My Nuffy

Thursday, March 24, 2011

CheckuP 7 Bulan.

Alhamdulillah...Semalam genaplah 7 bulan kandungan mama. Tak sangka dah 7 bulan dah... Mungkin disebabkan perut mama kecik jadi tak nampak macam dah sarat. Siap boleh berlari-lari lagi. Siap tolong babah aisy angkat tv 29' lagi... Kalau tv plasma tak apalah jugak... ni tv kotak yang bengkak kat belakang tu. Hehe... NAsib baik mak tak tau... kalau tak siaplah kena bebel.

Owh ye sebelum checkup 7 bulan ni... hari Ahad lepas mama dan babah aisy pegi scan baby kat klinik EDEN. Mama nak babah aisy tengok anak sulung babah ni. Mama pun teruja jugak nak tengok sebab dulu masa pertamakali scan, baby kecik lagi. Sekarang sifat fizikalnya semua dah sempurna. Alhamdulillah...
~anak babah yang comel~




1 comment:

AkmaFaizal said...

wah tak lama lagi ni..semoga semua selamat.

++Jom Kita Tukar Link!++