My Nuffy

Wednesday, April 27, 2011

Mama DiLarang Membonceng Motosikal!

~mama cari kat google~

Mama telah dilarang membawa/menaiki/menunggang/membonceng atau membuat apa-apa jua aktiviti yang berkenaan dengan motosikal termasuklah willi/wikang dan seangkatan dengannya buat masa ni... Fullstop! Huhu...

Tadi dah terkantoi dengan opismate mama... Tak tau mana die nampak... Tak pasal-pasal kena tegur...Hehe. Ye mama tau bahaya tapi nak buat macam mana? Hari ni abang mama pakai kereta sebab die nak kena selesaikan kes keretanya kat mahkamah Batu Pahat. Mau tak mau kena jugak bagi pinjam sebab yang mintak tu mak mama... Mama kalau bab mak yang mintak ni lemau sikit... walaupun mama ni bukanlah tergolong dalam kategori anak yang mithali... Tak sampai hati rasanya nak menghampakan perasaan mak walaupun hidup mama ni tak sesenang mana... Mama harap bila aisy da besar nanti pun die akan ada perasaan macam tu... InsyaAllah...

Apa pun terima kasihla pada opismate mama tu yang prihatin dengan keadaan mama sekarang ni... Family sendiri pun tak terpikir benda tu... Huhu. Tak apalah... Mama pun bukan tak pernah susah... Lagipun ada orang yang mungkin lagi susah daripada mama... Kan!:-)

Oklah... malas nak citer panjang-panjang citer sedih macam ni... Buat semak je...Hehe.

Jemput tengok koleksi terbaru kat Aisy Online Boutique!:-)



No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++