My Nuffy

Saturday, January 23, 2010

Kemalasan Melampau tahap gaban

Susah payah aku gagahkan jugak jari jemari aku ni nak menaipkan sesuatu buat tatapan kalian. Bapaklah punya pemalas aku sejak demenjak ni  nak mengupdate belog kesayangan aku ni. Kat opis pun setakat jeling - jeling gitu je. Dah tu tutup bila mata bos aku buntang je nak tengok aku buat kerja ke tak. Ok yang ni tipu. Aku memang buat kerja ape... Kecuali minggu ni aku patut jaga kaunter tapi asyiklah mengelat je. Fail yang melambak dilonggok dek Acibana kat atas meja aku tu tak surut - surut lagi nampaknya. Malas nak soothing. Apasal entry aku kali ni penuh dengan kemalasan je ni????!

Kat bawah ni aku senaraikan beberapa perkara yang aku malas nak buat

1) Aku malas nak bangun pagi - pagi buta esok pagi! Kalau boleh nak tidur nyenyak sampai pukul 12. Ada boleh? Adalah tidak boleh jawapannya! Sebab esok MAc awal - awal lagi dah ajak aku jogging pagi esok. Lepas tu kiteorang nak breakfast kat Station Gemas Kopitiam plak. Eiiii... tak sabarnya sebab pagi tadi MAc tak bawa aku pergi situ. Dia kata tempat tu kedai Cina. So aku yang tak tau apa - apa ni pun percayalah bulat - bulat. Dalam perjalanan balik tu aku pandang lagi sekali tempat tu. Ada girl pakai tudung siot!!!!!!
Selamba je aku jerit

" Abi! Tu ada gurl pakai tudung tu!"

" Heh yeke? "

sambil MAc tersengih - sengih dengan perasaan bersalah die.


2) Aku sangat malas nak basuh kereta @ hantar kereta untuk dibasuh sekarang ni. Bukanlah maksudnya sekarang ni sebab sekarang sudah pukul 11.26 pm. Giler kau! Car wash mana pulak bukak malam - malam macam ni? Maksud aku dalam keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ni. Sekejap panas sekejap hujan. Bila pagi cuaca elok je cerah sampai aku teringin nak beli raybandla konon sebab terlalulah panas. Masuk je petang, dah mula gelap. So berbaloi - baloikah untuk aku membasuh kereta pada waktu ini kawan - kawan????!!! KAlau hantar kedai sudah tentu aku akan kerugian RM 8.00 - RM 10.00.

3) Aku sangat malas untuk mentelaah modul - modul yang aku dapat hari tu. Sebabnya... Bahasa omputih. Tutor dia India. Halamak.... Hari minggu ni ada kelas pulak tu. Lagilah kemalasan aku berganda - ganda. Kalaulah kemalasan aku ni boleh ditukar menjadi duit berganda - ganda.... Kan best! Cepat sikit aku kaya dan boleh bayar hutang - hutang yang ada. Nasib baiklah MAc dah janji nak temankan and lepas tu nak pegi melepak dengan Shiera , baby & kekzam.


Sekian terima kasih....

Tu kira penghabis malas dah tu.

p/s : Ni entry semalam. Tiba - tiba je internet down... terus tak dapat nak publish. Huhuhu...

No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++