My Nuffy

Friday, April 9, 2010

Apa Kes Budak RafiQin Darwisy ni?




Aper kes dengan si budak RD ni ha? Sana sini kecoh dok story pasal die... Kalah cerita Siti menang ABPBH (Anugerah Bintang Popular Berita Harian) gamaknya. Sahla aku ni dah ketinggalan keretapi.... Keretapi dah sampai Singapore, aku baru je sampai stesen Gemas... Ate????

Aku pun baru tau dari blog sorang blogger ni iaitu Cik Epal. Kalau tak sumpah aku tak tau - nampak nau aku ni tak ambik kesah pasal orang lain.... Kuikuikui.... Maaflah ye, bab2 macam ni aku memang agak lembab sikit. Bukan taknak ambik tau tapi malas sebenarnya nak ambik tau cos bagi aku orang macam tu jangan dilayan je. Kalau dilayan macam tulah jadinya....

Oleh kerana aku masih tak puas hati sebab aku tak tau menahu cerita sebenarnya, aku pun cariklah kat FB pasal budak RD ni.... Yang aku dapat cuma pasal group yang kutuk kaw kaw pasal budak ni je.... - Banyak giler siot! kalah celebrities kat malaysia ni ko...

Bila dah baca komen - komen dia tu dapatlah aku simpulkan kat sini bahwa budak ni sangat bermasalah. So pada semuanya, abaikanlah budak RD ni. Tak guna nak maki2 die pun... buat tambah dosa je. Betul x kawan - kawan? Bukan buat dia tambah bersalah ke... insaf ke... Buat dia tambah bangga lagi ada... dapat populariti sekelip mata hanya dengan mengutuk orang yang dah tak ada... Wallahualam....

Al - fatihah buat arwah Din Beramboi....
Buat keluarga arwah.... bersabar.... Ada hikmah disebalik semua ni...
Buat semua... sama - samalah kita pulaukan orang - orang macam ni... Biar dia jadi babun sumbang.
Sekian Wassalam...

No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++