My Nuffy

Friday, September 30, 2011

Rezeki Yang Diberkati(Rizqin).

Alhamdulillah Selasa lepas aku dapat pam yang aku order dari mama.and.kids junction. Memang berbaloi-baloi...Hehehe. Kalau sebelum ni dok sibuk meminjam kat orang je sekarang dah tak payah susah-susah lagi dah. Bile-bile mase je pun ley pam. Kat rumah ker... kat opis ker... kat dalam kereta ker... semua boley! Takder lagi dah 'aku dalam dilema'. Hikhik.

Hasilnye...


Ni mase pam kat opis... 9 oz terkumpul 1 sesi. Buat double pumping. Aku pam sambil buat kerja kat meja sendiri. Dah tak payah nak pegi menyorok sampai bos tercarik-carik lagi dah. Haha. 

Petang tu lepas balik kerja pun sempat gak aku mengepam sekali lagi... dapatlah dalam 7.5 oz. Alhamdulillah....


Tak sia-sialah aku melabur dengan pam tu... Memang berbaloi-baloi... Diakui kat opis ni memang sekali je aku dapat mengepam disebabkan tengahari aku akan balik rumah untuk susukan aisy. memandangkan sebelum ni stok susu aku memang merundum habes! Insyaallah lepas ni akan stay kat opis je memandangkan aku dah dapat simpan stok untuk aisy.


Budak ni memang kuat merengek sekarang ni... Malam-malam kerap betul terjaga. Nak nenen jer... Kononnya nak bangun mengepam pukul 3 am pun tak jadi.  Sudahnya mengepam jelah kat opis. itupun kalau free. Huhu.

** Apa yang penting! MENGEPAM! Hehe... Jangan ponteng k! Insyaallah. Jangan lupa jugak berdoa pada Allah supaya dimurahkan rezeki. amin.






1 comment:

Tina Othman said...

insyaallah, niat yg baik akan diberkati

++Jom Kita Tukar Link!++