My Nuffy

Thursday, November 12, 2009

Si Comel

Hye Readers.....

Pagi tadi kan... saya terjumpa sepasang anak kucing kat bus station masa saya pegi beli sarapan dengan kawan saya. Comel sangat tau. Kesian pulak saya tengok anak kucing tu merayau - rayau je. Takut - takut pulak kalau kena langgar dengan bas so saya bercadang nak bawak balik je anak kucing tu tapi saya takut anak kucing tu bising. Sudahnya saya patah balik untuk ambil anak kucing tu. Biarlah orang nak kata apa pun.


musyuk &  Muncit

Saya bawak anak - anak kucing tu balik ke pejabat dulu sebab rumah saya jauh. Semua teruja tengok si comel tu. Kak Jun beria - ria tolong bancuhkan susu untuk musyuk and muncit. Mula - mula oklah... Dah minum susu terus senyap and tidur.

Masuk petang... musyuk and muncit mula meragam sampai saya letak kotak musyuk and muncit kat luar. Heh... Patutla kena buang! bising sangat... kata saya. Hehehe... Dah saya yang gatal - gatal nak ambik kan... tanggungla sendiri.

Hmmm... Tak apalah. Mungkin ada hikmah di sebalik kehadiran musyuk and manja hari ni. Sebenarnya saya memang takut nak memelihara anak kucing. Bukan takut apa... saya takut anak kucing tu tak lama riwayatnya. Tak serasi barangkali. Kucing kat rumah saya pun hanya dua ekor sahaja yang tinggal. Si kecik yang gomok and pendek dan Cinda yang suka menggigit kaki orang biler dia geram. Si dia dah tahu pasal musyuk and muncit & dia tak marah. Dia tahu saya memang suka kucing. Dia pun....

No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++