My Nuffy

Saturday, March 26, 2011

Update! Update!

Minta maaf banyak-banyak sebab semalam mama tak dapat nak update peserta untuk Kerudung Ungu Giveaway... Mama tak berapa sihat semalam... Tapi dalam pada tak sihat tu banyak jugak hal-hal lain yang mama kena selesaikan jugak. Rumah pun masih tunggang langgang lagi... Mama janji dengan babah aisy nak kemas baju masuk dalam almari tapi belum sempat nak buat lagi. Nanti ye babah aisy...:-)

Hari ni mama update jugak untuk senarai nama peserta-peserta Kerudung Ungu Giveaway ni untuk tatapan semua... Di sini mama nak bagitau jugaklah ada beberapa peserta yang tersalah bagi link pada mama. Ditulisnya link mama semula... macam mana mama nak skodeng? Mungkin ada yang tak perasan kot. Bila dah send komen barulah perasan yang dia dah tersalah hantar. Tapi tak apa, mama maafkan cuma lepas ni kalau ada yang nak hantar penyertaan lagi mintak tolong semak dulu ye... TQ.

Lagi satu, tadi mama ada perasan yang salah seorang peserta ni hantar 2x komen penyertaan. Tak pastilah sebab apa... Memang salah mama jugak sebab tak sempat nak update sampai ada yang beranggapan nama mereka tak tersenarai... Tu yang hari ni mama gagahkan jugak nak update senarai nama peserta tu. Apa pun yang terhantar atau sengaja hantar sampai 2 penyertaan tu mama tetap kira 1 penyertaan sahaja ye. Tak adillah pada orang lain kan? :-)

Kat sini jugak mama nak uar-uarkan yang giveaway ni akan berakhir tepat jam 12 malam 28 Mac 2011 nanti. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan ye...Hehe. Masih ada masa lagi ni bagi yang belum join... So ape tunggu lagi! Jom Join Kerudung Ungu Giveaway ni!:-)




No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++