My Nuffy

Friday, March 4, 2011

Sesekali Mama Teringin…


Semua bahan-bahannya mama dah beli hari tu tapi asyik tak sempat je nak buat… Bila dah ada masa nak buat, koktel buah pulak spoil. Selalunya mama beli jenama Hosen tapi hari tu mama terbeli jenama lain… Hampa betul mama bila tengok koktel buah yang mama beli tu tak berseri langsung. Kusam… Macam dah expired! Sudahnya kenyang masuk tong sampah mama!

Semalam masa repair tayar skuter babah aisy… mama beli je laici sebab koktel buah tak adala pulak… Kecewanya... Tapi teringin punya pasal, bantailah! Laici pun laicilah… Janji mama dapat makan Puding Kastard Laici! Tak kira… Nak jugak! Weehee…

Nak buat pudding kastard laici ni senang je… Mama dapat resepi ni pun dari anak dara cik ghapa yang comel lote, Mija (mesti mija tengah kembang kempis hidung sekarang ni kan!Hehe…). Dah banyak kali jugakla mama buat pudding kastad ni. Masa mama bertunang dulu pun mama buat sendiri pudding ni untuk dijadikan hantaran. Babah aisy pun salah seorang peminat pudding kastard ni tau! Banyak kali dah babah request tapi mama je yang asyik tak sempat nak buat. 

Untuk resepi pudding kastard ni boleh rujuk kat bawah ni ye…

Bahan-bahan kastard

5 sudu besar Tepung kastard
7 sudu gula kastor (mama tambah lagi 1 sudu sebab tak terase manisnya…)
1 tin susu cair
400 ml air

Bahan-bahan jelly

1 bungkus jelly kecil
400 ml air

Bahan-bahan lain

Kek gulung (mama guna perisa pandan)

1 tin koktel (mama biasa guna jenama Hosen tapi kali ni mama gantikan dengan laici dalam tin… Kalau nak guna buah-buahan segar pun boleh…)

Cara-cara

Potong kek gulung mengikut ketebalan 1cm @ kurang kemudian aturkan dalam bekas.

Basahkan kek bersama air koktel (mama guna air laici)

Masakkan tepung kastard, gula, susu cair serta air di atas api perlahan sehingga pekat. 

Kemudian curahkan ke atas kek gulung tadi.

Taburkan buah koktel tadi di atas lapisan kastard sebelum lapisan kastard mengeras.

Jerang jelly bersama air dan curahkan ke atas lapisan buah tadi (mama tambah pewarna merah)

Setelah itu bolehla dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Nota mama :
Puding Kastard koktel ni memang sedap dimakan sejuk-sejuk. Sesuai untuk dijadikan hantaran atau pencuci mulut sesuatu majlis.




6 comments:

bRaiN fReEzE said...

aku tak pernah pn ase lg?? Hu...

++Kerudung Ungu++ said...

ha yke? ala t aku buatkan u ko eh!heeee...

eh esok ko ade kat rumah x? k ko p berjln esk???

Umiey said...

ermmm mmg best klau mkn sejuk2

++Kerudung Ungu++ said...

tau xpe...:-)

bRaiN fReEzE said...

Arini aku nk try buat!
Aku blik kg mgu ni..

++Kerudung Ungu++ said...

yeke??? wah rindu nk jumpe ko...huhu.

++Jom Kita Tukar Link!++