My Nuffy

Friday, February 12, 2010

Tamat Sudah bah...

Alhamdulillah... Semalam hari terakhir aku berkursus kat Seremban. 4 hari berturut - turut aku dihantar oleh MaC berulang - alik dari Gemas. Nasib baiklah tak lewat sangat sampai sana. Terima kasih banyak - banyak abi... Jasamu akan dikenang. Hehehe....

Dalam 4 hari ni jugaklah macam - macam jadi. Kereta aku breakdown. Air bateri kering! Huahuahua.... Nampak sangat aku tak reti jaga kereta. Kejadian tu berlaku pagi Rabu masa MaC dah siap - siap nak jemput aku kat rumah. Actually dia bawak balik kereta aku sebab nanti senang dia tak payah tukar - tukar kereta. Pagi tu dia sms aku dengan cemasnya mengatakan kereta tak boleh start. Aku lagilah menggelabah. Dah dekat pukul 7 dia masih ada kat rumah lagi. Nasib baiklah kereta ayahnya ada. WIralah yang telah menyelamatkan aku daripada lambat masuk kelas. Getik! Haha. Lepas hantar aku. MaC balik semula ke Gemas sebab nak hantar kereta aku tu ke bengkel. Nasib baiklah bengkel dekat je kat depan rumah. So dia panggil je orang tu pun datang rumah. Senang sikit kerja.

Owh ya... cocoa collagen aku dah laku 5 set! Jangan tak caya! Semuanya diborong oleh member - member office Rhodie yang berminat dengan benda tu. Alhamdulillah.... Ni betul - betul rezki orang nak nikah cepat ni... Hehehe.... Ok2... minum cocoa collagen tak akan menjadikan korang gatal macam ni ok! So ada saper yang berminat bolehlah bagitau I ok!

So hari ni aku cuti sempena tamatnya kursus aku semalam... Nasib baik lulus. Kalau tak lulus aku luluskan sendiri. Banyak santek muka dia. Dahlah kena ulang alik. Gitulah alkisahnya hari ni aku duduk kat rumah jelah kot. - duduk kat rumahlah sangat. Aku and MaC ada agenda hari ni. Cik Kiah pulak sakit gigi daripada hari tu lagi. Esok dah nak hantar dia pergi Sabah dah. Eiii.... risau pulak aku. Mana tak risaunya... Aku confem demam bila dia tak ada. Pagi - pagi lewat memanjang jelah aku. Itik ayam dia nak kena bagi makan. Kucing dia + kucing aku yang dia bela tu pun nak kena jaga gak. Awal - awal lagi dia dah pesan jangan balik lambat. Balik je kena terus tengok menatang - menatang peliharaan dia tu. Aku suruh jual tak mau. Lagi nak tambah lagi ada. Dia dah berkenan dengan ayam belanda kat rumah kak earna hari tu tapi nasib baiklah kak Earna tak muncul hari tu. Kalau tak confem saya jadi mangsa jaga menatang tu.

Yang aku ni pulak tadi cakap dengan MaC nak kemas bilik tapi aku bantai duduk kat atas katil lagi sambil online blog! Haha.... Mesti dia datang membebel kejap lagi! Oklah... Aku chaw dulu yerk! By da way aku dah dapat gambar daripada Piiown. Tak puas hati sangat sebab some of the pictures are missing. Kena virus ke? Hmmm.... Nak tanya balik kalau - kalau dia ada simpan copy lain. Oklah... Daaaaa.......

p/s : Pagi - pagi lagi Cik Kiah dah membebel pasal aku tak mandi - mandi lagi and kucing jahat makan ikan bawah tudung saji! 2 minggu dia tak ada nanti rindulah aku kat dia....

No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++