My Nuffy

Monday, June 13, 2011

Yes Pak Lang Kawtim Juara Terakhir AF 9!

Kredit untuk Arkib Laman Web Akedemi Fantasia.

Yes! Akhirnya peserta kegemaran mama, Pak Lang Kawtim a.k.a Hazama akhirnya bergelar juara AF9 mengalahkan Lena a.k.a gediks yang babah aisy minat sangat tu. Huahuahua. Maaflah kalau ada peminat-peminat Lena yang berbulu je baca belog mama ni ye tapi memang mama tak minat pun dengan beliau ni. Babah aisy je yang beria-ria sangat sokong beliau ni. Confident je beliau akan jadi juara...Haha. Bagi canlah kat mama kan... Dahla Sabtu lepas team bola sepak kegemaran mama kalah kat tangan Terengganu. DaudSu nye pasallah ni! Wah over nak menyalahkan orang kan...hehe.

Bagi mama, Hazama memang layak ape bergelar juara... Die ada keinginan nak belajar walaupun dah bergelar artis a.k.a vokalis kumpulan Meet Uncle Hussein. Bukan calang-calang kumpulan. Tapi kesiannya dia selalu dapat lagu yang tak mencabar langsung! Selalu mama tengok asik macam kena control je bila menyanyi padahal kalau kat luar tu bukan main ligat lagi si Hazama ni menyanyi. Apepun Hazama memang bestla!

 mama memang suke bila Hazama diumumkan sebagai Juara semalam... Sayangnya mama tak sempat nak tengok Hazama perform lagu baru die tu sebab babah aisy dah bawak aisy masuk tidur makanya wajiblah mama ikut sekali kan???! walaupun babah aisy dah bagi permission untuk tengok AF9 sampai habis... Tengok Hazama diumum sebagai juara tu pun sebab keluar kejap nak minum air... Kalau tidak tunggu jelah tengok siaran ulangan...

Cayala Hazama!
Tak sangka kan! Lepas 5 tahun dia diberi peluang kedua untuk masuk AF semula. Jadi Juara terus! Haha... Bukan senang taw nak dapat peluang macam tu. Mama ni ha kalau dapatlah peluang nak sambung belajar balik memang mama nak sambung... Sape yang tak nak owh... Nak jugak bergelar siswazah kan... Tapi semua tu tinggal angan-angan jelah... Buat masa ni biarlah mama tumpukan perhatian kat si kecik ni je dulu... Lainlah kalau si kecik ni dah besar nanti...Hehe.

To Hazama :

Tahniah sekali lagi mama ucapkan dan semoga Hazama terus je success okey!






3 comments:

Ain said...

wah..mama ni memang betul peminat setia hazama ek???

bagus la mama ni..
sy smalam mmg tgok full konsert tu dr awal smpi abis....bile tgok final af smalam, sy rse sdih dan kcewa...sdih sbb azri kalah...gmbira sbb pak lang mnang...

jujurnya...sy lebih rela tgok pak lang mnang dr fina....

mamam mmg kne dgar single terbaru hazama..mmg terbaik...hari ni, satu hari saya dengar 6 single finalis af9 ni...tp sy suke smua!!!!!!hahah...stay cool mama...=)

Ardini Humaira said...

tahniah hazama :)

anisyafrina said...

Hazama terbaekkk!! ^___^

++Jom Kita Tukar Link!++