My Nuffy

Wednesday, January 20, 2010

Aduan Rakyat

Kepada Pihak yang berkenaan,

Saya sebagai penulis blog yang teraniaya ingin membuat aduan kepada tuan mengenai blog saya yang telah disekat tanpa sebab yang munasabah. Untuk pengetahuan tuan, kejadian ini hanya berlaku di pejabat saya sahaja. Di rumah saya boleh bukak blog macam biasa. Tak ada screen biru yang menyakitkan mata macam ni.



alasan blog saya di block adalah kerana ada mengandungi senjata api dan seni mempertahankan diri ( translate sendiri.... HuHuHu...). Seingat saya, saya tidak ada kaitan langsung dengan sebarang kegiatan menjual atau mengedarkan bahan senjata api seperti yang tertera di situ. Pegang senjata apatah lagi... Setakat pistol mainan anak saudara saya adalah. Itupun pistol tembak cicak yang bullet dia wane kuning tu. Yang pernah saya beli pun pistol air masa kat Melaka dulu. Itupun entah mana entah saya letak. Malah saya sendiri paling takut bunyi senapang. Belon meletup pun saya boleh melatah. Siap tutup telinga lagi. Jadi macam mana blog saya boleh dikategorikan sebagai mengandungi senjata api? Malah sebarang gambar senjata api pun tak pernah ada dalam blog saya ini. Saya jugak sangatlah fobia dengan abang - abang polisi, jaga dan sebagainya yang ada pegang senjata. Kalau boleh saya akan cuba untuk jauhkan diri setiapkali terserempak dengan mereka - mereka ini. Kalau nampak pun buat - buat tak pandang je.

Keduanya, saya tidak pernah menyertai atau mempelajari seni mempertahankan diri seperti yang dinyatakan. Saya cuma suka tengok WWF, ninja turtle dan kungfu panda. Pernah kawan saya syorkan supaya saya belajar seni mempertahankan diri supaya saya boleh menendang peragut - peragut durjana yang sibuk nak mencopet beg - beg tangan wanita macam kat tv tu. Saya jugak boleh berlagak depan budak - budak yang selalu melepak kat taman depan pejabat saya tu sebab dieorang sangat kurang ajar apabila sengaja membaling bekas air di hadapan saya dan kawan - kawan saya. Kalau nak kata saya penyumbang kepada keganasan.... adalah sangat tidak berasas tuduhan itu kerana saya adalah pencinta keamanan.

Sebenarnya panjang lagi saya nak mengadu tapi memandangkan saya tak tahan duduk lama - lama atas kerusi kayu ini.... saya terpaksa pendekkan aduan saya ini. Saya berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan supaya blog saya boleh beroperasi seperti biasa kerana saya sedang dalam proses untuk mengumpul duit untuk menjadi kaya.  Aduan ini juga disokong oleh beberapa pembaca setia blog saya ini sebab dieorang susah nak tahu saya kutuk sapa dalam blog saya ini.

Sekian terima kasih.

Kerjasama tuan amatlah saya hargai.

Yang benar,
Penulis blog teraniaya

No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++