalau boleh nak cari orang sekitar rumah mak tu jer. So tak payah nak bawak dia berulang sampai ke Gemas... Paham-paham jelah. Kang cakap lebih-lebih nanti jadi gaduh pulak nanti. Buat mase ni terpaksa jugaklah tinggalkan die kat mak. Bukan tak kesiankan mak tapi memang takder pilihan lain buat masa ni. Nak tinggalkan dengan  orang lain pun cuak jugak. Kes bayi mati tersedak susu, kes bayi diberi ubat tidur dan macam-macam lagilah.

19/01 ni nak bawak aisy pegi timbang lepas tu nak selesaikan roadtax kereta viva and pegi MELAKA! Hehe. Seoul Garden barangkali. Whink!

p/s : tak sabar nak tengok aisy duduk sendiri dan berjalan. :-)




2 comments:

nur earna said...

lambat ke cepat perkembangan anak bukan ukuran sebenarnya.yg penting anak2 kita sihat dan sbnrnya dia berkembang secara normal.aisy xd geng tu.cepat2 carikan geng utk dia,mesti dia lg excited nt.

KimberlyCun said...

semoga aisy selalu sihat dan gembira :)

++Jom Kita Tukar Link!++