My Nuffy

Wednesday, November 9, 2011

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI.

Ayat yang biasa kita dengar. 
Tapi berapa ramai antara kita yang ambil peduli tentang maksudnya? Berapa ramai antara kita yang betul-betul menjaga kesihatan diri kita?

Darah tinggi
Kencing manis
Batu karang
barah
demam
batuk
selsema

"alah, insurans kan ade... ape guna ambil insurans mahal-mahal kalau tak boleh cover aku bila masuk hospital nanti?"

Macam mana pulak dengan anak-anak kita? Berapa kali dalam sebulan / setahun kita bawa anak kita ke klinik / hospital? Berapa banyak pulak yang kita dah belanjakan untuk merawat anak kita yang sakit / demam?

"alah biasalah budak-budak... selalu demam. "

Alhamdulillah aku nampak jalan pencegahan lebih awal... Untuk diri aku, suami dan anak... Mungkin ada yang menganggap apa yang cakap cumalah untuk melakukan produk yang aku jual. terpulang. Lain orang, lainlah pemikirannya tapi yang aku kesalkan bila ada mak bapak yang merungut sebab terpaksa ambil insurans yang tinggi untuk anak-anak tapi tak mahu ambil langkah pencegahan daripada awal untuk mengurangkan bebanannya. Pelik kan?

Tak aku nafikan insurans tu penting contoh untuk kemalangan etc tapi bukan semua orang yang berkemampuan. Yang berkemampuan silakanlah. Aku pun ada jugak menyimpan hasrat untuk ambil insurans untuk aisy tapi aku tak harap aku akan gunakan insurans tu untuk mengubati demam teruk / sakit teruknya. Setiap hari aku mohon biarlah aisy sentiasa sihat. Tak nak bergantung pada insurans semata.

kalau kita boleh belikan dia ( anak-anak kita ) mainan, burger, aiskrim etc takkanlah kita tak boleh belikan die walau sebotol vitamin?

kalau kita mampu menyediakan sepuluh jenis insurans untuk diri kita dan anak-anak kita, takkanlah kita tak mampu nak membeli walau sebotol vitamin sebagai makanan tambahan kita? 

Adat manusia, lebih memikirkan cara untuk mengubati daripada cara untuk mencegah.

Wallahualam.





No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++