My Nuffy

Thursday, May 14, 2009

KeLoPaK bErGuGuRaN - NorLieZ eLaiZa

Bab 1

Daripada tadi Arriana langsung tidak berganjak dari mejanya. Matanya tertumpu ke arah skrin komputer tetapi fikirannya melayang entah ke mana. Kerjanya yang melambak tidak dihiraukannya.
“Ha, berangan saja kerjanya adik abang seorang ni.” Usik Shairul sambil tersengih – sengih seperti kerang busuk.
Arriana hanya tersenyum mendengar usikan Shairul.
“Teringatkan buah hati ke?” Soal Shairul lagi setelah Arriana tidak membalas usikannya tadi lalu duduk di hadapan Arriana.
“Yang mana satu?” soal Arriana semula dengan muka selamba.
“Aik, tanya kita pulak. Itulah, ramai sangat buah hati. Abang nak ngorat dulu tak nak pulak.” Balas Shairul riang. Arriana sekadar mencebik. Tidak membalas usikan Shairul seperti selalu.
“Teddy buat hal lagi ke?” soal Shairul serius memandang wajah Arriana yang kelihatan muram. Geli hatinya setiapkali mengenangkan lelaki yang bernama Teddy itu. Elok – elok sedap nama budak tu Eman Zakhrul, Arriana menukarnya kepada Teddy. Kononnya nama manja Eman Zakhrul yang macam teddy bear katanya.
Walaupun dia belum pernah bersua muka dengan Eman Zakhrul namun hatinya panas setiapkali melihat Arriana menangis kerana sikap lelaki itu. Mahu sahaja ditumbuknya muka lelaki yang sering melukakan hati adik kesayangannya ini.
Arriana mengangkat muka. Dia tahu dia tidak akan dapat menyembunyikan apa – apa daripada Shairul. Shairullah tempat dia mengadu semenjak hubungan dia dan Teddy bermasalah.
“Hei, kenapa ni? Ceritalah dengan abang.” Melihatkan Arriana hanya membisu, dia dapat mengagak masalah yang dihadapi oleh Arriana.
“Nothinglah, abang.” Jawab Arriana acuh tak acuh.

“Dengan abang pun Yana nak berahsia juga?” duga Shairul. Arriana tersenyum dan sekadar mengeleng – ngelengkan kepala.

“Jom kita keluar makan! Laparla…” Rengek Arriana manja lalu mengenyitkan mata kepada Shairul. Dia berdoa agar Shairul tidak menoalnya lagi. Dia belum bersedia untuk membuka cerita tentang peristwa semalam. Perbuatan Teddy benar – benar melukan hatinya. Buntang mata Shairul melihat Arriana yang selamba bangun dan terus melangkah meninggalkannya terpinga - pinga. Mahu tidak mahu Shairul bangun lantas menuju ke arah Arriana yang sedia menunggunya di muka pintu. Tangannya segera menarik lembut pipi Arriana.
“Adoi! Sakitlah pipi Yana, abang.” Jerit Arriana kuat sehingga beberapa orang pegawai memerhatikan mereka dengan curiga.
“Sorry… sorry… Itulah, ubah tajuk lagi.” Balas Shairul riang. Pipi Arriana digosoknya perlahan. Baru sahaja hendak membuka pintu, Encik Mustaza tiba – tiba muncul. Matanya meliar memandang Shairul dan Arriana.
“Nak ke mana?” soalnya curiga.
“Nak keluar makan tengahari, Encik Taza.” Jawab Arriana hormat.
“Boleh saya join?” Tanya Mustaza sedikit mengharap. Arriana dan Shairul saling berpandangan, langsung tidak menyangka ketua mereka yang seorang ini mahu menyertai mereka. Mujur sahaja Tuan Hazelan memanggil Mustaza masuk ke biliknya. Arriana menghela nafas lega.
“Nampak macam Encik Taza tu suka kat Yana saja.” Duga Shairul sekali lagi.
“Heh, merepek saja abang nilah.” Balas Arriana.
“Malulah tu.” Usik Shairul lagi. Tidak semena – mena satu cubitan singgah di pinggang Shairul. Mereka ketawa riang.
Restoran Minang menjadi pilihan mereka untuk tengahari itu. Restoran dua tingkat yang berkonsepkan ala – ala minangkabau itu selalunya penuh dengan pekerja – pekerja dari bangunan bersebelahan. Belum sempat hendak menyuapkan nasi ke mulut, telefon Arriana berbunyi. Satu SMS daripada Encik Taza diterimanya.
‘ Sampai hati awak tak tunggu saya.’
‘ Encik Taza kan sibuk tadi. Malaslah saya nak ganggu.’ Balas Arriana. Dia meletakkan handphonenya di atas meja makan.
“ Teddy ke Taza?” soal Shairul selamba. Terkedu Arriana dibuatnya.
“Sibuk saja.” Cebik Arriana. Tiba – tiba matanya terpana melihat Encik Taza bersama setiausahanya, Marlisa berjalan berdua – duaan menuju ke restoran di seberang jalan. Matanya menangkap pautan erat tangan Malisa di lengan Encik Taza ketika menyeberang jalanraya yang sibuk itu.
“Hei, tengok apa yang kusyuk sangat tu?” lantas memandang ke arah yang sama. Shairul kelihatan langsung tidak terkejut melihat Taza dan Malisa. Dalam diam dia bersyukur Arriana sudah melihat sendiri sikap Taza.
“ Cemburu ke?” Soal Shairul mengusik.
“ Tak kuasa!” cebik Arriana lalu meneruskan suapannya.
Selesai makan tengahari, mereka menuju ke Pustaka Abadi sebentar. Arriana berjanji untuk membelikan anak saudaranya, Syamila buku kerja tahun 1. keluar dari Pustaka Abadi, mereka terserempak dengan Taza dan Malisa. Taza kaget melihat Arriana dan Shairul di situ. Cepat – cepat dia meleraikan pautan Malisa. Shairul menyapa mesra merpati dua sejoli itu sedang Arriana sekadar jadi pemerhati.
Sampai di pejabat Arriana terus bergegas ke musollah untuk menunaikan solat zuhur. Dia tidak mahu melewat – lewatkan solatnya tambahan pula tugasannya masih banyak yang perlu diselesaikannya. Keluar dari musollah, Taza baru selesai mengambil wuduk. Sapaan Taza dijawabnya ringkas sebelum beredar.
Fail yang berlambakan di atas meja direnungnya. Semenjak Encik Hazelan ditukarkan ke unitnya, segala tunggakan kerja perlu dibereskan secepat mungkin. Kadang – kala dia terpaksa bekerja sehingga lewat malam. Mujur sahaja Niza dan Fea sering sudi menemaninya.




No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++