My Nuffy

Monday, April 12, 2010

4 month to go... :-)

Alhamdulillah hari ni 1st time 'merempit' setelah sekian lama meninggalkan bidang permotoran ni. Ye merempit dengan kelajuan 100 k/mj... Bila kat selekoh keras je... Tak cukup sipat nak buat lap cecah lutut. Kuikuikui.... Laju ke?


sekadar gambar hiasan - ehsan dari Encik Google

Apa mimpi aku 'merempit hari ni? Ofcoz bukan sebab mimpi basah. Encik Abi ada temuduga di kluang hari ni and aku telah memaksa beliau untuk membawa Viva ke sana. Bukan apa, nanti senang dia nak bergerak pegi mana - mana. Dahlah kena bawak fail, folio besar bagai... takkan nak naik motor kot kan? Naik bas? huh lagilah semak.... So apalah salahnya kan beliau guna kereta sementara ni.

Aku tak kisah pun nak kena merempit ni. Dulu - dulu pun aku memang naik motor apa pegi kerja. Nasib baiklah aku ada lesen motor and kereta so tak adalah nak pening - pening kepala sangat. So peringatan kepada kakak - kakakku sekalian....

"sila ambik lesen sekarang!"

Hehe... So hopefully beliau akan berjaya dalam temuduga beliau hari ni. Dah tak sabar nak planning untuk wedding kiteorang nanti. Cadangnya nak buat bulan 9 masa 3 hari raya nanti nak nikah and sanding terus tapi beliau nak nikah dulu. Bulan 9 tu nanti barulah sanding. Ei dah tak sabar ea abi????:-)

So mulai hari ni... aku akan mula riki - riki untuk majlis tu nanti. Tema simple, nice and cheap. Takmo buat yang grand2 sangat. Membazirrrrrr..... Plus aku tak suka crowded sangat. Yang penting selamat diijabkabulkan sudah.... and ofcozla kawan - kawan tersayang aku mesti ada masa aku nikah and sanding nanti.

For wedding assistant, aku pilih Nurul. Salah sorang kawan baik and 1 tempat kerja dengan aku. Aku pilih dia sebab dia yang paling dekat dengan aku sekarang ni. Awal - awal lagi aku dah bagitau and cop dia untuk wedding aku nanti. Bukan apa nanti senang aku nak angkut dia sekali pegi survey baju nikah or baju sanding. And ofcoz senang kalau nak bincang apa - apa nanti. Lagipun misalnya kalau Encik Abi tak ada, dia boleh temankan aku.

Wedding assistant aku yang kedua adalah Rhodie. Dia kawan baik aku sejak sekolah rendah lagi. Memandangkan dia ada kat Seremban sekarang ni so agak susah jugaklah aku nak bincang apa - apa dengan dia kan so dia akan assist aku masa akad Nikah and sanding nanti. Aku nak mintak dia tolong ambikkan gambar sebab aku tengok dia ni ada talent ambik gambar yang santek - santek ni.

Wedding assistant aku yang ketiga ni tak taulah dia nak ke tidak. Aku belum sempat nak tanya lagi. Her name Shiero. Mulanya aku nak mintak dia jadi pengapit aku tapi baru - baru ni dia ada beli kamera DSRL. so aku ingat nak mintak dia jadi 2nd photographer aku. Kalau dia sudilah kan..... Huhu... Boley x shir???? :-)

So salah sorang tu nanti kenalah standby untuk jadi pengapit aku. Sebagai tanda penghargaan aku pada dieorang tu nanti, aku akan hadiahkan sepasang kain ela untuk dieorang tempah dan pakai masa majlis tu nanti. Lain - lain permintaan akan dipertimbangkan kemudian ye.

Untuk tema pulak aku bercadang nak buat ala - ala arabian cenggini...

(maaf Kualiti gambar agak kureng)


ehsan dari Encik Google


Dapat inspirasi ni lepas tengok cover majalah Pesona Pengantin yang aku beli hari tu. Cantik pulak aku tengok si Bienda ni pakai cenggitu tapi bukanlah kaler coklat macam tu. Kalau boleh aku nak kaler putih gading or pinkish.

Macam ni pun santek gak....


ehsan dari Encik Google

Solekannya pun nampak natural je. Tapi bak kata orang, kalau orangnya memang dah santek.... Pakai apa pun santek kan! :-)

Cadang nak jugak pakai cenggini sanding nanti.....


ehsan dari Encik Google



Huh! comferem kena reject awal - awal dengan encik Abi. Hehe....

Untuk pelaminnya pulak aku lebih suka something yang santai and simple....

macam ni....


Ehsan dari Encik Google

Yang ni kira dah ikut tema jugaklah... Nice and simple. Tak perlu nak sarat marat sangat....
Warna pun dah padan benar dah ni... :-)

Yang macam ni pun ok gak....


ehsan dari Encik Google

simple ke?
Hikhikhik.....
tak kesahlah janji santek!

Ni belum bincang dengan Encik Abi lagi. Baru imagine2 sendiri je. Bila Encik Abi dah balik dari Kluang and comferem dapat keje barulah kiteorang akan bincang balik. Hope beliau pun suka idea ni... :-)

Last sekali....

yang penting wedding cupcake aku nak buat sendiri!

Ada boleh? :-)

Wink!!!! wink!!!!!

No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++