My Nuffy

Tuesday, April 20, 2010

Gaji owh gaji..... Cepatla! aku nak shopping ni.....

ehsan dari encik google


Macam nilah dah dekat hujung - hujung bulan ni. Kepala otak ni tak adalah pikir ke lain selain daripada 'bila nak dapat gaji ni.....' Huhuhu.....

Bila dah dapat gaji tu yang lupa daratan sekejap tu. Yelah dah dekat sebulan kerja kerja kerja.... Tibalah masanya nak 'merasa' hasilnya pulak kan? Hehehe.... - gelak ada makna ni.... :-)

Tapi yang tak sedapnya, bila gaji dah habis dibelanjakan, barulah teringat nak menabung. Menabung pun ala kadar je pulak tu. Ada yang siap bawak bekal dari rumah lagi tu. Memanglah bawak bekal ni bagus. dapat jimatkan duit tapi kalau bawak bekal cuma waktu terdesak je tak patutla kan? Bila ada duit dah joli balik. Ada ke patut? Ada tu siap berpuasa kononnya puasa sunatlah... ganti puasalah.... padahalnya poket ni dah kering giler! Alahai sedisnya.....

Tapi bukan semualah macam tu. Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ni, macam - macam boleh berlaku. Ada tu terpaksa menanggung hutang untuk ubah hidupnya jadi lebih baik contonhya sambung belajar... buka perniaagaan..... dll.

Macam aku, aku akui yang aku ni cepat lupa daratan bila time gaji! Kuikuikui..... Ni kira pengakuan berani matiks lah ni.

Kalau mula - mula dulu aku dapat gaji full... sekarang ni dah tinggal half je sebab dok kena bayar hutang. Bayar hutang yang entah apa - apa... Sekaranglah pun nak menyesalnya.... Dulu rileks je nak pegi sini... pegi sana.... Shopping ini... shopping itu.... Langsung tak beringat nak menyimpan pun. Ayat perangsang masa tu kata,

'ala.... duit boleh carik......'

Banyakla! Ko ingat senang nak carik duit ni????! memanglah nampak macam kerja senang, masuk kerja pukul 8 keluar kerja pukul 5. Tapi yang kena maki hamun, kena sumpah seranah tu belum kira lagi tu. -Bestnya kalau kita selalu positif je kan?!

Hmmm.... camtulah gamaksnya tiap - tiap bulan. Ada duit lebih sikit je mulalah terpikir nak beli macam - macam. Tapi selalunya yang macam - macam tu bukan untuk diri sendiri je. Lebih pada orang tua.... barang dapur.... kereta.... Ei pendek kata macam - macamlah...

btw Jumaat nanti aku nak gerak ke kluang dah so malam tadi aku dah buatkan checklist untuk encik Abi. Nak terus bawak dari sini tak laratla coz nanti dah tentu dia jemput aku naik scoot. Kalau makayah pegi sekali ok gak! tak payah aku nak nek train. Dah berkurun dah pun tak naik train ni.

antara keperluan yang nak dibeli nanti adalah....

1. barang dapur asas as gula, kopi segera, milo segera,susu, garam, kicap, minyak, beras, telur, sunquick
2. penggantung baju
3. berus and breeze
4. water heater

selain tu aku akan bawak keperluan lain dari masa ke semasa.

untuk minggu ni aku akan bawakkan untuk dia periuk yang aku terlupa nak bawak hari tu. bantal..... entahlah. Kalau naik kereta bolehla nak bawakkan. Tengoklah nanti! :-) Gula dah beli hari tu tapi lupa nak bawak jugak. Tunggulah 2 minggu lagi baru bawak.

Yang lain - lain ape ek?

owh lupe.... encik abi suruh aku bawakkan blazzer beliau sebab lepas ni dia kena itut bos p meeting sane sini. Hmmmm..... Ingat nak tempahkan or belikan beliau blazzerla satu tapi kena tunggu beliau gaji dululah coz aku nak beli pakai duit beliau! haha..... kejam betul kan.....

cactus nantilah baru bawakkan.... takkan nak angkut pokok pokok yang berduri tu naik train????! owh tidak.......

Lastly..... dah tentulah aku nak bawakkan beliau kek lapis @ kek belang yang aku dok jaja jaja kat beliau hari tu. Sudahnya tak sempat jugak nak buat. Memandangkan hari jumaat tu aku nak hantar cupcake tempahan shiera untuk kawan dia, so aku buatlah sekali kek belang tu untuk beliau. Hope tak ada masalahla Jumaat nanti..... ngah risau giler sekarang ni! Huhuhu.....

Anything kite continue later ok!

Daaaa.........

1 comment:

adayinmylife said...

babe.. kalo ko g kluang pat tak nk wat cuppies aku? 24hb nie.. kalo x, ko anta je la jumaat tu kat umah die.. easy...

++Jom Kita Tukar Link!++