My Nuffy

Tuesday, October 6, 2009

Hanginnya... Salah aku ker?

Entah dari mana datangnya hangin tu... Kalau hangin sepoi - sepoi bahasa tak apalah jugak. Ni hangis ribut taufan yang datang. Nasib baik tak tsunami ko! Huhu.

Seingat aku... Aku start hangin ngan jiran sebelah umah aku ni. Ala... Supplier kain pasang dari ind0n tu. Tak pasal - pasal aku jadi anak derhaka kejap bertekak ngan mak aku sal mak cik tu. Isy tak patut betul kan? Tapi aku ker makcik tu ea? Huhu

Apa pun yang aku tau hutang aku dengan makcik tu hanya RM150/= SAHAJA. Ingat tu... RM150 SAHAJA ok! & aku dah settlekan sumenya termasuk akak aku RM 50 [dia bayar sendiri da...]. So sume sekali RM200 SAHAJA lah kan? tapi makcik ni kata aku hutang dia RM270 plak [Walaupun sesungguhnya aku tak minat MATEMATIK tapi rasanya aku masih lagi ingat macam mana nak mencongak tau]. Tah mane datangnya tah lebey RM70 tu tah.

Mak aku pun ada amik kain kat makcik tu jugak & ada hutang RM70 lagi. Mungkin dia terkira sekali dengan mak aku punya tapi makcik tu tetap nak kira hutang aku RM270 tak termasuk hutang mak aku. Mane aku tak hangin???!!!  Kalau tak mengenangkan mak aku tak suka nak gadoh - gadoh... dah lama aku p serang makcik tu dengan cili api. [Wah cili api saja]. Suka - suka je nak menambahkan hutang aku. Kan dah tertambah sekali ngan dosa aku ngan ko makcik. Huhu. Tobat lenkali aku xm0 lagi dah amik kain kat makcik tu. Serik aku.

Pastu tambah hangin & hangit masa aku ngan mak nak pegi Melaka hujung minggu lepas mengantakan anak jiran aku yang len bertunang plak. Lau ikutkan hati baik aku d0k lepak kat rumah je tgk DVD... tak pun tid0 puas - puas tanpa gangguan. Ni terpaksala aku mengadap mulut - mulut yang tak laku nak amik insurans lagi tu. [Sib baik k0 tak tumpang aku lol... Lau tidak, aku tinggalkan k0 kat tepi jalan tu. Padan muka k0 l0l!Huahuahua]

Dah tu ada plak apek tua bod0s hampir - hampir nak aku langgar sampai mamp0s lau tak mengenangkan mak aku kat sebelah. [Maaf teremosi lau aku ingat balik]. Berderau darah aku masa tu siot. Tak reti aku nak citer kat sini tapi kalau terjadi x-cident tu memang apek tu yang salahla. Apalagi... tak cukup ko tergolek kat tengah jalan tu, aku tambah lagi ngan penyepak sulong aku nanti. [Compem pasni kena ceramah lagi dengan beliau yang dikasihi...hehe]

Tak cukup lagi? Tambah hangin biler aku kena tawaf 3x keliling pasaraya Cowboy bab takder parking. Kalau ada pun kena park keta kat luar. Bukan tak boley tapi aku target mak aku mesti memborong sakan punyalah. Rupanya sangatlah tepat ramalan aku. 2 troli siot! Penuh bonet & tempat duduk belakang. [sib baikla takder makcik - makcik hangit tu yang tumpang...Huhu]

Tu belum lagi aku hangin ngan beliau yang tiba - tiba je nak hangin ngan aku. Eii... aku ni dahla memang spesis yang panas dalam diam macam gunung berapi. Tau - tau je dah meletus. 1 peringatan... Lau aku nga bad mood, janganla gatal - gatal nak telepon bagai. Compem aku takkan jawab. Sebabnya? Bukan nak lari dari masalah cuma aku tak suka bercakap time aku tengah moody 0r after gadoh tu. Kalau dah reda sikit baru aku akan cakap balik. Atleast bagilah aku masa untuk berfikir dengan waras sebelum aku bertindak yang bukan - bukan or cakap benda tak elok... Please understand ur sayang my dear B... n please 4give me to. ^_^

Lastly aku hangin masa aku beli barang kat Gmart tadi. Punyalah sopan aku beratur kat kaunter nak bayar barang - barang aku tu tiba - tiba orang len potong Q bayar dulu & cashier tu selamber je accept. Tak ker tak bertamadun punya manusia tu? Dahla muka masam mencuka. Lenkali kalau taknak keja, berenti! Jangan menyusahkan orang! Eiii... ingatkan sekali tu jerk... Kali kedua pun sama gak... Aku macam tunggul je berdiri kat depan Cashier tu. HAngin.... LAu aku tak menjerit kat situ... ada yang makan penampar nanti tu. Aku nekad lau dia buat gak kali ketiga memang aku tinggalkan barang - barang tu & terus blah jer. Lantaklah ko! Tak pasal - pasal hilang keayuan aku petang tadi...[ Wah... ayu ker aku? haha]

Apa punya orang tah. T0bat lenkali aku akan boikot cashier tu! MB jugak aku akan pertimbangkan untuk menyenaraihitamkan pasaraya tu. Haha. Padan muka aku kena g segamat beli barang... Tak pun Gemencheh... tak pun kat Rompin... Ala suusah - susah sangat aku g beli kat Melaka jer! [ Wah... berlagaks kan bunyinye...haha]

Terlebey suda nampaknya ni... Hehe. Da tukar background baru ni barulah semangat sikit nak update en3. So pada saper - saper yang rase - rase cam kering idea nak meng'update' blog tu sila - silalah tukar
templete or background blog anda. Ne tau anda dapat inspirasi cam saya jugak kan! ^_^

1 comment:

safina aishah said...

x betamadun betul la makcik tu.tp besa la za.agaknyer dia dah menopouse kot.xpun alzheimer....sabar la ye....

++Jom Kita Tukar Link!++