My Nuffy

Thursday, April 1, 2010

Yang Manis di Concord Shah Alam....








Tiba lebih kurang jam 3 petang di concord hotel Shah Alam. Aku dapat sebilik dengan Masitah. Pengurusan bagi masa dalam beberapa jam untuk rileks - rileks sebelum makan malam bermula jam 7 petang hingga 8.30 malam. Selepas tu ada taklimat kursus dan sesi bengkel 1 hingga jam 10.30 malam.
Macam biasa, kiteorang dibahagi - bahagikan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Mujur kali ni aku dapat kumpulan yang agak peramah dan senang cerita. Tak macam yang pertamakali dulu...

Esoknya kiteorang turun sarapan agak lewat memandangkan kelas hanya akan bermula jam 8.30 pagi. Tak macam selalu, aku hanya makan ala kadar. Perut aku rasa semacam. Mungkin da sampai masa.... 'bendera merah'....
Langsung tak ada selera nak makan...


Waktu rehat jam 10 pagi, temankan masitah ke toilet tapi aku tak lalu nak 'membuang' pun. Toiletnya terlalulah 'kuno' sebab tak ada gayung atau paip getah langsung. Nak cebuk pakai apo? Aku ni dahla orang kampung... kuikuikui... Sudahnya naik  ke bilik balik semata -mata nak 'mengqada' hajat kecik'.


Seriesly time ni taklah mengantuk sangat tapi boring. Nasib baik ada bawak mp3 Encik Abi. Boleh jugak dengar - dengar lagu jiwang. Tak sangka masa aku tengah conteng - conteng kertas pasal idea nak kembangkan bisnes cupcake aku tu, ada pulak yang berminat. Alhamdulillah....

Seronok sangat + risau jugak nak terima tempahan tu coz dia mintak untuk buat hantaran and doorgift dalam 50 biji gitu. :-) tapi dia beria - ria nak suruh aku buatkan jugak. Aku cakap aku cuma tau buat yang simple - simple je tapi dia cakap dia pun memang nak yang simple je. Ha so aku buat persetujuan dengan dia yang aku akan buatkan sample untuk dia dulu and emailkan kat dia. kalau dia dah setuju baru boleh deal. Mintak - mintak dia sukalah nanti dengan design yang aku buatkan untuk die.

Ada hikmah & rezeki jugak rupanya aku kat sini.... :-) syukur alhamdulillah....

So anyone interested? :-)

~thanx kak jun sebab pinjamkan kasut lawa ni.....:-)~

No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++