My Nuffy

Thursday, August 5, 2010

Wedding of The Month kah?


Hari ni masuk hari ke lima dah tapi belumlah boleh nak buat aniversary lagi kan.
hehe.

Yang pastinya ada beberapa perkara yang belum selesai.
Hutang keliling leher.
Mengemas.
Menghoneymoonkan diri.

Semalam pun baru je lepas exam kat Seremban.
Harap - harap saya lulus exam kali ni.
Loya dah nak ulang lagi.
Tobat.
Tobat.

So hari ni adalah masa untuk saya melepak dekat rumah mentua saya.
Lepak sambil mengemas apa yang patut.
Lepas tu pulak duduk mengeram kat dalam bilik sambil on9 blog and FB.
Heh.
Tak pasal- pasal saya kena cop menantu paling 'rajin' kejap lagi ni.

Apapun saya nak habiskan menggedik dekat depan pc ni dulu.
Dah lama sangat tak berlatih menaip nih.
Almaklum sajalah.
Seminggu saya dah tinggalkan pejabat.
Seminggu jugaklah laptop saya telah dikongker oleh encik abi. 
So sekarang saya nak penuhi masa terluang saya dengan laptop kesayangan saya ni.
31.08.2010

Tarikh keramat bagi saya dan encik abi.
Hari yang paling saya tunggu-tunggukan selama ini.
Alhamdulillah walaupun banyak halangan yang datang tapi akhirnya semua telah selesai.
Berkat kesabaran dan doa orang - orang tersayang.
Sesungguhnya bukan mudah sebenarnya untuk membina masjid ini.
Penuh liku dan pancaroba.
Tapi yang pastinya ini semua baru permulaan.
Permulaan bagi sebuah kehidupan.

Banyak benar kisah yang saya nak ceritakan sebenarnya tapi entah kenapa saya tak dapat nak coretkannya di sini.
Kisah sang suami yang terlewat beberapa jam hinggakan tok imam merajuk lalu pergi makan di rumah kenduri yang lain dahulu.
Sangat auta pasal tok imam merajuk tu.
Bekali - kali jugalah saya terpaksa menghubungi sang suami agar cepat - cepat datang.
Takut - takut tok imam cancel 11.oo pagi jadi 11.oo malam pulak.
Tambahan pulak semua dah membentak di telinga saya.

Mana pengantin?
Mana Pengantin?

Akhirnya selepas Zuhur barulah kami sah menjadi suami isteri.
Betul jugak ramalan kekzam.
Paling cepat pun pukul 2.oo petang baru selesai.
Waktu itu kawan baik saya sentiasa saya paksa ada di sisi.
Pertama sebab mereka kawan baik saya.
kedua sebab saya sangat menghargai mereka.
ketiga sebab saya rasa macam nak menangis masa tu.
Jangan jeles kalau saya cakap saya ada 2 orang pengapit sekaligus.
Shiera & Rhodie.
Ok saya yang paksa dieorang.
Kalau boleh masa tu saya nak nurul ada dengan saya sekali tapi saya tengok dia asik berkepit dengan apainya.
 Hehe.
Kutunggu nasik minyakmu pula Nurul.
Thanx to shiera , Kekzam, nurul , rhodie and Jamie.
I Love u all.

Mujur juga ramai kawan - kawan yang datang agak lewat.
Sempat juga masing - masing merasa sekali debarannya.

Makan pun tak tentu jadinya masa tu sebab terpaksa bergegas ke Bandar Gemas pulak untuk sesi photography.

Pengalaman bergambar kali ni?
Sangat - sangat teruja nak melihat hasilnya.
Thanx to my cousin's husband.

Kesimpulannya, masa majlis tu saya rasa hadiah yang paling berharga bagi saya adalah kehadiran kawan - kawan saya sama ada yang dekat mahupun jauh.
Yang rapat mahupun musuh ketat.
Hilang sengketa yang ada cumalah perasaan bahagia.
Amin

No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++