My Nuffy

Friday, June 17, 2011

Tamat Sudah Nora Elena!

ehsan google

Dah habes dah citer romantika Nora Elena ni... Semalam endingnya so ramailah yang buat review pasal citer ni semalam cuma mama je yang dok ketinggalan... Hehe. Macam biasalah, kalau malam giliran babah aisy pulak mentenet. Giliran mama pulak time-time macam nilah... Bila aisy dah tido... Itupun kalau mama tak mengantoklah...

Siapa rasa citer ni best giler angkat tangan macam saya ~ sambil buat gaya ucup wilcha. Hehe... Siyesla best giler kan! Tapi ada gak yang kutuk citer ni tak relevan langsung! Mana taknya... Mana nak dapat lelaki yang seromantik / sesabar Seth Tan tu? Haha... Ape-ape jelah kan! Dah nama pun ceciter... Yang korang beria-ria terpengaruh tu kenapa??? Mama pun dah lama tak terpengaruh tengok citer macam tu. Kalau tak dulu, asal tengok drama je nak emosi terlampau... Asal baca novel je mulalah nak berangan... Tu yang nyaris-nyaris nak jadi novelis tu. Bila dah berangan mulah nak menulis novel kononnya tapi manjanglah sampai bab 1 je... Bab yang lain manjanglah tak kesampaian... Kuikuikui.
Oklah... Yang dah habes tu biarlah habes ek! Lepas ni tok sahla nak bergado sakan laki bini lagi pasal Nora Elena ni ye. Yang si bini nak laki ala-ala romantika Aaron Aziz gitu... Berangan jelah ek! X hadonye lakimu nak romantik-romantik gitu tapi kalau hado Alhamdulillah. Doakanlah supaya die akan sentiasa romantika cam gitu tanpa ada maksud nak tambah cawangan lagi satu ye. Haha dah namanya pun drama kan... mestilah nak buat citer yang boleh 'masyuk' kan! Setakat buat citer-citer yang biase nanti sape yang nak tengok? So kesimpulannya hargailah laki / suami / hubby / husband korang tu. Janganlah korang mengharapkan dieorang ni nak romantik-romantik giler cam si Seth Tan tu. Tak ada maknanye de kalau dah memang lakimu 'kayu' bukan orang macam tu. Yang peliknya masa ngorat dulu pandai pulak nak romantik-romantik tu kan!

Lepas tu sanggup suh laki p gym supaya badan laki die cantek je berketul-ketul cam Aaron Aziz gak padahal tetiap hari die dok sumbat perut laki die dengan segala jenis gulai lemak santan bagai... Almaklumla isteri mithali... Masak sedap je tetiap hari. Hehe. Alamatnya tang perut tu jelah yang berketul... 

Yang laki pun tak habes-habes dok berangan nak bini cantek putih melepak cam Nora Elena tu. Bila mintak duit nak p buat facial, mandi sauna bising pulak tu. Camno? Adekah itu tanda-tanda die memang ade hati nak ngorat Nora anak dara sebelah rumah??? jeng jeng jeng!
Oppss... Terlebih sudah mama ni melalut ye. Nanti tak pasal-pasal mama dapat surat layang jugak. Auw tak rela! Hehe.

Tapi kan kalaulah mama ni Nora Elenalah kan... memang mama terima je si Seth Tan tu lepas kena tinggal dengan si Eid tu. Buatpe nak hidup dengan orang yang dah hina kite macam-macam kan! Lepas tu dapat Rm 5o ooo duit hantaran tu memang habes dah mama buat pegi shopping... eh tak tak... mama masuk dalam ASB, biar beranak pinak. Hehe. Lepas tu yang si Yvone tu pulak mama akan lempang die laju-laju sebab asik nak kacau rumahtangga orang je kejenye. Lepas tu buat fitnah. Ei geram taw! Alamak terover lagilah mama ni kan...Hehe.

Okey cukup-cukup lepas ni nak sambung baca novelnya pulaklah! Dah lama sangat dah tak buat aktiviti membaca novel ni. Sejak mula bekerja, memang tinggal terus aktiviti ni. Bestnye kalau ada orang nak hadiahkan mama novel tu kan! ehem ehem tak faham-faham lagi ker???? kehkehkeh.





1 comment:

safina aishah said...

ha3.teremosi suda...bersyukur dgn suami kita wp ianya kaki bola.Alhamdulillah.

++Jom Kita Tukar Link!++