My Nuffy

Sunday, February 7, 2010

14.01.2010 Versi Gegurl

Salam....

Selesai story belah lelaki, aku nak story pasal belah aku pulak ye. Belah lelaki tak banyak ceirta? Tu kena tanya yang empunya diri. Usha - ushalah kalau die nak sambung entry tu kat blog dia pulak kan... Hehe.

Alhamdulillah.... semuanya berjalan dengan agak lancar walaupun kekurangan tenaga kerja. Kakak - kakak aku @ anak kesayangan Cik Kiah dua - dua tak dapat balik sebab sorang kat Terengganu and sorang lagi kat Sabah. Maka bermulalah episod di mana aku terpaksalah buat semua persiapan secara solo. Daripada baju.... barang  barang hantaran.... bahan - bahan untuk kenduri.... aku support sepenuhnya tanpa bantuan sesiapa. Bukan nak berdagak ke hapa tapi inilah realitinya. Keputusan aku... Tanggungjawab aku. Aku lagi senang macam tu daripada meminta - minta dan akhinya orang mengungkit balik. Tak sukanya....

Tapi aku lega jugalah sebab ada jugak officemate aku yang sudi datang memeriahkan and membantu aku serba sedikit. Walaupun ada jugak yang tak dapat datang tapi aku tak kecik hati... Lagipun ini baru majlis tunang. Yang penting aku puas hati semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan kecuali tempoh bertunang dipercepatkan daripada 2 tahun ke 1 tahun hidup. Menggelabahlah jugak aku dibuatnya sekejap. Mana taknya... dah janji 2 tahun tapi tiba - tiba jadi 1 tahun pulak? Aduhai.... Tapi bila difikir - fikirkan balik ada baiknya jugak.... Tambahan pulak lepas ni aku & MaC akan banyak habiskan masa bersama - sama kat kedai. Dia jaga kedai... malam pulak aku ajar tusyen. InsyaAllah kalau ada rezeki mungkin akan dipercepatkan lagi...

Isy banyak dah aku cerita ni. Kite tengok di sebalik tabir pembikinan majlis ni pulaklah ye tapi versi gegurl.

 diaorang ni sedia ambik tempahan buat sireh junjung
Ingat! sireh junjung je tau!


 
Dieorang nilah yang beria - ria siapkan sireh junjung aku. Kak jun dengan Aimannya lagi... Nurul pulak jadi bidan terjun.

 
Kak Earna and baby Aiman anak Kak Jun.
Tak sabar nak timang anak kedua ea...InsyaAllah... Za doakan semoga cepat - cepat dapat baby gurl plak lepas ni ye.


 
Ini hantaran belah perempuan. Semuanya aku buat sendiri kecuali sireh junjung.

 
after makeup
sila abaikan perut bunset aku tu ye.


 
Nilah best friend aku dari sekolah tadika sampailah la ni....
Walaupun dia kecik hati dengan aku tapi dia still sudi datang ke majlis aku ni.
Dialah kawan aku dunia akhirat....
Aku doakan die cepat - cepat dapat jodoh yang baik.
Terima kasih Rhodie....

 
antara member - member 1 office yang masih setia menunggu
Poji tunggu masa je nak melangsungkan perkahwinannya bulan 5 nanti
Kak Dila pun tunggu masa jugak jugak tu...
Tinggal Nurul je yang single but not available
Dah ada pakwe tapi hati dia belum terbuka nak ada komitment
tak apalah... Aku doakan dia sentiasa bahagia dengan Apai.
Chayuk Nurul!
Budak tembam tu anak sepupu aku.


Get Ready sebelum upacara sarung cincin.
Sempat lagi tu balas - balas mesej dengan MaC


 
this litle gurl paling excited bila tengok aku dah makeover.
Dia sanggup ulang alik ke bilik aku semata - mata nak tengok aku.
Bila mak dia ajak keluar, dia tarik tangan aku sekali ajak keluar.
So sweet this gurl.
dia nilah antara budak yang pernah jatuh kat atas dulang hantaran aku.
nak marah tak sampai hati pulak.
lagipun dia sangat manja and sweet sangat.
tengok jelah gaya dia memeluk aku.


 
This lovely picture was taken by my best friend Rhodie
Die memang suka ambil gambar - gambar macam ni.
Rasanya ada gaya nak jadi photographer


 
Ni pun One of my best friend
dah ada anak sorang dah pun
walaupun kiteorang duduk satu kawasan yang sama tapi aku jarang dapat jumpa dia
tapi dia tak pernah kecik hati
dia faham situasi aku
Terima kasih Amie...

Sekian untuk hari ini. Punggung aku dah naik kebas duduk atas simen ni. Lain kali kite sambung cerita lagi ye.
Daaaa.....




No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++