My Nuffy

Tuesday, March 1, 2011

Shopping Barang Baby Lagi!

Alhamdulillah ada rezeki sikit jadi mama belilah jugak barang-barang baby. Babah aisy pun memang serah semuanya pada mama sebab mama pandai buget katanya... Hehe.... Tak delah pandai sangat pun. Kadang-kadang ada jugak yang terover buget. Lepas tu hujung bulan mulalah buat muke seposen je. Kehkeh... Nasib baiklah babah aisy gaji 2x sebulan so bolehla nak cover sebelum dan selepas mama gaji. (p/s : harap-harap mama dan babah aisy dapat pelarasan gaji sebelum aisy lahir...:-) )

So hari Ahad lepas masa pegi Econsave beli barang-barang dapur, mama sempatlah jugak cari barang-barang untuk baby aisy. Tak banyak pun yang mama beli... sekadar nak melengkapkan chechklist mama je.


Baby wash jenama econsave 1ooo ml baru rm11.9o je... Mama lupa nak beli losyen babyla.....! Aduhai... entah apelah yang mama ingat agaknya masa tu! Mama ingat nak beli 1 travel set yang comel lote tu nanti. Senang nak bawak pegi mana-mana.





Set tilam ni mak mama yang hadiahkan untuk bakal cucu die ni... Harganya cuma rm 28.9o sahaja. Mama bercadang nak buatkan sarungnya sendiri. Mama dah gunting malam tadi... Cuma tinggal nak jahit je lagi... Mama ke yang nak jahit???? hihi.... tengoklah macam mana... Mungkin babah aisy sendiri yang nak jahit... siapa tau kan!:-) Babah aisy lagi terror menjahit daripada mama tau! Seluar babah aisy koyak pun memang babah aisy yang jahit sendiri. mama tukang tengok je...Hehe.


Ini warna yang menjadi pilihan hati mama... Warna biru... Cantik tak???:-) Harganya cuma rm 2.5o semeter. Mama beli 2 meter je... Tu pun ada banyak lebih lagi. Mama ingat nak beli  lagi semeter kot nak buat selimut pulak....:-)
Insyaallah dalam 2-3 bulan ni sempat kot mama nak topup barang-barang baby. Lagipun mama tak beli dalam kuantiti yang banyak kecuali baju baby hari tu. Yang itu je terlebih ghairah nak membeli...hehe. Dengarnya ada lagi sale banjir tu tapi mama rasa cukuplah tu buat masa ni. InsyaAllah kalau mama dapat tunggakan gaji mama tu cepat, adelah rezeki anak mama ni...:-) Doa-doakanlah ye...:-)






2 comments:

Anonymous said...

dh lengkap dh kelengkapan baby...
kak barut tue, kalo boleh layur sikit dgn api kat hujung tali nak ikat tue. coz nanti bila dah pakai and basuh takut jadi berbulu coz anak sulung sy dah kena..
nak elakkan dr berbulu sy syorkan kak layur sikit dgn api kat hujung tali tue..

++Kerudung Ungu++ said...

owh ye x ye kan...:-)
sib baik mama adha ingatkan...hehe... mekasih ye..:-)

++Jom Kita Tukar Link!++