My Nuffy

Tuesday, August 10, 2010

Kerjala...

salam semua.

Alhamdulillah.
Semalam saya dah mula masuk kerja semula.
Tapi yang tak siokkknya, saya kena jaga kaunter selama 3 hari pulak.
Kerja atas meja saya tu pun belum sempat saya nak usik lagi.
alahai....

Bos saya lagi best, siap suruh saya cuti sampai 2 minggu.
Giler!
Saya nak buat apa lama - lama kat rumah tu agaknya?
Nak honeymoon esok dah puasa.
Huhu.

Lagipun hari ni encik abi dah mula kerja.
harap - harap encik abi tak lewat sampai sana sebab pagi tadi kami bertolak dari rumah mak saya.
Bukan saya tak nak duduk di rumah mertua saya tapi memandangkan bilik bujang encik abi sudah penuh dengan bermacam - macam barang so saya putuskan nak tidur di rumah mak saya sahaja.
Esok lusa kami baliklah semula ke rumah mertua saya tu.
Apa nak buat, keadaan ekonomi yang belum stabil membuatkan kami mengambil inisiatif sebegini.

Kalau ikutkan hati, saya nak duduk rumah sendiri.
tak kisahlah beli atau sewa.
Janji saya ada tempat untuk berprivasi saya sendiri.
Ok privasi untuk kami sebenarnya.
Almaklumlah pengantin barulah katakan.
Tapi apakan daya, di sini susah betul hendak mencari rumah sewa.

malam tadi sempatlah jugak berbincang dari hati ke hati dengan encik abi.
Seandainya dalam masa terdekat ni kami tak dapat mencari rumah sewa, mungkin kami akan menyewa di rumah keluarganya di sebuah kawasan perumahan tak jauh dari tempat kerja saya jugak.
InsyaAllah.

Esok dah mula puasa.
Hmmmm
Kali pertama dapat menjalani ibadah puasa bersama suami tecinta.
Nampaknya tak dapatlah saya nak bertarawih bersama encik suami tahun ini.
Kalau dapat pun kena tunggu encik suami bercutilah sebab encik abi masuk kerja pagi dari 8.oo pg - 9.oo mlm.
kalau shif malam pulak dari 8.oo mlm - 8.oo pg esok barangkali.

Eiii tiba - tiba saya rasa tak sabar nak raya.
Hehe.
Mana tidaknya, tahun ni rasa macam sambutan puasa tu macam tak meriah saja.
Walaupun di kawasan rumah mak saya dah meriah dengan gerai - gerai daging @ mantai tapi kat kawasan rumah mertua saya ni biasa saja.
Iklan ramadhan kat tv pun sudah sangat kurang.
Iklan raya sangat banyak.

Apapun saya harap ramadhan ni saya dah beribadat dengan lebih giat lagi terutamanya setelah bergelar seorang isteri ni.
Walaupun kadang - kala saya bagaikan terlupa status saya sebagai isteri orang memandangkan perkenalan dan pertunangan saya dengan encik suami terlalu singkat rasanya.
Bukan gelojoh tapi sekadar mengikut petua orang lama - lama, bercinta selepas kawen kan lagi afdhal.
Lebih terasa manisnya.
insyaAllah.

Mujurla saya mendapat seorang suami yang banyak bertimbang rasa.
Lebih banyak bertolak ansur memandangkan saya sendiri adalah seorang yang sangat 'peminta'.
Harap-harap sang suami akan sentiasa sabar melayan karenah saya ini.
InsyaAllah.


No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++