My Nuffy

Tuesday, June 22, 2010

Time to Kempiskan Perut

1st day

Yakni semalam mulanya.... Balik rumah rest sekejap den terus mandi. Mandi wajib? Belum lagi.... Hehe... Lepas mandi barulah jamah makanan. Nek Kebuluq dah aku sebab tengahari tak makan.... Petang pun tak beli pape..... Sepatutnya tak boleh makan makanan pedas buat sementara ni coz nak jaga perut daripada kena gastrik tapi apakan daya, mak ai tak sah kalau tak masak pedas - pedas. Tak selera katanya....

Hmmm.... then rest sekejap before tungkukan perut sambil baring - baring depan tv. Bila mak ai dah masuk tidur barulah operasi boleh dijalankan! Hhehehe......

Actually petua ni aku cari kat google and malam tadi mase baca buku 'hanya wanita' pun ada bagi petua yang sama jugak so aku pun trylah sebab mata ni sangat sakit memandangnya yang semakin hari semakin membukit macam perempuan mengandung ma.... Huhu....

And percaya atau tidak! Berat aku sekarang mencecah 57 kg! Giler.......

Ni nasib baiklah belum fitting baju ke hape lagi ni.... Kalau tidak confirm kena gelak + kena marah dengan mak andam. Haiihhhhh..... Sangat susah menjadi perempuan gemkos ni..... Baju yang dulu dah tak boleh pakai.... Seluar jeans semua dah sedekah dekat anak - anak sedara aku dah. Kecewa sungguh bila try nak pakai jeans tu tapi tak boleh masuk langsung! Ada pun yang boleh masuk setengah kaki je.... Huhu....

Tu sebablah aku sangat obses nak mengempiskan perut sekarang ini. -tak boleh kata nak turunkan berat badan sebab nanti encik abi marah.....huhu . Tapi encik abi dah pun menetapkan syarat - syarat kalau nak kurus boleh tapi dengan cara tradisional sahaja! Tak boleh nak mengarut - ngarut makan ubat yang bukan - bukan. So this is it!

Berbalik pada operasi malam tadi, aku sediakan bahan - bahan mengikut petua yang aku dapat dalam buku tu iaitu kapur yang dicampur dengan air limau nipis dan asam jawa yang dicampur dengan garam dan segelas air lalu diembunkan semalaman sebelum diminum. Diminum pulak sebelum gosok gigi dan minum air.


Keberkesanan petua ini tidaklah diketahui tapi rasanya selagi tak memudaratkan tak salah kan kalau nak cuba? Wink wink.....

Hopefully dalam masa sebulan ni berat badan aku akan turun sikit tapi bukanlah kurus cengkung macam dulu - dulu coz encik abi sangat cerewet dengan berat badan aku ni. Tak boleh kurus melampau macam dulu yang boleh pakai jeans saiz 26 tu..... Huhu.....

Tak apalah.... yang penting happy! :-)

p/s : Pagi ni tak rasa lapar sangat pun....:-) Terima kasih air asem jawa walaweehhhh.... hehe




No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++