My Nuffy

Thursday, November 12, 2009

Pelangi Petang

Hye readers.... (Ader ke? Hikhikhik)

Semalam kan... masa ngah tunggu my hubby (budget da kawen! Haha) petang tu saya nampak pelangi tau! Apa yang peliknya? Ya Allah... Cantik sangat.... Terpegun sekejap saya kat tangga. Dalam hati sempat berbisik... Inilah kebesaran Allah S.W.T.


Pelangi Petang

Tiba - tiba saya teringat lagu Allahyarham Sudirman 'Pelangi Petang'...

'Engkau tiba bagaikan pelangi... Tak bercahaya namun kau berseri... Tapi cukup menghiburkan  hati ini... Seharian waktu bersamamu... Tak terasa saat yang berlalu... Bagai pelangi petang kau kan pasti... pergi jua...'



Saya begitu leka menyaksikan kejadian tuhan yang satu ni hingga tak sedar si dia sudah  pun sampai untuk menjemput saya. Sehingga saya masuk ke dalam kereta pun saya masih lagi terjengah - jengah pelangi petang tu. Saya pandang wajah si dia yang keletihan lama - lama sampaikan dia bertanya agak pelik kepada saya. Saya hanya menggeleng - gelengkan kepala dan tersenyum semanis mungkin. Saya tak mahu dia tahu bahawa saya sedang dan sangat bimbang tentang kesihatannya sekarang ini. Saya sangat takut… Dia juga...

Petang semalam juga saya memaksa dia untuk ke klinik setelah beberapakali dia cuba mengelak tapi hakikatnya saya tak sanggup lagi melihat dia begitu. Saya tahu banyak perkara yang bermain difikirannya waktu ini namun sayangnya saya tak berdaya nak mengurangkan bebannya itu. I feel so useless enough. Akhirnya setelah pelbagai strategi dan adegan pujuk memujuk di dalam kereta berlaku barulah dia separuh rela untuk pergi. Dalam perjalanan kami lebih banyak membisu. Sesekali saya renung wajahnya yang kelihatan pucat dan dia hanya akan tersenyum kelat.

Waktu di klinik juga dia kelihatan resah. Sesekali tangan saya digenggamnya erat seakan tak mahu dilepaskan. Kami juga sama – sama ketawa melihat keletah sorang kanak – kanak yang comel bersama ibu dan ayahnya. Dalam diam aku memasang angan untuk memiliki sepasang anak perempuan kembar bersamanya kelak seperti yang diingininya. Alangkah indahnya perasaan waktu itu hanya tuhan sahaja yang tahu. Dapat memberikan zuriat pada orang yang saya cinta.

Selesai pemeriksaan doktor, dia semakin sugul. Daripada riak wajahnya saya dapat membaca kebimbangannya pada pemeriksaan susulan Selasa ini. Malangnya saya tak dapat menemaninya seperti yang dirancang kerana terpaksa berkursus di luar daerah. Apalah daya saya…

Sebelum balik,kami singgah makan nasi lemak di kedai kegemarannya. Saya makan dengan berselara sekali kerana saya sangat lapar. Selesai makan, saya kembali menatap wajahnya di bawah sinaran lampu kalimantang. Saya tatap wajahnya dalam – dalam. Saya perhatikan setiap inci wajahnya seperti saya takkan dapat menatap wajahnya lagi selepas itu. Saya tahu dia tak suka saya cakap begitu tapi itulah yang saya rasa. Sewaktu kami bertentangan mata… tiba – tiba sahaja saya tidak dapat menahan sebak. Dia yang perasan airmata yang bertakung di kelopak mata saya mula kaget. Cepat – cepat saya mengalihkan pandangan saya sebelum dia sempat bertanya. Saya tak mahu dia merasa lemah melihat saya begitu meskipun sukar untuk saya pura – pura senyum. Saya harap dia cepat sembuh dan perancangan kami berjalan dengan lancar.

No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++