My Nuffy

Saturday, February 6, 2010

Gemas Station Kopitiam... I Like...

 
Termenung sementara tunggu makanan sampai

Actually gambar - gambar ni semua dah lama ambik tapi malas nak update kat dalam blog. Dulu ada masa baik lagi dengan fb, aku selalulah jugak upload terus gambar - gambar ni semua tapi semenjak dah rujuk balik dengan blogger @ blogspot ni kat sinilah cerita - cerita aku bermula. 

Dulu kawan - kawan aku yang menetap kat bandar dan perasan lahir - lahir terus duduk kat bandar selalu kutuk aku bila aku ambil keputusan nak menetap kat sini. 

"Apa yang ada kat Gemas tu? Pekan Koboi..."

atau

"Bukaklah sikit mata tu. Cubalah duduk jauh sikit daripada mak bapak. Ni asyik nak duduk celah ketiak mak je. Memang manjalah kau ni."

Macam tulah kiranya dulu kutukan - kutukan mesra alam yang biasa telinga aku ni dengar. Memang.... Gemas ni dulu tak ada apa - apa. Jolokan pekan koboi tu dah sebati dengan rasanya dengan tempat ni tapi tahun - demi tahun semuanya mula berubah. Tempat ni dah ada gelanggang futsal. Ya... gelanggang futsal. 

"eley apa barang gelanggang futsal? Tempat aku ada gelanggang iceskating plak."

Poyo de.... Ada aku kesah? Sekarang aku cerita pasal tempat kau ke tempat aku? Huhuhu.... Ok! Selain tu tempat aku dah ada pusat bowling (GBowl). Tempat aku & MaC lepak - lepak lepas geram. Lagi besar & selesalah jugak berbanding bowling Segamat. Sudah tentunya.... taklah setanding dengan pusat bowling tempat korang kan?

Dipendekkan cerita... tempat aku mengalami perubahan demi perubahan dengan pesatnya. Sekarang dah ada kopitiam pulak kat sini selain NAsi Ayam Gemas yang memang terkenal kat area ni. Dah pun bukak beberapa cawangan kat Johor & Negeri Sembilan tapi sekarang aku nak cerita pasal Gemas Station Kopitam ye kawan - kawan. Ye aku tau kat tempat korang dah melambak kopitiam yang faufular contohnya macam Kluang kopitiam... Old Town kopitiam.... tapi kat tempat aku nilah satu - satunya kopitiam yang ada. Nak tempat yang selesa untuk bincang bisnes atau lepak - lepak nak online, nilah tempatnya yang paling sesuai. Mungkin Gemas Station Kopitiam ni diadaptasikan daripada kopitiam - kopitiam yang sedang pesat tumbuh bagai cendawan lepas hujan sekarang ni.

Lokasi die berhampiran dengan Kedai nasi ayam Gemas. Cuma selang beberapa buah kedai saja. 


 
MaC yang nampak merah jambu. nampak bekas tisu tu? Same kan dengan warne baju die... hehe
 
---> sila abaikan dagu berlapis tu ye!


Antara makanan famous kat Gemas Station Kopitiam

favourite aku bila makan kat sini adalah roti stim and air bandung. Rugi kalau tak cuba. Selain itu tempat ini menyediakan wifi bagi sesiapa yang rajin online. Kenapa aku tetiba baik hati nak promote tempat makan ni? Ada bayar ke? Mestilah..... tidak! Aku cuma suka konsep kedai ni.... Dan secara kebetulannya pulak kedai kami bakal dibuka berhampiran Gemas Station Kopitiam ni. Tungguuuuuu....

++Jom Kita Tukar Link!++