My Nuffy

Wednesday, October 6, 2010

++Terimalah Seadanya...++

'Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik.
 
(Diriwayatkan oleh Ibn Majah).



KU akui KU takderla secantik Siti Nurhaliza ataupun comel macam Mila AF tu... KU ni biase-biase je orangnya tapi alhamdulillah hubby KU terima KU seadanya. Walaupun rambut KU kerinting lagi kembang macam megi mee... Walaupun KU ni selalu mengada-ngada... Kuat merajuk ke hape ke... Hubby KU tetap layan. Tu belum mengandung lagi tu... Kalau dah mengandung nanti tak taula macam mana layanannya pulak kan.

Oleh sebab KU rase KU ni tak berape nak cantik berambut kerinting, pernah dulu banyak kali jugaklah KU pegi serah kepala kat cine kedai gunting tu nak buat rebonding. Lepas tu free hair. Sampailah KU bertemu dengan hubby KU ni. Mase tu perasan lawalah konon rambut rebonding tu. Sekali kena komplen daaa... 

Hubby KU kate, dia tak suka KU buat rebonding2 ni. Merosakkan rambut! Memang betul pun... rambut KU yang memang dah sedia rosak ni tambah rosak dibuatnya tapi mase tu KU degil. Suka memberontak. Merajuk sikit je ugut nak buat rebonding. Haha. Mase raye tahun lepas tulah last KU buat rebonding. Dah tak mau buat lagi dah! Sekarang kan kena ikut perintah. Tak boleh jadi budak degil lagi dah. Hehe.

Bila-pikir-pikir balik... betullah tindakan hubby KU tu kan... Kalau KU terus buat rebonding nanti rambut tambah rosak dan dah tentu-tentu KU kene free hair. Tentulah tak elok kan? So KU terima semua tu demi untuk kebaikan KU sendiri. No Objection!

Kesimpulannya, apa-apa perubahan pada diri KU yang KU buat adalah atas kehendak KU sendiri. Bukan orang lain. KU nak melawa... KU nak melaram... KU buat semua tu untuk pandangan hubby KU walaupun dia kata die tak kisah. Takkan tiap-tiap hari nak jamu kucing dengan ikan masin ye tak? Lu fikirla sendiri!


No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++