My Nuffy

Thursday, September 23, 2010

Dia Memang Macam tu @ Aku yang tak pandai Pujuk?

Wah panjang giler tajuk karangan aku ni kan! Sila jangan tiru karangan saya ini ketika anda sedang menghadapi peperiksaan nanti ye. Takut nanti pemeriksa tu taktau nak bagi markah bape. Tsk.

Pernah tak korang alami situasi macam ni? Contohnya ye, entah kenapa pasangan korang tu moody tiba-tiba macam orang datang bulan atau merajuk tiba-tiba ke ataupun tiba-tiba je angin dia datang macam tsunami? Pernah x?



Mesti pernah kan? kan? So ape yang korang akan buat eh? Adakah...

A. Pujuklah.... Apalagi.
B. Biarkan aje... Dah tua-tua pun nak merajuk. Menyampah!
C. Biar dululah.... Bagi dia cool sikit dulu.... Pastu barulah pujuk kan...
D. Tanya terus apa masalah dia. Kalau dia taknak cakap, paksa jugak sampai dia bagitau apa yang tak kena.

So yang mana satu pilihan korang?

Jawapan aku... Mula-mula aku akan tanya dulu apa masalah dia. Kalau dia taknak jugak cakap, aku paksa jugak sampai dia bagitau apa yang tak kena sampai buat muncung 14 tu. Lepas dia dah boleh cerita apa masalah dia yang sebenarnya, aku biarkan dia dulu. Bukan tak alert dengan masalah dia, cuma aku nak bagi dia cool sikit je dulu. Kalau aku nasihatkan pun masa tu tak jalan... Yelah, orang tengah marah @ merajuk kan.... Mana nak makan saman! Eh makan nasihat. Sampai dia dah nampak ok sikit, barulah pujuk or bagi nasihat.... Bincang elok-elok.... jangan terus serbu je. Nanti tak pasal-pasal ko pulak yang kena sembur nanti. Tak ke naya? Kalau dah buat semua tu tak jugak ok, aku biarkan je. Dah tua-tua pun nak merajuk lagi! @ asik nak panas baran je.... Panas baran dia tau, panas baran aku dia tak tau lagi! Menyampah! Huhuhu....

Amacam taktik aku? Ok tak?

Jawapan A, C, dan D tu boleh amalkan tapi yang B tu jangan. Nanti kot gunung berapi bertukar menjadi tsunami plak nanti. huhu.

Muah-Muah.

No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++