My Nuffy

Thursday, March 3, 2011

Apa Yang Penting???? KerjaSama!


Semalam mama hantar babah aisy pergi kerja lepas hantar mak mama pergi tempat urut kaki tu... Nasib baiklah mak mama sanggup tunggu... Mula-mula babah memang tak bagi mama hantar die... Babah aisy risau mama memandu jauh-jauh macam tu... Dah malam pulak tu... (mama memang ada masalah memandu memalam... silau). Tapi nak buat macam mana... skuter babah pancit... Langgar lubang mase nak balik kerja hari tu kat batu anam... Babah dah cuba pam tapi tak boleh jugak... Babah nak hantar pergi workshop tapi takut kena ganti tayar pulak macam hari tu... Duit lagi.... Hurm... Bukan sikit-sikit kalau nak ganti tayar... Nak-nak kalau tayar skuter, kata babah aisy... Makan jugak puluh-puluh macam hari tu....

Nak bawak kereta wira, lagilah banyak belanja untuk isi minyaknya... Nak isi minyak viva lagi... Belanja makan lagi... Owh tak boleh- tak boleh... Tu yang mama buat keputusan nak hantar babah aisy pergi kerja semalam... Tak apalah susah sikit... Mama tak kisah pun.... Lagipun dari awal lagi mama dan babah aisy dah janji.... Segala susah senang biarlah kiteorang yang tanggung bersama... Kalau boleh taknak menyusahkan orang lain lagi terutamanya mak mama dan IL... Apa yang penting????! Sabar.... dan kerjasama! :-)

Kalau orang nak padankan muka mama sebab pilih babah dulu.... terpulanglah... Mama tak pernah kesal dengan pilihan mama. Kerana ada babah aisyla akan hadirnya Aisy dalam hidup mama... Mama bersyukur sangat... Alhamdulillah.

Pagi tadi mama jugak yang jemput babah aisy... Pukul 6 je mama dah gerak dari rumah mak mama untuk jemput babah aisy. Sempat jugak mama maklumkan pada ketua mama yang mama ambik EL hari ni sebab mama takut mama lambat... Daripada mama masuk lambat lepas tu orang lain pertikaikan mama, lebih baik mama ambik cuti je terus. Esok mama kena pergi checkup lagi pulak tu... Nasib baiklah Kak Jun baik hati nak tukar jadual bertugas dengan mama... Thanx Kak Jun!:-) Nanti mama bawak puding buah ye! Hehe...

Masa mama update belog ni... babah aisy tengah tidur dengan nyenyaknya... Pukul 7 nanti babah aisy kena masuk kerja balik. Mintak-mintak petang ni babah aisy sempat betulkan skuter tu... Kalau tak, kenalah babah aisy bawak kereta je... So esok mama kena tunggu babah baliklah sebelum ke klinik... Mintak-mintak bp mama okey esok! (padahal mama terlupa nak makan ubat pagi tadi...Kuikuikui) Doakan mama ye!:-)




No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++